• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

22 Perbezaan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Bahagia

18/03/2013

Terdapat 2 jenis orang di dalam dunia ini : mereka yang memilih untuk bahagia dan mereka yang tdak memilihnya. Berlawanan dengan pandangan ramai – kebahagian bukanlah datangnya dari kekayaan, populariti, harta-benda dan sebagainya – ianya datang dari diri individu itu sendiri. Orang paling kaya didunia mungkin berserabut pemikirannya dan seorang yang tidak punya apa-apa bahagia dengan setiap langkah dan detik di dalam hidupnya. Orang yang bahagia bergembira kerana mereka memilih untuk membahagiakan diri mereka. Mereka sentiasa positif di dalam melihat kehidupan dari segenap aspek dan sentiasa tenang dengan diri mereka sendiri.

Persoalannya – bagaimanakah mereka melakukannya?

happiness9-aristotle

Jawapannya adalah mudah. Orang yang bahagia mempunyai tabiat yang menambahbaik kehidupan mereka. Mereka melakukan sesuatu dengan berbeza. Tanyalah kepada setiap orang yang bahagia – jawapannya adalah sama, iaitu :-

1. Jangan simpan dendam.

Orang yang bahagia faham yang perbuatan memaafkan (forgive and forget) adalah lebih baik dari menyimpan dendam kesumat. Dendam mempunyai pelbagai impak negatif kepada kebahagiaan termasuklah memberikan tekanan dan stress yang melampau. Kenapa perlu memberikan “kuasa” kepada orang yang berbuat salah kepada kita untuk terus menekan dan menghantui kita? Sekiranya anda memaafkan – fikiran akan menjadi tenang dan anda akan bertenaga untuk menikmati pelbagai perkara yang baik dan menarik di dalam hidup ini.

2. Layanlah dengan penuh kebaikan.

Tahukah anda dengan melayan setiap orang lain dengan penuh kebaikan membuatkan anda lebih gembira dan bahagia? Ia telah terbukti secara saintifik dimana setiap kali anda melakukan perkara (kebaikan) yang tidak mementingkan diri sendiri – otak akan mengeluarkan ‘Serotonin”  iaitu sejenis hormon yang melegakan tekanan dan menaikkan semangat. Bukan itu sahaja, dengan melayan orang lain dengan penuh hormat dan kasih sayang anda akan turut dihormati dan ini akan mengeratkan lagi perhubungan sesama rakan, saudara dan juga orang lain.

3. Lihatlah masalah sebagai cabaran

Orang yang bahagia sentiasa melihat masalah sebagai satu cabaran – bukannya sebagai situasi penghalang, payah ataupun sukar. Sekiranya dilihat sebagai satu cabaran – masalah akan bertukar menjadi peluang untuk cuba meyelesaikannya dan sebagai satu tugas yang perlu disiapkan. Jadi, setiap kali berhadapan dengan masalah – anggaplah ia sebagai satu cabaran.

4. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Orang yang bahagia sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pepatah mengatakan ” Orang yang bahagia tidak mempunyai semua yang terbaik tetapi mereka menggunakan apa yang mereka ada dengan sebaik-baiknya”. Anda akan lebih berasa gembira sekiranya anda bersyukur dengan apa yang ada daripada terus mengeluh dengan apa yang anda tidak ada.

5. Bercita-cita tinggi

Orang yang bercita-cita tinggi (dream big) selalunya akan berjaya mencapai cita-citanya itu daripada orang yang tidak bercita-cita langsung. Sekiranya anda bercita-cita tinggi, otak serta pemikiran anda akan menetapkan fokus bagi mencapai cita-cita tersebut.

6. Jangan membesarkan perkara yang kecil

Orang yang bahagia tidak peduli dengan perkara kecil yang remeh-temeh. Mereka akan bertanya kepada diri sendiri ‘Adakah perkara ini akan menjadi hal dalam tempoh sebulan atau setahun akan datang?” Bagi mereka, hidup ini adalah singkat untuk dibebankan dengan perkara yang kecil. Mereka gembira menjalani hidup dengan mengenepikan perkara kecil yang remeh.

7. Bercakap baik tentang orang lain

Menjadi baik atau berbuat baik adalah lebih bahagia dari menjadi atau berbuat jahat. Sama juga dengan berkata benda yang baik adalah lebih bahagia serta mulia dari berkata benda yang jahat – apatah lagi mengenai diri orang lain. Walaupun ber”gossip” itu seronok – namun bercakap tentang keburukan seseorang akan membuatkan diri anda menjadi geram dan kadangkala rasa bersalah akan muncul. Bercakap atau bercerita kebaikan seseorang akan membuatkan anda berfikiran lebih positif dan tidak menilai diri orang lain.

8.  Jangan memberi alasan

Benjamin Franklin pernah berkata yang “Seseorang yang pandai memberi alasan selalunya tidak pandai di dalam apa jua perkara lain”. Orang yang suka memberi alasan adalah orang yang tidak berguna. Orang yang bahagia tidak memberikan alasan atau menyalahkan orang lain sekiranya mereka gagal.  Mereka sentiasa menyalahkan diri sendiri dan akan cuba membuat yang lebih baik di masa hadapan.

9. Lupakan kisah silam

Orang bahagia tidak memikirkan atau mengenang kisah-kisah silam. Mereka sentiasa menjalankan kehidupan yang terbaik untuk hari ini dan merancang yang terbaik untuk hari esok. Memikirkan secara keterlaluan perkara yang sudah lepas serta perkara yang akan berlaku di masa hadapan sering membuatkan diri menjadi runsing dan tertekan. Jalanilah da nikmatilah hidup pada hari ini dengan sebaiknya seolah tiada hari esok.

10. Bangunlah pada waktu yang sama setiap pagi

Tidakkah anda perasan yang orang yang bahagia dan berjaya selalunya orang yang bangun awal pagi. Bangun pada masa yang sama setiap pagi akan menetapkan ritma sirkulasi tubuh badan. Hasilnya – produktiviti diri akan meningkat dan membuatkan anda sentiasa fokus. Dan ingat..pintu rezeki sentiasa terbuka di awal pagi.

11. Elakkan perbandingan sosial

Setiap orang bekerja dan berfungsi pada kadar diri mereka masing-masing – ada yang laju, ada yang perlahan dan ada yang sederhana. Ada yang sudah berjaya, adaya yang belum berjaya dan ada yang masih sedang mencuba. Sekiranya anda merasakan diri anda berjaya dan lebih bagus dari orang lain – anda akan mempunyai sifat takbur. Manakala sekiranya anda merasakan anda lemah dan gagal dan orang lain lebih baik serta bagus dari anda – maka anda akan merasa terlalu rendah diri pula. Jadi usahlah dibandingkan diri anda dengan orang lain. Anda akan lebih bahagia dan gembira jika anda menumpukan perhatian terhadap usaha serta pencapaian anda dan memuji kejayaan orang lain. Dan ingat..perbandingan sosial ini juga adalah antara penyebab perasaan hasad dengki.

12. Pilih kawan yang sesuai

Amat penting bagi anda untuk dikelilingi oleh rakan-rakan yang optimistik dan sentiasa berfikiran positif. Rakan yang optimistik akan sentiasa mendorong anda untuk mencapai cita-cita anda manakala rakan yang pesimis pula akan sentiasa menghadirkan rintangan serta masalah terhadap cita-cita anda. Lagi banyak tenaga positif di persekitaran anda maka anda akan merasa bertamabah lega, senang dan bahagia.

13. Jangan meminta izin atau kebenaran orang lain

Orang yang bahagia dan berjaya tidak peduli dengan cakap-cakap orang. Mereka tidak perlu meminta kebenaran dari orang lain untuk berbuat sesuatu yang membahagiakan mereka. Anda perlu tahu yang adalah mustahil untuk memuaskan hati semua pihak. Namun, perlu dengar pendapat mereka dan keputusannya andalah yang buat sendiri tanpa memohon kebenaran mereka. Namun begitu, seorang isteri haruslah meminta izin suami untuk melakukan sesuatu yang melibatkan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri.

14. Lebihkan mendengar dari bercakap

Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar – kerana dengan mendengar akan membuat fikiran anda lebih terbuka terhadap pendapat, kebijaksanaan maupun kebodohan orang lain. Lebih peka anda mendengar – lebih tertumpu serta tajam pemikiran anda.

15. Eratkan hubungan sosial.

Orang yang bersendirian (penyendiri) adalah orang yang sengsara dan bermasaalah. Orang yang bahagia dan gembira tahu bahawa hubungan sosial yang sihat dan erat adalah sangat penting. Jadi selalulah berhubung dengan saudara, rakan-rakan, jiran serta orang yang penting di dalam hidup anda.

16. Meditasi.

Meditasi adalah perbuatan duduk berdiam diri dan mengosongkan pemikiran – bagi merehatkan minda. Bagi kita orang Islam, solat adalah meditasi yang terbaik. Solat 5 waktu mampu merehatkan minda serta membersihkan jiwa dari segala sifat yang tidak diperlukan di dalam diri. Orang yang bahagia tahu dimana mereka perlu merehatkan minda dan menenagkan jiwa ketika berhadapan dengan dengan rintangan, halangan, dugaan serta perasaan amarah.

17. Pilih makanan yang terbaik.

Jangan makan dengan kerap makanan ringan yang tidak elok dan tidak berkhasiat. Makanan ringan membuatkan anda menjadi lembap – anda tidak akan gembira sekiranya badan dan pemikiran anda lembap. Setiap makanan yang dimakan akan memberi kesan terhadap pengeluaran hormon-hormon yang menentukan, tenaga,  perasaan, sifat serta mood anda. Jadi sentiasa makan makanan yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan mental dan juga fizikal.

18. Kerap bersenam

Kajian menunjukkan senaman menaikkan tahap kegembiraan seseorang dengan lebih baik. Bersenam juga akan meningkatkan tahap kendiri dan membuatkan anda lebih yakin dengan diri anda serta memberikan rasa pencapaian yang lebih tinggi.

19. Hidup bersederhana.

Orang bahagia sentiasa ringkas di dalam kehidupan seharian. Rumah mereka tidak terlalu padat dengan perabot dan aksesori yang merimaskan yang akhirnya akan memeningkan kepala mereka. Kajian menunjukkan orang yang tinggal di rumah kecil, dengan perabot yang ringkas, berkereta sederhana dan tidak mempunyai banyak harta adalah lebih bahagia.

20. Bercakap benar

Menipu membuat anda stress, menghakis sifat atau jati-diri serta membuatkan anda tidak disukai. Menjadi seorang yang jujur membuatkan anda lebih terasa bebas, mental anda lebih stabil dan juga perhubungan sosial anda akan sentiasa baik. Jasi, sentiasalah bercakap benar dan bersifat jujur.

21. Kebolehan mengawal diri.

Orang yang bahagia mempunyai kebolehan untuk menentukan haluan atau arah tuju beliau sendiri. Mereka tidak membenarkan orang lain mengawal diri serta kehidupan mereka. Kebolehan menjalani serta mengawal hidup sendiri meningkatkan lagi tahap jati-diri (self-esteemed).

22. Terimalah seadanya

Sekiranya anda boleh menerima yang hidup ini serta diri anda secara fizikalnya adalah tidak sama dari seorang individu kepada individu yang lain – anda akan merasa lebih tenang dan aman. Janganlah dibandingkan hidup anda dengan orang lain – betapa cantiknya orang itu dan anda tidak, betapa tingginya dia dan anda rendah dan sebagainya lagi.  Anda perlu fokus kepada perkara yang di dalam kawalan anda dari memikirkan ciptaan tuhan yang tidak boleh anda ubah.

Kredit : Chiara Fucarino

——————————————————————————————————-

Artikel ini dikirim oleh seorang rakan saya semalam dan asalnya adalah di dalam bahasa inggeris, namun saya telah olahkan semula di dalam bahasa melayu. Terima kasih Eliza.

Marilah kita bersama-sama menjadi insan yang bahagia. Ameeen.

signature

cara berhubung sosialcara berkawancara untuk bahagiacara untuk berjayakhairul abdullahkhairul jermankhairulabdullahtips bercintatips berkawantips untuk bahagiatips untuk berjaya
Share

Believe It or Not  / Blog  / Guides  / Knowledge  / Lesson  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016

42 Comments


blu4sky
18/03/2013 at 9:49 pm
Login to Reply

Salam Khairul,
betul.betul..betul..tp perkara yg paling susah nak buat is the forgive and forget..kalau hal kecil maybe boleh bypass tp hal yg melibatkan hati dan perasaan..haruslah mkn tahun br nak recover..hihihi
ohh sy tgh buat perkara 10..bgn awal..tgh lipat kain..sat lg nak masak..and cooking make me happy 🙂



    Khairul Abdullah
    19/03/2013 at 9:46 am
    Login to Reply

    W’salam Blu…saya pula forgive and forget adalah yang paling mudah 🙂

      blu4sky
      19/03/2013 at 12:23 pm

      Itulah beza antara lelaki dgn perempuan..perempuan berjiwa halus..sekali terkena akan teringat sampai bila2 whereas lelaki..lelaki mudah lupa..tu pasal selalu kena bebel..manjang jer lupa..hihihi

        Khairul Abdullah
        19/03/2013 at 1:16 pm

        Hehehe…tu lah.

ladywindsor
19/03/2013 at 12:34 am
Login to Reply

1,2,4,5,6,7,9,10,11,12,14,15,17,19,20,22..sudah ada dalam senarai saya..

* setuju dgn blu4sky!



    Khairul Abdullah
    19/03/2013 at 9:51 am
    Login to Reply

    LW…yang terkeluar dari senarai ialah 3,8,13,18 dan 21 yer. Hehe..bersenam adalah sangat penting tau. Cuba yer at least seminggu sekali…pegi jalan-jalan sudah kat taman or shopping complex 🙂

      ladywindsor
      04/04/2013 at 3:05 am

      yer..saya tak bersenam proper laa cuma berkebun dan basuh lantai pouch kat rumah..itu pun dah kira macam exercise juga kan..

      Tapi kalau berjalan2 kat shopping complex tu adalah kesukaan dan setiap hari dilakukan sambil mencilok masa kerja..hahaha..konon alasan nak g appointment tapi sengaja lalu kot dalam shopping..:)

        Khairul
        04/04/2013 at 1:51 pm

        Ohh..kalau gitu kira ok lah, asalkan sentiasa ada pergerakan fizikal yang konsisten. Kerap jugak awak bersukan yer? 🙂

Marya Yusof
19/03/2013 at 1:44 am
Login to Reply

Hola Khairul!

Suka entry ni! Definisi bahagia bagi setiap orang adalah berbeza… Yang kita cari adalah bahagia di dunia & juga akhirat… 🙂



    Khairul Abdullah
    19/03/2013 at 9:54 am
    Login to Reply

    Hallo Marya,

    Setuju. Entry ini pula bukan mendifinisikan bahagia..cuma perkara2 yg dilakukan oleh orang bahagia yg ditulis oleh orang yang cara hidup serta budayanya amat berbeza dari kita. Saya menterjemahkannya ke dalam bahasa kita dan mengolahkan sedikit agar sesuai dengan budaya serta agama kita. Mungkin keseluruhan 22 perkara tidak semua sesuai dengan kita. Namun banyak juga yang boleh kita ambil iktibar. Wallahualam.

my name is lily
19/03/2013 at 3:07 am
Login to Reply

Info yang baik. Juga buat saya bahagia membacanya. 🙂



    Khairul Abdullah
    19/03/2013 at 9:55 am
    Login to Reply

    Betul tu Pn. Lily, kadang2 bahan bacaan yang baik turut membuatkan kita rsa bahagia 🙂

fadzilahazman
19/03/2013 at 4:27 am
Login to Reply

alhamdulillah,rasanya semua perkara di ats tu sy dah buat kecuali perkara no 1,agk susah nk buat dsbbkan sy kategori org yg keras hati dan keras kepala>.<
amek masa jugak utk pujuk hati yg mcm batu ni utk maafkan org dan dlm tempoh tu sy rasa lebih baik sy berdiam diri (silent treatment) smpai sy rasa sy dah ok..



    Khairul Abdullah
    19/03/2013 at 9:57 am
    Login to Reply

    Kenapa perkara no. 1 tu amat payah bagi kebanyakan wanita yer?

tips
19/03/2013 at 9:40 am
Login to Reply

hubungan dengan Tuhan pon kena jaga…

🙂



Khairul Abdullah
19/03/2013 at 10:01 am
Login to Reply

Tips,

Saya rasa perkara 1-22 semuanya perkara yang baik dan hampir 90% daripadanya dianjurkan oleh agama kita islam – saling memaafkan, berbuat baik sesama insan, bercakap benar, bersyukur, bangun awal dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung kita telah menunaikan perintah Allah dan menjaga hubungan kita dengan Nya. Tidak begitu?



Sharifahrosidah
19/03/2013 at 11:58 am
Login to Reply

Akak rasa akak lebih bahagia sekarang dari masa akak berumur 30an dulu…..dulu susah sungguh hendak memaafkan perbuatan orang…..dan akak juga suka menyalah kan diri sendiri, sekarang hidup lebih teratur dan tenang….amin.



    Khairul Abdullah
    19/03/2013 at 1:14 pm
    Login to Reply

    Kak Sherry,

    Alhamdulillah…bahagia juga saya mendengarnya 🙂

Su
20/03/2013 at 2:20 am
Login to Reply

I am happy! Alhamdulillah….

Tidak ada manusia yang sempurna, dlm menjadi orang yg bahagia pun, mungkin ada waktunya kita tersilap langkah. Tidak mengapa, ianya hanya pemberi ‘rasa’ dalam hidup kita. Kita enjoy!!



    Khairul Abdullah
    20/03/2013 at 9:20 am
    Login to Reply

    Betul Su,

    Bahagia, derita, sakit, kecewa adalah pemberi rasa di dalam hidup.

Eliza
20/03/2013 at 6:09 am
Login to Reply

Salam Khairul,

Kalo ikut pendapatan saya yg tak seberapa nih ..mostly men tend to take things for granted unlike women. That makes us hard to forgive n forget.

As for me, its easier to forgive no matter how hurt the consequences were but it‘ll take a very long time to forget.(oppss! tercakap omputeh pulak dah.hihi..)

Then I realised , that once I forgive and forget, I was not only make peace with others but I make peace with myself. Nothing else matters…Forget the past bcos life goes on and the needs to move on. There were lessons to be learned and “blessing in disguise”.

Thank you for the translations and sharing it with ur readers. Yg baik dijadikan tauladan dan yg buruk dijadikan sempadan. I am happy in a way i want myself to be now. And to you..get well sooner 🙂



    Khairul Abdullah
    20/03/2013 at 9:30 am
    Login to Reply

    Eliza,

    I much agree with u that men tend to take things for granted. And thats what make our life a little easier than yours. Isnt that so?

    And i do also very much agree that once you forgive and forget..you make peace with others and yourself.

    As you said..life goes on…and we need to move on.

    Thanks for sharing the article with me 🙂

tips
21/03/2013 at 3:32 am
Login to Reply

thanks Khairul,
agree.. 🙂

kenapa saya rasa macam Ms Eliza;
‘easier to forgive than forget..??’



irfa
27/03/2013 at 2:45 am
Login to Reply

hai KA..
betul semua yg KA tulis tu
bahagia ada dalam hati 😉



    Khairul Abdullah
    28/03/2013 at 11:58 am
    Login to Reply

    Hi Irfa,

    Bahagia ada dalam hati…dalam hati ada taman.. 🙂

m.u.l.a.n
01/04/2013 at 4:50 pm
Login to Reply

no 3, 16, 17, 18 & 21 susah nak ikut hehehee… yang lain tu dalam usaha sedaya upaya dari dulu.. can forgive but difficult to forget maaa…



Khairul
04/04/2013 at 1:49 pm
Login to Reply

Ye lah..tak semua kita boleh ikut kan. Tapi kalau dapat buat 50% pun dah kira baik.



Yasmin
21/04/2013 at 8:03 pm
Login to Reply

Paling susah is to forgive and forget..especially for a girl.



Kadek Deka
01/08/2013 at 10:19 pm
Login to Reply

alhamdulilah y



Kadek Putra Wati
01/08/2013 at 10:19 pm
Login to Reply

alhamdulilah y



shima
20/09/2013 at 3:16 pm
Login to Reply

Suka sgt..nk share ni



    Khairul Abdullah
    22/09/2013 at 12:23 pm
    Login to Reply

    Silakan 🙂

Farah Najihah IsMail
30/09/2013 at 3:42 pm
Login to Reply

like this entry. mohon copy.nk present utk subjek BI,sy pilih tajuk 10 ways to be happy. i think this topic related to my present's topic.hehe 😀



farah najihah
30/09/2013 at 5:44 pm
Login to Reply

mohon copy. sbb sy ad pilih tjuk utk present 10ways to be happy.so sy rse entry ni ada kaitan.hehe 😀



    Khairul Abdullah
    02/10/2013 at 11:01 am
    Login to Reply

    Silakan..and good luck with your presentation.

fairuzdiyana (@fairuzdiyana6)
15/11/2013 at 2:01 am
Login to Reply

Saya share di facebook ya. Suka entry ni. :0



Ariza A. Bakar
11/12/2013 at 1:39 am
Login to Reply

Terika kasih atas perkongsian ini. Sebuah perkongsian ilmu yang sangat baik dan amat berguna untuk dimanfaatkan bersama……. :-).



Khairul Abdullah
11/12/2013 at 8:32 am
Login to Reply

@Ariza A. Bakar Sama-sama dan kongsilah juga bersama orang lain yer. TQ



lebih bahagia
21/06/2014 at 3:23 am
Login to Reply

senang baca artikelnya bermutu …salam kenal



hasnurul
26/06/2014 at 5:04 am
Login to Reply

Saya kopi dan paste artikel ini. Minta Izin ya? Terima kasih.. =)



chris vena yena
06/09/2014 at 2:01 pm
Login to Reply

sekiranya tempat yang kita berada sekarang adalah penyebab kita tidak dapat menjalani semua di atas, bagaimanakah cara yang terbaik untuk menyelesaikan nya???



    Khairul Abdullah
    15/01/2015 at 12:41 pm
    Login to Reply

    Ubah tempat atau persekitaran anda sekarang kepada yg lebih baik atau spt apa yg anda inginkan atau pindah ke persekitaran lain.

    Kadangkala berpindah adalah penyelesaian yang terbaik.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved