7 Assignments

Bila anak-anak tidur jer tadi terus aku buka buku dan study.

Aku kena ambil online test sebelum pukul 12 malam ni.  Classmate aku semua dah buat, aku masih di hospital jaga anak-anak yang sakit.  Jadi sebelum akses ditutup aku kena selesaikan.

Alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan.

Namun, aku harap sangat yang budak dua orang ni dapatlah discharge esok walaupun macam tipis harapannya.  Yang bongsu tu masih muntah dan cirit lagi.  Namun aku berharap sangat.

Aku ni ada lagi 7 assignment yang nak kena siapkan sebelum Ahad depan ni.  Padahal semester ni ambik 4 subjek jer pun, assignment banyak kemain.

Lepas up post ni aku nak try siapkan satu walaupun otak serta jiwa dan raga aku letih gila.  Menjaga anak yang sakit ni adalah satu “exam” jugak untuk fizikal dan mental aku.  InshaAllah aku boleh, tak boleh pun aku ejas sampai boleh.

Bukan senang nak berjaya, banyak pengorbanan nak kena buat.

Semoga aku terus diberi kekuatan untuk bekerja siang malam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak disamping terus bersemangat untuk menghabiskan pengajian aku.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Keep fighting!

Khairul Abdullah
#DiariSuperDaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *