Adam Rayqal

Terbaca pula posting seorang wanita yang viral bila berkongsikan kisah kesedihan dan kepiluan ibu Adam Rayqal yang dijumpai di dalam peti ais semalam.

Dikongsikan segala gambar dan screenshot berserta video tentang tragedi tersebut.  Memang sedih, memang pilu.

Cuma saya terbayang, jika ibunya, ayahnya atau ahli keluarga yang lain terjumpa kembali post tersebut beberapa bulan atau tahun yang akan datang, bagaimanakah perasaan mereka?

Dapatkah mereka move-on?

Tercarik dan terguris lagikah perasaan mereka melihat pakej lengkap segala gambar dan video yang dikongsi?

Apa pendapat kalian?

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *