Aku Ada Masa 15 Bulan Sahaja

“Daddy, that is northern light.”
Khaleef tunjuk kat tv waktu aku tengah tengok dokumentari kat Nat Geo. Waktu tu umur dia baru nak masuk 3 tahun. Dia sudah kenal benda sains ni dan juga huruf dan nombor. Dia sudah mula bercakap tentang monumen dunia.
Waktu umur tersebut dia tak menconteng tanpa sebarang rupa, tetapi dia sudah melukis Twin Tower, Eiffel Tower, kapal laut, kapal terbang, keretapi dan sebagainya dengan jelas dan detail.
Ketika kanak-kanak lain seronok tengok kereta dan motor lalu depan rumah, dia menutup telinga ketakutan. Bunyi vakum sahaja sudah buat dia tak keruan. Motor lalu depan rumah pun dia dah berlari masuk bilik dan menutup telinga.
Kami perasan ada benda bagus, ada benda tak bagus pasal Khaleef waktu tu. Tapi tak expect lah dia ada sesuatu.
Then, umur 4 tahun, mak dia meninggal. Sifat dan sikap dia makin berubah. Dia tak follow rules, dia tak faham social cue. Dia sangat slow, tak suka bersosial. Dia suka main seorang diri dan boleh role play atau bercakap sendiri berjam-jam. Dia selalu kibas-kibaskan tangan depan muka.
Kalau nak suruh dia buat sesuatu kena bagi full set instruction. Tak boleh suruh dan anggap dia faham. Kalau nak suruh dia buang sampah, kena suruh dia ambil sampah, berjalan ke dapur dan masukkan sampah ke dalam tong biru misalnya. Tak boleh suruh Khaleef pergi buang sampah. Kau akan nampak dia berdiri keras pegang sampah sahaja.
Aku buat research dan dapati dia ada ciri-ciri autistik. Aku buat segala jenis online test yang ada. Keputusannya suruh aku jumpa pakar. Kemungkinan dia ni high functioning autism. Aku tak puas hati, aku buat lagi test yang berbayar pulak. Keputusannya sama.
Atas nasihat Puan Salwa Mohd Saleh yang juga ada anak-anak istimewa, aku bawa Khaleef ke HUKM. Maka bermulalah episod berulang-alik ke HUKM selama 2 tahun lebih dah. Banyak sesi terapi dilakukan untuk samada occupational therapy dan juga play therapy. Ada beberapa perkembangan positif dari aspek sensori dia.
Namun behavior dia masih tak boleh tackle. Test IQ dia skor 120, way above average.
Bermakna dia terkehadapan dari usia dia. Sebab tu dia tak suka berkawan dengan budak sebaya. Tak suka tengok kartun yang adik-adik dia tengok, dia enjoy benda lain. Dia enjoy angkasa lepas, planet-planet dan segala macam pasal biologi.
Benda gitu memang dia bijak lah. Tapi bab sikap, memang kelaut. Aku tanya dia kenapa tak boleh ikut rules, kenapa tak dengar cakap. Kenapa selalu buat apa yang tak boleh dibuat? Jawabnya mudah. “Something wrong with my brain daddy.”
Aku mula dapat laporan pasal sikap dia di tadika. Tantrum, tak buat kerja sekolah dan macam-macam lagi. Sekali tu kena panggil sebab dia dah pukul cikgu. Dia dah mula kacau kawan-kawan.
Psych kata waktu umur dia macam ni memang ciri-ciri tu akan lebih ketara. Diorang suruh aku masukkan dia ke sekolah khas dan tangguhkan sekolah dia tahun depan. Biar dia masuk Tahun 1 waktu umur 8 tahun.
Sekarang ni tengah nak tackle behavior dia. Nak bagi dia boleh urus diri dia. Urus social interaction dia dengan orang sekeliling. Dia tak boleh buat sendiri tanpa guide atau arahan lengkap.
Dia ni kalau bangun pagi dan nak tunggu dia siapkan diri dia maunya 2-3 jam baru siap. Adik-adik dia hanya mengambil masa 10 minit untuk bangun, mandi dan pakai baju. But not him.
Dia kalau aku tak bagi makan maka dia mati kebulur. Dia bukan macam adik-adik dia, yang akan buka fridge cari makanan atau bagitau lapar dan nak makan apa. So bila membayangkan dia masuk sekolah, terus aku jadi seram sejuk.
Jadi, aku ada masa 15 bulan untuk persiapkan dia untuk masuk sekolah biasa atau aku boleh terus masukkan dia ke sekolah khas tahun depan ni. Aku masih perlu berbincang dengan pakar tentang apa yang terbaik buat dia.
Namun sekarang aku kena pindahkan dulu tadika dia. Takut aku kalau dia cederakan budak lain pulak lepas ni. Sekolah sekarang ni sangat bagus tapi yelah, tak equipped untuk budak macam dia.
Dah tengok sekolah baru, memang khas untuk budak special macam dia. Cumanya yuran RM2K sebulan tu mau pengsan bangun pengsan bangun tiap kali nak bayar.
Tabung dah pecah untuk aku buat kiraan. Ada la walaupun tak berapa banyak. Namun aku tetap nak berikan yang terbaik buat dia. Aku bersemangat bila korang semua mendoakan aku. Korang kata rezeki anak tu ada, jangan bimbang.
So aku tak bimbang, aku akan cari duit.
Dia adalah amanah yang ditinggalkan untuk aku.
Aku terbayang muka arwah mak dia, bergantung harap pada aku untuk besarkan anak-anak dia.
Walaupun bersendirian, aku redah.
Walaupun lelah, aku tabah.
Aku dah mula kena kerja overtime ni.
p/s: Gambar – Khaleef ketika berusia 3 bulan.

Anda juga mungkin nak baca

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *