Anak Yang Bermain Dengan Makanan Cenderung Lebih Mudah Makan

Bagi anak bongsu aku ni, makanan juga adalah sejenis permainan okeh.

Kadang-kadang nak marah, yelah habis bersepah siap dengan pakej lumur kepala lagi.  Tapi kan aku baca, anak-anak yang bermain dengan makanan ni dia jenis lebih mudah makan.

Dia tak jadi “picky eater” atau terlalu memilih makan.

Anak-anak yang dibiarkan bermain dengan makanan ni didapati belajar menggunakan kesemua deria atau sensori dia untuk melihat, mengenal dan merasa makanan tersebut dari segi rupa, warna, tekstur dan juga rasanya.

Bila dia pegang, meramas dan bermain dengan letak di mata, kepala rambut dan sebagainya dia dapat betul-betul merasa tekstur makanan tersebut.  Jadi dia boleh expect bagaimana tekstur yang akan dia rasa bila dimasukkan ke dalam mulut.

Dia macam belajar Maths lah.  Kalau setakat dok mengira atas kertas jer dia jadi lambat dan tak jelas.  Namun bila bagi objek dia pegang untuk dia tambah, tolak dan sebagainya maka kefahaman dia lebih jelas.

Bermain adalah elemen penting dalam tumbesaran anak-anak dan sangat penting untuk perkembangan otak mereka.  Depa belajar dengan banyak melalui semua deria terutama sentuhan.

Anak jadi lebih kreatif.  Dia pegang spaghetti sambil buat gaya seolah memancing ikan bila dia dapat spaghetti yang panjang.  Ada yang dia pegang dia buat bunyi ular dan sebagainya.

Bermain ni juga membantu anak untuk tidak memilih makanan.  Kajian pakar mendapati anak-anak yang dibiarkan bermain dengan makanan dapat makan apa sahaja yang diberikan dan tidak terlalu memilih.

Selain itu ia juga menggalakkan anak untuk lebih curious dan explore.  Anak-anak tak suka dipaksa makan.  Kita biasa bagi pilihan supaya dia duduk dan habiskan makanan, kalau tak habis dia tak boleh bangun atau tak boleh sambung tengok tv.

Namun selalunya depa akan pilih untuk duduk sahaja berbanding habiskan makanan.  Tak bangun pun tak apa, depa sanggup.

So biarlah depa main, cuma elakkan jangan sampai membazir.

Aku realize yang anak bongsu aku ni adventure gila bab makan.

Waktu umur sekarang ni dia memang main dengan makanan dia.  Asal ada bentuk jer dia mula buat keretalah, buat kapal terbanglah, lumur di kepalalah, masuk dalam bajulah dan macam-macam.

Namun dia makan apa sahaja dan sanggup merasa apa sahaja makanan baru yang aku bagi.  Durian dia makan, budu pun aku bagi dia rasa, sambal pedas pun dia rasa.  Ada yang dia suka dan ada yang dia tak suka.  Tapi dia sangat mudah makan.

Anak aku yang kedua memang jenis tak main-main dengan makanan.  So memang picky eater.  Nak rasa makanan pun tak mau.  Jenuh cuba bagi makan macam-macam tapi tak mau jugak.  Tukar setting tukar itu tukar ini semua tak mau.  Dia nak makan ituuuu jer.

Anak yang sulung tu pun dulu umur 2-3 tahun main dengan makanan dia.  Sekarang dia juga mudah makan.

So aku rasa ada betulnya lah.

Tapi tulah kan, kita ni asal nampak anak main-main jer kita dah mula marah.  Kita sanggup suap anak makan sebab taknak bersepah-sepah, taknak dia lumur spaghetti tu kat kepala.

Lagi satu sebenarnya kita taknak membazir dan tak elok bermain dengan makanan kan?  Rezeki kot, mana boleh dibuat main kan?

Ke macamana?

#SuperDaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *