Baby Zoffia Hyra

Bantulah Baby Zoffia Hyra Binti Muhamad Hakim yang baru berusia 6 bulan yang memerlukan dana RM160,000.00 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di China bulan depan.

Ibunya sendiri Puan Nurulhusna Mohammed akan mendermakan sebahagian hatinya demi menyelematkan anak ketiganya itu.

Baby Zoffia telah disahkan menghidap Biliary Atresia iaitu penyakit hati kronik/ kegagalan fungsi hati sejak lahir.  Baliau telah menjalani pembedahan Kasai ketika berumur 57 hari untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.

Selepas sebulan, pembedahan tersebut didapati tidak berjaya dan telah mengalami kegagalan pada fungsi hati dan telah disahkan oleh Pakar Pembedahan Kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.  Seterusnya kes dirujuk ke Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Baby Zoffia perlu menjalani pemindahan hati dengan segera kerana fungsi hatinya semakin merosot.  Tanpa pemindahan hati nyawa beliau akan terjejas dalam tempoh masa yang singkat.

Pembedahan pemindahan hati dijangka pada awal Februari 2020 ini yang akan dijalankan di Hospital Renji Shanghai China  Prosedur tersebut tidak boleh dilakukan di Malaysia kerana beliau juga mempunyai masalah jantung yang kompleks (Dextrocardia Situs Ambigous).

Oleh itu, marilah kita semua rakyat Malaysia sama-sama membantu satu lagi nyawa seperti bantuan yang pernah kita berikan kepada mereka yang lain sebelum ini.

Menurut ibunya, setakat hari ini baru RM6,000 berjaya dikumpul dan berbaki RM154,000 lagi.  Jika setiap yang membaca ini mendermakan RM2 sahaja pun sudah memadai untuk membantu menyelamatkan nyawa baby Zoffia ini

Jika tidak mampu menyumbang maka hulurkanlah doa untuk baby comel ini.  Semoga dia juga berpeluang membesar seperti anak-anak kecil yang lain.

Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun ibunya.

*******
MAYBANK (Current Account): 503015855458
NURULHUSNA BINTI MOHAMMED
No Hp :0148343461
********
Kongsikan pada semua agar lebih ramai menderma.  Semoga derma kalian akan dibalas di akhirat kelak.

Aamiin.

#BiliaryAtresiaFighter
#BAMA
#LiverTransplant
#SuperDaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *