Banyakkah Cuti Umum di Jerman?

Berapa harikah jumlah cuti umum di Malaysia?

Seingat saya lebih kurang 16 hari kesemuanya. Itu cuti wajib yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tak kira di negeri mana anda berada. Namun di setiap negeri pula, ada cuti khas masing-masing yang ditambah dan menjadikan jumlahnya kepada 18 hari sehingga kepada 22 hari di dalam setahun.

Kenapa saya berbicara tentang cuti?

Semalam ada tetamu dari Malaysia datang ke rumah – singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Kami ada berbincang tentang cuti, khasnya uti deepavali yang bakal bermula esok 13 November. Pastinya orang ramai sudah mula bercuti pada hari ini (menurut cik Net di blog beliau) kerana boleh mendapatkan cuti yang panjang apabila di sambung dengan cuti Awal Muharram pada 15 haribulan nanti.

Jadi..dapatlah bercuti selama selama seminggu sekiranya mengambil cuti tahunan pada hari isnin, rabu dan jumaat.

Untunglah kita rakyat Malaysia yang dapat bercuti panjang setiap kali ada perayaan keagaamaan ataupun perayaan kaum kerana perayaan tersebut sangat signifikan di dalam hidup kita.

Bagi yang tinggal di luar negara – cuti pastilah tidak mengikut jumlah di Malaysia, tetapi di negara tempat bekerja. Sekiranya penjawat awam yang bertugas di luar negara – cuti umum di Malaysia turut diterima pakai di pejabat konsul ataupun kedutaan besar. Bagi yang bekerja dengan syarikat swasta – maka cuti adalah berdasarkan negara tersebut.

Walaupun dengan sedikit cuti umum – orang jerman akan tetap bercuti, samada dengan mengambil cuti tahunan mahupun “emergency leave” atau “MC”

Di Jerman, jumlah cuti umum di peringkat persekutuan adalah sebanyak 9 hari dan di peringkat negeri adalah serendah 9 hari (setelah dicampur dengan cuti umum) dan paling banyak adalah 13 hari (juga setelah dicampur dengan cuti umum di peringkat persekutuan). Di negeri yang saya diami ini jumlah cuti umum setelah dicampur keduanya adalah 10 hari.

Namun begitu, walaupun dengan sedikit cuti umum – orang jerman akan tetap bercuti, samada dengan mengambil cuti tahunan mahupun “emergency leave” atau “MC”. Di sini, majikan tidak boleh “question” hak pekerja untuk MC dan majikan tidak berhak untuk bertanyakan kenapa atau sakit apa? atau mana sijil mc dan sebagainya. Doktor juga tidak akan memberitahu (sekiranya ditanya oleh majikan) apakah sakit yang dialami oleh pekerja beliau. Maksimum MC yang boleh diambil oleh pekerja adalah selama 28hari. Jadi sekiranya pekerja tersebut tidak datang bekerja dan mengatakan yang dia MC (yang sah diberikan oleh doktor), anda tidak boleh berbuat apa-apa. Gaji tetap perlu dibayar…kecuali pekerja tersebut tidak hadir melebihi dari 29 hari..maka sekiranya beliau masih MC, gajinya akan diambil alih dibayar oleh insurans (setiap orang yang tinggal di Jerman wajib mempunyai insurans kesihatan). Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai MC…kerana memerlukan satu entry khas untuk bercerita tentang pekerjaan dan undang-undang buruh di sini.

Berbalik kepada cuti umum tadi.

Mengikut pengamatan serta kajian melalui sumber internet, jumlah cuti dinikmati oleh seorang pekerja di Malaysia adalah sekitar 150 sehingga 180 hari setahun, termasuk cuti hujung minggu. Saya cuba menyemak kembali jumlah cuti tersebut mengikut perkiraan saya.

Lagipun…bagi saya, orang Malaysia lebih kuat berkerja berbanding orang Jerman..jadi jumlah tambahan 10 hari cuti tersebut adalah wajar.

Jadi, berapa harikah sebenarnya anda bekerja dalam setahun? Sekiranya kita ambil secara purata cuti umum persekutuan dicampur dengan cuti umum negeri dan juga cuti tahunan yang diambil serta “MC” dan “Emergency Leave”, maka perkiraan saya adalah seperti di bawah :-

Perkiraan Cuti Pekerja di Malaysia
Cuti Umum (2012) –  Purata 20 hari (termasuk di peringkat negeri)

Cuti Tahunan –  sekitar 18 – 30 hari setahun (kita ambil purata 23 hari)

Cuti hujung minggu – sabtu dan ahad (2 X 52 minggu) = 104 hari

Cuti MC dan EL – (kita ambil purata 8 hari)

Jumlah Cuti Purata bagi seorang pekerja ialah = 155 hari di dalam setahun.

Jumlah hari bekerja ialah 365 – 171 155 = 210 hari di dalam setahun

Itu adalah hitungan secara kasar/purata jumlah cuti dan hari bekerja di Malaysia – mungkin lebih..dan mungkin kurang. Bagi yang bekerja di luar negara seperti Jerman – jumlahnya pasti akan kurang berbanding di Malaysia sekiranya beliau mengambil cuti tahunan dan juga MC serta EL yang sama – jumlah cutinya di dalam setahun adalah sekitar 145 hari iaitu 10 hari kurang berbanding di Malaysia.

Bolehkah kita simpulkan yang pekerja di Malaysia adalah mewah dengan cuti? ENTAHLAH..I dont know…Bagi saya perbezaan sebanyak 10 hari adalah tidak besar. Lagipun…bagi saya, orang Malaysia lebih kuat berkerja berbanding orang Jerman..jadi jumlah tambahan 10 hari cuti tersebut adalah wajar.

p/s: Kepada rakan-rakan serta penganut Hindu di luar sana, saya ucapkan Happy Diwali!

 

58 thoughts on “Banyakkah Cuti Umum di Jerman?

  1. kat German ada gak cuti untuk state and federal ye..
    speaking of cuti.. i stress tak dapat nak cuti this week..kalau tak..memang heaven lah cuti 3 hari dapat cuti seminggu.. pastu hujung tahun cuti lagi.. double heaven..hahahhaa

  2. ye betul..carry forward ke tahun hadapan..untuk cuti balik kampung masa CNY..
    emm..nampak gaya dah kena check public holiday untuk perancangan cuti tahunan 2013.. raya bila :p

  3. Panjang penerangan awak tentang perbezaan cuti umum di Malaysia dan di Jerman….orang Malaysia memang rajin…akak pernah pergi India,,,ya ampun memang pemalas lah dia orang ni…akak semenjak dah tak bekerja dah tak ambik kesah pasal cuti2 ni.

    Yabeda bedu besuk LW dan Nenet nak bertandang kerumah akak…suka nya hati sebab walaupun berkenalan di alam maya masih sudi nak bertemu secara face to face.

  4. Assalamualaikum KA,
    Kuwait mmg kedekut bab cuti sbb gomen tau rakyatnya blh suka-suki cuti anytime & for whatever reason.
    Jadi x perlu bg cuti awal2.
    Sedangkan yg kena attend seminar or training pun blh tetiba call/sms kata MC.. faham2 sajalah..
    Nak kata org M’sia lebih rajin bekerja.. yes.. jika dibandingkan dgn Pak Sheikh & Minah Arab di sini.. mmg M’sian lg rajin.
    & this is for one & only reason.. diaorg ni bekerja hanya untuk memenuhi masa lapang.. u get what I mean??

  5. bro, ape yang kuat nya org mesia ni kerja? sure ke boleh menang bile compare to germany? ni soklan ikhlas..bkn sindiran pd dri sndiri ni tau.. huhuhuhu

  6. Beb,

    Seriously…org Malaysia memang lagi kuat bekerja (tapi tak semestinya bagus bekerja yer). Sepanjang pengalaman yang tak seberapa ni..memang org malaysia keje lebih, org jerman kat mana2 pun..balik on time. Tak kisah ada keje banyak ke..sikit ke..esok nak submit ke…on time mesti balik. Diaorang kat sini keje ikut jam…kalau seminggu keje dia 40jam..so dia tak akan keje lebih..by law pun adalah salah kerana keje lebih dari jam yang ditetapkan.

    Jadi..memang org Malaysia menang bila bab keje lebih kuat yer.

  7. Maaf mencelah…

    Beb,

    Setuju ngan KA, saya pernah berkursus pendek di Australia. Budaya mereka memang macam tu, cukup time berebut balik. Sementara kita terpaksa stay untuk setelkan kerja. Tu belum tengok brapa ramai orang kita yang wat part time untuk cover kos hidup. Sekadar pandangan.

    Sebelum terlupa, KA.. salam perkenalan dari saya.

    • Salam Mr. R,

      Terima kasih kerana singgah di blog saya ni. Salam perkenalan juga dari saya utk saudara.

      Dan saya juga setuju dengan pandangan berdasarkan pengalaman saudara. Orang eropah ni pun sama..berebut bila time nak balik.

  8. i tak nak cakap pasal ofis orang lain tapi kalau ofis i, kalau i cuti MC atau emergency leave, my boss will question me…teruk betul.. pastu dia akan cakap, apa ni muda2 lagi dah sakit…i yang tua ni pun tak sakit.. statement dia tu memang mengudang rasa marah satu office laa kan..

    sakit atau mati ni sama jer, tak kira tua atau muda… kita pun tak mintak sakit.. entahlah my boss tu… dia proud sangat sebab dia dah nak sampai 70 tapi sihat…

    • Haha..dah nasib dpt boss banyak soal..nak buat mcmana kan.

      Betul..sakit datang tak tentu masa..mati pun begitu. Hari ni sihat elok..tup tup esok sakit.

  9. KA,

    Hari ni akak jamu nenet dengan lw soto dan puding custard….dan durian akak bagi dia orang bawak balik…tadi mereka berdua sibuk ambik gambar nak tunjuk kat KA kata nya….seronok kita orang berborak….macam2 cerita cuma yang tak best nya mereka datang tak lama 3 jam jer…lain kali kena buat makan2 lagi dan ajak mereka berdua…

  10. Encik Khairul,

    Dulu masa saya kerja swasta dgn company dari Jepun, mereka memang berkira soal cuti. Kalau ambil MC @ EL, nanti bonus akan dipotong berdasarkan jumlah hari MC/EL. Teruk sungguh dirasakan saat itu. Saya tak tahulah pula kot2 itu peraturan orang Jepun.

      • Salam. saya pengunjung baru blog ni. Salam perkenalan. Saya sekarang bekerja dengan syarikat Jepun di Malaysia.

        Memang betul. orang Jepun memang kuat bekerja. MD (Managing Director) dari Jepun datang seawal jam 8 ( paling lewat pun 8.10am ). Balik jam 8 malam.

        Seriously…

  11. orang pompuan lagila…cuti bersalin je 3 bulan…cuti umum lagi..cuti rehat lagi..cuti sakit lagi…mmmm..kalau dikira-kira balik agaknya lagi banyak cuti daripada keje kan..heheheh

  12. company kita orang bagi carry forward cuti tahun ni ke tahun depan kalau tak habis. lazinya i akan bajet guna yg last year untuk this year..saja dengkiss dengan company kan..depa tak akan bayar kalau cuti tak habis..tahun ni dok ada 33 hari lagi..kira macam berlonggok cuti, cuma i je tak sempat cuti..tapi insiden berlaku kebelakangan ini buatkan i rasa nak cuti dan cuti dan cuti panjangggg…
    rakyat malaysia memang untung sebenarnya sebab banyak cuti kebetulan dalam setahun..yang jatuh berdekatan dengan hujung minggu, jadi kalau campur tolak sana sini..cuti weekend jadi panjang kan…

    • Lw…simpan cuti tu utk dtg sini nanti.

      Betul tu…cuti berdekatan hujung minggu dan cuti yg jatuh pada hujung minggu dan dianjakkan buat cuti jadi banyak dan panjang. Kat sini kalau cuti jatuh pada hari sabtu atau ahad..memang takdelah di anjak atau carry forward.

  13. Citer bab cuti nie,kat KoB memang public holiday tak sebanyak d Malaysia.
    Annual leave 30days + Sick leave 24days = 54 days.
    Means kalau tak sihat sehari tak pyh buat sakit2 jumpa dr mintak mc, automatic boleh req for sick leave.(stated in labour law kat sini)
    org Malaysia kat sini memang selalu org Arab suka n respect pasal kerja, depa cakap org kita Rajin + Pandai..kihkihhh..

    • Yong…orang kita memang rajin…dan pandai..bila di tempat orang..sebab perlu survive di luar comfort zone. Kalau di tempat sendiri?..Entahlah..I Dont Know…but rasanya tetap rajin dan pandai jugak kan :)

  14. As salam Khairul,

    Wah, bagusnya buat kiraan gini! Di Peru ni saya tak perasan pula… Tak pernah ambil tahu secara detail… tp saya rasa lebih kurang dgn Msia juga… dulu Tun Dr M ada buat satu post ttg Msia yg terlalu byk sgt coti2 Msia ni ha… katanya kita banyak sgt bercuti & menyebabkan ramai yg tak productive… mcm Japan, mmg suka kerah org utk bekerja keras & kdg2 dah jd mcm robot pulak tgk..hehehe…

    Apa2 pun kerja itu satu ibadah kan :) Bekerjalah kita sekuatnye…hiks ;)

    • W’salam Marya,

      Inilah pertama kali saya membuat kiraan begini. Dulu di Malaysia saya jarang sangat bercuti (sebab berkerja sendiri) cuma cuti raya saja. Di sini saya lebih bercuti dari bekerja (best oooo).

      Betul tu..bekerja dengan niat yang betul dan penuh dengan tanggungjawab dan amanah adalah satu ibadah. Jangan kerja main2 dan makan gaji buta sudahhh.

  15. emm smbil mengenang diri yg cuti tahun dh tggal sehari
    huhu..kompeni tpt saya cari makan,layak ambik mc 22 hari.lebih kalu,potong gaji.hehe
    tp sebab saya keje waktu pejabat(sabtu ahad cuti) makan saya jarang ambik mc kecuali betul2 sakit.tp masa keje shift dulu..ada hal lain,sibuk pk mana nak cari mc,hehe

  16. Bila di baca semua komen2, maknanya memang betul la org malaysia lg rajin bekerja dr kebnykan negara lain. Realitinya, yg saya tgk di sini, org kita kuat ‘mengular’, lebih malas dr indon atau bangla yg cari makan di sini (org melayu memilih kerja, tak nk kerja berat2), buat OT sbb bayaran OT per hour tinggi, dan macam2 lg. Tp yg betul2 rajin pun ada, ramai yg buat 2,3 keja dlm satu2 masa sebb nak carik duit lebih!

    Ada tambhan cuti lagi apabila negeri menang bola sepak atau sukan! Hahahaha…

    • Su…saya bersetuju bila melihat realiti orang kita yang kuat “mengular”. Dan memang betul…orang melayu juga kaya dengan sifat malas, pemalu dan rendah diri dan sangat memilih kerja. Tidak mahu bekerja sebagai buruh binaan atau tukang sapu, atau tukang cuci- sebab kerja berat, malu (sebab setaraf dengan indon). Bagi yang graduate pula tak mau bekerja di supermarket, 7E atau kerja-kerja sementara lain atau kerja lain selain dari bidang yg dia graduate. Jadi..berlambaklah yang menganggur. Padahal kerja berlambak – jadi masuklah indon, bangla, myanmar, nepal dan sebagainya.

      Di Jerman – tukang sapu, buruh binaan, pelayan restoran, penjaga kaunter dan sebagainya adalah majoriti orang Jerman.

      Oh ya..setiap kali menang bola…pasti diberikan cuti istimewa :)

  17. hehe..sbb tiket free la ramai yg minat nak keje
    tpi igt tiket je free yang lain tetap kena kuar duit jugak..my fren,dah 20tahun keje ..tp x penah sekali pun guna tiket free tu sbb katanya bercuti ke luar negara adalah membazir

    • Cik Wawa,

      Terima kasih dan maafkan saya. Saya akui ada kesilapan di situ. Tidak sedar setelah saya mengira kembali jumlah cuti dan ter”missed” menukarkan jumlah hari tersebut. Pada kiraan pertama jumlah cuti adalah171 hari. Setelah reseach dibuat berulang kali saya dapati cuti adalah sekitar 155 hari (ketika itu, jadual tersebut telah saya siapkan dengan kiraan 171 hari cuti) dan saya membetulkan semua perkiraan dan tertinggal atau ter”missed” perkiraan yang terakhir iaitu menukar 171 hari kepada 155 hari.

      Sekali lagi..terima kasih dan maafkan saya.

You're welcome to leave a comment and share this article if you like.