Benda Yang Paling Aku Takut

Antara “tough moment” bila jadi parent adalah bila kena panggil dengan cikgu dan mendapat laporan tentang kesalahan anak.
Benda yang paling aku takut dah mula berlaku dan ianya semakin kerap, baik di sekolah ataupun di rumah.
Merosakkan, mengganggu, memukul serta mencederakan tanpa perasaan.  Tantrumnya sukar dikawal, sukar dipujuk dan dia semakin agresif.
Aku dah karang surat cinta buat ibu anak yang dicederakan oleh Khaleef.  Alhamdulillah permohonan maaf aku diterima baik.
Alhamdulillah.
Entah kenapa aku menangis dalam kereta lepas jumpa cikgu.
Tolong doakan kami.

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *