Mengikut kalendar ekuinoks, di Jerman ini musim terbahagi kepada 4, iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Secara rasminya musim akan bertukar setiap 3 bulan sekali pada 21 haribulan.
Berikut adalah jadual perubahan musim di Jerman.
—————————————————————————————————————-
Musim Bunga (Spring) – Mac, April, Mei (22 Mac – 21 Jun) Suhu di antara 3 – 15 darjah celcius
Musim Panas (Summer) – Jun, Julai, Ogos (22 Jun – 21 Sept) Suhu diantara 15 – 30 darjah celcius
Musim Luruh (Fall/Autumn) – Sept, Okt, Nov, (22 Sept – 21 Dis) Suhu diantara 1 – 9 darjah celcius
Musim Sejuk (Winter) – Dis, Jan, Feb (22 Dis – 21 Mac) Suhu diantara negatif 15 – 2 darjah celcius
—————————————————————————————————————-
Namun begitu, perubahan cuaca atau suhu adalah tidak tetap seperti tarikh yang ditunjukan di atas. Tidak bermakna apabila masuk tarikh 22 haribulan, suhu dan cuaca terus berubah. Ia mengambil masa di dalam 2 minggu awal atau akhir dari tarikh tersebut dan perubahan dirasa secara beransur-ansur dari panas kepada sejuk dan sebaliknya.
Terdapat beberapa petanda atau simptom yang menunjukkan musim tersebut sedang berubah.
Musim Bunga (Spring)
Musim bunga bermula apabila semua ranting-ranting pokok mula mengeluarkan daun, dan ada pokok yang berdaun (tidak gugur di musim sejuk) mula mengeluarkan bunga. Di dalam tempoh sebulan hampir kebanyakan pokok mula kembali berdaun lebat dan yang berbunga akan galak mengeluarkan bunga. Tumbuhan di dalam apartment saya akan turut mengeluarkan pucuk dan tunas baru ketika musim ini (sepanjang 3 musim yang lain pokok tersebut hanya diam membisu). Pokok yang paling galak berbunga adalah Cherry Blossom ataupun dipanggil Sakura.
Tulips mula memenuhi taman-taman dengan pelbagai warna. Bagi yang allergik dengan debunga, agak sukar berjalan-jalan di taman kerana proses pendebungaan sedang berlaku bagi menuai hasil (buah) di musim panas nanti.
Musim Panas (Summer)
Musim panas adalah musim yang paling digemari. Pancaran terik matahari merupakan satu rahmat yang tidak ternilai. Musim panas juga merupakan musim cuti. Masa yang sesuai untuk berjalan makan angin.
[quote]Lalat sudah mula kelihatan (sudah bangun dari hibernisasi) manakala burung-burung mula bernyanyi riang[/quote]
Permulaan musim panas dapat dilihat apabila bunga-bunga mula berguguran dan matahari mula memancar terik seawal jam 5.15 pagi. Pokok-pokok sudah mula berdaun hijau yang gelap. Lalat sudah mula kelihatan (sudah bangun dari hibernisasi) manakala burung-burung mula bernyanyi riang. Gadis-gadis Jerman mula berseluar pendek dan berskirt singkat. Padang atau kawasan rumput di taman-taman mula dipenuhi degan manusia yang berjemur.
Matahari terbit seawal jam 4.40 pagi di musim panas dan hilang disebalik horizon ketika jam 9.45malam – ertinya siang hari yang sangat panjang. Sangat sesuai untuk bercuti ketika ini, kerana mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan. Namun harus diingat yang kadar harga hotel dan tiket penerbangan dan juga keretapi adalah mahal ketika ini kerana dikira sebagai “peak season”.
Oh Ya…jarum jam akan dianjak sejam kehadapan bagi mengikut Daylight Savings Time. Sila baca tulisan saya sebelum ini.
Musim Luruh (Fall/Autumn)
Ketika ini tekak mula terasa panas, hidung mula berair dan terasa seperti hendak demam akibat perubahan cuaca panas ke sejuk dengan langit yang sentiasa mendung dan hujan sekejap-sekejap.
[quote]Ketika ini akan sibuklah orang-ramai membeli stok-stok makanan, baju dan jaket tebal, video games, buku dan sebagainya untuk persiapan “berhibernisasi” juga[/quote]
Petanda musim luruh mudah dilihat apabila daun-daun pokok mula bertukar warna kepada merah, coklat dan juga perang dan kemudiannya kesemua daun-daun tersebut mula gugur. Ada juga spesis-spesis pokok yang tidak berubah yakni tidak berhibernisasi di sepanjang musim sejuk di mana daunnya tetap kekal hijau. Suhu akan mula jatuh dari sekitar 21-25darah celcius kepada 12-19darjah celcius. Apabila masuk pertengahan bulan oktober makan suhu akan berada sekitar 2-10darjah celcius.
Ketika penghujung bulan November, semua pokok akan hanya tinggal batang dan ranting (kecuali pokok yg tidak berhibernisasi) maka petanda awal yang musim sejuk sudah hendak tiba. Ketika ini akan sibuklah orang-ramai membeli stok-stok makanan, baju dan jaket tebal, video games, buku dan sebagainya untuk persiapan “berhibernisasi” juga.
Musim Sejuk (Winter)
Musim sejuk pula tidak semestinya bersalji. Salji memang sentiasa dinantikan ketika menjelang Krismas iaitu pada 25 Disember. Namun salji juga adalah seperti hujan, tidak turun setiap hari dan tidak turun sepanjang hari. Ketika cuaca musim sejuk yang agak baik, salji hanya turun sekali sekala, mungkin 3-4 kali sepanjang musim, bagi kawasan tanah tinggi, salji lebih kerap, hampir setiap hari sepanjang musim. Namun tidak sepanjang hari, hanya sekejap-sekejap.
[quote] Sekiranya ada pejalan kaki yang jatuh akibat tergelincir di hadapan rumah anda (akibat salji yg tidak dibersihkan) anda akan disaman![/quote]
Ketika ini hospital sering dipenuhi pesakit yang terjatuh akibat tergelincir (terpijak black ice – ais di bawah lapisan salji). Pekerja majlis bandaraya akan sibuk seawal pagi menabur pasir di laluan pejalan kaki (bagi memberi cengkaman lebih) dan jentolak mula membersihkan jalan-jalan utama.
Sekiranya tinggal di rumah bertanah (landed property – bukan apartment) anda diwajibkan membersihkan laluan di hadapan rumah anda. Sekiranya ada pejalan kaki yang jatuh akibat tergelincir di hadapan rumah anda (akibat salji yg tidak dibersihkan) anda akan disaman!
Pada 2010 salji turun awal pada bulan November dan cuaca sangat buruk – seluruh Eropah bergelumang salji tebal. Banyak penerbangan dibatalkan, begitu juga perkhidmatan pengangkuan awam yang lain – banyak tergendala dan terkandas.
Pada 2011 pula salji hanya turun beberapa kali bermula selepas Krismas dan beberapa kali di bulan Januari.
Jika anda berhajat untuk datang bercuti ke tika winter, sila baca tips di sini.
——————————————————————————————————————
Pada tahun ini, cuaca agak sejuk tidak seperti tahun lepas yang lebih “warm”. Musim panas tahun ini agak singkat yang mana hanya 2-3 minggu sahaja cuaca betul-betul panas dari sepanjang 3 bulan yang diperuntukkan. Selebihnya adalah dingin dan memerlukan jaket nipis untuk keluar dari rumah.
[quote]Pada 28 September nanti jarum jam akan dianjakkan sejam kebelakang dan akan menjadi lewat 7 jam[/quote]
Dijangkakan musim sejuk akan datang awal tahun ini dan pasti salji akan lebih tebal dari tahun sebelumnya. Maka akan bermulalah episod muram dan sepi sepanjang 3 bulan. Siang sangat pendek, dimana pukul 4.30 petang sudah mula gelap. Tidak boleh keluar berjalan-jalan kerana sangat sejuk.
Oh ya..masa juga akan berubah, kalau sebelum ini Jerman adalah 6 jam lewat dari Malaysia (DAYLIGHT SAVINGS TIME), dan pada 28 September nanti jarum jam akan dianjakkan sejam kebelakang dan akan menjadi lewat 7 jam kembali ke waktu asal (LOCAL STANDARD TIME). Sila baca tulisan saya sebelum ini.
Apa yang saya nak buat musim sejuk nanti? ENTAHLAH..I dont know…mungkin hanya duduk di rumah dan menggemukkan diri.
76 Comments
Salam tuan blog,
cantik gambarnya !!!
Hmmm kalau saya berada di sana, alamatnya 3 musim saya berhibernasi…..suhu di musim spring & autumn rendah juga, apatah lg winter.
Wsalam Puan,
Biasanya purata suhu sepanjang tahun adalah 9darjah celcius, bermakna sentiasa sejuk dan perlukan jaket untuk keluar rumah. Penghunjung musim luruh sehingga musim sejuk (Okt-Februari) memerlukan pakaian yang lebih tebal sehingga 3-4 lapis dan memerlukan boot yang kalis air sekiranya hendak keluar rumah. Jadi..berhibernisasi adalah pilihan yang terbaik 🙂
As salam Khairul,
Hola!
Saya baca bersungguh-sungguh! Ralit betul… 🙂 Sebabnya kami tak merasa semua musim itu dgn secara yg sebenar-benarnya… hahaha! Saya pun tak faham apa yg saya cakapkan…hiks… Tp mcm tulah, di Peru especially di Lima ni average suhu sepanjang tahun 17 ke 19 darjah Celsius… sedap-sedap gitu… tapi kalau musim sejuk berkabus & the humidity is very high… Lima is one of the driest city in the world! :)) Pelik tp itulah kuasa ALLAH :))
W’salam Marya,
Guten Tag!
Suhu purata di Lima sangat best sebab nyaman kan? hanya perlu kenakan “light jacket” dan boleh keluar rumah. Sempat tadi baca wiki pasal Peru dan surprisingly tahun 2010 diisytihar darurat sebab sejuk melampau di selatan Peru iaitu negatif 24darjah celcius yg menyebabkan ramai mati. Peru mempunyai hampir 28 daripada 32 jenis cuaca di dunia. Subhanallah!
Saya selalu berangan bermain dalam salji putih, tapi memegang ais seketul lebih dari 2 minit pun sudah rasa sakitnya tangan. Tak tahan sejuk! Maka, saya sedar diri.
Jadi, biarlah saya berangan2 merasa nikmatnya cahaya matahari musim panas dan bunga sahaja (dgn harapan cuaca tidak sejuk)… hahahaha…
Su,
Snow tidak sesejuk ais yang padat, so insyaAllah..boleh jer genggam, kepal dan baling 🙂
Cahaya matahari musim panas di sini adalah nikmat yang tidak terhingga. Selalu berdoa agar setiap hari matahari memunculkan diri. Pertengahan musim bunga adalah yang paling best – cuaca nyaman, bunga-bunga dah banyak, cahaya matahari dah mula keluar.
Hurmmm taknak ajak anak bini balik ke? ;p
Btw tentu syiok kan shopping brg2 branded di Germany. Handbag murah! Kalau buat sy org pertama jdi ur reg cust.. Aha :p
Beb,
Nak balik raya tahun depan :).
Nak kata syok tu tak jugak sebab saya bukan kaki shopping..tapi rasa sungguh berbaloi sebab dapat pakai barang branded yang berkualiti dengan harga yang murah.
Saya tengah fikirkan nak jual handbag online nih 🙂
Bila nak start jual handbag online?
Saya nak order..hehe
Errr apsal saya tak boleh komen yer sebelum ni?
LW,
All your comment masuk spam box. Dulu komen you ada link ke blog, bila u tak letak link then my web filter suspect yg u adalah spam. Sorry yer.
Santik2 gambar tu … kat sini ada juga, musim panas dan hujan.
Wah nak bisnes ya, sokong2.. boleh akak tumpang rezeki. Anak buah tu balik Germany baru2 ni, bawa joran.. jual kat M’sia.
Pn Syimama,
Kat sini sepanjang autumn n winter kira musim hujan gak ler, cuma hujan tak lebat mcm kat m’sia.
Cadangnya gitulah…tapi tertangguh..sibuk sikit lately. InsyaAllah kalau jadi saya bagitau.
i tak suka winter… tak kepingin pun untuk bermain salji… i suka musim bunga…
jual beg online? bernas… sila sila…
Net,
Saya cuma suka pada hari pertama snow turun jer…lepas tu dah tak suka..sejukkkk.
Beg apa yang boleh i jual online Net? yg high demand sikit.
musim winter umpama gothic… mendunggg…
musim bunga ceria..ada burung2 terbang2… ada bunga2 kembang…nyaman je kan.. udara sejuk2 tapi tak terlalu sejuk…
yang high demand? coach kot..mcm ramai je suka coach .. i dah ada satu, cukup lah .. tapi i suka burberry, prada, gucci..hambooii!!! *smbil tenung2 purse michael kors yang tak ada isi nih*
Betul tu…winter so gloom..so depressed.
Coach takde ka sini Net, org Jerman tak pakai Coach. Depa hanya pakai Burberry, LV, Prada, Gucci, Channel, Longchamp, Hermes. Michael Kors tu ada ler 🙂
Ahaa itu pasal, ingatkan saya kena block tak boleh masuk blog ini!
Okeh tolong delete..nanti saya roger nak handbag apa.
Nak pakat2 sama Irfa dan Net. U kalau ada custome macam kita orang ni sure untung kedai u…:)
Ish kenapa pulak i nak block u kan? Saya dah delete semua. Okeh..nanti roger2.
oh gitu
kalau nak gi sana kena pilih bulan mana yg sesuai 😉
online hbag?menarik
wah tgk kak lw dah semangat nak order tu.hehe
kat mesia ada 2 musim je
musim panas dan musim tengkujuh.hehe
Irfa,
Nak dtg sini bulan Mei hingga September iaitu pertengahan spring hingga penghujung summer. Time ni siang sangat panjang (17jam)so boleh berjalan puas2. Cuaca nyaman2 jer tak terlampau sejuk, cuma pertengahan summer agak panas. Tapi kalau nak lebih murah (hotel dan flight ticket) datanglah time sejuk dari November sehingga April. Cuma susah nak jalan2 la sebab sejuk melampau dan siang pula pendek (cuma 8jam)
Online handbag tu tgh dok study pricing. Tanak jual sama harga mcm kat malaysia, nak jual lebih murah (sambil2 nak tolong rakan2 bloggers).
Musim panas dengan musim tengkujuh tu mana yang paling best eh? saya suka musim tengkujuh (suka main hujan) 🙂
Kat sini memanglah 4 musim kan..tapi pada bulan april (bulan yang paling tak menentu cuacanya) boleh dapat 4 musim dalam sehari sekaligus, hari tu lah sejuk pada paginya, panas pada tengaharinya, hujan sebelah petangnya dan salji pada malamnya.
Assalam Khairul..
selama hidup 43 tahun, i tak pernah merasa segala musim kecuali musim tengkujuh dan kemarau.. tapi kuasa dan izin ALLAH i dapat merasa SPRING in KASHMIR in last April.. MASYALLAHHH.. suka nya rasa di hati.. i think i love travel during spring.. really pleasant moment..
kalau autumn tu best tak?
W’salam Kak Yan,
Alhamdulillah, dapat juga merasa musim bunga yer…di Kashmir lagi..kelasss. Tidak dinafikan yang musim bunga adalah musim yang paling digemari kerana kecantikannya dan juga suhunya yang nyaman dan tidak terlalu sejuk.
Kalau musim luruh (autumn) pula suhunya seakan spring, lebih sejuk sedikit sahaja, kerap hujan renyai2, suasana gloom (malap). Tapi kalau matahari keluar suasana agak best, agak cantik juga kerana daun2 pokok sudah kemerahan. Bila dah penghujung autumn, semua pokok dah tinggal rangka, langit dah sentiasa kelabu dan suhu bertambah sejuk.
Nak kata best tu..tak kot. Paling best adalah diantara hujung musim bunga dan awal musim panas (itu sebab saya tinggal di sini). Kalau untuk traveller…musim luruh juga adalah masa yg best untuk travel, merasa suasana sejuk dan melihat alam bertukar wajah.
Assalam KA..
Bestnya 4 musim… gambar-gambar semua cantik!
Wsalam Mummy,
Terima kasih. 2 musim jer kot yang best..lagi 2 musim tak berapa best 🙂
As salam, nak jual hbag online…I like…tak sabar nak tunggu…
Wsalam Sarina,
Suka handbag apa? sabar yer.
kadang2 angin tiup tu yang tak tahan sejuk, kalau xde angin setakat sejuk je i boleh tahan lagi
Pinkdiary,
Betul tu..takat sejuk tu ok jer..tapi bila datang angin..mulalah menggeletar.
my first experience with snow was during my undergrad year..first year kat negara orang and it was snowing masa 1 syawwal..pegi lecture pakai baju kurung.. boleh tahan tahap beku.. 😀
Wahhh..snowing first syawal…macam white xmas gitu 🙂 puasa mesti best kan..sebab pendek jer. I dah 2 tahun puasa panjang.
1 syawal gi lecture gak? tak cuti?
nasib baik during my year bulan puasa masa winter..but then again.. kena sacrifice lerr.. raya pun gi lecture..mana ada cuti raya..hehehe sendiri ambil cuti boleh lerr.. and raya masa final year yg paling sedih.. after solat sunat raya terus masuk exam hall for my final paper.. sadis betul :p
Hahaha..takpelah, menuntut ilmu lebih penting. Jihad tu 🙂
salam ncik khairul a.moge sihat wal afiat sentiasa.infomative to me.plan nak ke holland mac nexyear.amacam cuaca masa itu.tq
Wsalam,
Cuaca pada bulan mac masih agak sejuk iaitu di bawah 10 darjah celcius dan memerlukan jaket untuk keluar. Nak ke Holland utk lihat tulips ke? Kalau nak melawat Keukenhof Garden utk melihat tulips adalah pada sepanjang bulan april (masa terbaik adalah pertengahan sehingga penghuung april)- dimana tulip dapat dilihat dikeseluruhan taman. Namun itu adalah peak season -hotel sentiasa penuh dan mahal. Kalau bulan lain (sepanjang tahun) tulip hanya dpt dilihat di dalam greenhouse.
Assalamualaikum
seronok membaca coretan anda dan melihat anda memasak… nampak mudah dan menyelerakan… saya mula mengenali blog anda apabila membaca tentang ikea.. penggunaan bahasa yang baik.. tertib kurang menggunakan bahasa rojak… saya merupakan guru bahasa melayu tetapi penggunaan bahasa pasar dalam blog agak keterlaluan…
Waalaikumsalam Cikgu Fazilah,
Terima kasih kerana membaca blog saya dan melihat video2 saya.
Saya seboleh-bolehnya cuba menggunakan bahasa melayu yang betul. Dulu masa mula2 menulis saya pun pakai bahasa pasar, tetapi bila dah ada pembaca maka rasa bertanggungjawab utk menggunakan bahasa yg betul apabila menyampaikan sesuatu.
salam..berapa suhu di spain awal bulan november?
Ameer, suhu di Spain berbeza di bahagian utara dan selatannya. Kalau di Barcelona suhu pada awal November adalah sekitar 8-17 darjah celcius.
Salam..nk tya kalau suhu 11 darjah celcius adakah terlalu sejuk?sebab saya dan keluarga merancang ke london pada 1-14 april 2015..tp bls sy google di internet suhu di london pada masa tu purata 11 darjah celcius..adakah sesuai masa ke sana sebab mak dan ayah saya turut ikut..saya takut diorang x tahan sejuk..
W’salam Azah,
Sesuai atau tidak adalah bergantung kepada keperluan percutian anda. Namun bagi saya bulan April sudah tidak terlalu sejuk dan suhu sekitar 8-12 darjah celcius adalah “bearable”.
Setiap orang lain ragam sejuknya. Kalau dekat malaysia tak tahan sejuk aircond sekitar 16 darjah maka memang tak tahan lah sejuk 11 darjah. Bagi yang dah biasa suhu 11 darjah tu boleh pakai light jacket sahaja.
Namun dengan pakaian yang betul saya yakin mak dan ayah awak boleh tahan sejuk tu. PERINGATAN – kalau ayah atau mak ada penyakit sendi seperti “gout” sila berhati-hati kerana suhu sejuk akan membuatkan sendi2 bertambah sakit.
Hi Khairul,
saya planning nk travel backpack in Europe from last week of October to maybe end of November, or less. Time tu musim luruh and i thought it was American style autumn…haha….but from your blog feels like as good as winter. Would it be berbaloi to travel still?
Hariz,
November is always cold and rainy. Berbaloi atau tidak adalah bergantung kepada apa yang ingin anda nikmati atau lawati atau rasai. Bagi saya travel during winter (almost) agak merugikan kerana siangnya yang pendek. Kalau nak betul2 berbaloi maka kena travel during late spring atau summer.
Saya rasa betul apa yang KA cakap. Saya pernah pergi masa late spring dan middle of autumn. Memang terasa agak berbeza antara kedua-dua musim tersebut.
Assalam Khairul Abdullah.
saya n husband sedang merancang utk ke europe. kononnya nak memandu nanti disana. tak decide lagi nak pegi area mana sbb tgk macam semuanya cantik2 and best. (bab shopping tak berapa heran sgt sbb kami mmg bukan kaki shopping so the most important sightseeing). kalau end of april nak driving kat sana macamana ye, i mean cuaca n everything… best tak? seriously kami ni tak pernah lagi sampai mana2 negara kecuali asia je.. huhu.. plan nak mengembara dlm 10 days macam tu. berbaloi ke kalau just 2 of us driving or naik public transport lebih jimat ye.. tq in advance…
Waalaikumsalam Pn. Nona,
Harap maaf kerana lambat membalas pertanyaan anda. Mungkin anda dah suami sudahpun balik dari Eropah namun saya cuba menjawab juga pertanyaan anda.
Penghujung April sudah masuk musim bungan (Spring) dan pemandangan sangat cantik. Cuaca pun dah tidak sesejuk winter (namun masih sejuk) dan perlukan jaket yang sesuai. Bulan April biasanya weather very unpredictable, kadang2 4 musim boleh berada dalam satu hari contohnya pagi sejuk, tghari panas, petang hujan dan malamnya snow. Jadi perlu sentiasa bersedia. Bagi saya memang berbaloi memandu ketika musim bunga.
Sekiranya berdua sahaja naik keretapi adalah lebih berbaloi, namun kalau nak memandu boleh sewa kereta yg kecil sahaja dan pilih route yg tertentu sahaja, selebihnya naiklah train.
Assalam en KA,
saya akan pergi ke Germany mid April ni atas urusan kerja selama 5 hari. pendapat en KA, saya perlu beli long john n coat tak ? kalau perlu, jaket yang bagaimana yang perlu saya bawa ye? tq
Wahh. Bestnya. Sy msih student and wishing nk prgi sana klau ad rezeki . Wish me luck ya. Thun ni bru nk pt3. Emm emm’
Semoga satu hari nanti Yaya akan menjejakkan kaki di bumi Eropah. Belajarlah rajin2 yer. Good luck and all the best.
Salam, nak bertanya musim di german ni sama ke musim di paris? Sbb sy ke paris bulan 1-9sept so sy nak thu jugak di paris summer ke fall waktu tu. nak jugak buat persediaan pakaian.
Izzatie,
Musim bagi negara2 di hemisfera utara seperti Germany, England, Perancis, Switzerland, Turki, North America semuanya adalah sama. Kalau di Paris summer maka di Jerman pun summer dan begitu juga di UK.
encik khairul, saya dan family seramai 5 orang bercadang untuk ke london akhir mac 216 selama 6 hari dan berhajat inign menyewa kereta pandu sendiri , boleh tak encik khairul cadangkan dimana tempat yang sesuai untuk kami lawati untuk tempoh tersebut, boleh tak drive from london to paris. tq
Puan Norliza,
1. Saya tak dapat nak cadangkan tempat yg boleh puan lawati kerana ia bergantung kepada prefeence puan. Ada org pergi London untuk shopping, ada nak pergi tengok bola, ada yg pergi utk sightseeing dan sebagainya. Puan boleh google utk tengok tempat2 menarik di London. Tidak perlu sewa kereta sekiranya hanya utk digunakan di London, lebih baik naik tube sahaja.
2. Ya, puan boleh drive dari London ke Paris. Kena merentasi terusan inggeris dgn menaiki keretapi ataupun feri. Silo google train ticket atau ferry ticket dari Dover (England) to Calais (France).
Salam KA,
Saya sekeluarga (4 dewasa & 2 kanak2) akan mengembara ke Europe dari 20/Nov/15 – 30/Nov/15 dari Amsterdam-Brussel-London-Paris-Lucerne-Luxembourg-Amsterdam. Kami merancang utk menyewa dan return kereta di Amsterdam.
– Adakah pengunaan winter tyres diperlukan dalam tempoh ini?
– Adakah selamat untuk memandu dari Paris-Lucerne-Luxembourg semasa hujung November kerana dikuatiri snow turun while driving?
– Bolehkan saya membeli ticket Eurotunnel (Calais/Folkestone) di Calais or saya perlu purchase return tickets car train seawal mungkin?
Terima Kasih.
W’salam Farid,
1. Penggunaan winter tyres adalah wajib ketika winter. Biasanya masuk autumn sekitar bulan 9 dah tukar tayar winter. Bila sewa kereta sila request winter tyre kalau kereta tersebut tidak dilengkapi dengannya.
2. Bulan November biasanya snow mula turun di kawasan pergunungan atau banjaran Alps. DAlam kes awak di Lucerne mungkin snow dah mula turun ketika itu. Selamat atau tidak adalah bergantung kepada route, cara memandu dan waktu anda memandu. Elakkan memandu pada waktu malam dan sentiasa berhati-hati.
3. Anda boleh beli tiket Eurotunnel di Calais maupun Folkstone akan tetapi adalah jauh lebih murah sekiranya beli awal secara online. Kalau nak jimat boleh naik feri sahaja dengan harga separuh lebih murah dari keretapi.
Good luck and all the best.
Terima kasih KA.
Assalamualaikum bro khairul.
Boleh sy dapatkan email?
Begini ceritanya, InsyaAllah awal bulan 9 ni sy akan menemani suami ke german atas urusan kerja. Jadi ada beberapa soalan tentang musim, pakaian, tempat makan dan sebagainya. Al-maklumlah kami ni baru pertama kali nk jejak bumi sana. Dan kami mungkin tinggal di sana lebih kurang 3 minggu lebih sehingga awal bulan 10 untuk dua bandar yg berbeza. So dh terjumpa blog bro khairul mohon dapatlah kami kumpul info untuk kegunaan di sana nanti. Pergi pun berdua jadinya tak ada orang bimbing esp org malaysia.
Kalau bro keberatan takpe boleh reply di sini.
Sy cuma nk tanya;
1. insyaAllah around 12th sept hingga 10oct nanti musim luruh ye di sana?
2. Pakaian apa ye sesuai? Long john mmg diperlukan ke utk musim ni? If yes then we need cotton or wool?
3. Dengar cerita susah nk dapat makanan halal di sana. Kami akan menetap di sauerland and munich. Boleh bro khairul share tempat makanan halal yg bro tahu?
4. Kami dr sauerland nak ke munich macam mana ye if we choose to take train yg laju tu. hehe
5. And utk naik train Ada tips?contoh untuk belian tiket ke? Sy dgr elok beli awal sbb harganya kalau last minute akan jd mahal.
6. Ada apa2 tips nk dikongsi? Tak kisah apa pun. Lagi2 mata wang malaysia dh jatuh. Tinggi la belanja jadinya.
Waalaikumsalam Farah,
1. September adalah permulaan musim luruh. http://khairulabdullah.com/tips-bercuti-di-eropah-pada-musim-sejuk-winter/
2. Sejuknya tidak melampau – cuma perlukan jaket sahaja. Tak perlu long john, boleh pakai baju dua lapis kalau tak tahan sejuk. September kerap hujan, elakkan pakai kasut canvas atau sport shoes. Pakai kasut bertutup yg kalis air.
3. Sauerland?? Säurlach ade lah dekat dgn munich, kira2 35 mins naik keretapi biasa. Tak perlu dan tak berbaloi naik keretapi laju. Lagipun rasanya takde keretapi ICE dari situ. Kalau nak naik keretapi laju maka apabila landing kat airport maka naik dari Frankfurt ke Munich. 4 jam naik ICE tu. Makanan halal agak sukar di bandar kecil namun di bandar besar spt Munich mudah dapat terutama makanan turki spt kebab. Seluruh ceruk bandar ada dan boleh jumpa. Kat Munich juga da restoran Malaysia nama Champor. check kat http://www.champor.de
4. Beli tiket awal..mcm beli tiket flight dsb. Baca tips saya tentang travel ke eropah. Ada link keretapi dsb.
5. Banyak artikel saya tulis pasal macam2 kat Germany, kalau ada masa boleh baca.
Good luck.
Alhamdulillah, tq Bro khairul cepat dibalas msgnya. Teruja tunggu reply dah macam tunggu artis reply msg. Excited nk pg germany ni. Hehe. InsyaAllah farah akan update and baca all the links yg related to my journey soon. And hopefully if ada soalan lain boleh la ye farah ajukan untuk kali keduanya pula ke. InsyaAllah. Thanks bro khairul!
Sama2 Farah. Terima kasih juga kerana membaca tulisan saya. Kalau ada soalan2 lain silakan bertanya. InshaAllah saya cuba jawab.
salam..
insyallah sy akn ke german dan switzerland pd 13okt -28 okt nanti.sy mmg nk pergi utk menikmati pemandangan alam pd musim luruh ketika pokok2 dh bertukar kpd yellow,gold,red.dlm ms yg sama dibwh dipenuhi daun berwarna warni.
sy nk tny adakah tarikh yg sy pilih tepat?foliage peak?atau tarikh yg dipilih trlalu awl dn daun masih hijau atau dh lewat sehingga kbykn pokok sudah tingal ranting sj.terima ksh.
W’salam Ikah,
Tarikh yang awak pilih tu sudah bagus. Kalau bulan september daun baru hendak bertukar warna, bulan oktober dah kemuncak autumn. Kalau november dah tinggal ranting. Cuma kena sentiasa bersedia sebab kerap hujan, jadi kena pakai pakaian yang sesuai.
Salam KA. 1st of all tahniah di atas kegigihan awak berkongsi pelbagai tips. 18/11 ni insyaallah jika di permudahkan olehNya kami(saya husband and anak) akan Ke Europe. Just nak tanya waktu tu cuaca sangat sejuk ke? Apa keperluan pemakaian yg sesuai utk anak kecil berusia 3 tahun?
Waalaikumsalam Pn. Hada,
1. Terima kasih kerana membaca tulisan saya.
2. Pertengahan november dah mula sejuk, tapi tak ler sesejuk winter. Hujan kerap turun jadi perlu jaket yang kalis air.
3. Untuk anak, sama juga seperti parents. Perlu ada jaket, kasut yg sesuai iaitu waterproof, skarf dan juga snowcap atau topi.
4. Untuk lebih mudah cari pakaian autumn/winter utk anak, puan pergi cari di H&M atau Uniqlo. Kedua2 kedai ni akan jual pakaian mengikut musim. Sekarang dah ada collection autumn/winter kat H&M (boleh tengok website). Jadi apa sahaja koleksi pakaian yang dijual tersebut adalah yang sesuai untuk musim yg dinyatakan.
5. Kalau puan pergi cari kat travelshop atau kedai baju sejuk tu, mereka selalu akan menyarankan puan beli jaket tebal atau winter jaket yg hargaya sangat mahal. Selalunya tidak sesuai pun. Jadi pergi beli di kedai yang saya nyatakan.
Good luck.
Windbreaker, long johns, scarf, glove, snowcap memadai tak?
Windbreaker agak nipis tapi bolehlah, long john is unnecessary in november but come december its a must. Glove juga tak perlu. Saya cadangkan beli sahaja windbreaker yg lain beli bila dah sampai kalau perlu. Its cheaper and more choice.
Ok3. Tqsm sudi berkongsi ilmu dan pendapat.
Assalammualaikum….saya akn ke munich jerman pada 15/11/2015 ni….boleh tau tak keadaan cuaca kat sana sekarang…adakah memerlukan winter coat sbg persediaan..tq
Waalaikumsalam, cuaca semakin sejuk kerana dah dekat winter. Elok bawa jaket yg agak tebal. Hujan pun kerap so elok bwk kasut dan jaket yg kalis air.
Alhamdulillah….terima kasih atas panduan.saudara….maaf sy bertanya..apa negara yang berhampiran yang boleh sy kunjungi semasa berada di munich ye…dah alang2 berkursus dua minggu disana,ingat nak melawat byk tempat / negara yg berhampiran…
Anda boleh bukak google maps dan tengok bandar atau negara berhampiran Munich. Paling dekat Salzburg Austria. Boleh kalau nak ke Leichtenstein, Switzerland ataupun Czech Republic.
Assalam
Saya ingin tahu utk lawatan ke Italy hujung bulan ogos agaknya suhu terlalu panas atau bagiamana ya…
ibu akan pergi ke italy pada 25 feb 16… kami akan merindui ibu selama 9 hari…
gud artikel …byk mbantu bagi mrk yg ptama kali nak ke europah…….Thanks a lot Sir.
Saya akan pergi melancung ke europe dan 6 buah negara pd bln nov 2016 adakah sesuai utk membawa kanak berumur 2tahun apa pendapat tuan tentang keadaan di sana pd bulan tersebut tk
Salam Sdr KA. Sy akan melancong ke eropa 20-31 Dec 16 ni. Sy akan ke amsterdam, hannover, paris & london. Dan ke amsterdam semula tuk blk ke Msia. Cuma sy nak tanya adakah sempat sy nak travel ke tempat2 tu dlm masa 10 hari. or end up sy abiskan masa dlm public transport (bas/train).maybe sdr ada pengalaman. thanx.
Gambar musimnya bagus-bagus, kalo boleh akan kugunakan di facebook sebagai latar belakang puisi atau kata mutiaraku. Boleh, 'kan? Terima kasih.