Bertanya Biar Jelas

“Bang, kitorang nak ke Europe, boleh bagi tips tak?”

Tips apa yang kau nak dik?? Tips beli tiket? Tips naik kapal terbang? Tips makan free? Tips cari homestay? Tips masak nasi?

Ada ribuan tips dik. Kau tanya lah bagi jelas. Abang bukan boleh baca fikiran kau.

Itu adalah salah satu contoh pertanyaan yang sering masuk ke dalam mesej atau email dan juga Whatsapp abang. Jenuh abang nak menjawab soalan yang macam gini.

Kalau tak dilayan, katanya kita sombong. Kalau nak dilayan maka jenuhlah saya berbalas pantun dulu dengan orang macam ini sebelum dapat tahu maksud pertanyaan sebenar.

Disebabkan soalan-soalan sebeginilah abang ambil keputusan untuk tulis buku. Dah agak lengkap dah apa yang abang tulis dan bagi tips dalam tu.

Cumanya abang tak bagitau kalau kat Amsterdam atau Rome kau mesti duduk hotel sekian atau homestay sekian atau hostel sekian. Itu terpulang pada kau lah. Abang dah ajarkan macamana nak cari semua tu. Kau pilihlah yang mana bersesuaian dengan citarasa dan bajet kau.

Paling letih adalah bila yang bertanya “Boleh caya ke beli tiket online tu?” “Boleh caya ke book hotel online tu?” “Boleh caya ke sewa kereta online tu?”

Kau duduk rumahlah dik. Abang dah tulis dalam buku website yang abang rekomen. Bila dah rekomen tu maknanya boleh dipercayai atau “reliable” jadi takde isu boleh caya atau tidak. Jutaan orang dah menggunakan khidmat tempahan online di laman web tersebut.

Orang dah beli dan tempah segalanya melalui online, kau masih duduk terkebil-kebil nak percaya ke tak, nak percaya ke tak.

Ada orang yang baca artikel kat blog abang jer pun dah pergi Eropah 2-3 kali. Ada yang dah baca kat blog, baca kat buku tapi masih dok terkial-kial takut nak tempah tiket sebab tak percaya.

“Saya ni kali pertama bang nak beli tiket dan nak pergi oversea ni, jauh pulak tu sampai ke Eropah jadi saya kena berhati-hati”

Abang paham dik.

Tapi kau dah baca buku, abang dah rekomen maka kau ikutlah. Kalau kau tak percaya maka takde gunanya kau baca buku abang tu. Dah baca, dah hadam maka kalau ada yang tak faham, tanyalah.

Abang boleh jer nak layan soalan kau, tetapi tanyalah dengan beradab. Kita kan orang Islam, orang Melayu yang penuh adab sopan. Mana salamnya? Siapa namanya?

Lepas tu tanyalah dengan jelas. Jangan kau bagi soalan umum dan tergantung. Hilang mood abang nak menjawabnya.

Bukan abang sombong dik. Kau tanyalah sesiapa pun yang pernah berhubung dengan abang, ada ke abang tak jawab soalan diorang? Tanya pasal resepilah, tanya pasal sewa keretalah, tanya pasal bukulah, tanya pasal cara nak lupakan aweklah, semua abang jawab tau.

Lain kali, kau pm abang bagi salam, bagitau nama kau dan terus senarai semua soalan yang kau nak tahu. Bila abang free maka abang akan jawab semuanya.

Jangan kau bagi salam jer lepas tu terus tunggu abang nak jawab. Sorry dik, abang tak banyak masa untuk chat atau bersoal-jawab cara begitu. Abang ada kerja, abang ada keluarga.

Harap faham yer.

Adusss..abang nak tulis 3 perenggan jer tapi jadi panjang ya amat.

Maafkan abang.

#imabackpackereurope vs #mentalitijamban

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *