Umum mengetahui bahawa lesen memandu Jerman adalah antara yang terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia. Umum juga mengetahui yang ramai pemandu kereta lumba Formula 1 juga berasal dari Jerman. Kenapa? Ia tidak ada kaitan dengan lesen memandu yang saya cuba ceritakan di artikel kali ini, tetapi rakyat Jerman sudah biasa memandu laju di lebuhhraya mereka yang dipanggil Autobahn yang mana hanya satu lebuhraya di dalam dunia ini yang tidak mempunyai had laju.
Kenapa pula lesen memandu dari negara ini diiktiraf dan menjadi antara yang terbaik?
Jawapannya adalah sikap. Bukan kerana lesen itu sendiri yang menjadi faktor utama tetapi sikap pemandu yang telah terdidik dari kecil tentang undang-undag jalanraya yang dipupuk oleh ibu bapa dan disokong pula oleh kurikulum belajar memandu yang berhemah dan sangat mantap maka pemegang lesen memandu dari negara-negara tersebut boleh dikategorikan sebagai pemandu yang memang bagus.
Jom saya ceritakan secara ringkas bagaimanakah proses saya mendapatkan lesen memandu di Jerman ini.
1. Permohonan Kebenaran
Anda tidak boleh sesuka hati pergi ke sekolah memandu dan terus mendaftar untuk mengambil lesen. Namun anda sudah boleh mengenalpasti nama sekolah atau sekolah memandu mana yang anda inginkan kerana perlu diisi di dalam borang permohonan nanti. Permohonan haruslah dikemukakan secara individu di pejabat “City Hall” ataupun di “Führerscheinstelle” yang berfungsi seperi pejabat JPJ di sini dengan mengisi borang khas bersama bayaran sekitar €40.00. Antara dokumen yang diperlukan ketika memohon adalah:
- Kad pengenalan / Passport
- 2 keping gambar
- Sijil lulus ujian penglihatan
- Sijil lulus kursus pertolongan cemas (First Aid)
Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 1-2 bulan dimana latarbelakang anda akan disemak dahulu oleh polis, imigresen, kastam, cukai dan sebagainya bagi memastikan rekod anda bersih. Penjenayah tidak dibenarkan mengambil lesen. Sekiranya lulus yakni anda tiada sebarang rekod yang tidak elok maka surat kelulusan akan dihantar kepada anda dan salinan akan turut dihantar ke sekolah yang anda pilih ketika mengisi borang.
2. Daftar di Sekolah Memandu
Setelah mendapat kelulusan maka anda harus ke sekolah memandu dan mendaftar secara formal dengan membuat pembayaran sekitar €1,800 – €2,000 secara beransur-ansur bergantung kepada jumlah kurikulum yang dikenakan kepada anda berdasarkan surat kelulusan tadi. Di dalam surat tersebut ada menyatakan jumlah jam yang perlu anda penuhi untuk sesuatu kurikulum.
3. Belajar Teori
Anda perlu hadir ke kelas teori sekitar 14 jam iaitu seminggu sekali selama lebih kurang 2 bulan. Antara perkara penting yang diajar di dalam kelas teori adalah teknik pemanduan berhemah, apa yang boleh dan apa yang tidak, dan paling banyak ditekankan adalah sikap hormat menghormati dan perlu diketahui yang pejalan kaki adalah raja di jalanraya.
Pejalan kaki, penunggang basikal dan motorsikal mempunyai keistemewaan yang sangat besar di sini kerana mereka adalah keutamaan atau “priority” di atas jalanraya. Sekiranya memandu dan terpandang ada orang akan melintas jalan dan ketika beliau meletakkan kaki ke atas jalan raya maka anda wajib memberhentikan kenderaan untuk beliau melintas.
Anda di ajar seribu satu macam perkara disamping mengulangkaji soalan-soalan yang perlu anda jawab ketika ujian nanti. Terdapat sekitar 935 soalan yang perlu anda ketahui sekiranya mengulangkaji scara online dan 500 soalan sekiranya mengulangkaji menggunakan buku yang mana 30 daripadanya anda perlu jawab. Jadi cara yang terbaik adalah untuk menghafal kesemua 935 soalan tadi.
Latihan boleh dibuat melalui buku ataupun secara berkomputer. Saya mengambil masa 1 bulan menghafal semua soalan dan setelah mencuba dummy test sebanyak 12 kali barulah saya lulus atas pagar.
Setelah cukup 16 jam kelas teori maka sekolah memandu akan menetapkan temujanji dengan pejabat TüV (seperti Sirim di Malaysia) untuk anda menjalankan ujian teori.
4. Ujian Teori
Ketika ini tempoh anda mendaftar sehinggalah dapat mengambil ujian teori ini adalah sekitar 3-4 bulan.
Ujian teori adalah sangat sukar kerana ia mempunyai pelbagai pilihan jawapan yakni A, B,C,D dan ada kalanya hanya satu jawapan betul dan ada kalanya 4 jawapan betul dan ada kalanya 4 jawapan salah.
Ujian dilakukan secara berkomputer. Anda diberi masa 1 jam untuk menjawab dan selesai menjawab tekan butang khas dan keputusan ujian anda akan dipaparkan dan slip kelulusan anda akan dicetak serta merta. Anda tidak boleh salah melebihi 3 soalan untuk lulus ujian ini.
Kemudian bawa slip tadi ke sekolah memandu.
5. Belajar Memandu
Belajar memandu boleh dijalankan serentak ketika belajar teori walaupun anda belum mengambil ujian. Anda haruslah belajar memandu selama 12 jam yang mana setiap kali belajar adalah 90 minit.
Kereta yang digunakan di Jerman ini adalah pelbagai jenis BMW, Mercedes, Volkswagen, Audi, Opel dan macam-macam lagi bergantung kepada sekolah memandu anda. Saya belajar menggunakan kereta Volkswagen Touareg 4 wheel drive.
Tiada laluan khas atau laluan favourite atau sebagainya ketika belajar memandu. Guru akan membawa anda ke segenap ceruk dari kawasan perumahan ke pusat bandar yang padat dengan kereta sehinggalah ke lebuhraya (Autobahn).
Cara meletak kereta (parking), naik bukit turun bukit, emergency break dan sebagainya diajar di dalam senario yang sebenar. Parking di ajar di kawasan tempat meletak kereta yag betul, samada di kawasan perumahan maupun di pusat bandar. Tiada petak2 parking khas yang dipacakkan tiang 4 penjuru. Teknik-teknik parking mudah turut di ajar. Sekiranya anda pernah ke Jerman anda akan dapat melihat bagaimana kereta diletakkan (parking) dengan jarak yang sangat dekat sehingga sejengkal diantara depan dan belakang.
Paling ditekankan ketika belajar memandu adalah bagaimana menghormati pejalan kaki dan penunggang basikal. Selain itu hadlaju di kawasan pusat bandar dan kawasan perumahan turut ditekankan. Anda turut diajar bagaimana memandu dengan kelajuan 10km sejam di kawasan perumahan tanpa menggunakan atau menekan “clutch”.
Apabila memasuki lebuhraya (autobahn) teringat saya dimarahi oleh guru kerana memandu terlalu perlahan (100km sejam). Katanya sekiranya tiada tanda hadlaju maka kelajuan minimum mestilah sekurang-kurangnya 130km sejam, lagi laju lagi bagus. Ketika cuba memasuki lebuhraya dari susur jalan biasa, kereta hendaklah dipandu selaju mungkin, bagi signal dan menyusup masuk ke lebuhraya sepantas mungkin. Adalah salah untuk berhenti di susur, perhati dahulu kenderaan dan baru masuk ke lebuhraya.
Banyak sungguh perkara atau tips penting yang di ajar kepada saya dan semuanya adalah baru dan sangat berbeza ketika saya mengambil lesen memandu di Malaysia sekitar 20 tahun dahulu.
Setelah selesai pelajaran selama 12 jam (sekitar 5-8 minggu) maka barulah dibenarkan untuk menduduki ujian memandu.
6. Ujian Memandu
Ujian memandu menggunakan kereta yang anda gunakan semasa belajar. Anda harus datang ke sekolah memandu pada hari dan waktu yang ditetapkan dan pegawai dari “JPJ” akan datang ke sekolah. Sebelum ujian bermula, segala dokumen anda akan disemak dan bukti anda telah tamat kursus teori dan praktikal selama 26 jam turut disahkan. Selepas itu barulah ujian bermula.
Guru akan berada di sebelah anda dan penguji (tester) akan berada di belakang. Di kaki guru ada satu set pemanduan lengkap. Guru boleh brek, tekan minyak dan mengawal kenderaan sekiranya perlu. Jika guru menekan brek atau minyak atau apa2 sahaja pedal di kaki beliau maka akan ada lampu di tempat duduk belakang yang akan menyala bagi memberitahu kepada tester yang kereta sedang dikawal oleh guru anda. Jadi anda dikira gagal.
Sebelum memulakan perjalanan, penguji akan bertanya beberapa perkara asas tentang kereta tersebut dan meminta anda memasang pelbagai lampu dan sebagainya. Setelah berpuashati maka beliau akan menyuruh anda memulakan perjalanan. Mudah sahaja katanya, pandulah ke mana-mana yang anda suka dan terus sahaja, selagi beliau tidak mengarahkan untuk ke kiri atau kanan maka anda harus pandu terus.
Sepanjang pemanduan maka penguji akan melihat cara anda menggunakan instrumen kereta seperti lampu isyarat, brek dan sebagainya. Beliau juga akan melihat had laju anda apabila masuk ke kawasan pusat bandar dan di kawasan perumahan, sekolah, taman permainan, lintasan pejalan kaki, laluan tram atau keretapi dan sebagainya.
Selepas itu anda perlu membuat ujian parking di kawasan yang diarahkan oleh penguji, mungkin di kawasan perumahan, mungkin di hadapan kedai atau di mana-mana sahaja yang beliau suka. Selepas itu ujian brek kecemasan turut diadakan dimana beliau hanya menjerit brek dan anda harus brek sekuat mungkin yg membuatkan kenderaan anda berhenti serta merta. Kalau kenderaan masih menggelungsur ketika brek kecemasan maka anda dikira gagal.
Ujian memandu juga adalah wajib dijalankan di lebuhraya, selain di kawasan bandar dan juga perumahan. Jadi penguji boleh menilai keupayaan sebenar anda memandu di ketiga-tiga kawasan tersebut.
Ujian memandu tamat setelah anda sampai kembali ke sekolah anda. Sebelum keluar kereta, penguji akan menandakan sesuatu di borang beliau dan kemudian beliau akan memberi sedikit komen tentang cara pemanduan anda.
Untuk saya terdapat satu kesalahan iaitu terlupa memberi lampu isyarat ketika hendak parking dan yang kedua saya memandu agak perlahan di lorong tengah. Katanya lorong tengah sesuai dipandu melebihi 130km sejam dan kalau agak perlahan seperti saya ketika itu iaitu 115km sejam perlulah berada di lorong paling perlahan.
Saya sudah mula berdebar namun dengan senyuman beliau telah mengeluarkan sesuatu dari poket beliau dan memberikannya kepada saya. Yayyyyyy…lesen memandu saya. Saya lulus katanya dengan penuh ucapan tahniah dari beliau.
Untuk pengetahuan anda, ketika permohonan anda untuk mendapatkan lesen memandu diluluskan, lesen anda sudahpun dicetak. Saya terpandang lesen saya ketika pergi mengambil surat kelulusan saya dan apabila saya bertanya kepada pegawai yang bertugas tentang lesen saya yang sudah siap itu, beliau berkata lesen hanya diberikan setelah adan lulus kedua-dua ujian. Sekiranya gagal lesen akan disimpan dan anda boleh cuba lagi untuk kali kedua. Sekiranya gagal lagi maka anda dibenarkan mengambil lagi ujian untuk kali ketiga dan terakhir. Dan sekiranya gagal juga, lesen anda dimusnahkan dan anda perlu memohon semula selepas setahun dari tarikh anda gagal. Selain itu anda juga berkemungkinan diarahkan berjumpa doktor atau pakar psikitiari bagi menjalankan ujian ke atas anda mengapa anda gagal 3 kali.
Kelebihan mendapat lesen memandu Jerman
Lesen memandu Jerman sah seumur hidup. Tidak perlu diperbaharui, tidak mati setiap tahun dan sebagainya. Namun selepas 15 tahun, anda perlu memperbaharui gambar di lesen anda.
Lesen Jerman juga diiktiraf di seluruh dunia. Anda boleh memandu di mana sahaja dengan menggunakan lesen ini.
Keistimewaan memandu di Jerman
Adalah satu “privilege” untuk mendapat lesen dan memandu di Jerman ini terutamanya di Autobahn yang tidak mempunyai had laju. Namun seperti yan saya ceritakan di artikel saya sebelum ini (boleh baca di sini), kadar kemalangan maut di Jerman ini adalah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia walaupun kenderaan di pandu dengan sangat laju di lebuhraya.
Mengapa?
Ia berbalik kepada sikap pemandu tadi. Pemandu di Jerman ini adalah dari jenis yang dipanggil “ikut buku” yakni kalau dalam buku kata hadlaju di dalam kawasan perumahan adalah 30km sejam, maka semua orang memandu dengan kelajuan tersebut. Tengah memandu laju dilebuhraya dengan kelajuan sekitar 180km sejam tiba-tiba terpadang lampu berkelip arahan menukar hadlaju kepada 100km sejam (ketika cuaca buruk atau ada kerja-kerja penyelenggaraan) maka berduyun-duyunlah pemandu semua perlahankan kenderaan sehingga 100km sejam.
Sekiranya ada satu laluan dilebuhraya di tutup maka, 500m sebelum penutupan berlaku semua kenderaan telah berselang seli menukar laluan sehingga tinggal satu lorong sahaja. Anda akan dapat lihat laluan yang mempunyai tanda amaran ditutup kosong sahaja walaupun masih ada 500m dihadapan penutupan sebenar tetapi 500m sebelum laluan tersebut telahpun dikosongkan.
Untuk menukar lorong dari 2 atau 3 lorong kepada 1 lorong sahaja di sini adalah mudah, cepat, teratur dan tiada drama marah-marah atau hon dan sebagainya. Rulenya mudah iaitu secara “zig-zag” di mana setiap kenderaan hanya membenarkan satu kenderaan masuk di hadapan beliau. Jadi apabila kenderaan di laluan yg bakal ditutup memberikan signal untuk masuk ke laluan anda maka benarkanlah kerana hanya satu kereta sahaja yang akan masuk. Kereta yang seterusnya walaupun muat atau boleh masuk di hadapan anda, tdaik akan masuk tetapi akan masuk di belakang anda dan seterusnya.
Dengan cara ini anda tidak akan panas hati kerana apabila anda memberi peluang kenderaan masuk di hadapan anda cumalah satu kenderaan sahaja bukan berpusu-pusu 4-5 kenderaan mengambil peluang.
Senang cakap,
Pemandu di sini bertimbang rasa dan mengikut peraturan. Setiap pemandu hormat kepada pemandu lain. Setiap pemandu tahu lorong manakah patut beliau memandu di lebuhraya, lorong paling laju (lorong memotong) sentiasa kosong kerana ia adalah untuk memotong sahaja. Masuk ke kawasan bandar dan perumahan, tiada hantu rempit atau vroom vroom vroom menekan pedal minyak bagi menunjukkan kekuatan bunyi ekzos kereta dan sebagainya.
Adakah kurikulum belajar memandu memberi kesan kepada sikap ini?
Bagi saya kurikulum pemanduan ketika belajar memandu hanya memberikan ilmu atau tips kepada pemandu cara memandu yang betul serta berhemah. Namun punca utama yang memainkan peranan penting adalah SIKAP.
Pemandu di sini sudah terdidik dari kecil lagi. Kanak-kanak dibawah usia 12 tahun tidak dibenarkan duduk di tempat duduk hadapan sebelah pemandu. Mereka wajib sentiasa duduk di belakang di atas “child seat” dan dipakaikan tali kaledar keselamatan. Anda tidak akan berjumpa ibu-ibu mendokong atau meriba bayi di hadapan, anda tidak akan dapat melihat anak-anak kecil bebas bermain melompat-lompat di tempat duduk belakang dan menggangu pemanduan ibu bapa.
Anak-anak sedari tadika lagi sudah dibawa keluar oleh para guru di jalan raya dan diajar cara bagaimana melihat lampu trafik, cara bagaimana melintas jalan, cara bagaimana berjalan di laluan yang betul dan sebagainya. Semuanya di ajar secara praktikal semenjak usia 3-6 tahun dan bukannya setakat diajar secara teori di dalam kelas.
Jadi, sifat tersebut telah terdidik di dalam diri orang Jerman sejak mereka lahir di mana untuk pulang dari hospital, bayi tidak boleh didukung tetapi haruslah diletakkan di dalam “car seat” yang bersesuaian. Anda harus memasukkan bayi kedalam child seat dan mengenakan tali pinggang keselamatan dan setelah bidan atau pihak hospital yang menyaksikan tadi berpuas hati maka anda dibenarkan untuk membawa bayi anda pulang.
Jadi sejak bayi lagi bayi sudah pakai tali kaledar keselamatan dan tidak hairanlah kesemua pemandu di Jerman ini mengenakannya walaupun sudah menginjak dewasa.
Adakah anda salah seorang yang tidak memakai tali kaledar ketika memandu?
ENTAHLAH, I Dont Know..but I really hope not.
Seat belt can really save your life so make sure, always strap on!
43 Comments
Great piece Khairul!
SIKAP itu yang penting..budaya bertoleransi yang sepatutnya kita ada. Nice article to read and to implement. 🙂
Terima kasih mem besar 🙂
Betul, apa sahaja pekerjaan atau perbuatan..sikap yang menentukan hasilnya. Terima kasih kerana membaca.
Saya suka membaca artikel -artikel yang ditulis…keep writing ya.
Eha San,
Terima kasih kerana membaca dan inshAllah saya akan terus menulis selagi mampu.
Bila ada post terbaru , saya selalu membacanya . Suka betul dengar cerita pasal negara Jerman. In sha Allah tahun depan atau tahun tahun depan lagi dapat rasa sendiri pengalaman kat Jerman 😀
Saya bagi 10 Bintang.. terbaik..!!
dapat lesen keta masa umo 22 tahun
tapi kalau test ambik lesen sekali lagi, konfem sy gagal, haha
Ehh Irfa, sepatutnya sekarang lagi terrer lah kan sebab dah berbelas tahun bwk kereta?
Jauh berbeza dgn negara kita. Sy setuju dgn pendapat anda. Semuanya tentang SIKAP
Salam bro,
bro pernah lepak dengan Lepat ke.best la hangpa kt sana.hihi
Salam bro,
bro pernah lepak dengan Lepat ke.best la hangpa kt sana.hihi
Eha San InshaAllah saya akan terus menulis selagi mampu.
@Saidatina Aisyah Terima kasih kerana sentiasa membaca artikel saya. Semoga tahun depan anda akan dapat merasa sendiri pengalaman di sini.
@Fazillahnor Terima kasih kerana memberi bintang kepada saya..silau dibuatnya 🙂
Terima kasih kerana bersetuju dengan saya.
Waalaikumsalam Bro Taufiq. Saya tidak pernah berjumpa dengan lepat sebab jarak di antara kami agak jauh.
Ada tak sekolah memandu gerenti pas macam kat Malaysia.
Sepanjang pengetahuan saya (sewaktu saya mencari2 sekolah memandu) tiada satu pun yang memberi jaminan lulus atau gerenti pas.
trima kasih saudara khairul….satu2 nya ilmu internasional yang tlah saya dpt…akn d jadikan panduan….dan pengajaran pd pemandu d malaysia…
Thanks for the respond
Saya bulan 1 ni nak ambil test kat sini,thanks for this info,harap harap boleh lepas sekali saja.
Good luck and all the best. Semoga semuanya dipermudahkan dan anda lulus dengan cemerlang. Aminnnn.
My pleasure 🙂
Terima kasih kembali kepada Saudara Sabri kerana sudi membaca tulisan saya.
Salam saudara Khairul. Satu artikel yan sangat bernilai bukan sahaja untuk pembaca yang akan mengambil lesen tersebut tetapi juga untuk dianalisa oleh pemegang lesen memandu di Malaysia bagi mencari punca kadar kemalangan jalan raya yang tinggi dinegara ini. Mohon jasa baik saudara untuk link dengan soalan-soalan teori ujian berkeinaan bagi dimanafaatkan oleh pembaca yan lain. Juga mohon disahkan yang lesen memandu German boleh diguna pakai untuk negara EU yang lain
Waalaikumsalam Saudara Abdul Hamid,
Terima kasih kerana membaca tulisan saya. Tidak dapat saya tunaikan permintaan tuan untuk link soalan-soalan ujian teori spt yg diminta kerana ia memerlukan username dan password khas utk masuk ke dalam sistem. Nama dan kata laluan haruslah dibeli. Namun saya link satu contoh dari internet salinan kertas ujian menggunakan buku (bukan online) di http://www.osterberger.org/test.html
Lesen memandu Jerman sah digunakan di semua negara EU dan di semua negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pemegang lesen negara EU yg lain juga sah digunapakai di Jerman ini.
Khairul Abdullah ….kalau bleeh post kn jga untok lesen motorsikal… untok saya jd kan panduan dlm kelas kurikulum dan untok para bakal pemegang lesen d malysia…
Mohd Sabri Abdullah Lesen motor kecil (Moped/Kapcai/Skuter) diberi secara automatik apabila lulus lesen kereta. Di sini kebanyakkan yang ambil lesen motor adalah lesen kelas A iaitu motor berkuasa besar sahaja. Oleh kerana saya tidak mengambil lesen tersebut maka saya tidak tahu bagaimana ia dikendalikan. Saya tidak boleh bercerita benda yang saya tidak tahu. Harap maaf.
Khairul Abdullah …yer ker…trima ksh atas info sudara…tu pn salah satu mklumat yng bleh saya trangkan dlm kelas kurikulum…
Assalamualaikum..
sejak mula membaca blog saudara.. banyak maklumat yamg saya perolehi… saya rasa seronok dan teruja untuk ke sana. Sejak mula membaca blog saudara antara perkara yang sering saudara sentuh ialah isu sikap sama ada di tempat makan, jalan raya, perkhidmatan pos dan sebagainya.Adakah negara kita jauh ketinggalan dalam isu melahirkan modal insan yang baik… betul la kata saudara … entahlah…. berbalik pada isu keselamatan jalan raya… disekolah rendah telah ditekankan hal ini… malahan kita juga telah mula mengajar dengan mengenalkan semua fungsi papan tanda.. penggunaan jejantas.. lampu isyarat.. melintas jalan dan sebagainy… usaha ada… tetapi sering dipandang lekeh… entahlah… saya pun tidak tahu mengulas hal ini… harapan saya semoga saudara dapat terus menulis…
Salam Encik KA, terima kasih atas perkongsian lengkap yang bakal menjadi panduan berguna bagi saya suatu masa nanti. Banyak maklumat yang saya perolehi mengenai negara pilihan saya untuk berhijrah melalui penulisan encik ini. Perbandingan yang dibuat bukanlah untuk memperlekehkan sistem yang ada di Malaysia malah menimbulkan suatu pendekatan baharu dan maju dalam sistem penilaian dan ujian lesen memandu di sini. Saya sangat berbangga kerana dipertemukan rakyat Malaysia yang masih utuh jati diri di bumi perantauan. Semoga kita dipertemukan suatu masa nanti. Liepzig saya datang 2015 (y) Lets zumba! Terima Kasih encik KA 🙂
Terima kasih juga kerana sentiasa membaca tulisan saya. InshaAllah kalau ada rezeki dan saya masih di Jerman ini maka bolehlah kita berjumpa. Kalau tak sila belanja saya teh tarik di Malaysia 🙂
Assalam En Khairul,
Tuan masih di Jerman ka? Which part? Saya skrg menetap di Munich utk 3 tahun akan datang bsama keluarga.. Klu tuan masih di Jerman boleh la kita jumpa..so u can share your experience here with me.
Saya bercadang untuk mengambil lesen memandu. Saya ada beberapa soalan.
1. Sblm mendaftar sek memandu, saya perlu mempunyai sijil ujian pengilhatan dan kursus pertolongan cemas. Dimana perlu saya dapatkan ujian tersebut?
2. Bolehkan saya mengambil lesen di UK/Ireland sedangkan saya menetap di Jerman dan gunakan lesen tersebut di Jerman kerana UK/Ireland juga EU countries (righ hand drive and english)?
Semoga dapat maklumbalas dr tuan.
Terima kasih.
Regards,
Zarina
Puan Zarina,
Ya saya masih di Frankfurt. Kalau puan turun ke Frankfurt utk meeting dsb bolehlah berjumpa saya untuk saya bercerita lebih lanjut tentang lesen ini.
1. Ya puan perlu ada sijil first aid dan result ujian penglihatan. Puan boleh cari mana2 driving school dahulu dan kemudian tanya pada mereka mana nak buat ujian tersebut. Sesetengah driving school ada buat kelas first aid bersama ujian mata. Biasanya ada sekolah2 khas yang memang mengajar first aid dan turut dibuat ujian mata. Puan boleh cuba google di Munich.
2. The law is, once you reside in Germany more than 6 months than you have to have German's License. So lesen memandu dari Malaysia hanya boleh digunakan sehingga 6 bulan sahaja. Bagi lesen memandu UK pula ia adalah sah digunakan. Namun puan perlulah mempunyai lesen UK/Ireland. kalau dah ada boleh digunapakai namun kalau takde kena ambil lah.
3. Untuk mendapatkan atau mengambil lesen UK, syarat di laman web mereka menyatakan yg puan perlulah menetap di UK yakni mempunyai resident permit yang sah menunjukkan puan tinggal di UK dan juga dokumen lain seperti passport, ujian mata dsb lagi.
Untuk berhubung dengan saya dengan cepat puan boleh gunakan ruangan contact di atas dan hubungi saya melalui email.
Good luck.
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 9273 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan…sendiri….
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah….AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
atau klik langsung di <a href="http://prediksitogel747.blogspot.com/">KLIK DSINI BOCORAN TOGEL</a>
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Saya baru sahaja lulus ujian memandu di UK (1st failed, 2nd passed) walaupon ade 10thn experience drive kat Msia. Dekat UK ni pon saya rase susah nak lulus then bile bace artikel tuan, beza kesusahan UK dan Jerman mcm langit dgn bumi..
En. Khairul…kalau fail ujian2 tu…bila nak repeat kena bayar amaun yuran yg sama jugak ker? Tahun depan akan kesana for 4 years…InsyaAllah..
Kalau fail bayar kos ujian sahaja. Kalau ujian teori tu dalam €25 kot n praktikal dlm €150++ kot saya pun dah lupa.
Fuhh…ok lagi la….lagi satu boleh saya tau ujian2 dan kursus dibuat dlm bahasa jerman ke?.terima kasih byk atas info2 ni en.khairul.
Semua kursus dan kelas adalah dalam bahasa jerman kecuali ujian teori ada pilihan dlm bahasa inggeris.
Assalamualaikum tuan KA,
Saya sangat setuju dengan tuan. Di atas jalanraya, sikaplah yang memainkan peranan penting.
Dari apa yang saya perhatikan, sikap pemandu kita, nak bagi signal pun dirasakan susah. Pada saya, memberi signal adalah sesuatu yang sangat mudah.
Dan diakhir2 ini, Kalau tuan ada tengok di Facebook, mungkin tuan perasan beberapa video viral menunjukkan sikap pemandu kita yang tanpa segan silu, tiada rasa bersalah memandu di lorong kecemasan.
Ini semua berkaitan dengan sikap pemandu. Lesen hanyalah memberikan ilmu dan cara pemanduan yang betul, tetapi sikap harus datang dari dalam diri sendiri.