“Daddy, what is the deepest part of the ocean?” “Ahh I know this one. It is Marianna Trench.” “Yes but no. It is called Challenger Deep daddy. It is part of Marianna Trench.” “Ohhh, now I know. Thank you.” Aku pun buat-buat sibuk nak buat susu untuk baby. Mesti dia akan tanya lagi ni. “Daddy, […]
Bantulah Aku Dengan Doa…
Gais, kalau dapat mesej whatsapp dari Khairul Abdullah dan dia minta nak pinjam duit atau minta derma atau apa sahaja berkaitan duit maka ingatlah yang itu adalah scammer. Bukan aku okeh. Aku tak pernah mesej orang untuk minta duit (kecuali orang yang hutang aku). So, please, kalau dapat mesej dari “aku” minta pinjam duit atau […]
Aku Ada Masa 15 Bulan Sahaja
“Daddy, that is northern light.” Khaleef tunjuk kat tv waktu aku tengah tengok dokumentari kat Nat Geo. Waktu tu umur dia baru nak masuk 3 tahun. Dia sudah kenal benda sains ni dan juga huruf dan nombor. Dia sudah mula bercakap tentang monumen dunia. Waktu umur tersebut dia tak menconteng tanpa sebarang rupa, tetapi dia […]
Sekolah Pilihan Khaleef – Aku Kena Pecah Tabung Weihh..
Aku cakap dengan Khaleef yang aku nak tukarkan sekolah dia. Dia tak berapa puas hati sebab kena asingkan dari adik-adik dia. Tapi lepas dijelaskan panjang lebar, dia faham kenapa dia perlu berpindah sekolah. Dia setuju, dengan syarat sekolah tu mesti bagus. Kemainnn. Aku pun contact beberapa sekolah pendidikan khas (special needs) berdekatan dan hanya 1 […]
Resepi Gulai Rebung Daging Cara Superdaddy Khairul Abdullah
Mak datang minggu lepas bawakan rebung. Dia kalau jumpa rebung mesti teringat kat aku. Buat gulai rebung dengan daging memang meleleh ayaq mata kalau makan. Punyalah nikmat. Malangnya dia tak sempat nak buat. Dah seminggu terbayang gulai rebung, maka hari ini aku merajinkan diri. Nah aku share cara buat gulai (kari) rebung bersama daging cara […]
Teroka Sains Dah Sampai Gudang!
Barang sesiapa yang tak sempat beli buku Teroka Sains ni, esok jualan akan dibuka semula. Sejumlah 60 ribu naskah sudah sampai ke gudang. Esok yer. Esok saya akan bagi link pembelian. P/s: Para ejen semua, mohon login dan baca news dan join telegram group teknikal. Sekian memaklumkan.
Tamak Pahala Challenge 2.0
Kalau TikTok Challenge ramai je yang join, tapi Tamak Pahala Challenge ni ada ke nak join? Saya yakin InsyaAllah tentu lebih ramai. Begini, ada sebuah sekolah rendah Islam di Gurun Kedah perlukan bantuan. Asbab reputasi sekolah yang terkenal di kalangan penduduk tempatan atas pencapaian dari segi akademik dan sahsiah, bilangan pelajar semakin bertambah. Surau lama […]
Benda Yang Paling Aku Takut
Antara “tough moment” bila jadi parent adalah bila kena panggil dengan cikgu dan mendapat laporan tentang kesalahan anak. Benda yang paling aku takut dah mula berlaku dan ianya semakin kerap, baik di sekolah ataupun di rumah. Merosakkan, mengganggu, memukul serta mencederakan tanpa perasaan. Tantrumnya sukar dikawal, sukar dipujuk dan dia semakin agresif. Aku dah karang […]
Pekasam Aquada Dengan Nasi Kosong Pun Laju Bertambah Oihh
Nasi kosong dengan pekasam sahaja pun laju bertambah oihh. Bau dia ditambah dengan bawang yang dimayang dan digoreng manja bersama cili dan perahan limau ataupun lemon, uishhhh berdesup perginya. Kena pulak Pekasam Aquada yang super premium ni, sedap tu toksah cakap lah. Aku ni first time makan pekasam telur sotong baqhang. Sedap rupanya. Maklumlah dulu-dulu […]
Dermalene Skin, Hair & Nails Nak Kasi iPhone 11 Pro Percuma Weh!!
Siapa yang nak buat facial tu bolehlah cuba buat kat Dermalene Skin, Hair & Nails. Ada di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu. DR ALINA HASNI tokey Dermalene nak bagi iPhone 11 Pro percuma weh untuk Lucky Draw bulan September. So banyak masa lagi ni. Cubalah, mana tau kot-kot rezeki korang kan. #superdaddy #dermalene
Mamakiddies – Gais, Nak Carseat Percuma Tak?
Gais, nak carseat percuma tak? Nah ni peluang untuk menang 1 unit carseat bernilai RM300 tau. Caranya mudah jer, tak perlu jawab soalan dan tak perlu slogan bagai. Cuma perlu Like, Tag dan Share sahaja. Ni dia cara-cara nak menang. 1. Pergi like/follow FB Page Mamakiddies.my 2. Klik post di bawah ni. Kat post ni […]
Hampir Nak Kena Langgar
Pagi tadi aku hampir nak kena langgar. Aku baru parking dan lalu di belakang kereta yang sedang berhenti double park. Sampai ngam-ngam belakang bontot kereta, dia boleh tiba-tiba undur dengan mengejut. Oihh termenjerit aku. Mujurlah aku ada jurus Hikmat Meliuk Pinggang Naga Berapi. Sempat aku bengkokkan pinggang dan ejas badan sambil melompat ketepi dengan jeritan […]