Abang dulu umur 13 tahun duduk di asrama memang tak terfikir pasal awek-awek ni. Asyik berfikir macamana nak cari duit. Nak jual rokok belum boleh sebab masih junior, nanti kena balun dengan senior kalau depa tau.
Nak jual megi pun tak boleh juga, nanti kalau senior tahu depa akan datang rampas sahaja. Jadi abang duduk diam-diam sahaja sambil ngorat kakak senior.
Buat muka sedih dan comel-comel walaupun kau gelap dan tak comel langsung. Cari seramai kakak angkat yang mungkin agar dapat beberapa kelebihan seperti makan free dan juga benda-benda lain.
Abang-abang angkat ni tak boleh pakai, depa juga yang tukang buli. Jadi dengan ada kakak angkat, ia salah satu cara juga untuk menundukkan abang-abang senior. Depa tau hang ada akses kepada aweks-aweks.
Walaupun lewat tahun 80an tu budaya buli atau raging ni adalah kebiasaan, abang taklah kena teruk sangat. Setakat penampar penerajang tu perkara kecil jer.
Masuk tingkatan 3 abang barulah aktif berniaga. Rokok adalah komoditi utama. Untung baqhang. Rokok Dunhill sekotak RM2.50 abang jual RM5.00. Dah macam yahudi dah harganya. Maklumlah barang susah nak dapat.
Bukan senang nak lompat pagar dan menyusup sepanjang taliair merentasi sawah padi nan luas untuk ke bandar demi sekarton rokok Dunhill.
Masuk form 5 barulah abang ada girlfriend, seorang gadis manis budak form 3. Tu pun tak lama, maklumlah seronok-seronok. Dah senior kot, semua orang ada girlfren, abang pun teringin jugaklah.
Pernah jugak mengorat budak junior form 1, tapi sebab tak hensem maka tak dapat. Kecewa jugaklah tetapi abang tak sanggup panjat bumbung bagai.
Apa yang abang buat adalah pecah masuk asrama puteri dan curi spender di ampaian sampai sebakul sebagai menunjukkan tanda protes dan ketidakpuasan hati terhadap kaum wanita apabila menolak cinta abang.
Apa abang buat dengan spender tu?
Kau baca buku abang nanti.
Leave A Reply