Dapur Kecil Saya

Ini dapur kecil saya.

Where all the magic happen, kata omputih.  Di situlah saya memasak dan di situ juga gambar-gambar makanan yang saya kongsikan itu diambil.

Tiada fancy setup, tiada lighting bagai.  Hanya cahaya dari tingkap tersebut menghidupkan gambar makanan saya.

Gambar diambil dengan handphone namun perlu melalui proses editing asas seperti brightness, contrast, highlights, shadow, color balance dan saturation.  Kemudian gambar akan saya potong atau crop mengikut kesesuaian.

Tiada software khas yang saya guna, hanya edit melalui apps yang disediakan di galeri gambar handphone itu sendiri.  Tak guna Photoshop pun.

Jika anda inginkan gambar makanan yang cantik ini tips mudah dari saya.

1. Ambil gambar waktu siang.  Natural light lebih cantik dari artificial light (lampu).  Tepi tingkap adalah lokasi paling best.  Paling penting, jangan sesekali guna flash.

2. Sudut/angle atau style gambar terpulang pada kreativiti anda.  Angle paling mudah adalah “flatlay” atau gambar dari atas seperti kebanyakan gambar makanan saya.

3. Hias makanan jangan berlebihan.  Kalau nak tunjuk ayam maka kena bagi nampak ayam, jangan sampai ayam hilang disebalik kuah atau hiasan.

4. Gunakan warna kontras untuk hiasan seperti hijau dan merah.  Daun bawang, daun sup, daun pudina, lettuce merupakan bahan hijau terbaik manakala cili, karot, tomato, merupakan bahan terbaik untuk mendapat kontras merah.

5. Gunakan pinggan tanpa corak dan berwarna kontras.  Kalau makanan warna gelap, guna pinggan putih, baru makanan akan timbul atau outstanding.  Kalau makanan berwarna cerah maka boleh guna pinggan berwarna gelap.  Elakkan pinggan bercorak.

6. Latarbelakang juga penting.  Ambil gambar atas meja yang ada kain alas berbunga akan mengurangkan fokus kepada gambar makanan.  Sama seperti pinggan tadi, ia menganggu.  Sebaiknya alas biarlah kosong atau bercorak mudah dan seragam.

7. Ambil banyak shot, banyak sudut, banyak style kemudian barulah pilih yang terbaik.  Dari situ barulah buat simple editing seperti yang saya ceritakan di atas.

Benar, ia perlukan sedikit kegigihan.

Orang yang berjaya adalah mereka yang gigih di dalam berbuat sesuatu.

Sekian.

#TipsSuperDaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *