Dengarlah Dahulu Sebelum Menjawab

Pagi tadi anak kedua aku bangun dan cakap Good Morning.

Dia tanya aku something yang aku tak berapa jelas sebab aku tengah fokus buat quotation kat klien.

Aku hanya jawab “Yer”.

Lepas tu aku dengar dia kejut abang dia.

“Abang, abang, wake up.  The virus is gone already.  We can go out now.  We can go mandi now and go to school.  If you don’t want to go to school, we ask daddy to go balik kampung, I miss maktok and paksu already.”

Berjela-jela lagi benda dia nak buat sambil dok gancang-goncang badan abang dia dengan penuh eksaited.

Fuhh terus aku rasa bersalah sebab jawab “Yer” tanpa dengar betul-betul soalan dia.  Dah lama diorang dok bising kenapa terperuk kat rumah.  Asyik berdoa agar virus cepat hilang.

Bila dengar virus dah takde bila aku jawab yer tu mana tak seronoknya dia.

Jenuh juga aku nak counter balik yang masih belum boleh keluar rumah.  Namun terpaksa aku khabarkan juga yang virus masih ada agar dia tak terus berharap.

“Ohhh sorry Adik. Daddy tak dengar tadi adik tanya apa.  Virus masih ada, kita tak boleh keluar, tak boleh gi school atau balik kampung atau pergi playground.”

“Huh, you lie to me.  I don’t like you.”

Terus muncung dengan jelingan tajam dan muka tak puas hati.

“Abangggg, daddy lie!”

Abang dan adik dia masih blur lagi sebab baru bangun dan tak tahu apa-apa.

Kesian dia.

Terus aku pergi buka bilik yang berkunci di mana di dalamnya ada berkotak-kotak toys diorang yang aku simpan.  Maka melurulah mereka bertiga berteriak gembira masuk ke bilik tersebut.

Masuklah nak, enjoy your day.

Fuh besar juga natijah satu perkataan sahaja pun.

Dengarlah dahulu sebelum menjawab.

Sekian.

#SuperDaddy
#PKPStories

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *