Endorfin dan seks punca awet muda?

endorfin penyebab awet muda

Apa itu Endorfin? Dan apa kaitannya dengan seks dan awet muda?

Endorfin merupakan opioid, zat morfin-seperti yang dihasilkan oleh otak kita sendiri ketika tertekan, tetapi tidak seperti tertekan akibat lambat ke tempat kerja, dimarahi bos atau bergaduh dengan isteri atau suami. Tekanan pada tubuh badan ialah ketika melakukan aktiviti fizikal terutamanya yang melampaui keupayaan stamina tubuh badan sepert berlari jarak jauh, mendaki gunung dan juga melakukan hubungan seks.



Tubuh kita menghasilkan lebih daripada 20 jenis endorfin, tetapi beta-endorphin, iaitu sejenis hormon peptida adalah pemberi  kesan yang paling kuat kepada otak ketika melakukan latihan fizikal. Ada empat sifat utama endorfin – penghilang rasa sakit, pengurangan stres atau tekanan, meningkatkan kekebalan tubuh, dan menunda proses penuaan, dan beta-endorphin memiliki kesemuanya.


Contoh yang paling umum manfaat endorfin, adalah apa yang disebut sebagai ‘runner’s high’, sejenis perasaan gembira yang boleh mendorong seorang pelari jarak jauh melampaui apa yang mereka jangkakan. Ini juga berlaku ketika askar berperang dimana mereka mampu menjadi tidak berperikemanusiaan dengan kekuatan dan daya tahan yang luarbiasa. Tetapi kesan endorfin hanya terjadi dalam jangka panjang aktiviti yang berterusan, dan bukan sekadar “joging” singkat, atau sesi angkat berat di gimnasium.



Perasaan bahagia setelah melakukan seks, adalah hasil dari endorfin dan hormon oksitosin yang dikeluarkan oleh tubuh dan diperkuatkan lagi oleh “body contact” atau sentuhan tubuh dari pasangan serta perasaan kasih  sayang itu sendiri.


Endorfin juga mungkin membantu anda tetap muda.


Menurut Dr David Weeks, yang membuat kajian terhadap 3500 orang responden selama lebih dari 10 tahun, melaporkan pada tahun 1999 di dalam bukunya  “Secrets of The Super Young”  bahawa orang yang melakukan hubungan seks empat atau lima kali seminggu, nampak lebih muda dari mereka yang hanya melakukan hubungan seks dua kali seminggu. Hmmmm…renung-renungkanlah..

Dia berteori bahawa kesenangan emosi, serta bahan kimia endorfin yang dihasilkan, menyumbang kepada kesejahteraan emosi dan juga fizikal kepada pasangan yang bercinta dan berumahtangga.



Namun begitu, seks semata-mata tanpa ikatan cinta dan kasih sayang tidak memberikan keputusan yang sama.


Kesimpulannya, seks yang sah iaitu dengan ikatan perkahwinan akan menjadikan anda nampak lebih muda dari usia anda sebenar. Jadi berkahwinlah. Berkahwin juga akan menghindarkan pelbagai gejala sosial, membuatkan anda lebih bahagia dan bonusnya..anda akan nampak lebih MUDA!


Adakah itu fakta yang benar atau perlu dipertikaikan? ENTAHLAH..I dont know..but i think its true!

Anda juga mungkin nak baca

6 Comments

  1. I am also writing to make you know what a fantastic encounter my cousin’s daughter experienced reading your site. She even learned many issues, not to mention what it’s like to have a wonderful giving mindset to have many people quite simply grasp chosen grueling subject areas. You really exceeded our expectations. Many thanks for giving the informative, healthy, educational and as well as easy thoughts on the topic to Jane.

  2. I am glad for writing to make you know what a incredible encounter my friend’s girl gained studying your web page. She learned plenty of pieces, which include what it’s like to possess an awesome helping mood to let other folks smoothly know just exactly several multifaceted subject matter. You truly exceeded our own expectations. Thank you for offering these necessary, safe, explanatory and even fun tips about this topic to Julie.

  3. I enjoy you because of all of the effort on this blog. Betty delights in carrying out internet research and it’s easy to see why. A lot of people hear all about the compelling form you convey advantageous guidance by means of the blog and attract contribution from other individuals about this area and my child has always been becoming educated a great deal. Enjoy the remaining portion of the new year. You’re carrying out a brilliant job.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *