• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Generasi Alpha // Generasi selepas X,Y & Z

13/04/2012

Antara artikel saya yang paling kerap dicari dan dibaca adalah mengenai Generasi X,Y dan Z. Sila baca di sini.

Hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai Generasi Alpha iaitu generasi selepas Z. Ini adalah rentetan daripada komen seorang pembaca iaitu Benjy yang bertanyakan tentang perkara ini, iaitu generasi apakah selepas Z. Beliau juga ada bertanya sekiranya beliau masih berpeluang untuk melihat generasi tersebut. Sekiranya umur beliau yang kini berusia 36 tahun, insyaAllah beliau masih berpeluang. Anak beliau yang sekiranya lahir pada tahun 2010 akan digelar Generasi A.

Apakah ciri-ciri Gen-A?

Kenapakah dipanggil Generasi Alpha atau Gen-A ?

Turutan dari generasi terdahulu, pakar sosiologi telah kehabisan alphabet Latin yang digunakan iaitu X,Y dan Z, maka di mulakan kembali dengan alphabet Roman iaitu A, B dan C. Mudah kan?

Generasi Alpha atau dipanggil Gen-A adalah gelaran kepada generasi yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Gen-A adalah generasi yang paling berpelajaran tinggi. Mula bersekolah seawal usia 3-4 tahun dan menamatkan pengajian selewat umur 27 tahun. Kajian pakar sosiologi mengatakan bahawa Gen-A merupakan generasi yang paling terpelajar di dalam sejarah generasi manusia.

[quote]Merupakan anak kepada generasi Y dan Z, yang lebih berkemampuan, dengan bilangan anak yang sedikit dan dengan pelbagai pilihan hiburan dan juga teknologi, generasi ini merupakan generasi yang sangat materialistik[/quote]

Generasi ini dijangka akan menjadi lebih materialistik dan fokus mereka adalah terhadap gaya hidup berteknologi tinggi. “Merupakan anak kepada generasi Y dan Z, yang lebih berkemampuan, dengan bilangan anak yang sedikit dan dengan pelbagai pilihan hiburan dan juga teknologi, generasi ini merupakan generasi yang sangat materialistik” menurut Mark McCrindle di dalam bukunya tentang generasi global berjudul “The ABCof XYZ”

The ABC of XYZ by Mark McCrindle

Separuh daripada alat permainan yang dimiliki oleh kanak-kanak Gen-A akan dikuasakan oleh bateri yang mana adalah lebih mahal daripada alat permainan biasa.

Generasi ini mula mengenal hidup mereka dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation, wii, xbox, google, facebook dan blog. (Anak saudara saya Harith adalah Gen-A dan sudah pandai menggunakan Ipad ketika baru berusia 8 bulan)

Antara ringkasan ciri-ciri Gen-A yang diramalkan oleh para pengkaji sosiologi adalah:-

  • Mewarisi kemewahan material dari Generasi X dan Y iaitu ibu bapa mereka.
  • Berpelajaran tinggi
  • Hidup dibantu oleh gajet-gajet berteknologi tinggi.
  • Tidak mempunyai skill atau kemahiran yang banyak dan tidak berminat untuk menambah kemahiran dari yang sediada.
  • Obsess dengan benda/alat/produk baru (brand new) dan apabila sudah bosan akan membuangya dan digantikan dengan yang lebih baru.
  • Diramalkan yang kebanyakan mereka adalah obes atau mengalami berat badan yang berlebihan akibat kurang pergerakan kerana hidup di dalam dunia teknologi yang semuanya berada di hujung jari tanpa perlu keluar dari rumah.
  • Kurangnya semangat sosial dan kejiranan. Tidak mengenali jiran dan juga rakan sepejabat.

Generasi A akan mempunya peluang pekerjaan yang sangat tinggi di masa hadapan kerana menjelang tahun 2020, populasi tua telah mencapai puncaknya dan meninggalkan alam pekerjaan yang bakal diambilalih oleh generasi ini.

Itu adalah sedikit sebanyak ciri-ciri generasi ini.

Saya tidak dapat menulis secara panjang lebar disini bagi menterjemahkan semula isi kandungan buku tersebut. Sila dapatkannya dikedai buku berhampiran anda.

————————————————————————————————-

[quote]Saya amat berharap yang Generasi Alpha masih menghormati kita. Sekiranya anda mempunyai anak yang lahir pada tahun 2010 dan ke atas, didiklah mereka seperti mana ayah dan ibu serta generasi sebelumnya yang mendidik kita dengan penuh nilai sosial dan agama.[/quote]

Saya berharap generasi X-Y dapat mempersiapkan diri anda dan anak-anak anda bagi menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.

Kita sudah melihat kesannya dari penghujung Generasi Y dan Generasi Z yang mana cara berkomunikasi mereka sudah berubah, dengan bahasa singkatan dari sms dan juga LOL. Cara mereka menulis surat rasmi, memohon pekerjaan dan bermacam-macam lagi yang sudah hilang sifat-sifat hormat, tata-susila serta adab sopan (sila baca di sini).

Saya amat berharap yang Generasi Alpha masih menghormati kita. Sekiranya anda mempunyai anak yang lahir pada tahun 2010 dan ke atas, didiklah mereka seperti mana ayah dan ibu serta generasi sebelumnya yang mendidik kita dengan penuh nilai sosial dan agama.

InsyaAllah, mereka akan menjadi Generasi Alpha yang berjaya di dunia dan akhirat. Aminnnn.

alpha generationapakah generasi andababy boomersbaby bustecho of baby boomgen-agenerasi Agenerasi alphagenerasi selepas zgenerasi xgenerasi ygenerasi zgeneration alphageneration net
Share

Blog  / Books  / Knowledge  / Lesson

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Generasi apakah anda? X, Y atau Z?
06/05/2011

20 Comments


Lady windsor
13/04/2012 at 1:29 pm
Login to Reply

Generasi Gen A ini sememangnya mencabar kewibawaan ibu bapa. Saya kira anak jiran saya adalah anak Gen A kerana pada usia 5 dan 2 tahun, kedua-duanya sudah mahir mengendalikan iPad, iPod dan iPhone serta mampu membaca dengan lancar. Saya juga dapat tahu ibu mereka mewajibkan kedua-keduanya mendengar bacaan Yassin sebagai lullaby…



    Khairul Abdullah
    13/04/2012 at 1:47 pm
    Login to Reply

    Cik Shasha,

    Generasi A paling tua adalah berumur 2 tahun 4 bulan sekiranya dia lahir pada 1 januari 2010. Anak jiran saudari yang berusia 5 tahun adalah dari penghujung Generasi Z. Seperti yang dijangkakan, generasi ini menerima pendidikan lebih awal berbanding generasi sebelumnya.

Dinas Aldi
13/04/2012 at 1:50 pm
Login to Reply

Informasi yang sangat berguna. Anak saudara akak pun sudah sangat cekap menggunakan iPhone masa usia dia lebih kurang 1 tahun dulu. Sekarang dah 4 tahun, jangan harap la nak kuit walau hujung iPad waktu dia tengah guna.



    Khairul Abdullah
    13/04/2012 at 2:31 pm
    Login to Reply

    DA,

    Itulah generasi moden. Tak macam kita dulu…main pondok2, galah panjang, konda kondi dan sebagainya lagi. Kita masih rasa agak bersalah untuk menggunakan bahasa rojak yang keterlaluan, singkatan yang terlaluan di dalam komunikasi teks dan percakapan seharian kita..tapi bukan mereka.

Ladywindsor
13/04/2012 at 2:08 pm
Login to Reply

KA,
Oh ya, si adiknya itu Gen A. Dan si abang yg berusia 5 tahun itu menerima pendidikan sejak dalam kandungan kerana ibunya sedang menyiapkan ijazah pertama ketika dia dalam kandungan..agaknya itulah antara ‘pendidikan awal’ yg diterima..



    Khairul Abdullah
    13/04/2012 at 4:43 pm
    Login to Reply

    Untungnya si abang…dah belajar ijazah ketika masih dalam perut yer.

Mohkembara
13/04/2012 at 4:25 pm
Login to Reply

Salam Yob, whatever they call these youngsters, harap2 yg Muslim tu jadi Muslimins yg sejati, tau asal usul dan fungsi insan sebagai khalifah.



    Khairul Abdullah
    13/04/2012 at 4:39 pm
    Login to Reply

    Wsalam Kak Yong,

    Itulah harapan kita. Semoga diperkenankan oleh Nya. Amiinnnn.

MaryaYusof
20/04/2012 at 5:05 am
Login to Reply

As salam Khairul,

Anak sy Iman lahir 2009 maknanya bukanlah Gen A betul tak? Insya’Allah, hujung pangkal cara didikan kita… Semoga keturunan kita terselamat dr fitnah dunia… Amin~



    khairul abdullah
    20/04/2012 at 10:00 am
    Login to Reply

    Wsalam Marya,

    Aah…penghujung generasi z, tetapi dah ada ciri generasi a. Setuju tu…hujung pangkalnya adalah cara didikan. Semoga Iman menjadi anak yang soleh. Aminnnn

Beb
28/04/2012 at 7:51 pm
Login to Reply

Assalam,

Bagus info ni. Tapi tanpa ku sedari entry ni MENAKUTKAN. huhuhuhuhu. And terlintas difikiran ku. Mcmane plak Gen sterusnya iaitu anak2 kepada Gen A nanti? MasyaAllah. Semoga generasi ku terrrrpelihara. InsyaAllah. Huhuhuhuhu.



Wan Zuraida
22/01/2013 at 1:47 am
Login to Reply

Ini adalah perkara yg menakutkan. sy kadang2 terfikir, jika ibu bapa kpd Gen A (Gen X atau Y) bangun sekitar lewat pagi (pukul 10 pagi – 12 tgh hari) bagaimana pula dengan keadaan Gen A kelak? bagaimana dgn jati diri umat Islam kelak? ini adalah perkara yg menakutkan. 🙁



    Shaz Ayuz
    22/01/2013 at 3:06 am
    Login to Reply

    Betul2. Skang pun mmg trend diorang bgun lewat. Kalo kite dh kena rotan dh tue

    Wan Zuraida
    22/01/2013 at 3:18 am
    Login to Reply

    kak ayu org dulu2 mmg bangun lmbt juga, bila makin memahami agama org rasa benci sgt2 dgn perbuatan org dulu2. baru org tahu kenapa Ma org selalu berleter dan kejutkan org jangan bangun lambat. kadang2 kagum dengan org2 tua, lepas subuh dah tak tidur, terus bekerja dan tubuh mereka sgt kuat. org insaf dgn perbuatan org dulu. bukan sunnah Nabi SAW bangun lewat tgh hari. kata sayangkan Nabi SAW. :')

    Darrell Kavan
    30/04/2013 at 3:18 pm
    Login to Reply

    mungkin anak2 kita iaitu generasi Alpha akan bangun seawal pukul 2 petang dah kalau bangun awal2 semua mo men IPAD dan IPHONE ja atau peranti elektronik yg lebih canggih daripada kita hahhahha

Nor Hasanah
30/06/2013 at 3:52 am
Login to Reply

masa depan dunia…



Nor Hasanah Remeli
30/06/2013 at 3:52 am
Login to Reply

masa depan dunia…



Sharifah Aini
28/10/2014 at 12:55 pm
Login to Reply

Relevan sgt dgn thesis saya. Saya kaji tingkahlaku prososial knk2 4 thn. Mohon digunakan entri ini dan jika berpeluang nak bincang lebih mendalam isu ini. Bole beri tajuk rujukan entri



    Khairul Abdullah
    08/11/2014 at 11:22 am
    Login to Reply

    Saudari Sharifah,

    Seperti yg saya nyatakan di dalam artikel di atas, rujukan adalah menerusi buku The ABC of XYZ by Mark McCrindle

Naidah
10/06/2016 at 9:00 pm
Login to Reply

Assalammualaikum tuan..kalau baru saja dilahirkan 2016 ni..anak tu kategori gen apa ye?



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved