• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Generasi apakah anda? X, Y atau Z?

06/05/2011

Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:
1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini) – Generasi Z
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A 

1.  Pre Baby Boom

Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)

Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah “baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran disebabkan faktor kesusahan semasa perang. Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – GEN X

Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”, mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the baby boom”. Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) – GEN Y

Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak lewat, iaitu 30an atau 40an.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z

Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.

Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia (lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%

* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%

* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%

* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%

* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).

Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44 tahun, manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Generasi apakah anda? ENTAHLAH..I Dont Know…me is X and my wife is Y. Go figure!

Kemaskini:- Saya baru menulis artikel mengenai Generasi A atau  Generasi Alpha iaitu generasi selepas Z. Sila baca di sini.

signature

Bacaan Lanjut : Generation X, Generation Y, Generation Z, Generation A

Credit to : Mengenali Generasi X , Y dan Z – by Jalis

baby boombaby bustecho of baby boomgenerasi x y zgeneration after zgeneration alphageneration netgeneration x y zpre baby boom
Share

Blog  / Knowledge  / Lesson  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Generasi Alpha // Generasi selepas X,Y & Z
13/04/2012

36 Comments


kucarkacir
06/05/2011 at 5:45 pm
Login to Reply

aku x faham la..



khairul abdullah
07/05/2011 at 1:42 am
Login to Reply

kucarkacir,

ini kerana anda mungkin dari penghujung Generasi Y. Anda lebih memahami facebook dan juga MTV dan anda lebih menggemari laptop daripada buku. Jadi entri ini agak sukar untuk difahami oleh anda.



hani@debumelukut
08/05/2011 at 12:38 pm
Login to Reply

the baby boom. itu kelompok akak. but why is that I do not fit into the discription?
Something wrong with me?



khairul abdullah
08/05/2011 at 3:00 pm
Login to Reply

Cikgu,

Mungkin cikgu dah di penghujung atau pertengahan zaman baby boom tu. Deskripsi baby boom di dalam artikel saya itu mungkin terlalu pendek dan tak menyeluruh.

Sila rujuk wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Baby-Boom_Generation



perondajaketbiru74
09/05/2011 at 2:26 pm
Login to Reply

nice info bro…



khairul abdullah
09/05/2011 at 3:39 pm
Login to Reply

Peronda Jaket Biru…

UUhhhh lagu jaket biruuu…uhhhh lagu generasiku..jangan digangguu….
hahahah…kita mungkin dari generasi yang sama bro!



Faerie_Princess
18/05/2011 at 8:24 am
Login to Reply

totally X, tp nearly at the end generation 🙂



khairul abdullah
18/05/2011 at 9:02 am
Login to Reply

Faerie_Princess: Me too 🙂



Su
12/01/2012 at 7:51 am
Login to Reply

Me is X, the last year of Gen X.

Untuk rakyat Malaysia, rasanya penerangan untuk setiap Generasi tu boleh diperkembangkan lagi kan.. hehe..
Zaman i adalah zaman orang baru kenal internet dan masa tu, yg betul2 jujur masih ramai boleh dikenali through internet, tak macam zaman sekrg..



    admin
    12/01/2012 at 10:43 am
    Login to Reply

    Ahhh…since topik ni agak popular, kalau ada masa saya akan kembangkan lagi. Insyaallah…
    Zaman baru start chatting pakai Irc…semua masih jujur lagi. Internet pun masih mahal time tu..belas2 ringgit sejam kat cc.

b3njy
13/04/2012 at 7:01 am
Login to Reply

Wow ! ini artikel yang menarik ni …. kira sama macam zaman paleolitik, neolitik dan zaman besi yer tak ? … namun Benjy tertanya-tanya juga lepas Gen-Z muncul Gen apa pula yerr ? … harap2 Benjy masih hidup lagi zaman Gen selepas Gen-Z …. 🙂



    Khairul Abdullah
    13/04/2012 at 9:04 am
    Login to Reply

    Generasi selepas Z, atau yang lahir bermula dari tahun 2010 akan dipanggil Gen-A atau Generation A singkatan dari Generation Alpha dan di dalam bahasa melayu kita dipanggil Generasi Alpha. Generasi Alpha akan tamat pada tahun 2024 dan digantikan dengan Gen-B atau Generation Beta.

    Sila baca tentang Generasi Alpha ini di sini.

jue
01/05/2012 at 5:50 pm
Login to Reply

teringat bicara seseorang ~ Generasi Y; siang tidur, malam berjaga.. hmm



ajak
13/05/2012 at 7:46 am
Login to Reply

bagus juga, agar semua boleh tahu takat/aras diri tentang kehidupan masing-masing



Zaleha Mohd
13/05/2013 at 5:12 pm
Login to Reply

siapa yang tidAK tahu mereka generasi mana…inilah jawapannya.saya suka petikan di bawah:

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).



Za Leha
13/05/2013 at 5:12 pm
Login to Reply

siapa yang tidAK tahu mereka generasi mana…inilah jawapannya.saya suka petikan di bawah:

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).



Za Le Ha
13/05/2013 at 5:12 pm
Login to Reply

siapa yang tidAK tahu mereka generasi mana…inilah jawapannya.saya suka petikan di bawah:

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46 tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed).



Sapek Kepas
26/06/2013 at 2:17 am
Login to Reply

Generasi Y



Hazeman Huzir
17/07/2013 at 5:17 am
Login to Reply

A first-person article on Gen Y and in-office behavior that requires attention:

http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/07/what-to-expect-of-gen-y-office-politics.html



Bayu Freze
25/08/2013 at 2:25 am
Login to Reply

terima kasih sepertinya saya sangat setuju dengan yang ini,. " Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti, cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas (speed). "



Nur Syamimi
19/09/2013 at 3:43 am
Login to Reply

semak generasi anda..



Nur Syamimi
19/09/2013 at 3:46 am
Login to Reply

generasi kanak2 sekarang generasi A Najiha Nazri Syeha Nazri Nurul Tasybira Wan Nadiah



Mohd Dom Osman
21/10/2013 at 1:41 am
Login to Reply

saya bersetuju, kepada pengajar – pengajar perlu tahu dan mesti tahu sejarah generari ini . semoga apabila mereka nak mengenal generasi berkaitan pengajaran dan pembelajaran mudah membuat motivasi semasa.



Assyirazi Amin
21/10/2013 at 8:31 am
Login to Reply

Apa-apa pun kita mesti ada ruang minda agar keterbukaan dan tidak terlampau terikat kepada Ciri Kategori Generasi ini. InsyaAllah, ciri-ciri generasi muda yang digariskan oleh Islam merupakan yang terbaik untuk dijadikan pegangan.



Syah Buan
24/11/2013 at 11:26 pm
Login to Reply

Untuk Pengetahuan 😉



Aisah Buan
24/11/2013 at 11:26 pm
Login to Reply

Untuk Pengetahuan 😉



Zaleha Mohamed
01/01/2014 at 2:20 am
Login to Reply

generasi-generasi yg patut anda tahu..suka dgn kenyataan bahawa generasi y inginkan kebebasan bersuara, berintegriti tinggi,bebas membuat pilihan,tekus dan berkolaborasi…



Za Leha
01/01/2014 at 2:20 am
Login to Reply

generasi-generasi yg patut anda tahu..suka dgn kenyataan bahawa generasi y inginkan kebebasan bersuara, berintegriti tinggi,bebas membuat pilihan,tekus dan berkolaborasi…



Za Le Ha
01/01/2014 at 2:20 am
Login to Reply

generasi-generasi yg patut anda tahu..suka dgn kenyataan bahawa generasi y inginkan kebebasan bersuara, berintegriti tinggi,bebas membuat pilihan,tekus dan berkolaborasi…



Busran Masan
05/04/2014 at 6:06 pm
Login to Reply

Bole ye saya copy perkongsian EnCik Khairul mengenai Artikel ‘Generasi apakah anda? X, Y atau Z? utk dimuatnaik pada FB saya……



    Khairul Abdullah
    06/04/2014 at 8:08 am
    Login to Reply

    Boleh silakan 🙂

Zack Forensic
16/06/2014 at 5:41 pm
Login to Reply

Generasi Y



Jasmalia Shafini
15/07/2014 at 5:49 pm
Login to Reply

Sabrina Binti Yusof Nurhafizza Ghazali
Pencerahan ttg generasi….sekadar utk pembacaan bersama…



ila johari
24/10/2014 at 1:47 am
Login to Reply

Salam kenal saudara KA,

Saya mungkin boleh diketegorikan berada dlm zaman peralihan antara gen X dan Y kerana saya lahir di thn awal gen Y yg mana masih bnyk dipengaruhi oleh gen X 🙂

Nice blog and lots of information here.. congratulation !



John D. Mukese
30/10/2014 at 1:04 am
Login to Reply

terima kasih atas upaya memperkenalkan secara meluas konsep Generasi XYZ. Pasti bermanfaat bagi banyak orang.



Ismiqbal Abdullah
18/06/2015 at 10:48 am
Login to Reply

tenkiu atas info.. copy paste url kat facebook ya… i am Gen Y



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved