Hampir Nak Kena Langgar

Pagi tadi aku hampir nak kena langgar.
Aku baru parking dan lalu di belakang kereta yang sedang berhenti double park. Sampai ngam-ngam belakang bontot kereta, dia boleh tiba-tiba undur dengan mengejut.
Oihh termenjerit aku.
Mujurlah aku ada jurus Hikmat Meliuk Pinggang Naga Berapi. Sempat aku bengkokkan pinggang dan ejas badan sambil melompat ketepi dengan jeritan manja-manja ala terkejut beruk gitu.
Haish.
Nak salah akak tu pun, dia tak nampak aku. Nak salah diri sendiri pun rasanya macam tak buat salah apa-apa pun. Jadi kiranya takde salah sesiapa lah.
Jadi aku redho je lah berjalan terus masuk ke speedmart cari pampers dan susu untuk anak sambil gosok-gosok pinggang yang tetiba kena sudden exercise tadi tu.
Dan lemaknya masih kekal ada.
Hmmm.

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *