Hanya Mendengar Suara

Aku call mak, aku nak dengar suara anak-anak aku yang lagi 2 orang tu.  Mak aku cakap jangan, nanti si kecik tu mengamuk bila dengar suara tetapi tak boleh jumpa.

Dah 3 hari mengamuk asyik bertanya aku sahaja, mana daddy, mana daddy.  Dia asyik menangis dan menjerit-jerit dengan kuat bila tanyakan aku.

Allah, aku ni pun rindukan dia macam nak gila ni.

Nak jumpa tak boleh, kena elakkan sebab kalau dah jumpa nanti susah gila nak berpisah.  Yang kat hospital ni aku nak kena jaga.  Dia taknak orang lain, aku tak boleh tinggal dia.

Yang kat rumah pun perlukan aku dan aku pun perlukan diorang.

Allah, Allah.

Bab ni aku tak kuat.

Sungguh.

Hanya air mata yang berjurai bila dengar suara anak-anak sayup di hujung telefon.

😭😭😭

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *