• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

IKEA dan Sifat Manusia

24/10/2013
IkeaFrankfurt

Kredit gambar: Google

Semua orang tahu Ikea, dan hampir semua pernah ke Ikea, samada untuk melihat-lihat, membeli atau hanya untuk ke restorannya makan bebola daging atau singgah di kafenya untuk membeli karipap. Ikea sangat popular di Jerman ini kerana sikap rakyatnya yang suka bertukang. Mereka gemar membina rumah dan perabut sendiri.

Jadi jangan hairan sekiranya terdapat 46 buah Ikea di seluruh Jerman ini sahaja. Di ibukota Berlin terdapat 4 buah Ikea dan di Frankfurt ini 2 buah dan hampir keseluruhan bandar di sini mempunyai Ikea.

Seperti orang lain, saya juga kerap ke Ikea, kalau tak membeli pun pasti singgah ke restorannya untuk makan. Namun, di Germany ini tidaklah dapat saya makan bebola daging tersebut dan terpaksa bertukar menu kepada ikan sahaja.

[quote]Namun, apa yang saya nak ceritakan disini bukanlah tentang Ikea itu sebenarnya, tetapi SIKAP MANUSIA[/quote]

Hujung minggu yang lalu saya ke Ikea, cadangnya untuk membeli beberapa barangan dan juga untuk bersarapan. Seperti juga di Malaysia, seawal jam 9.30 pagi dah dipenuhi dengan pengunjung yang nak bersarapan terlebih dahulu sebelum membeli barangan.

ikea-bfast

Saya bersarapan Belgian Waffle bersama Cherry Syrup

Namun, apa yang saya nak ceritakan disini bukanlah tentang Ikea itu sebenarnya, tetapi SIKAP MANUSIA.

Ada 3 perkara yang saya suka dengan sikap manusia di sini iaitu sikap jujur, beradab dan pembersih.

Jom saya ceritakan dari bagaimana sifat tersebut di dalam diri seorang pelanggan Ikea di Jerman.

1. Bertolak ke Ikea

Ramai yang ke Ikea menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi dan juga shuttle bus. Untuk pengetahuan anda semua, sistem tiket keretapi di sini adalah sangat berbeza. Tiada pagar atau halangan untuk anda naik keretapi, anda boleh beli tiket di mesin dan terus naik – contohnya kalau nak naik komuter atau LRT anda perlu masukkan dulu tiket ke dalam mesin dan baru pagar akan terbuka untuk anda.

Di sini tiada begitu – anda boleh naik keretapi sesuka hati waima tanpa tiket sekalipun kerana tiada halangan dan pintu terbuka luas untuk anda.

ubahn-messe

Kredit gambar: Google

Sekali sekala akan ada “inspector” naik untuk menyemak tiket anda (walaupun jarang sekali) dan pastinya setiap kali semakan dibuat – semua orang (100%) penumpang mempunyai tiket yang sah (berdasarkan pengamatan saya ketika inspektor memeriksa penumpang di gerabak yang saya naiki).

Jadi…sifat apakah ini? Jujur jawapannya.

2. Sampai di Ikea

Sudah pasti tiada acara berebut parkir kerana ramai yang datang dengan keretapi.

Destinasi pertama kebanyakan pelanggan adalah restoran. Walaupun ramai, namun tidaklah berserabut, walaupun sentiasa penuh, meja sentiasa kemas dan bersih. Tiada sepahan atau tumpahan di atas meja maupun di lantai dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda – hanya seorang pekerja bertugas di lantai restoran, selebihnya di bahagian dapur dan kaunter. Pekerja tersebut pun tidak sibuk, tugas beliau hanyalah menambah kopi atau susu yang habis di mesin kopi.

Kenapa begitu?

ikea-bfast3 ikea-bfast2

Sikap orang di sini yang pembersih dan beradab. Menu adalah lebih kurang sama seperti di Malaysia jadi tiada alasan untuk dikaitkan menu dengan sepahan di meja atau lantai. Selepas selesai makan, setiap pelanggan akan mengemas meja sendiri dan mengelap dengan tisu sekiranya ada tumpahan dan kotoran, menolak dan menyusun kembali kerusi dan kemudian membawa tray sisa makanan ke tempat yang disediakan.

Sifat ini dipraktikan hampir di semua restoran atau kafe layan diri samda di McD, KFC, Starbucks dan banyak lagi.

Jadi…sifat apakah itu? Pembersih, beradab dan tidak mementingkan diri sendiri namanya.

Mungkin akan ada yang berkata – “Saya pelanggan dan saya bayar, kenapa saya harus buat semua sendiri? Rugilah saya!”

Jadi..sifat apakah itu? Itu adalah mentaliti orang yang tiada 3 sifat yang saya sebutkan di atas.

3. Membeli belah di Ikea

Tiada kelihatan aksi baring-baring di atas katil atau duduk di atas sofa dan melunjur kaki ke atas coffeetable dan aksi-aksi lain seperti rumah sendiri yang sangat menjolok mata. Tiada kecoh-kecoh, tiada bising-bising dan tiada jeritan pekikan dan lolongan.

Troli boleh diambil secara percuma di kauter khidmat pelanggan.

Troli boleh diambil secara percuma di kauter khidmat pelanggan.

Hanya kedengaran orang bercakapan dan berbincang tentang barangan apa yang sesuai untuk di beli. Sekali sekala kedengaran bayi menangis minta disusukan dan juga jeritan anak kecil melompat kegirangan mendapat mainan baru. Tiada kebisingan dan kekecohan membuatkan kita dapat melihat barangan dan juga “berangan” secara aman.

Jadi..sifat apakah itu? Beradab jawapannya.

4. Membuat Pembayaran di Ikea

Di sini, terdapat kaunter bayar sendiri – maksudnya di lorong bayaran terdapat beberapa lorong khas yang pelanggan boleh membuat urusan pembayaran sendiri dengan “scan” barcode sendiri dan seterusnya swipe kredit kad atau debit kad untuk membuat pembayaran. Tiada kamera, tiada pekerja yang memantau perbuatan anda. Jadi, boleh saja anda tidak scan barangan yang anda tidak mahu bayar bukan? Tetapi itu tidak berlaku.

Jadi sifat apakah itu? Jujur.

Saya pernah membuat pembayaran sendiri di lorong ini dan ianya sangat mudah. Keteringinan saya untuk scan barcode dan swipe kredit kad seperti yang saya sering saksikan ketika membuat pembayaran di supermarket akhirnya tercapai juga.

ikea1

Kredit gambar: Google

ikea3

Kredit Gambar: Google

Kalau di kaunter bayaran biasa pula, sesibuk manapun setiap kaunter, pekerja akan menyambut anda dengan senyuman dan ucapan “Hallo” ataupun “Guten Tag”. Selesai pembayaran ucapan Danke Schöen (Thank you very much) und Schön Tag (a nice day) atau Shchöne Wochende (a nice weekend) akan diucapkan. Sifat atau amalan ini bukan hanya di Ikea tetapi diseluruh premis perniagaan di Jerman tak kira di pasar tani, pasar karat, supermarket, kedai kopi, abang posmen, tukang kebun dan semuanya.

Sifat apakah itu? Jujur dan amanah serta ikhlas di dalam bekerja.

Terkenang saya ketika seringkali membuat pembayaran ketika membeli barangan dapur di Giant Shah Alam dahulu, penjaga kaunter bayaran tidak bercakap sepatah ayat dan tidak memandang pun wajah pelanggannya..apatah lagi senyuman. Jauh sekali!

Sifat apakah itu? Anda jawablah sendiri.

—————————————————————————————————————————————–

Kesimpulannya

Bukanlah niat saya untuk melecehkan orang kita atau membanggakan orang lain. Namun apa yang cuba saya ketengahkan adalah sifat-sifat tersebut. Bukankah sifat-sifat itu adalah ciri-ciri utama sebagai seorang Muslim?

[quote]Malu kan sekiranya sebagai seorang islam yang agamanya bersifat bersih dan suci tetapi membiarkan meja atau sisa makanan kita bersepah dan berselerak di atas meja?[/quote]

Rugikah kita apabila mengemas meja sendiri? Adakah kita menjadi insan yang hina apabila mengemas meja, menyusun kembali kerusi dan meletakkan tray di tempat yang ditetapkan? Bukankah kebersihan itu adalah salah satu sifat kita?

Malu kan sekiranya sebagai seorang islam yang agamanya bersifat bersih dan suci tetapi membiarkan meja atau sisa makanan kita bersepah dan berselerak di atas meja?

Tidakkah kita mendapat pahala kerana membatu mengemas meja supaya orang lain selepas kita dapat duduk dengan selesa di meja yang bersih?

Kejujuran pula adalah sifat yang paling asas perlu ada dalam diri. Dan tidak rugi kita berlaku jujur kerana itu adalah sifat yang sangat terpuji. Jujurlah dengan diri sendiri dan paling penting dan paling besar adalah jujur dengan amanah yang diberikan kepada kita.

Bila bekerja, bekerjalah seperti apa yang diamanahkan kepada kita, usah mencuri tulang. Apakah kita rasa bekerja 8 jam sehari selaras dengan gaji yang kita terima itu? Kalau rasa tidak cukup usah mengeluh kerana ketidakcukupan gaji anda pasti akan dibalas oleh ALLAH melalui cara yang lain. Bagi yang bekerja sedikt dan banyak bermain dan melayari Facebook maka renungkanlah..adakah anda menggalas amanah yang diberikan dengan baik.

[quote]Bilakah kali terakhir anda ditegur dengan senyuman yang ramah oleh penjaga kaunter tol atau supermarket di tempat anda?[/quote]

Satu perkara yang saya belajar disini ialah – orang Jerman sangat serius tentang kerja mereka.  Kalau berurusan dengan pelanggan mereka akan menghargai pelanggan.

Sebagai contoh, jika anda ke klinik, doktor sendiri akan datang menjemput pesakit utk dibawa ke biliknya untuk diperiksa atau dirawat (bukan semua tetapi majoriti), setelah selesai beliau sendiri akan menghantar pesakit ke pintu dan mengucapkan terima kasih serta selamat jalan. Nurse tidak perlu terpekik terlolong menjerit nama pesakit untuk dibawa berjumpa doktor.

Bagi seorang tukang sapu, beliau amat tekun dan berbangga dengan kerjanya. Pun juga bagi seorang cashier, beliau amat tekun dan berbangga dengan kerjayanya. Oleh yang demikian maka beliau boleh jujur dan tekun mengucapkan hello dengan senyuman serta mengucapkan selamat kepada hampir semua pelanggannya di dalam tempoh syif beliau bekerja.

Bilakah kali terakhir anda ditegur dengan senyuman yang ramah oleh penjaga kaunter tol atau supermarket di tempat anda?

ENTAHLAH..I Dont Know!

signature

Nota:

Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sendiri (bukan pengalaman orang lain). Jadi mungkin ada pembaca lain yang pernah datang atau tinggal atau belajar di Jerman ini mempunyai pengalaman yang berbeza. Namun secara majoritinya saya merasakan yang pengalaman tersebut adalah sama. Sekali lagi saya tegaskan yang saya menulis berkaitan sikap masyarakat secara majoriti dan bukannya minoriti.

Saya juga menerima pelbagai maklumbalas dan komen berkaitan artikel ini samada di Facebook ataupun disini. Saya akan cuba membalas semua komen dan pandangan para pembaca semua dan sekiranya terlepas pandang harap dimaafkan. Sekiranya anda merasakan yang artikel ini bermanfaat dan perlu dikongsikan maka saya mengalukan anda untuk berkongsinya di sebarang media sosial pilihan anda. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat darinya. InshaAllah.

amanahfrankfurtgermanyikeaikhlasjujurkhairulpentingkan diri sendiriresepiselfishsifatsikap
Share

Blog  / Knowledge  / Lesson  / Lifestyle  / Peoples  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang
07/11/2019
Ramai Yang Mencuri Di Ikea Tanpa Sedar
08/08/2017
Pantang Larang Jika Anda Ke Jerman
20/03/2017

271 Comments


Jahja Khalijah
24/10/2013 at 10:28 am
Login to Reply

"Guten TaG" Khairul……..TQ UR INFO…….. Danke Schöen,….. und Schön Tag …..OK X…. 🙂



Tilah Maricar (Singapore Taste Bud)
24/10/2013 at 12:35 pm
Login to Reply

Very well said Khairul. Something to reflect upon ourselves as Muslims. Thank you for sharing this with us. An eye opener!



    Khairul Abdullah
    24/10/2013 at 1:49 pm
    Login to Reply

    Youre most welcome. Perkara yang baik sam-sama kita jadikan tauladan.

Shamsiah Abdul Rahman
24/10/2013 at 11:24 am
Login to Reply

Assalamualaikum KA,

Last Saturday kami pun pi Ikea jugak. For the same reason.. nk pi lunch kat sana.
W'pun tidaklah sebagus masyarakat di Jerman tapi alhamdulillah.. masih boleh dibanggakan. Mungkin sebab.. bila sorang dah buat so "yang tak buat" tu jadi malu dengan diri sendiri.

Anyway.. thanks for sharing. Yg elok tu.. kita ikut.. yg tak elok.. sendri mau ingat la..



Khairul Abdullah
24/10/2013 at 11:48 am
Login to Reply

@Shamsiah Abdul Rahman. Makan Ikea kat pasir berdengung mesti lagi best kan sebab semua boleh makan. Yer kak, yang baik jadikan tauladan 🙂



Khairul Abdullah
24/10/2013 at 11:48 am
Login to Reply

@Jahja Khalijah…sangat ok kak 🙂



Kim MN
24/10/2013 at 11:49 am
Login to Reply

IKEA Malaysia macam pasar malam pun ada… *sigh*



Khairani MN
24/10/2013 at 11:49 am
Login to Reply

IKEA Malaysia macam pasar malam pun ada… *sigh*



Khairul M Abdullah
24/10/2013 at 11:50 am
Login to Reply

@Kim MN Hahaha…tetiba saya rindu kat pasar malam 🙂



Dait Carlo
24/10/2013 at 3:11 pm
Login to Reply

Assalammualaikum saudara KA, Sy Ismail, sy ingin tnye KA makanan di Berlin mahal tak? InsyaAllah February tahun depan sy Akan ke sana..



Khairul Abdullah
24/10/2013 at 3:36 pm
Login to Reply

Makanan kalau standard lunch atau dinner adalah sekitar 7-12euro seorang sekali makan bersama minuman.



ladywindsor
25/10/2013 at 12:41 am
Login to Reply

Assalam Khairul,
Saya masih menunggu khalayak di IKEA One Utama bersifat begitu, ntah bilalah agaknya mereka akan ada sifat begitu (segelintir ya). Ada juga yang bagus, selesai makan, mereka buang sendiri sisa makanan ke dalam tong yang disediakan. Bahkan sifat begini wajar ada pada semua kan. Saya pernah buat di McD dulu, beberapa pelanggan meja berdekatan tercengang-cengang lihat saya buat kerja yang sepatutnya dilakukan staff McD..bukan nak kata saya bagus..tapi Alhamdulillah kesedaran itu ada, Mungkin juga sebab saya pernah bekerja di Kenny Roger Roaster dulu dan sakitnya hati apabila nak bersihkan meja, ada sisa tulang dan gravy yang tertinggal di atas meja..



    Khairul Abdullah
    25/10/2013 at 6:26 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam LW,

    Saya dulu pun macam tu, asal kemas meja sendiri kat ikea atau mcd atau kfc maka ada ramai ler yg akan memandang sinis. Bagi saya, kalau tak nak angkat dan simpan tray tu kat tempat yg disediakan memadailah dengan mengemas meja tersebut dan lap sisa dan sebagainya dan letak semuanya di atas tray. Pekerja cuma perlu datang dan angkat tray sahaja.

Laksamana Sunan
25/10/2013 at 1:15 am
Login to Reply

rasa nak dok Jerman lah…

(mimpi dalam mimpi. huhu!)



    Khairul Abdullah
    25/10/2013 at 6:14 am
    Login to Reply

    Hidup ni kena perlu berangan dan bermimpi, kalau takde tu maknanya takde impian dan cita2. 🙂

      ladywindsor
      25/10/2013 at 8:28 pm

      Saya setuju..sekarang berangan dan bermimpi terlebih dulu bukan perkara sinis seperti 30 tahun lalu. Kalau kita berangan orang kata angan-angan mat jenin tapi sekarang ini memang kena berangan dan bermimpi dulu…!

        khairulabdullah
        25/10/2013 at 8:36 pm

        Yer betulllll 🙂

tips
25/10/2013 at 3:16 am
Login to Reply

masyarakat M’sia berbilang kaum..

(nak dok Jermanlah.. )
(>.<)



    Khairul Abdullah
    25/10/2013 at 6:13 am
    Login to Reply

    Betul tu, setiap kaum ada perangai, sikap dan sifat masing2. Namun bagi kita orang melayu dan beragama islam, tunjukkanlah sifat yang baik.

Hafsah Matyusof
25/10/2013 at 1:42 am
Login to Reply

Terima kasih KA..dulu di airport frankfurt akak pernah dioffer bersungguh-sungguh utk duduk oleh seorang yg lebih berusia sbb akak mendukung baby…alamak malu la pulak sbb kalau compare umur dia dah mcm nenek, tp dia `paksa` jugak duduk so dpt la duduk, time tu mmg penuh sgt org kt kerusi… rasanya dia org german



    Khairul Abdullah
    25/10/2013 at 6:17 am
    Login to Reply

    Pn Hafsyah,

    Sikap begitu ada dimana2 saja. Di Malaysia pun ada..tapi tak ramai begitu. Namun disini, orang yang mengandung, ada anak kecil, barangan yang banyak apatah lagi kurang upaya sentiasa diberi keutamaan oleh sesiapa sahaja.

blu4skyu4sky
25/10/2013 at 8:44 am
Login to Reply

salam khairul,
agree with you… I beli barang kering kat pasar borong.. thot nak menolong org islam.. too bad cashier gerai tu..bukan takat tak senyum..bercakap pun tak pandai muka kita.. and I was the only customer at that time..told my hubs..kalau macam tu gaya pekerja..mmg tak lama tutup kedai…rugi okey..customers semua lari



    Khairul Abdullah
    25/10/2013 at 11:13 am
    Login to Reply

    Kannnn…apa salahnya untuk senyum paling kurang pun. Lepas kita dah bayar perlulah dia ucapkan terima kasih dan kalau nak lagi bagus siap akad sekali.

    Ini pandang muka pun tidak…hmmmmm teruklah macam ni kan. Inikah sifat dan sikap seorang melayu beragama islam? Ish ish ish.

amy
25/10/2013 at 10:17 pm
Login to Reply

kat jepun pun orgnya sgt islamik wpun diorg bukan org islam.. the closest to our country would be brunei. the best islamic country. Malaysia bukan islamic country. perasan je lebih..



    khairulabdullah
    26/10/2013 at 8:47 am
    Login to Reply

    Amy,

    Saya setuju dengan kenyataan anda tentang rakyat jepun. Namun saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat anda tentang negara islam. Saya tidak menulis tentang negara islam mana yang lebih baik. Komen anda tentang Malaysia, tanah tumpah darah saya sungguh amat sinis dan bersifat politik. Jadi, sekali lagi sekiranya ada komen berbaur menghina dan bermotif politik akan dipadamkan oleh saya

    Dan saya sarankan juga kepada anda supaya keluar dari Malaysia dan berhijrah lah ke Brunei kalau awak rakyat Malaysia. Namun sekiranya awak rakyat Jepun atau memang seorang rakyat Brunei ataupun Singapore…amaran saya..jangan menghina negara saya!

      Malaysian
      04/11/2013 at 4:37 am

      Well said KA 🙂

        Khairul Abdullah
        04/11/2013 at 10:04 am

        Thank you 🙂

      Farid Johari
      28/01/2016 at 12:33 am

      Saya kagum dengan sifat murni dan keberanian En.KA mempertahankan maruah negara Malaysia. Malaysia sebenarnya sebuah negara membangun dan sedang menuju kemajuan. Banyak lagi perkara2 yg perlu diperbaiki. InshaaAllah kita sama2 berdoa spy Malaysia akn jd spt negara2 maju yg lain. Cuma berikan sedikit masa utk kita membentuk sahsiah setiap diri rakyat Malaysia seterusnya menjadi seperti yg En.KA bincangkan.

Rizwan Abdullah
28/10/2013 at 5:28 am
Login to Reply

Biasa la..org kita kan "PEMALAS" dan "MANJA"…..:)



Ahmad Faris
03/11/2013 at 7:05 pm
Login to Reply

Salam, helo. kebanyakan dalam post ni betul, cuma nak bagi pandangan neutral skit.

There are actually people that do not buy any tickets. Also known as schwarzfahrer ('black' passenger). There's a counter system if you notice at the entrance of the trams/Ubahn that after certain calculation, will determine whether most of the passengers have paid tickets.
Maknanya, kalau jumlah kutipan tiket (bulanan, harian, sehala etc) jauh sangat beza dengan nombor kat counter, inspector akan buat operasi.

But yes, most are abiding passengers. and yes, it's hard to imagine a self service counter in Malaysia. Deutscher are not angels, but looking at the majority mindset, it can be said that Malaysians have much to change. and improve.



    Khairul Abdullah
    04/11/2013 at 9:56 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam En. Faris,

    Saya setuju dengan pendapat tuan mengenai black passenger atau penumpang yang tidak membayar tiket. Tidak dinafikan perkara tersebut berlaku. Sepanjang 3 tahun saya menaiki keretapi dan sekiranya inspector naik dan memeriksa tiket – sepanjang pengalaman saya hampir 99.99% penumpang yang disemak mempunyai tiket (mengikut pengamatan berdasarkan punumpang yang berada di gerabak yang saya naiki). Hanya kadangkala hanya terdapat 1 kes di mana penumpang tidak mempunyai tiket atau mempunyai tiket yang tidak sah. Begitu juga dengan kes makan minum di ikea atau di McD atau di KFC – Bukannya tidak ada tetapi ada yg tidak meletakkan kembali sisa dan tray ditempatnya…namun sepanjang pengamatan saya ia dikira sebagai kes terpencil yang amat jarang dilihat. Berkemungkinan perbuatan tersebut dibuat oleh pelancong.

    Maka, saya bercerita tentang kebaikan sebahagian besar dan bukan keburukan yang segelintir – yang ada di mana2 sahaja. Bila perbandingan dibuat di oleh saya maka saya bercerita tentang sebahagian besar atau majoriti juga. Kalau di Malaysia perbuatan mengembalikan tray atau megemas meja apabila selesai makan di restoran layan diri adalah perbuatan segelintir sahaja atau minoriti atau boleh dibilang dengan jari dan bukannya perbuatan oleh majoriti.

    Saya tidak berniat mengangungkan bangsa lain dan memandang rendah, memperlekehkan apatah lagi mengutuk atau sebagainya terhdapa bangsa saya sendiri. Niat saya hanya untuk memberi contoh kepada sikap yang baik yang boleh menaikkan imej bangsa dan agama kita.

    Again…I agree that Deutscher is neither Angels as you would said nor Devils that i would like to refer as. It is simply about oneself attitude. We cant expect society to simply change if we dont start to change ourself. It is not bad to change for a better self isnt it?

irfa
07/11/2013 at 9:29 am
Login to Reply

bende baik kita puji
jadi janganlah terasa kalau orang ‘mengata’ kita
sbb itu kenyataan

kdg2 bila ke fast food, sy kemas meja dan buang sampah
org sebelah pandang dgn muka pelik
dia buat saya rasa mcm ‘aku salah ke?’
huhu



    Khairul Abdullah
    07/11/2013 at 9:35 am
    Login to Reply

    Betul tu Irfa, benda baik kita jadikan tauladan, yg buruk kita jadikan sempadan. Saya kalau tgk orang tak angkat dan letak tray di tempat yang disediakan saya tak kisah sangat tapi saya sangat menyampah tengok orang yang tak kemas meja kembali selepas makan. Sekurang-kurangnya, kemas balik sepah2 tu, lap kat mana yang tumpah dan susun semuanya di dalam tray dan tinggalkan. Jadi tak ler nampak awak tu pengotor.

Gina Manan
08/11/2013 at 2:58 am
Login to Reply

Salam Encik Khairul
Saya baru beberapa bulan balik ke Malaysia after 3 1/2 tahun duduk di Adelaide, mengikuti suami menyambung Ijazah Kedoktorannya di sana. Sepanjang duduk disana, banyak benda yang saya belajar dalam 3 konteks yang Encik Khairul maksudkan diatas. Tidak dinafikan, orang Adelaide juga mempraktikkan 3 benda di atas iaitu jujur, beradap dan pembersih. Tenang rasanya berada di dalam itu, sanggup duduk berjam-jam sekali pun walaupun kadang-kadang rasa terliur tengok OZ makan the meatballs.



    Khairul Abdullah
    08/11/2013 at 9:03 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Pn. Gina,

    Yang baik kita jadikan tauladan yang buruk kita jadikan sempadan inshaAllah.

Shahnon Mohamad
08/11/2013 at 4:22 am
Login to Reply

Muhammad Qutb pernah berkata, aku melihat Islam di negeri orang kafir dan aku melihat kafir di negeri orang Islam…



    Khairul Abdullah
    08/11/2013 at 9:04 am
    Login to Reply

    Yer..terutamanya di Jepun 🙂

Jazilah Ilyas
08/11/2013 at 7:09 am
Login to Reply

bila kita banyak berjalan, betapa kita sedar di negara kita sebenarnya amat kurang mengamalkan nilaii2 murni..saya x pernah pergi jauh..tp pernah sampai ke brunei dan singapore..amatlah berbeza cara kita dan cara mereka..



    Khairul Abdullah
    08/11/2013 at 9:06 am
    Login to Reply

    Nilai2 tersebut harus ditanam atau dipupuk bermula dari rumah kemudian barulah keluar. KIta harus mengubah diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita merubah masyarakat.

Khai Rahman
08/11/2013 at 12:15 pm
Login to Reply

Wow! Respek



Abdul Malek
08/11/2013 at 2:20 pm
Login to Reply

Saya tak pernah sampai ke Jerman.. harap2 satu hari nanti boleh sampai sana.. Thanks for sharing..



Abdul Malek Mohamad Dom
08/11/2013 at 2:20 pm
Login to Reply

Saya tak pernah sampai ke Jerman.. harap2 satu hari nanti boleh sampai sana.. Thanks for sharing..



Butik
08/11/2013 at 2:29 pm
Login to Reply

<3~



Syahid Akhirat
08/11/2013 at 2:52 pm
Login to Reply

pemikiran n perangai rakyat malaysia masih tahap negara yg ke 3..sbb tu org mat saleh pandang rendah pd org melayu…



Bdk Hensem
08/11/2013 at 2:52 pm
Login to Reply

pemikiran n perangai rakyat malaysia masih tahap negara yg ke 3..sbb tu org mat saleh pandang rendah pd org melayu…



Khairul Abdullah
08/11/2013 at 3:29 pm
Login to Reply

@Abdul Malek InshaAllah mudah2an saudara akan sampai di sini satu hari nanti. Aminn



Khairul Abdullah
08/11/2013 at 3:31 pm
Login to Reply

@Syahid Akhirat Sama2lah kita merubah diri kita dan masyarakat ke tahap yang lebih baik. Mudah2an bangsa kita akan dipandang tinggi suatu hari nanti inshaAllah.



Far East
08/11/2013 at 3:32 pm
Login to Reply

Salam bro.. thanks for info.. yes, ape yg ditulis dal am ni mmg totally betel dan tepat.. Saya pernah dihantar bekerja di Norway untuk beberapa bulan dan perkara yg sama berkalu disana.. mereka sangat beradab dan jujur.. xde barrier mse nak naek tren, restaurant semue bersih dan kemas, even kalau anda sesat pun, mereka akan bantu sampai hantar ketempat yg kita tuju.. dari situ kita boleh tau masyarakat mereka jauh lebih civil dari tmpt2 lain.. saya bukan kata kita tidak civil, masyarakat kita srkg ni pun dah ramai ada kesedaran sivik cumenye masih dibayangi oleh beberape perlakuan yang kurang menarek.. 🙂



zarinah jamal
08/11/2013 at 5:17 pm
Login to Reply

First time baca terus jatuh cinta dgn penulisan saudara….. well done..



    Khairul Abdullah
    08/11/2013 at 5:32 pm
    Login to Reply

    Oh yer? Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan 🙂

Sofea Hj Masri
08/11/2013 at 4:29 pm
Login to Reply

MasyaAllah, saya amat bersetuju dan apa yang saudara Khairul jelaskan amat benar. Kali terakhir say makan tengahari di kafe Ikea damansara adalah seminggu yg lepas bersama suami. weekend mmg ramai manusia,meja jgn ckp mmg sentiasa penuh, Kami suami isteri sabar utk mencari meja yg kosong tetapi kebanyakan meja penuh bukan shj kerana ada org lain yg duduk disitu tetapi kerana mereka tlg reservedkan dgn meletakkan beg2, beg shopping mereka. Meja kotor. Alhamdulillah, suami orgnya sgt ringan tulang dan tidak kisah utk tlg bersihkan bekas2 sampah makanan diatas meja, begitu juga apabila selepas selesai makan. Tak rugi 1 sen pun bila kita merendahkan diri dan beradab.



Linen Adam
08/11/2013 at 5:09 pm
Login to Reply

Tetiba rs nk g jerman..ahaks



Fazid Elias
08/11/2013 at 6:30 pm
Login to Reply

senario sebegini bukan hanya berlaku di Jerman, malahan di kebanyakan negara maju seperti Australia dan Jepun. didikan moral sebegini telah diterap di peringkat sekolah rendah lagi. sebab itu bila kita di negara sebegini, kita lihat keadaan lebih relaks dan teratur. masyarakatnye lebih bersopan dan berhemah, serta bertimbang rasa kepada manusia mahupun haiwan. ibu bapa dan guru juga menunjukkan contoh yang baik, role model kepada pelajar dan anak-anak kecil, seperti orang cakap, kepimpinan melalui teladan. kita boleh meneladani sikap baik seperti ini, mulakan dirumah, tunjuk contoh yang baik pada anak-anak, sering bertimbang rasa, buang sifat pentingkan diri sendiri.



    Sandal Leha
    09/11/2013 at 12:46 am
    Login to Reply

    selalu kemas meja sendiri bila makan di kedai. walau tak boleh kemas sepenuhnya hingga bersih, masih boleh tolong kemas pinggan, gelas letak ditepi meja. kadang-kadang letak atas tray terus … dan … memang ada pandangan-pandangan dari orang keliling. riak muka tu macam … “kenapa nak kemas meja lepas makan? orang ni betul ke tak?”

    pernah juga suatu ketika, waktu tu makan direstoran, lepas makan, kemas meja letak pinggan gelas kat tepi meja … dan berjalan ke kaunter untuk buat bayaran … keluar satu soalan dari teman yang sama-sama makan, “kenapa nak pergi kaunter. panggil sajalah pelayan yang ada. kita bayar tax sebab mereka” dalam otak tengah fikir apa nak jawab, alieya bersuara … “apalah aunty ni. dah makan, jalan la bersenam. bukan jauh pun … lepas tu nak keluar pun” ha … gelak je lah. tak sangka alieya boleh jawab macam tu, penyelamat ibu :p

    tapi tak kisah lah … niat saya cuma nak ajar alieya cara yang betul., tak salah menolong orang lain. yang saya pegang senang saja, sekali kita tolong orang … ALLAH hantar 10 orang untuk tolong kita. 🙂

    sekarang … alieya yang akan tolong ingatkan bila saya terlupa nak sorong kerusi ke bawah meja semula lepas makan :p

      Khairul Abdullah
      09/11/2013 at 10:50 am

      Good job! tahniah saya ucapkan 🙂

    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:40 am
    Login to Reply

    Yer tuan sangat setuju. Setiap benda atau sifat atau sikap bermula dengan didikan di rumah. Ibu bapa lah yang mencorakkan anak2 dan menunjukkan contoh tauladan yang baik. Yang saya paling setuju adalah sifat pentingkan diri sendiri – HARUS DIBUANG DARI DALAM DIRI KITA. Noktah!

    Terima kasih kerana berkongsi komen di sini 🙂

    Tajudin
    01/04/2015 at 12:37 am
    Login to Reply

    Benar seperti kata Fazid Elias
    “Senario sebegini bukan hanya berlaku di Jerman, malahan di kebanyakan negara maju seperti Australia dan Jepun. didikan moral sebegini telah diterap di peringkat sekolah rendah lagi.”
    Semuanya bermula dari didikan di rumah dan sekolah. Ibubapa dan guru punya tanggungjawap mendisplin dan menanam sivik moral kepada anak-anak supaya menjadi manusia yang hebat, jujur, ikhlas dan amanah.
    Kadang-kadang kita yang Islam ni lupa Allah sentiasa melihat kita walau manusia lain tak nampak ketidak jujuran dan tidak amanah yang kita lakukan.

Zurien Onn
08/11/2013 at 8:21 pm
Login to Reply

Good post. Just wanted to comment pasal senyuman mesra di kaunter supermarket tu: Dulu saya pernah kerja Carrefour masa dia baru buka di Mid Valley. So masuk first batch of staff kat sana, dalam training memang dia ajar the right way to greet customers. and we all did it. and were so pleased when the international customers smiled back and replied our greetings. then a few months later, ada this white guy mentioned to me: when the shop first opened, everyone was all smiles and very friendly. but now all the cashiers look very gloomy. nak tau kenapa? the cashiers probably jadi low-morale bila dapat Malaysian customers yg buat muka tak tau, buat tak dengar greeting, and maintain muka sombong bila kita ucap kat dia…….. kesimpulannya: Malaysian mentality has to change.



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 10:52 am
    Login to Reply

    Betul, semua perubahan perlu bermula dengan diri kita dahulu kemudian baru boleh kita suruh orang lain berubah. Lepas ni mari kita sama2 ucapkan salam dengan senyuman kepada adik2 di kaunter bayaran.

Altaf Jauhar
08/11/2013 at 8:22 pm
Login to Reply

seriously, the best thing i have heard from Germany ialah ramai yg masuk Islam… dan bukan islam mcm kita ni, diaorang islam dgn pegangan yg kuat dan ikut sunnah betul2…



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:41 am
    Login to Reply

    Yer sangat betul 🙂

Mazlina Selamat
08/11/2013 at 11:08 pm
Login to Reply

rakyat yg sebegitu hanya boleh dicapai melalui kerajaan pemerintah yg jujur , telus, berhemah dll kerana merekalah yg perlu memastikan setiap rakyat & keluarga mereka mendapat kehidupan yg setimpal dgn hasil negara.



Gohsukeh Gojes Ibrahim
08/11/2013 at 11:47 pm
Login to Reply

Nak tukar sikap semua orang adalah mustahil, kita boleh ubah dengan diri kita dahulu



Ruhill Fathein Mohammad
09/11/2013 at 12:26 am
Login to Reply

Sbg seorang Islam, yg terbaik ialah apa2 yg kita lakukan mesti ikhlas dan krn Allah swt. BIla dah mcm tu, automatik ada sifat2 spt yg di atas tu.



Muriati Mukhtar
09/11/2013 at 1:56 am
Login to Reply

Amat merindui suasana spt ini….itu yg kadang2 rasa mcm nak migrate



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:58 am
    Login to Reply

    Bila dah jauh di tempat orang maka akan terkenang kenikmatan tinggal di negara sendiri, walaupun tak perfect, negara sendiri tetap di hati 🙂

Zubaidah Yusof
09/11/2013 at 2:42 am
Login to Reply

Seperti yang dikatakan Sdr. Ahmad Faris, memang masih terdapat Schwarzfahrer (black passanger) di Jerman, cuma jumlahnya terlalu sedikit. Ditambah dengan penguatkuasaan undang-undang yang hampir sempurna, membolehkan sistem mereka berfungsi dengan baik.

Nak ubah mentaliti perlu mulakan di rumah. Bersih, bersopan, beradab, jujur, amanah – semua nilai murni yang perlu diterapkan oleh ibu bapa/penjaga di rumah. Keluarga adalah unit kecil yang membentuk masyarakat. Jika elok unit-unit yang kecil ini, maka insyaAllah akan eloklah kelompok masyarakatnya.



    zueyusof
    09/11/2013 at 5:46 am
    Login to Reply

    … dan KA, memang tidak dinafikan orang Jerman suka atau gemar buat DIY. Saya dulu sepanjang menetap di sana memang kerap berlegar-legar di Obi, Praktiker, Bauhaus juga ke Sperrmuell mencari basikal lama berharga EUR5, bawa pulang ke rumah dan baiki sendiri. Hidup di Jerman dulu banyak mengajar saya berdikari selain menambahbaik nilai-nilai murni dengan mencontohi cara hidup mereka. Sehingga sekarang, 8 tahun setelah kembali saya masih mengasingkan sampah.. Papier, Restmuell, Biomuell, Recyclebar – plastik, tin dsb.. 🙂

    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:55 am
    Login to Reply

    Sangat setuju – semuanya bermula di rumah. Ibu bapa yang mencorakkan anak2 dan menunjukkan contoh nilai2 yang baik.

Nawal Hanim
09/11/2013 at 3:29 am
Login to Reply

Setuju.. Mungkin kita boleh menunding jari ke arah orang lain utk tutup kesalahan diri kita tnp lihat slh diri dahulu. Sbb prnh seseorang marah2 ckp xde seorg pn nk bg dia duduk dlm tren wpun dia tgh sarat mengandung. Dan sy tny dia blik, prnh x dia bg org lain ddk ketika dia masih shat dlu? dia terdiam n jwb "aah, ak pn xprnh offer tmpt kt org sblm ni".. Allah akn grakkan hati org lain utk membantu kita kalo kita rajin utk bantu org lain dlu..



Nawal Hanim
09/11/2013 at 3:32 am
Login to Reply

My point is org lain yg xbg saudara kita ddk ni mmg salah, tp kita sendiri yg xprnh cbe utk offer tmpt ddk kpd org yg lbh memerlukan sblm ni, lg bersalah.. Insya Allah, marilah kita cuba ubah diri menjadi yg lbh baik, insya Allah, aura kebaikan wpun kecik akn tersebar kpd org lain..



Jv Tglee
09/11/2013 at 3:55 am
Login to Reply

saya juga pernah mengunjung ikea di russia..pengalamannya lebih kurang seperti yang dituliskan kecuali Metro( LRT) ada penghalang, tetapi bas ikea adalah percuma . Kita semua masuk brpusu- pusu dalam bas himpit bagai ikan sardin..tetapi kebersihan di kafe ikea tetap sama..pelanggan akan bersihkan meja sendiri selepas makan..memudahkan orang lain dan bersih.. setelah kembali ke tanah air, saya mengunjungi ikea di malaysia..tiada satu orang pun yang membersihkan meja sendiri..malah pekerja bangsa Bangladesh kelihatan amat sibuk membersihkan meja2.. saya tetap biasa membersihkan meja sendir dan hantar kembali tray makanan ke tempat sepatutnya..



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:54 am
    Login to Reply

    Biarlah orang lain tak buat tetapi kita buat, moga2 sesiapa yang melihat akan tergerak hati untuk turut berbuat sama, inshaAllah.

Jv Tglee
09/11/2013 at 3:56 am
Login to Reply

perubahan baik harus dimulakan dari diri sendiri..change is made by the man in the mirror.



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:53 am
    Login to Reply

    Indeed 🙂

Aran Nordin
09/11/2013 at 4:59 am
Login to Reply

jujur, sopan dan pembersih..itu tututan dlm agama Islam jugak, slah satu drp ciri2 muslim sebnar..kita bole ikut yg postif je dri Negara maju barat@ timur..



Norhayati Ahmad
09/11/2013 at 5:17 am
Login to Reply

We start from each of us first..langkah pertama buang sifat sombong diri wlpn kaya mcmna atau pangkat tinggi mcmna..jangan rasa diri bagus sgt spuya org layan lain layan kita mcm raja dn pandang org lain mcm sampah..merendah diri..baru adab akan tercipta sopan santun akan terbina..kebersihan dan kejujuran slalu ingatkn diri sendiri sikap begini yg ALLAH,manusia lain malah diri kita pn suka sbnrnya..buatlah yg ALLAH suka jadi pguat kuasa atau org lain x yah jaga..dn didik anak2 kita..klu guru didik anak murid kita,klu guru besar didik guru2 kita,klu majikan didik perkerja kita…kita lah yg harus brtnggjwap mghasilkn generasi masyarakat yg baik lagi berkhemah! everything start from us! from today onwards…..x perlu myalahkan org lain..bila kita mula myalahkn org itulah langkah kegagalan trawal!



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:51 am
    Login to Reply

    Well said 🙂

Nor Faala Raja Zainal
09/11/2013 at 5:37 am
Login to Reply

Azinor Bin Sulaiman buleh attached sebagai supporting utk kantin LB .. ahaks Dzulkifle Bahari Amirah Mahyudin Ammarz Jeslee



Azrul Aziz
09/11/2013 at 5:56 am
Login to Reply

Sifat rakyat negara maju yang perlu dicontohi



Alif Saufwan Abas
09/11/2013 at 6:08 am
Login to Reply

Patut Dicontohi



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 9:50 am
    Login to Reply

    Sikap yang patut ada dalam diri kita sebagai seorang muslim.

Khairul Abdullah
09/11/2013 at 8:26 am
Login to Reply

@Mazlina Selamat Sikap menyalahkan orang lain perlu dibuang dari dalam diri. Tulisan saya tidak ada kena mengena dengan pemerintah atau kerajaan. Ini adalah berkenaan sikap manusia. Adakah meja makan dirumah anda berselerak dengan makanan anda, suami dan anak2 harus disalahkan kepada pemerintah?Adakah atap rumah anda bocor harus disalah kepada pemerintah?

Adakah sampah sarap yang bertimbun di dalam bakul, pinggan yang berterabur disinki di rumah anda juga harus disalahkan pemerintah?

Adakah anak anda meniru atau mencuri dan tidak berlaku jujur juga harus disalah kepada pemerintah? Adakah anak anda atau adik anda atau kakak anda tidak beradab, tidak memberi salam, tidak mengucapkan terimak kasih juga harus disalahkan kepada pemerintah.

Tidak perlu menunding jari kepada orang lain. Saya bercerita tentang sikap individu yang sama lalu mewujudkan sikap masyarakat yang juga sama.

Sekiranya kita bersikap pembersih, beradab dan jujur, anak2 dan suami kita juga begitu, sanak saudara kita juga begitu, jiran tetangga kita juga begitu maka rakyat secara amnya akan bersifat begitu.

Sekiranya anda seorang pembersih, beradab dan jujur serta sentiasa memperbaiki diri anda pasti tidak akan menyalahkan orang lain.

Namun sayangnya, fahaman politik dan sikap menunding jari kepada orang lain telah menyebabkan anda membuat komen yang sebegitu.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 9:37 am
Login to Reply

Agree…we have to change, everybody have to change.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 9:38 am
Login to Reply

Betul tu..marilah kita sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 9:40 am
Login to Reply

@Far East

Marilah kita sama2 mulakan perubahan ini. Sekecil2 perubahan sikap ini inshaAllah akan membawa perubahan kepada perkara yang lebih besar nanti.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 9:42 am
Login to Reply

Nawal Hanim betul..perubahan harus dimulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 9:42 am
Login to Reply

Nawal Hanim What comes around goes around



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 9:43 am
Login to Reply

@Norhayati Ahmad Terbaik! i love this comment.



Arip Ismail
09/11/2013 at 10:11 am
Login to Reply

Setuju dgn padangan Ahmad Faris. Saya rasa penguatkuasaan dtg dlm bentuk disiplin yg di pupuk pada peringkat awal kanak kanak merupakan asas segala bentuk nilai diri yg jitu. Kedua, pada pendapat saya bentuk tindakan yg di ambil ke atas sesiapa yg di dapati melanggar hak penggunaan infrastruktur awam secara jujur adalah berkesan. Pengalaman sendiri bercuti di Berlin membuktikan tiada pegawai penguatkuasaan kelihatan berkeliaran di tempat awam. Kenyataan ini jelas membukti tiada pembaziran tenaga kerja tapi sebaliknya di tumpukan untuk tujuan membaik pulih, kaji selidik dan pembangunan.



Khairul Bariah
09/11/2013 at 10:13 am
Login to Reply

Azrul Aziz x leh nk bac la..



Nur Deeny
09/11/2013 at 10:28 am
Login to Reply

Salam…. sy amat kagum dgn cerita anda… dan saya akui orang kita sangat lemah dalam bab-bab yang telah disebutkan diatas… Amalan mengangkat pinggan mangkuk selepas makan di kedai2 makan spt McD, KFC atau IKEA sangat tidak dipraktikkan disini… sy sendiri tidak faham mentaliti org kita yg sangat senang melihat kekotoran yang telah mereka buat selepas makan… tp hal ini bukan sahaja berlaku dikedai2 fast food.. di tempat2 kerja, walaupun ada pekerja yg membersihkan kantin @ kafe, mereka tidak akan mengangkat pinggan, cawan yang telah digunakan padahal, besin@ bekas sudah disediakan DIDEPAN MATA!!.. punyalah malas orang kita ini.. duduk berjam pun takkan bergerak pinggan itu kedalam bekas.. sy pernah makan bersama rakan2 sekerja dan sy duduk berbual sehingga hampir 1/2 jam… pinggan yg ada 1 bertambah menjadi 4… dan oleh kerana tak tertahan, sy angkat kesemua pinggan2 itu dan letakkan kedalam bekas pinggan… bukan nak memuji diri tetapi kerana perkataan "KOTOR" dan "MALAS" itu perkara negatif bg diri sy.



Azrul Aziz
09/11/2013 at 10:30 am
Login to Reply

hehe kak try klik lagi sekali…tp mmg best tulisan tu



syed.ws
09/11/2013 at 11:22 am
Login to Reply

Hari2 perkara sama berlaku.. Customer buat muka dek je bila kita senyum & greet dia.. Nasib baik still ada 40% yang senyum balik..



Eris Supeni
09/11/2013 at 11:48 am
Login to Reply

Di Australia juga orang nya jujur juga dan beradab. Negara kita walaupun akan maju tak beradab dan tak jujur tak guna juga



Ida Salwanee Cabiati
09/11/2013 at 12:00 pm
Login to Reply

Bukan di germany saja macam ni, di US, Italy dan kebanyakan European nation macam ni. Walaupun saya tinggal di Dubai di mana rakyatnya di pamper, kami sekeluarga mengamalkan apa yang di pelajari di negara kelahiran suami saya Italy. Kami kemas meja sendiri, bagged barang yang kami beli sendiri dan hantar semula troly ke tempat asal bukan main tinggal je. Semua ni perlukan pelajaran atau education. Malaysia rasanya lambat lagi lah nak sampai ke tahap ini. Jangan salah anggap, saya sayangkan Malaysia tapi malangnya saya tak suka dengan apa yang saya lihat di sana, amat bercanggah dengan apa yang saya dan suami terapkan kedalam minda anak2 kami..



Fzrl Adzm
09/11/2013 at 12:00 pm
Login to Reply

Khairul Abdullah ada jugak individu yang menuding pada pemerintah dalam hal ni ye. hehe.



Raudhah Hashim
09/11/2013 at 12:10 pm
Login to Reply

I paling tak suka klau ke tempat macam McD. Lepas mkn org Msia biar saja meja brsepah. Tak reti nak buang sampah sendiri lepas mkn. Masa belajar di USA di sana lepas mkn, meja tu customers clear sendiri. Buang kertas pembalut burger, cawan kosong etc. I do the same here. Maybe I can try to start it here too. One sure step.



Msi ShukrIdris
09/11/2013 at 12:17 pm
Login to Reply

kita kena start dulu, bukan tunggu orang lain buat dulu. JOM!!



Msi Shukri Idris
09/11/2013 at 12:17 pm
Login to Reply

kita kena start dulu, bukan tunggu orang lain buat dulu. JOM!!



Azri Khair Abdullah
09/11/2013 at 12:30 pm
Login to Reply

Mari. X susah pn nk bersihkn meja lps mkn dkt kfc/mcd



Khairul M Abdullah
09/11/2013 at 1:23 pm
Login to Reply

syed.ws Biar orang tak senyum atau tak layan kita asalkan kita senyum, tegur dan layan orang dengan baik, inshaAllah besar ganjarannya nanti.



Khairul M Abdullah
09/11/2013 at 1:24 pm
Login to Reply

@Fzrl Adzm itulah kan…payahlah kalau kita jer yg betul…pemerintah jer yg salah.



Khairul M Abdullah
09/11/2013 at 1:25 pm
Login to Reply

@Ruhill Fathein Mohammad

Sangat benar apa yg saudari katakan itu.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 1:28 pm
Login to Reply

@Nur Deeny

Saya sangat setuju dengan anda. Pemalas dan kotor bukanlah sifat seorang muslim yang sejati. Maka sesiapa yang masih bersifat dan bersikap sedemikian, sempena tahun baru hijrah ini, ayuhlah semua kita berubah kepada yg lebih baik.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 1:29 pm
Login to Reply

@Eris Supeni

Betul tu, kalau maju tetapi hilang segala nilai dan adab yang baik maka tiada gunanya.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 1:31 pm
Login to Reply

@Ida Salwanee Cabiati

Marilah kita sama-sama berusaha untuk merubah sikap diri serta keluarga dan rakan-rakan kita di Malaysia dan di mana saja pelusuk dunia ini semoga sifat dan sikap ini akan sebati di dalam masyarakat serta bangsa kita suatu hari nanti InshaAllah.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 1:32 pm
Login to Reply

@Msi ShukrIdris @Azri Khair Abdullah

Jom kita sama-sama buat dan berubah demi kebaikan bangsa dan agama kita agar menjadi contoh kepada bangsa lain.



Khairul M Abdullah
09/11/2013 at 1:34 pm
Login to Reply

@Khai Rahman

Jom kita sama2 praktikkan yer.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 1:37 pm
Login to Reply

@Ahmad Faris
Waalaikumsalam En. Faris,

Saya setuju dengan pendapat tuan mengenai black passenger atau penumpang yang tidak membayar tiket. Tidak dinafikan perkara tersebut berlaku. Sepanjang 3 tahun saya menaiki keretapi dan sekiranya inspector naik dan memeriksa tiket – sepanjang pengalaman saya hampir 99.99% penumpang yang disemak mempunyai tiket (mengikut pengamatan berdasarkan punumpang yang berada di gerabak yang saya naiki). Hanya kadangkala hanya terdapat 1 kes di mana penumpang tidak mempunyai tiket atau mempunyai tiket yang tidak sah. Begitu juga dengan kes makan minum di ikea atau di McD atau di KFC – Bukannya tidak ada tetapi ada yg tidak meletakkan kembali sisa dan tray ditempatnya…namun sepanjang pengamatan saya ia dikira sebagai kes terpencil yang amat jarang dilihat. Berkemungkinan perbuatan tersebut dibuat oleh pelancong.

Maka, saya bercerita tentang kebaikan sebahagian besar dan bukan keburukan yang segelintir – yang ada di mana2 sahaja. Bila perbandingan dibuat di oleh saya maka saya bercerita tentang sebahagian besar atau majoriti juga. Kalau di Malaysia perbuatan mengembalikan tray atau megemas meja apabila selesai makan di restoran layan diri adalah perbuatan segelintir sahaja atau minoriti atau boleh dibilang dengan jari dan bukannya perbuatan oleh majoriti.

Saya tidak berniat mengangungkan bangsa lain dan memandang rendah, memperlekehkan apatah lagi mengutuk atau sebagainya terhdapa bangsa saya sendiri. Niat saya hanya untuk memberi contoh kepada sikap yang baik yang boleh menaikkan imej bangsa dan agama kita.

Again…I agree that Deutscher is neither Angels as you would said nor Devils that i would like to refer as. It is simply about oneself attitude. We cant expect society to simply change if we dont start to change ourself. It is not bad to change for a better self isnt it?



Mohd Sayuti Mat Daud
09/11/2013 at 2:10 pm
Login to Reply

assalamualaikum…perkongsian yang menarik dan sangat manfaat..(Y)



Nasrin Abu Bakar
09/11/2013 at 2:19 pm
Login to Reply

kebanyakkan penduduk di negara maju beretika, beradab dan sgt dedikasi dgn kerja mereka walau pun sbg cleaner, dan masyarakat depa pun tidak memandang rendah mereka yg bekerja begitu, anyway perasan tak apabila kita berada di sana kita pun sedikit sbyk dipengaruhi dgn sikap baik mereka ini / be more civillized spt bersihkan meja/ buang sisa makan kat McD… anyway good article bro



Julie Mohamed
09/11/2013 at 3:01 pm
Login to Reply

It's the upbringing, we can only make the change starting with ourselves, hopefully it catches on..



Lato' Sri
09/11/2013 at 5:52 pm
Login to Reply

kalau mau maju… kena ikot contoh… sedih dgn kedai tomyam yg bersepah tp…kotoq..



betty
09/11/2013 at 7:13 pm
Login to Reply

Terfikir juga, kalau sistem naik keretapi tanpa halangan & scan barang dan swipe sendiri, kita perkenalkan di Malaysia, apa akan jadi?

🙂



    Khairul Abdullah
    09/11/2013 at 8:24 pm
    Login to Reply

    Jadi bankrap lah gamaknya yer 🙂

Khairul Abdullah
09/11/2013 at 6:59 pm
Login to Reply

@Arip Ismail

Sangat setuju dengan pandangan saudara. Kat sini tiada papan tanda larangan buang sampah merata2, kerana tak perlu. Tiada penguatkuasaan..kerana tak perlu. Tiada pembaziran tenaga kerja untuk perkara yang remeh temeh.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 7:01 pm
Login to Reply

@Jv Tglee

Sedih kan? Tapi takpelah mungkin selepas ini sikap tersebut akan berubah.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 7:01 pm
Login to Reply

@Mohd Sayuti Mat Daud

Waalaikumsalam dan terima kasih kerana sudi membacanya.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 7:02 pm
Login to Reply

@Alif Saufwan Abas

Yer sangat patut dicontohi.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 7:03 pm
Login to Reply

@Aran Nordin

Yer betul, itu sifat seorang muslim sejati. Apa yang baik dari barat kita ambil jadikan tauladan, yg buruk kita jadikan sempadan.



Khairul Abdullah
09/11/2013 at 7:04 pm
Login to Reply

@Lato' Sri

Saya sangat setuju dengan Lato' 🙂 Mamak pun lebih kurang sama



Khairul M Abdullah
09/11/2013 at 7:20 pm
Login to Reply

@Julie Mohamed

Indeed…everything starts from home. Change ourself, our children, our family, our friends then our society.



Khairul M Abdullah
09/11/2013 at 7:22 pm
Login to Reply

@Nasrin Abu Bakar

Sifat dan sikap ini boleh dipupuk dan disemai di dalam setiap individu tak kira bangsa dan juga agama. Kalau dididik sedari kecil inshaAllah akan berkekalan sifat dan sikap tersebut sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih atas padangan saudara dan terima kasih juga kerana membaca artikel saya ini.



Wan Bluez
09/11/2013 at 7:58 pm
Login to Reply

And we have a stupid minister in our Goverment.. Woww…



Mat Juhar Ismail
10/11/2013 at 1:25 am
Login to Reply

thanks for info yg menarik, sy akan cuba praktik kt rumah dulu..



Ismail Mat Juhar
10/11/2013 at 1:25 am
Login to Reply

thanks for info yg menarik, sy akan cuba praktik kt rumah dulu..



Nur Zatulitri
10/11/2013 at 2:13 am
Login to Reply

Salam..ini sifat masyarakat minda kelas pertama..di Malaysia boleh juga, kena bermula dengan diri sendiri..:)



Jenazah Di Tanah Perkuburan
10/11/2013 at 4:12 am
Login to Reply

Satu artikel yang menarik. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah bagaimana masyarakat di sana membersihkan sendiri meja yang digunakan dan menghantar dulang ke tempat yang telah disediakan apabila berada di Food Court ataupun di restoran makanan segera.

Pertama kali saya dapat melihat aksi ini ialah bila berkunjung ke New Zealand pada tahun 2011 dan saya cuba praktikkan di sini. Alhamdulillah, inilah hikmahnya apabila dapat melihat sendiri peradaban negara-negara maju.



Nurul Najwa Md Yusof
10/11/2013 at 4:07 am
Login to Reply

how come european are more muslim than us yang duduk di negara islam?

yang penting jangan selfish. Kalau kat atas meja makan kat ruang makan pensyarah di PMM dah ada arahan untuk letak pinggan kotor di tempat yang disediakan, angkat je pinggan kotor tu dan masukkan di tempat yang sesuai. some people berpegang kuat dgn .."biarlah diorang angkat, kerja dia."

nway, thank u for this article..



Azri Fotografi
10/11/2013 at 4:12 am
Login to Reply

Satu artikel yang menarik. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah bagaimana masyarakat di sana membersihkan sendiri meja yang digunakan dan menghantar dulang ke tempat yang telah disediakan apabila berada di Food Court ataupun di restoran makanan segera.

Pertama kali saya dapat melihat aksi ini ialah bila berkunjung ke New Zealand pada tahun 2011 dan saya cuba praktikkan di sini. Alhamdulillah, inilah hikmahnya apabila dapat melihat sendiri peradaban negara-negara maju.



Hanizah Muhammad
10/11/2013 at 5:15 am
Login to Reply

every time i kemas meja sndr kat McD. org pndg semacam je.. some even gelak.. ssh nk tukar mentaliti org msia nie….



Nieza Mohd
10/11/2013 at 5:15 am
Login to Reply

every time i kemas meja sndr kat McD. org pndg semacam je.. some even gelak.. ssh nk tukar mentaliti org msia nie….



Murni Muxtar
10/11/2013 at 5:55 am
Login to Reply

Suka saya baca nukilan saudara ini..jujur, beradap adalah sifat yang perlu ada dalam setiap perkara..dengan Allah, diri sendiri, keluarga, berkawan, berniaga, bekerja dan lain-lain lagi..semoga kita mendapat ikhtibar dari nukilan ini dan terbuka mata dan hati kita luas2.. tq sekali lagi.



Ikmal Johari
10/11/2013 at 6:11 am
Login to Reply

good,



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:32 am
Login to Reply

@Murni Muxtar

Terima kasih kerana membaca artikel saya ini. Semoga kita sama2 mendapat manfaat dan berhijrah ke arah yang lebih baik, inshaAllah.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:33 am
Login to Reply

@Jenazah Di Tanah Perkuburan

Jauh perjalanan, luas pengalaman dan mana2 yang baik kita cedok dan jadikan tauladan yg buruk kita jadikan sempadan.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:35 am
Login to Reply

@Nurul Najwa Md Yusof

Sangat betul…JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI..itu kuncinya. And thank you for reading this article.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:36 am
Login to Reply

@Nur Zatulitri

Yer betullll…sikap atau sifat diri sendiri perlu diubah terlebih dahulu sebelum mengubaj orang lain dan juga masyarakat. Jom kita sama-sama berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:37 am
Login to Reply

@Ikmal Johari

Thanks.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:44 am
Login to Reply

@Mat Juhar Ismail

Semuanya bermula dari rumah. Syabas saya ucapkan kerana mahu mempraktikkannya.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:47 am
Login to Reply

@Shahnon Mohamad

Terutamanya di negara Jepun 🙂



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:51 am
Login to Reply

@Wan Bluez

And since we have a "stupid minister" in our government so we have to be stupid too? I am talking about self attitude sir, got nothing to do with whoever "stupid minister" youre refering to.



Khairul Abdullah
10/11/2013 at 9:54 am
Login to Reply

@Hanizah Muhammad

Slow2 kita ubah sikap masyarakat kita. Yang penting kita kekalkan sikap kita tersebut dan apabila mereka lihat kelak, pasti mereka akan ikut inshaAllah.



Alisha Ariddzo
10/11/2013 at 10:02 am
Login to Reply

rasanya tidak semua doktor di klinik di Deutschland yg datang memamggil pesakit…tu dari pengalaman saya sendiri..



    Khairul Abdullah
    10/11/2013 at 11:16 am
    Login to Reply

    Betul, tidak semua berbuat begitu. Saya juga tidak berkata semua doktor. Namun majoriti atau 100% daripada pengalaman saya berjumpa doktor di sini semuanya datang menjemput saya di lobi dan bertanya khabar terlebih dahulu sebelum memngiringi saya ke bilik rawatan. Pernahkah anda dijemput sendiri oleh doktor di Malaysia dan mengiringi anda ke bilik beliau? Saya harap anda pernah menerima layanan sebegitu kerana saya tidak pernah. Sepanjang usia menjangkau 40an ini, tidak pernah sekalipun doktor di Malaysia menjemput saya di lobi atau ruangan menunggu dan selepas selesai menghantar saya ke pintu dan mengucapkan selamat jalan.

    Jadi saya cuma berkongsi sikap dan sifat yang baik (bukan untuk memegahkan orang Jerman) tetapi sifat yang baik dan mulia yang harus dicontohi bagi mengeratkan hubungan kita sesama manusia (doktor dan pesakit) hubungan kita dengan Allah (hamba dan Pencipta).

    Jadi lagi sekali saya harap saudari memahami maksud dan tujuan penulisan saya ini. Bukan untuk merendahkan bangsa sendiri dan menaikkan bangsa lain. Cuma untuk berkongsi sifat yang baik yg ada pada MAJORITI bukan pada MINORITI orang di sini.

Alisha Ariddzo
10/11/2013 at 10:03 am
Login to Reply

itu adalah schwarz Fahrer..



    Khairul Abdullah
    10/11/2013 at 11:09 am
    Login to Reply

    Yer betul itu adalah “black passenger”. Namun setiap kali pemeriksaan dibuat berapa keratkah black passenger ini ditangkap? 10? 100? Paling banyak seorang atau dua sahaja. Jadi seorang dua tidak boleh mewakili majoriti yang lain.

Jessy Richter
10/11/2013 at 12:04 pm
Login to Reply

Kamu tinggal di mana di Jerman Khairul?? Hidup di sini mmg sangat uncomplicated. Org org yg tua yg paling besih di jerman. schwarz passenger kena bayar 40 euro di dresden



    Khairul Abdullah
    10/11/2013 at 12:07 pm
    Login to Reply

    Hi Jessy,

    Saya tinggal di Frankfurt. Memang orang tua di sini sangat pembersih. Black passenger di sini juga kena saman 40Euro sekiranya ditangkap.

♛ Mrs Lord Zara ♛ (@Zara_Syed)
10/11/2013 at 1:50 pm
Login to Reply

Salam saudara.
🙂

Terima kasih atas tulisan saudara yang baik. Bila menyentuh adab/nilai cara kebanyakan rakyat Malaysia makan, kadangkala sedih juga kalau orang pandang aneh kebiasaan saya lap meja makan dengan tisu, kumpul dan lipat semula kotak/plastik yang saya makan di McD/KFC/mana2 restoren makanan segera. Macam benda tu sesuatu yang aneh. Saya belajar tu dengan tengok drama Jepun sejak di zaman sekolah. Hihihi.

Dan, bagusnya kalau ada orang yang tak melompat2 atau dating disebalik perabot2 yang kita nak tengok/beli di IKEA. :”(



    Khairul Abdullah
    10/11/2013 at 4:34 pm
    Login to Reply

    Pn. Zara,

    Terima kasih kerana membaca dan berkongsi artikel saya ini. InshaAllah mudah-mudahan selepas ini kita akan dapat lihat ramai masyarakat di negara kita terutamanya yang beragama islam melakukannya.

    Syabas juga saya ucapkan kepada Pn. Zara kerana sudah lama mempraktikkannya.

cikgunas
10/11/2013 at 2:17 pm
Login to Reply

artikel yang menarik dan memberi refleksi kepada masyarakat malaysia.



Fareed Lotfi
10/11/2013 at 1:39 pm
Login to Reply

something to share



Khayyun Hussaini
10/11/2013 at 2:01 pm
Login to Reply

Nice entry. Dan betul sikap orang di Europe memang lebih sopan especially dia punya customer service. Saya pernah ke Glasgow dan ada kalanya saya yang naik segan sebab orang lain yang senyum dan mengucapkan selamat pagi/tngahari/petang kepada saya walaupun lalu sebelah di dalam bandar dia.

Saya dah nampak di Malaysia dah semakin ramai yang kemas meja mereka sendiri bila di fast-food chain seperti KFC dan McD tapi masih jarang -jarang sekali orang yang buat itu Muslim. Tapi mungkin dengan contoh itu, InsyaAllah semakin ramai akan mengamalkan sikap ini.

Two-thumbs up for this entry 🙂



Ahmad Hasymizan
10/11/2013 at 3:18 pm
Login to Reply

mereka dilahirkan dlm masyarakat bertamadun, amalan harian sama mcm spt yg diajar dr kecil yakni secara bertamadun, dan selesa utk membuktikan cara hidup bertamadun. Laid back, maka tiada apa yg perlu dikejar2kan. sekadar pendapatan khilaf shj.



Ahmad Hasymizan
10/11/2013 at 3:29 pm
Login to Reply

Dah buat dan dah faham maksud 'self-service' dan sudah menjadi amalan aku, nauzubilla dari perasaan bangga tapi sesekali nampak org lain buat mcm tu, aku rasa mcm bersyukur (happy kot). humanity restored. tak kira apa agama bangsa sekali pun. nak citer pun tak reti sbb sangat2 jarang dijumpai. tak lama lagi lebih kerap lah yer.



    Khairul Abdullah
    10/11/2013 at 4:37 pm
    Login to Reply

    Saudara Ahmad,

    Syabas saya ucapkan. Saya juga berperasaan seperti saudara ketika melihat orang lain turut mengemas kembali meja dan menyusun kerusi setelah selesai makan. Rasa sangat happy dan bangga dengan sikap bangsa kita yang berbuat sedemikian.

    Mudah-mudahan lepas ni ramai lagi lah yg akan berbuat demikian inshaAllah.

Ahmad Hasymizan
10/11/2013 at 3:31 pm
Login to Reply

Millions 'like'.



Ahmad Hasymizan
10/11/2013 at 3:36 pm
Login to Reply

Pernah terbaca kat satu buku bunyi lebih kurang mcm ni, 'antara negara Islam yang sebenar adalah Jepun tapi amat sikit penganut Islam". ( contoh sahaja, sebab penulis tinggal di Jepun utk sekian tempoh ).



Nor Azura Mohamad
11/11/2013 at 12:56 am
Login to Reply

the truth..sedangkan Islam mengajar kita bersifat mulia..



Siti Lyana
11/11/2013 at 1:55 am
Login to Reply

Sama seperti di korea, kebanyakan tempat makannya kita perlu bersihkan sendiri. 🙂



Kingamok Khairul
11/11/2013 at 2:27 am
Login to Reply

Ahmad Hasymizan buku gapo



Mohd Asri Yusof
11/11/2013 at 3:49 am
Login to Reply

Saya kurang setuju kalau dikatakan org German (dan juga org Eropah lain) suka bertukang. Mereka terpaksa sebenarnya sebab upah untuk memanggil tukang kayu atau tukang rumah sangat tinggi di sana. Mengikut kiraan upah per jam, tukang2 kayu, jurueletrik dll di sana mempunyai pendapatan lebih tinggi dr profesional seperti jurutera atau doktor. Jadi lebih baik dan jimat buat sendiri kalau sekadar kerja kecilan.

Tentang sikap tu, saya percaya inilah yg dikatakan oleh Hassan Al banna ( jika tak silap), bahawa beliau pergi ke negara bukan Muslim dan melihat Islam, tetapi kembali negara Muslim dan melihat bukan Islam….:(



Khairul Anuar
11/11/2013 at 3:01 am
Login to Reply

tq share info… sy pernah ikut kursus di UK last year utk 2 minggu. Kat tempat kursus, no special treatment mcm kat malaysia nie. Masa lunch, kena beratur utk ambik makanan, pastu duduk kat meja makan, air minum hanya air suam yang diletakkan dalam jag, xde sirap, xde fresh orange. Abis makan, angkat tray dan susun pada rak. xde orang yang akan kemaskan meja. Apa yg sy perhatikan, senior officer yg pangkat besar pun kena beratur mcm saya dan buat perkara yg sama. Klu kita di malaysia, makanan dan minuman disediakan di meja terutamanya utk big2 bos, yg pgkt kecik kena beratur. pas makan ada orang yg tlg kemaskan. Klu kita ubah buat cara camtu, confirm mmg kena 'bancuh' lah pastu. Lagi satu yg sy perhatikan ketika di KFC, xde org yg tlg kemaskan meja, semua kena buat sendiri, tak seperti di malaysia. Sama juga masa naik train, kat stesen cuma ada stesen mesin layan diri dan no barrier yg diletakkan ketika nak masuk ke platform, just walk-in sahaja. Kemudian, dlm train ada 'inspector' yg siap bawak mesin utk bayar tiket sekiranya ada penumpang yang naik x bayar tiket lagi. Agak2 kat malaysia, boleh buat ke macam tu?



Asmiza Hamzah
11/11/2013 at 3:39 am
Login to Reply

Sebenarnye kite mmg kena ikut sifat2 baik mat saleh tu…contohnye mcm awk ckp kt KFC diaorg everything is self service dr pembelian smpi la lepas mkn kemas sndri…Sy pernh mkn kt mcd nmpk sorang mat saleh ni mkn dgn santai…enjoy….siap ber wi-fi lg…lepas mkn,dia angkat semua sampah2 bungkusan dia mkn dn buang dlm tong sampah sndri….Kalau kita fikir logic mmg bagus sb ini akn mengurangkan tenaga keje yg ada selain melatih org2 kt Malaysia ni lebih berdisiplin….dn kerana kagumnye sy atas sifat baik mat saleh tu,skrg setiap kali mkn kt fast food,sy akn cuba make everything self service…tp biasa la org Malaysia ni mana la nk ikut contoh yg baik kn….:)



Abdul Rahim Othman
11/11/2013 at 5:50 am
Login to Reply

Betul setuju. Last September ke Oldenburg utk 3 minggu, dan akan ke sana lagi Feb/Mac ni ke Berlin dan Oldenburg utk 2 minggu lagi….
thanks for sharing..



Tash Iris
11/11/2013 at 7:09 am
Login to Reply

saya mempunyai pengalaman yang sama di UK..di semaua tmpt di UK.. lifestyle diorg mmg mcm tu..malu kita



Fadhlina Che Ros
11/11/2013 at 7:21 am
Login to Reply

untuk kita jadi seperti mereka mungkin makan berpuluh tahun…atau mungkin sekali tidak. Lihat saja cara org kita memandu, itulah kayu ukur kita



Adawiyah Ibrahim
11/11/2013 at 9:11 am
Login to Reply

Saya buat, ikut pesanan dan asuhan ibu bapa saya. Tapi bila saya buat, meja2 sebelah akan pandang sinis. Tgk sy dan keluarga mcm "bajet bagus". Tapi ibu saya tetap dgn pendirian dia, sudah mkn jgn lupa kemas walaupun kat kedai. kalau makan di warung, kami selalu kutip nasi atau lauk di meja, susun2 pinggan dahulu, sblm bayar. Sudah terbiasa. Moga ramai mengambil iktibar dgn kisah Tuan.



Maslina Mahat
11/11/2013 at 11:51 am
Login to Reply

Jauh benar sifat kita berbanding mereka…apa silapnya kita? muhasabah sedalam2nya…



Mamato Marcello
11/11/2013 at 12:48 pm
Login to Reply

True. Tapi alhamdulillah, ada segelintir yang saya perhatikan mengamalkan apa yang disebut di atas ketika di cafe. Insya Allah, we willl be there, like the Europeans.



Nazrin
11/11/2013 at 1:55 pm
Login to Reply

Betul sangat.. di negara sendiri, selepas makan di restoran makanan segera, mengangkat tray dan meletakkan ke tempat pengumpulan tray atau sampah, akan sentiasa dilihat sebagai satu yang pelik.. bila di tol, kedai, bila mana selepas kita membayar dan mengucapkan terima kasih, agak berat dijawab dengan sama-sama..



    Khairul Abdullah
    12/11/2013 at 9:03 am
    Login to Reply

    Encik Nazrin,

    Biarlah orang lihat sebagai pelik, namun sikap yg baik perlu diteruskan. InshaAllah suatu hari nanti pasti mereka akan berubah 🙂

Susemah Taha
11/11/2013 at 1:18 pm
Login to Reply

Hazlan Hamdan this is i am talking about……sifat2 islam di praktiskan oleh non muslim….how i wish our mind set can be improved for our future generation.



Rozaina Fakurdin
11/11/2013 at 2:45 pm
Login to Reply

sebab tu lah one of the ulama (can't remember his name) quoted " I see Islam in Non Muslim country yet I do not see Islam in Muslim country"… something to think about..



Melayu Melayu
11/11/2013 at 9:07 pm
Login to Reply

Obviously you’re being fooled by mat saleh. You’re being charged incredously in Malaysia, yet still have to do everything yourself. Overseas, IKEA is cheap, thus, it’s “okay” to DIY every single thing. In Malaysia, it’s still expensive. Not cheap. Try go to the expensive restaurants, you think these Mat Saleh you’re so proud of will clean up the food after they eat and pay tips? Heh, no way in hell. And when they come to our country as expat, they’ll act like gods and we’re their humble servants. What happen to the so-called beradab thing? Pigidah.



    alzaman
    12/11/2013 at 1:32 am
    Login to Reply

    Melayu Melayu.. my friend, u r being fooled by syaitan.. kindness has nothing to do with price.

    Khairul Abdullah
    12/11/2013 at 8:52 am
    Login to Reply

    Dear Melayu Melayu,

    Obviously..youre talking about apple when were talking about banana.

    Obviously…youre talking about expensive price and expensive restaurant when we’re talking about self service restaurant regardless of it’s price.

    Obviously…youre kind of person who don’t have the attitude that i am talking about.

    Obviously…youre kind of person that I am very ashamed of to called my brother as a muslim and a malay friend.

    Obviously…as other fellow friend would say “You’re being fooled by Syaitan, kindness has nothing to do with Price”

    Obviously…you never dare to comment using your own credential, thus nobody know exactly who you are.

    Obviously…your thinking and attitude level is far below from us to comment here.

    Obviously…pity you.

    Period!

      kc
      13/11/2013 at 8:02 am

      +1

      IMHO, mentality has nothing to do with race or religion.

eza
12/11/2013 at 3:36 am
Login to Reply

salam KA, lama tak mengomen kat your wall…artikel pasal IKEA mmg my fav…terbaik!!!!!harap lps ni malaysian lebih ramai yang bersopan santun dan berbudi bahasa..not only Melayu bangsa lain pun sama jer..
Ok..Lari topik jap….Need your opinion and suggession..my hubby nk pegi Medica World Forum for Medicine kat Dusseldorf…. KA tau ke mana2 hotel yg dekat dgn exhibition centre tu…kalau company yg arrangekan senang…ni ivitation by supplier…dia bg tiket, hotel cari sendiri..hahaha my hubby dh pening..mana pernah pergi sana…dia pegi 21-23 November ni…
bajet dlm rm500-600 per night…saya pun duk survey gak ni…kalau luar pada town tp ada train pun ok gak kan…
Tq in advance KA..try to email via ‘contact me’ but error.



    Khairul Abdullah
    12/11/2013 at 9:06 am
    Login to Reply

    Salam Eza,

    Indeed, bangsa lain pun sama jer…but we need to change our bangsa first 🙂 to be a good and respected one.
    Pasal topik hotel tu i will email you yer.

Helmy AB
12/11/2013 at 2:53 am
Login to Reply

Yes, saya pernah bercuti di Jerman bersama family hampir sebulan..what u hv said is truly true..1st week kat sana, naik public transport free sebab tak tau tiket machine kat stesen..heeheehee. It was in Bremen baru ada this old couple ajar. The most memorable time was masa 1st time mengagau jalan cari tempat kat Frankfurt..this old lady from a block away, sanggup approach kitaorg offer help. That is why I love Germany so much…kalau ada rezeki nak mak Germany as my second home sebab ramai kenalan kat sana especially in Munich. Mia San Mia..!!



Yond Aziz
12/11/2013 at 3:32 am
Login to Reply

begitu juga di new zealand, uk, dan kebanyakan negara eropah. mereka kebanyakan nya pembersih, beradab dan berhemah. sadly, the majority of muslims in malaysia are not like that…



su
12/11/2013 at 5:57 am
Login to Reply

baru baca.. 😀
thumbs up! terbaik KA!



    Khairul Abdullah
    12/11/2013 at 8:58 am
    Login to Reply

    Thanks Su 🙂

Mizan Jamel
12/11/2013 at 6:56 am
Login to Reply

Baca, fikir, amalkan…



Mohd Khairie
12/11/2013 at 9:26 am
Login to Reply

sy ke surabaya indonesia aritu..turun airport disapa senuym oleh tauke keta sewa..

lepas amik kereta sewa sy ke hotel disapa senyum oleh tukang parking, reception yg ramah.. ke shopping mall beli baju2 pun pekerja ramah dan suka senyum..sy puas hati layanan org indonesia.

indonesia je kot kita xleh saing dgn kesopanan mereka.



Ceetee Sue A
12/11/2013 at 11:01 am
Login to Reply

Yes some very good observations there. But, to be fair, we Malaysians ain't half bad either. In fact, despite all that we lack, there is one thing we do have in abundance – which is the caring streak. I'd rather be within a society of chaotic but compassionate people than within a society of perfect but individualistic lot. Ambil yang jernih buang yang keruh.



Zam Zuri
12/11/2013 at 10:36 pm
Login to Reply

So saaaaaaaaad



Zarrul
13/11/2013 at 3:45 am
Login to Reply

Dont forget the fact that….we only have one Ikea in Malaysia. Therefore it is always crowded. Of course bila ramai orang mestilah bising (basic math) nak banding degan Ikea kat German yang ada more than 40 tu is unfair. Kat restoran pula bila seating turnover tinggi maka kebersihan mmg sukar dikawal. I mean look at the capacity of the restaurant like the one in Ikea….mammoth!. Saya pernah duduk berbual dengan strangers sambil makan di Ikea Damansara, mereka travel dari Seremban semata2 for the food. They had not one but two main meals each! Jangan salah anggap, saya pun jenis yg clear my table after each meal because I was thought to do so when dining at fast food rest or cafeteria. kat rumah pun makan saya cuci sendiri pinggan bukan wife saya. I guess cultural learning begins at home. However not many Malaysians are well informed about cafeteria dining etiquette. I think it is the responsibility of Ikea to educate their customers if they dont want to hire a sufficient number of floor staff. They could simply play a video to educate their customers while they are lining up to purchase the foods. Social responsibility kan….takkan nak buat duit aja. Sekurang2nya dapat juga melancarkan operasi mereka.



    Zarrul
    13/11/2013 at 3:55 am
    Login to Reply

    and dont forget that Ikea kat Malaysia is not a place where people go to buy furniture and stuffs semata mata. Kita kena tengok lagi jauh fungsi Ikea di Malaysia dari sekadar sebuat kedai perabut. Ikea di Malaysia adalah sebuah restoran, taman permainan, pusat pelancongan, shopping mall, cultural learning center dan pelbagai lagi. Jadi dengan hanya adanya satu saja Ikea di Malaysia dengan jutaan orang dengan tujuan yang berbeza…makanya pada saya Ikea di Malaysia sangat unik dan menarik fungsinya dari sudut sociology.

      Khairul Abdullah
      13/11/2013 at 9:50 am

      Saudara Zarul,

      Seating turnover yang tinggi tidak boleh dijadikan alasan kebersihan sukar dikawal. Walaupun terdapat 46 buah ikea di Jerman, setiap satunya sangat padat apabila tiba musim cuti dan perayaan. Saya juga pernah datang ketika musim cuti krismas di mana ikea sangat2 padat, terpaksa menunggu untuk dapatkan tempat duduk, terpaksa beratur panjang utk membeli makanan, namun semuanya tidak menjadikan restoran tersebut kucar kacir, tiada sisa di atas meja, semua masih mengamalkan sikap yang sama – jadi seating turnover bertambah lancar.

      Jadi seating turnover yang tinggi atau pelanggan yang terlalu ramai tidak boleh dijadikan alasan yang kebersihan sukar dikawal sekiranya semua pelanggan bersikap baik dengan mengemas meja sendiri.

      Namun….saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara tentang kempen yang perlu dilaksanakan oleh Ikea, video atau iklan dan sebagainya. Video atau iklan di tv adalah yg terbaik. Semoga iklan tersebut akan dapat mengubah minda dan sikap rakyat Malaysia. Kita tak kisah kalau Ikea akan untung lebih sekiraya staff dpt dikurangkan apabila semua orang dah pandai kemas meja sendiri, tapi apa yg kita nak ialah sikap dan adab orang kita akan berubah selaras dengan tuntutan agama serta budaya hidup dan juga seiring dengan matlamat bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

      Terima kasih kerana berkongsi pendapat dan pandangan yang sangat bagus di sini.

Zira Arifsoon
13/11/2013 at 5:26 am
Login to Reply

owh x perlu lihat cth lain..selepas makan..tolak kerusi keluar..then walk away begitu saja.x perlu ckp meja yg kotor ,tray bersepah..kerusi td tu pon belum tentu bole dimasukkan balik elok2.but i do admit,segelintir sahaja.apepun,marilah kita berbudi bahasa,bersopan santun di mana2.x apalah jika ape yg kita buat tu masih "pelik" di mata org,asalkan we know that is right to do.perlu ambil masa untuk perubahan.mgkin kita x bole nk ubah perangai org .ape yg terdaya di lakukan adalah mulakan dari diri sendiri,anak2,family.sooner or later good things can spread faster~

last but not least,good article.sincere.



Dilla Mohd Noor
13/11/2013 at 11:24 am
Login to Reply

Terima kasih kerana penulisan anda sgt bagus utk dibaca dan kita saling ingat mengingati. Saya pernah mengalami suasana hiruk pikuk di ikea negara sendiri sehingga bertahun tidak menjejakinya..tidak sempat nak berangan tentang susun atur pun…fikiran bercelaru dibuatnya. Saya lega masih ada org berfikiran seperti anda kerana saya khuatir pemikiran begini sudah semakin pupus.!



Far FaRid
14/11/2013 at 8:26 am
Login to Reply

contoh terbaik untuk semua. 🙂



anon
14/11/2013 at 5:24 pm
Login to Reply

Penulis lupa nak tulis bab chup meja. Mak beratur anak pi chup meja. Memang 1Malaysia habis!



    Khairul Abdullah
    15/11/2013 at 10:37 am
    Login to Reply

    Hahaha…chup meja tu standard..kat sini pun ada chup meja jugak 🙂

sabrina
18/11/2013 at 4:55 am
Login to Reply

Seronoknya IKEA@Jerman. IKEA@Malaysia macam bazar ramadhan.sentiasa penuh sesak. nak pergi pun kene pergi pagi utk selesa memilih dan membeli barang dan juga parking kereta. kalau lambat, jawabnya tawaflah berkali-kali IKEA tu cari parking.



    Khairul Abdullah
    18/11/2013 at 9:27 am
    Login to Reply

    Puan Sabrina,

    Ye lah kan, tak kira hari apa..sentiasa padat dari pagi hinggalah ke malam. Kadang2 terpikir juga diorang yg datang ni semua tak gi keje ke?

mummydearie
19/11/2013 at 8:21 am
Login to Reply

Saya tak rasa kita dapat mengubah sikap orang kita di sini begitu mudah. Alah bisa, tegal biasa. Paling mudah, parking kereta pun boleh main cop-cop ataupun bila dah bagi signal nak parking masih ada manusia yang boleh mencelah masuk macam tu saja. Kadang-kadang saya rasa macam kita ni bodoh dan sombong tak bertempat walaupun kenyataannya IQ tak cetek mana. Maaflah kalau bahasa sedikit kasar.

Lepas dua, tiga entri, saya rasa saya suka ke sini 🙂 makanya saya add aje kat bloglist saya supaya boleh singgah membaca selalu. Seronok membaca pengalaman orang.



    Khairul Abdullah
    19/11/2013 at 9:17 am
    Login to Reply

    Mummy,

    Tidak dinafikan memang sukar untuk mengubah perangai atau sifat yang sudah sebati – namun tidak mustahil boleh berubah. Biarlah perlahan tetapi harus berubah, kalaupun bukan generasi yang sekarang mungkin generasi yang akan datang.

    Terima kasih atas sokongan.

Ina Ahmad
23/11/2013 at 8:54 am
Login to Reply

bab yg bawa tray sendiri ke tempat sisa makanan tu, mmg dah bnyk kali terserempak dgn org kulit putih ni klu mkn kat KFC or McD kat Malaysia ni. oh..malunya kat depa tgk org m’sia lps mkn biar bersepah2.

klu lalu kat hiway, biasanya husband saya yg akan bg salam kat org jaga tol tu. x penah lg la jmpa org jaga tol (yg muslim la hehe..) tu bg salam kat husband sy.



    Khairul Abdullah
    23/11/2013 at 9:16 am
    Login to Reply

    Pn. Ina,

    Ada juga org Malaysia yg bersikap bersih dan mengemas meja selepas makan namun tidak ramai.

    Bagi pekerja tol dan supermarket pun ada yg sering senyum dan menegur pelanggan, tetapi tidak ramai mungkin 1 dalam 10 atau 10 dalam 100. Saya biasa ditegur dan diberi salam setiap pagi di plaza tol oleh orang/pekerja yg sama.

    Jom sama2 kita mengubah diri, keluarga, rakan2 dan masyarakat kita.

Fazillahnor Samsudeen
28/11/2013 at 8:58 am
Login to Reply

Terbaik…



Suraya Mohamad Saleh
29/11/2013 at 12:54 am
Login to Reply

Tq atas info yang berguna. Tidak salah kita mengambil iktibar yang baik walaupun dari orang bkn Islam. Untuk buat perubahan boleh kita mulakan dengan ahli keluarga kita sendiri terutamanya anak-anak yang masih kecil…Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul..



Zie Scheibel Mahidin
19/01/2014 at 9:36 am
Login to Reply

Bukan kat german je, most of european country are using the same system.. Denmark, sweden, norway, finland, england and more country..



bedak
05/02/2014 at 7:42 am
Login to Reply

prasan x kt kfc,mcd dkt tmpt buang tray tu ada signage utk tray kt situ?itu pun actually utk kita bukan utk pekerja..sya prasan ni sbb pernah dulu makan kt hartamas mcd.ramai org korea kt situ.so stail diorg lps makan letak tray sniri kt tmpt tu.tp kt mcd lain yg rata2 local people x mcm tu kan.terasa mcm kejutan budaya pun ada.tp itula yg menunjukkan tingginya tamadun mereka ni.



    Khairul Abdullah
    05/02/2014 at 10:20 am
    Login to Reply

    Memang rak tray tersebut utk kita letak kembali tray selepas digunakan. Sikap mengemas meja sendiri ini dipraktikan hampir di kesemua negara maju.

twin
07/02/2014 at 3:17 am
Login to Reply

Mungkin saya agak terlewat baca artikel ini. Tapi saya amat sangat bersetuju dgn KA. Saya pun selalu berbincang dengan suami tentang “sikap” ini dan masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja orang Islam, tetapi juga bangsa lain di Malaysia ini. Saya harap lebih ramai yang membaca artikel ini dan menghargainya. T.kasih.



    Khairul Abdullah
    07/02/2014 at 6:20 am
    Login to Reply

    Twin, terima kasih kerana bersetuju dgn saya. Sila share bagi membolehkan ramai lagi yg membacanya. Tq

Nunu
27/04/2014 at 5:31 am
Login to Reply

Salam..sgt menarik penulisan KA,

Di UK kedai runcit pun ada kaunter bayar sendiri, pelanggan boleh buat pembayaran sendiri dengan “scan” barcode dan seterusnya swipe credit or debit card… So efficient 🙂

Last Thursday sy ke Ikea Bangsar, apa yg menyedihkan, pelanggan di restoran Ikea rata2nya akan tinggalkan sisa makanan dgn berselerak di atas meja. Oleh kerana saya ingin mkn di situ, terpaksalah saya mengemas sisa mkanan di atas meja…

Pada hemat saya, makanan di Ikea sudahlah murah plus sedap, but still pelanggan masih tak appreciate…im so disappointed with the attitude and the mentality of Malaysian.. ……



    Khairul Abdullah
    27/04/2014 at 2:22 pm
    Login to Reply

    W’salam Nunu,

    Terima kasih.

    Sikap adalah perkara yang paling sukar diubah sekiranya tidak dididik sedari kecil. Jadi rata2 pengunjung Ikea hari ini di Malaysia merupakan mereka yang tidak terdidik dengan sikap ini (iaitu mengemas meja sendiri apabila selesai makan di restoran layan diri) dan untuk menukar sikap tersebut akan mengambil masa dan tidak akan berlaku sekelip mata. Namun harapan saya agar generasi akan datang akan berubah sikap kepada yang lebih baik.

Noriati Saud
14/05/2014 at 2:07 am
Login to Reply

minggu depan kami sekeluarga dah nak balik Malaysia setelah 3 thn duduk Jepun. Gembira sbb rindu tanahair tp dlm masa sama sedih akan tinggalkan Jepun yg menenangkan….dgn rakyatnya yg baik, negaranya yg aman dan bersih..yg penting..jenayah yg kurang..anak2 pun pergi sekolah jalan kaki sorang2
blog sy:http://noriatisaud.blogspot.jp



KasMadi Mat
16/06/2014 at 11:55 pm
Login to Reply

Aku sokong team jerman kat world cup hahahaha



Mika Zaid
17/06/2014 at 1:30 am
Login to Reply

Mika ada Management Trainee from Mittenwald, Germany. Just like what you wrote, he's a nice guy, polite and always get good feedback from the guests! Out of 10 mat salleh Management Trainee I have/had, tak semua respect Malay culture. But this guy, he is something..



Anoor Hafieza
17/06/2014 at 2:50 am
Login to Reply

good info, bestnya kalo kat Malaysia mcm ni, untung u duk sana Khairul Abdullah



Emelda
17/06/2014 at 5:31 pm
Login to Reply

Teringin nak further study di Jerman tapi tidak kesampaian. Harap2 ada rezeki lain di Jerman akan datang. Saya sedang study di Jepun, dan ya sifat dan sikap orang Jepun juga ada 3 ciri yg Khairul sebutkan. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan seterusnya membuat perubahan terutama di kalangan keluarga dan rakan terdekat.



Ukhti Khalijah Ibrahim
18/06/2014 at 1:49 am
Login to Reply

Sebenarnya jika semua ikut sunah Rasulullah, memang sangat sempurna, tak kira di bumi mana kita berpijak. Perkara yang sama dapat di lihat di Jepun dan beberapa negara2 lain.



Crime Punisment
24/06/2014 at 1:03 am
Login to Reply

Tak payah nak samakan org luar negara dengan Malaysia. Semua ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Di mana langit di junjung, di situ bumi di pijak. Meskipun mereka ada 3 perkara yang anda sebutkan, tetapi mereka tidak mempunyai budi bahasa dan ramah tamah seperti Malaysia. Malah mereka juga mempunyai pro Hitler yang bencikan bangsa lain yang mempunyai warna kulit lain daripada mereka.



Mohd Hozair Rizal
30/06/2014 at 6:38 am
Login to Reply

Macam mana nak jadi macam orang Jerman. Parking kereta asyik double park. Pahaman dia senang kerja dia, tapi susahkan hidup orang lain dia tak fikir.



Sarah Alias
01/07/2014 at 3:50 am
Login to Reply

Yes En. KA, Ive been ther last year as my daughter is studying there. See so much different. Anyway thank God malaysia still selamat.



zudin
15/07/2014 at 5:31 pm
Login to Reply

Ada yg marah kalau kaitkan dengan pemerintah.Katanya bersifat politik. Semestinya ada kaitan dgn pemerintah.siapa yg terapkan budaya2 yg baik di jerman kalau bkn pemerintah dr awal,hingga dpt rakyat terapkan dalam kehidupan seharian?akar umbi bukan hanya di rumah dan semasa kecil. Kerajaan juga memainkan peranan yg sgt besar untuk membentuk sifat2 yg baik pd rakyat..bila ada yg kritik Malaysia,ada jg yg suruh berhijrah me Brunei atau jepun,teringat kata org atasan negara kita..kritik bukan tnda benci.syg negara sendiri sekalipun,yg buruk ttp buruk.xkira tmph drah ke tumpah peluh ke.



    Khairul Abdullah
    12/12/2014 at 11:01 am
    Login to Reply

    Saudara Zudin,

    Kita bercerita tentang sifat jujur, bersih dan amanah. Budaya atau sifat ini bermula dari rumah sejak dari awal lagi. Apabila pemerintah atau kerajaan tidak bersifat jujur atau amanah maka logik kah kita mengikut jejak langkah pemerintah?

    Jika kerajaan sekarang tidak amanah di dalam bekerja maka kita pun ikut tidak amanah apabila bekerja? Apabila kerajaan rasuah maka kita pun memberi dan menerima rasuah? Apabila kerajaan pengotor dan pembazir maka kita pun ikut contoh jadi pengotor dan pembazir?

    Ingatlah, jika anda seorang anak, maka orang tua anda adalah seorang pemerintah, jika anda seorang ayah maka andalah pemerintah kepada anak2 anda. Jadi sikap anda mencerminkan siapa diri anda.

    Buang sikap menuding jari kepada orang lain sekiranya ingin hidup lebih maju dan berjaya. Apa yang baik kita ikut dan amalkan, yang tak baik kita tolak ketepi.

    Saya tetap mempertahankan pendirian saya yang sikap yang baik adalah berpunca dari individu.

Rawatan anak2 asma, batuk dan selsema
21/07/2014 at 4:44 am
Login to Reply

terbaik..



Yyn Smmy
22/07/2014 at 9:17 am
Login to Reply

wahh sy setuju sgt!! dan sy suka page saudara KA ni. entahlah..i dont know HIHIHI



Watie Hurie
15/08/2014 at 9:36 am
Login to Reply

Reading this, I feel like I want to stay in Germany…..hehehhee Schön Tag 😉



Nurazlin Kamarudin
06/11/2014 at 2:52 am
Login to Reply

diharapkan semoga article ini dianalisa collectively memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang muhibbah yg terdiri dari pelbagai bangsa & agama.. sememangnya "Melayu mudah lupa" tetapi bangsa lain pun apa kurangnya.. apa yang saya nampak ajaran sivik & tatatertib serta sikap "jujur, beradap & pembersih" bermula dari rumah..



Shairazi Saidin
30/11/2014 at 1:32 pm
Login to Reply

Bro, do u hv any Germany yg nk kawin dgn Malaysian? Hahaha. Jst kid. Danke Schöen bro..nice article.



Asmawati Ali
02/01/2015 at 6:33 am
Login to Reply

mentaliti masyarakat negara maju sememangnya begini… kalau di Msia, kebanyakan masyarakat mentaliti masih di tahap dunia ketiga



Norhayati Hamzah
26/03/2015 at 4:33 pm
Login to Reply

Tapi tu lah kenapa INI xterjadi Di Malaysia? Sebuah negara Islam, Di diami oleh bangsa yg mmg suatu mass dulu terkenàl dgn adab Dan tatasusila yg tinggi. Kmna hilangya semua ITU



Khairul Nizam
27/03/2015 at 12:38 am
Login to Reply

sbb tu jarang double park cari parking smpai jumpa kalau xde tinggalkan no.telefon..rileks kan



Hisham Hamburg
30/03/2015 at 4:56 am
Login to Reply

Mereka dididik daripada kecil lagi sehingga menjadi habit.kita boleh mulakan dikalangan keluarga kita sendiri Insyaallah.
ps: Teringat S-Bahn werdener Moorfleet,IKEA HAmburg



Roslan Ngah
30/03/2015 at 4:56 am
Login to Reply

Syabas sahabat. Teringat aku semasa berkursus sambil bekerja di australia, sama spt cerita saudara. Dari segi gaya hidup, mata wang, atitude, sosial, keselamatan dll. Income tax 30% ++ dipotong terus setiap bln. Tp aku tak terlibat sbb gomen mesia byr gaji. Aku cukup tenang berada di bumi kangaroo. Aku jln2 sorang2 pukul 3pg mmg x rasa takut langsung. Pernah kwn aku yg baru tiba dr mesia kata disini aku rasa lbh selamat dr mesia. Kenapa jd begini..sedangkn aku 40 thn lbh di bumi mesia..inikan aku br 2 bln di aussie sdh rasa begitu jauh jarak kehidupan di negara yg majoriti rakyatnya kristian. Padahal negara ku adalah negara islam. Budaya mereka yg menghargai dan menghormati sesama manusia mmg x perlu disangkal lg. Harga barangan pn sama dgn mesia tp beza dr segi nilai tukaran shj..apa2 pn ayg saudara coretkn di atas aku akui beribu ribu%. Aku pernah terfikir alangkh baiknya klu negaraku tercinta serupa dgn aussie. Cuma yg ssh skit aku sbg muslim..nk cari masjid agak jauh dr tpt tinggal..bkn x de ..cuma jauh..kpd sahabat2 pembaca melanconglah kenegara negara maju br la kita tau di mana kedudukn kita sbnrnye..



Roslan Ngah
30/03/2015 at 4:59 am
Login to Reply

Blh kawin bro tp ilmu islam kna tinggi. Klu x ..silap2 kita plk jd mcm dia org..skdar peribgatan bro



Mohammad Asyraf
30/03/2015 at 11:28 am
Login to Reply

Kerana kita tidak meneruskan ajaran nilai2 murni sebagai satu keluarga Islam yang dipupuk Rasulullah s.a.w., entahlah I don't know…



Khairul Pakar Nor
30/03/2015 at 1:37 pm
Login to Reply

Seronok baca kisah anda….



raihanah
31/03/2015 at 6:58 am
Login to Reply

Menarik sgt. Kalau kat sini ikea pun sama juga. Hampir2lah tp pwraturan ttp sama cuma manusia shj ada yg ikut peraturan ada yg tak. Lama lagi nak civilised malaysia ni



Badrez abdullah
31/03/2015 at 8:27 am
Login to Reply

Betul sekali apa yg anda tulis saudara,
Sbb kita yg tinggal dan bekerja di luar negara yg dpt membeza Kan !
Syabas



AnieyYusoff
31/03/2015 at 10:06 am
Login to Reply

Jauh berjalan luas pengalaman. Betul tu, yg ptg adalah dari individu. Kita sbg pendidik pd anak2 perlu didik anak2 kita dgn ajaran islam yg betul. Yg pentingkan kebersihan, jujur, amanah dan beradab.

Ok..jerman masuk list dlm 1001 impian utk kembara 🙂



Zulkiflee
31/03/2015 at 8:06 pm
Login to Reply

Rasa teruja untuk merasakan suasana yang KA ceritakan di Jerman. Harap suatu hari nanti berkesempatan. Alangkah baiknya kalau rakyat Malaysia keseluruhannya boleh mencontohi sifat-sifat tersebut.



Siti Zuhrah
01/04/2015 at 2:19 am
Login to Reply

Assalamualaikum. Saya suka cara saudara berbahasa dalam mengetengah sikap positif penduduk di Jerman dan sikap negatif penduduk di tanahair. Tahniah kerana berbahasa dengan santun walaupun ada sindiran tajam di situ

My faith in mannerism in language use to highlight issues is restored.



    Khairul Abdullah
    05/04/2015 at 9:04 pm
    Login to Reply

    Waalaikumsalam Saudari Siti,

    Terima kasih kerana membaca tulisan saya 😉

Rijal J. Din
01/04/2015 at 5:36 am
Login to Reply

Malu dan bersih adalah sebahagian drpd iman. Sedangkan Nabi Muhammad SAW juga seorang yg pemalu dan pembersih. Nabi telah ajar kita 1400 tahun dahulu. Namun kita sebagai org yang beriman sepatutnya mencontohi Nabi. Sekiranya kita rasa malu untuk bersifat tidak jujur, tidak bersih, berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai, InsyaAllah kita dpt mencontohi mereka yang diceritakan di atas.



shahril khairi
01/04/2015 at 5:22 pm
Login to Reply

Betul tu tuan, kita patut contohi sikap pembersih diorng ni.. kita cuba apply pelan2, harap2 generasi akan dtg dpt ikut



jaja
01/04/2015 at 7:09 pm
Login to Reply

Hai saudara k.a

Yup…sy sgt stuju dgn smua diatas…pokok pngkalnya smua teletak pd diri…
Sy juga antara yg biasa ‘lap sndri meja dgn tisu bila ada sos @ kotoran atas meja slpas kami mkn, esp di mcd, kfc, pizza etc..,n yes, sy juga akan angkat tray sy ke tmp tray (sy cuma letak je atas tu, sbb nnt mudah staf tu buang/ kemas tray tersebut)…. n yes, kdg tercenggang pelanggan lain…. kdg staf sndri mcm tekejut, tp biasanya mereka akan trus senyum dan mngangguk laju bila smbil letak tray, sy ucap, *terima kasih dik*….
sgt simple, x susah pun…. n saya percaya, jika kita berada di tempat mereka, kita akan hrap pelanggan lain pun buat perkara yg sama…

Wallahualam…



Bibi Lee
01/04/2015 at 7:38 pm
Login to Reply

Betul tu saya setuju. Org kita ni semua sombong2 belaka. Bila kita greet, dorang tengok kita pelik then buat bodoh je.



Azlin Zain
10/04/2015 at 9:02 pm
Login to Reply

Salam dr Msia,
Suka sy dgn obseevation yg KA buat. Sy pun dh lame tgk knape foreigners ni better in many ways. Tp lps dgr kjadian umh akk sy dlu d San Jose California kn pecah msuk sy jd gerun pulak. Any couriered parcel diletakkan hanye dpn pintu tp still xilang. Ni ade plk pncopet same mcm msia.
Crime here in Msia makin mnjadi2. Klau umh xbkunci, snang2 je perompak msuk d siang hari. Sy ni dok pk nk migrate je. Tp hassle authority n discrimation mcmn pulak, ye? Sbb tu sy berbaik2 org kita yg migrate. Sy timba ilmu..sy belajar n sy perhati.. sbb sy perempuan. Nk bwk suami n 4 ank it requires mountains of preparations.
KA dh buat entry psl budaya skolah di sana ke? Pd sy sikap di skolah d California plg sy suka. My nieces dmm pun NAK PG SKOLAH. Klau org kita kat sini mmpus xnk pg. Jumpa lg.. nk sambung tdo. Wassalam



Nur Azlina Azeman
15/06/2015 at 12:22 pm
Login to Reply

Rasa x sbar nk jejakkn kaki ke bumi germany..
Dr pengalamn kawn2, memg org disana amat bdisiplin..



Khairol Property
26/06/2015 at 5:40 pm
Login to Reply

Khairul Abdullah MACAM MANA pulak sistem pembelajaran disekolah. Adakah mereka macam kat mlaysia nih yang bersaing nak dapat nombor satu.



Khairol Property
26/06/2015 at 5:43 pm
Login to Reply

Khairul Abdullah kat malaysia nih ada bangsa tu yg pengotor….cuba lah pergi tengok rumah flat yg banyak bangsa tu. bandingkan flat yg bersih pulak…. disini dapat dilihat bangsa pengotor tersebut. Selepas itu dari pengamatan saya bangsa yang jadi kuli ni selalunya diperkulikan teramat sangat dan wujud dendam dalam bangsa yang jadi kuli tersebut. maka rasa tak puas hati itu sentiasa wujud dalam insan di malaysia nih.



Natrah Norlin
29/06/2015 at 4:05 am
Login to Reply

nak keje kat german jugak..jadi jiran abang bole.. apa harapan/peluang saya untuk kerja di luar negara ya



    Khairul Abdullah
    01/07/2015 at 6:26 am
    Login to Reply

    Boleehhhhhh. Peluang agak malap sikit sebab Germany sekarang ni tahap pengangguran dah sangat tinggi. Jadi kerja2 diberi keutamaan kepada rakyat jerman.

Mai
01/07/2015 at 5:08 am
Login to Reply

Saya dan keluarga pun sedang praktikkan membersihkan meja sendiri kalau makan di luar.
Tu pun sebab terpegun tengok tv tentang betapa disiplinnya masyarakat Jepun.

Benda yang baik kita ikut.



    Khairul Abdullah
    01/07/2015 at 6:24 am
    Login to Reply

    Tahniah kepada Pn. Mai sekeluarga kerana berusaha menjadi yang terbaik. Tabikkk!

haziq
12/08/2015 at 5:46 am
Login to Reply

Vielen Dank, dass Sie und Ihr Artikel ist sehr nett und offen meine Meinung , herzlichen Glückwunsch



    Khairul Abdullah
    13/08/2015 at 7:04 am
    Login to Reply

    Bitte schoen.

Iskandar Zza
11/11/2015 at 11:44 am
Login to Reply

Harap rakyat Malaysia juga begini satu hari nanti… Mulakan dengan diri kita dulu… Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Malaysia…. Kita mampu mengubahnya… 🙂 🙂 🙂 🙂



Khairul Abdullah
12/11/2015 at 4:08 am
Login to Reply

Khairol Amer Sistem pembelajaran di sekolah terutama tadika tidak langsung dititikberatkan tentang pembacaan dan penulisan. Semuanya permainan kerana untuk memupuk sifat berkongsi, bermain bersama, bertoleransi dan bertolak ansur. Kemudian di ajar segala jenis adab, cara pertuturan, cara menegur dsb. Diajar cara buang samapah, cara mengemas selepas makan dan segala sahsiah diri untuk menjadi insan yang baik di ajar seawal usia 3-6 tahun di tadika.



Al Azeez
12/11/2015 at 10:56 am
Login to Reply

Ikea is Swedish



Khairul Abdullah
12/11/2015 at 5:52 pm
Login to Reply

Yess, everybody knows that ikea is from Sweden. Thank you.



Khairul Abdullah
12/11/2015 at 5:52 pm
Login to Reply

Aminnnnn. Semoga diperkenankan doa anda.



Khairul Abdullah
12/11/2015 at 5:52 pm
Login to Reply

Terima kasih.



Ignatius Daau
14/11/2015 at 1:12 am
Login to Reply

Jgn Puan, org kafir tu.



Noreshah
14/11/2015 at 7:26 pm
Login to Reply

Kita lack akhlak Yg baik. Hard to digest but It is true.



    Khairul Abdullah
    15/11/2015 at 6:06 pm
    Login to Reply

    Indeed it is.

Risxa
15/11/2015 at 2:03 pm
Login to Reply

Org jepun pun sama even minoriti muslim, tp sikap2 sperti jujur, pembersih dan beradab patut kita contohi



    Khairul Abdullah
    15/11/2015 at 6:06 pm
    Login to Reply

    Indeed. Orang Jepun lagi pembersih dan beradab sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan Jerman.

Siti Azura Othman
15/11/2015 at 3:48 pm
Login to Reply

Kerana negara berbelang bangsa berlumba sesama kaum



Junita Indrayanti Famy
29/11/2015 at 8:21 am
Login to Reply

salam. sama pengalaman saya semasa bercuti kat australia. setiap station trem atau mrt kat sana hanya ada mesin tiket layan diri. takde pekerja, papan penghadang. setiap warga yang naik akan tap kad dan semasa turun akan tap. begitu juga kedai makan yang akan kemas dan bersih. ternyata orang barat lebih bertolak angsur drpd orang kita sendiri.



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved