Tadi, saya makan di restoran mamak biasa..saya tanya kat cashier, boleh ke customer hisap rokok dalam kedai ni? Saya ingatkan di luar je, tapi dalam pun ada. Saya nyatakan dengan jelas, saya sakit..macamana saya nak makan dengan selesa?
Macam mana pula dengan perempuan mengandung dan budak-budak?
Perokok tu, tak payah cakap lah kan…Ni nak cerita tentang SIKAP PENGUSAHA MAKANAN SENDIRI.
Surprisingly, MEREKA SALAHKAN KERAJAAN…katanya, “KERAJAAN PATUT BUAT SOMETHING…kami jual, jadi kami tak boleh halang mereka merokok, mereka ada hak.”
Bila ditanya, “Hak saya mcm mana? Ada lagi kedai lain bagi jawapan sama. Awak nak saya dok rumah je jangan keluar rumah elak perokok?”
Kemudian saya cakap, “Tak perlu tunggu kerajaan, pekedai sendiri boleh buat, cuma tak nak je. Awak tak hisap rokok, tapi awak tak kisah. SAYA KISAH…awak tak boleh paksa saya untuk TAK KISAH mcm awak…saya sakit…”
Saya nak highlight isu, kenapa semua benda KERAJAAN YANG SALAH? Benda ni bukan sikap kita sendiri ke? Elak perokok, sampai mati pun tak boleh..ikut kajian juga mengatakan, udara akan tetap tercemar selama beberapa ketika walaupun perokok sudah tiada di situ…then datang perokok lain…sooo? Pernah bersih ke udara kita? Kenapa peniaga lebih pentingkan hak mereka? Mana hak kami?
Kawan ayah saya berbangsa Greek, seorang perempuan tua (Rakyat Australia). Dia perokok tegar sampai suara dah berubah. Walaupun dia masih merokok tapi saya respek dia sebab dia tak pernah susahkan org lain. Dia sendiri berbau wangi, rumah dia wangi. Dia tak pernah hisap rokok di dalam rumah/dekat dengan org lain. Sampai ada yang tak tau dia hisap rokok. Katanya, tak adil dia susahkan org lain kerana pilihan dia.
Saya fed up dengan sikap kita yang asyik salahkan kerajaan, mengharapkan kerajaan utk ambik tindakan atau brainstorm isu-isu ni. Kenapa kita sendiri tak buat something? Kenapa kedai tu sendiri tak kata JANGAN..sebab nak duit mereka? Belum lagi saya ceramah isu JUAL ROKOK yang difatwakan haram.
That person siap boleh cakap “Lain kali makan lah kat KFC ke, McD ke…sana ekon, tak ada perokok”.
……………………………
Kisah ini dihantar kepada saya tengahari tadi. Ini adalah pengalaman Saudari Qurratu Johari di dalam berhadapan isu perokok di Malaysia ni. Saya kongsikan cerita beliau ini agar kita sama-sama dapat beri pendapat.
Jadi, apa komen korang?
Bagi saya amat mudah. Semua orang ada hak. Ada hak untuk merokok dan ada hak untuk makan, jadi bertolak ansurlah. Yang merokok, duduklah di bahagian luar. Yang tidak, duduk di bahagian dalam. Tetapi ada juga manusia yang jenis “Ada aku kesah?”, diorang ni lah yang merokok ikut suka hati kat mana pun walaupun dah jelas yang restoran tak kira mamak ke tidak adalah kawasan larangan merokok.
Entahlah….apa nak jadi dengan perangai orang kita ni.
Mentaliti Jamban!
3 Comments
Dulu En. Khairul cakap, “Entahlah…I don’t know..”. Sekarang encik cakap, “Mentaliti jamban” hihih lebih aggresif..saya suka. Tahniah di atas penulisan yg baik, membuka minda yg tertutup. Alhamdulillah.
Hahaha, cakap lembut tak jalan jadi kita cakap keras sikit 🙂
Kita guna suratkhabar kipas2 asap rokok org sebelah, tak de pulak dia rasa bersalah. Yg meja depan merokok pandang macam nak telan kita ada lah.. Macam dlm hati dia, blah lah kalau tak blh bau asap rokok.. Bukan kedai mamak je, kedai2 yg terbuka pon sama je kan.. Pagi2 udara segar nak pi makan roti canai, nasi lemak singgit, dapat extra menu asap rokok..