Janji Doktor

“Doktor belum datang ke nurse?” tanya saya.

“Belum lagi, biasanya pukul 9.30 lebih baru dia masuk“ jawab nurse jujur.

“Habis tu kenapa buat appointment saya pukul 9.00?  Kenapa tak 9.30 sahaja?“ balas saya.

Rugi sungguh masa pagi saya dibazirkan dengan menunggu doktor.  Kita ni datang setengah jam awal kerana nak jumpa doktor on time.  Kita pun ada kerja lepas ni.

Tapi itulah, tercongoklah kita menunggu.

Pengalaman saya, selama berjanji temu dengan doktor hospital swasta di negara ini, belum pernah lagi jumpa yang on time.

Semuanya kena menunggu.

Jauh betul pengalaman berjanji temu dengan doktor-doktor di dunia sebelah sana.

Bilalah nak berubah gamaknya yer.

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *