“Sebuah model Keretapi Tanah Melayu (KTM) berkuasa bateri dan kawalan radio digunakan di dalam sebuah pusat membeli-belah ternama di Frankfurt, Jerman sebagai daya penarik kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak.”
Dalam banyak-banyak keretap moden dan canggih di Jerman ni, keretapi Tanah Melayu juga diorang nak guna. Ini adalah sebahagian daripada promosi Krismas yang diadakan oleh pusat membeli-belah My Zeil sebulan yang lalu di dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung berbelanja di situ. (Gambar di ambil sebulan yang lalu..baru sempat nak tulis).
Kebetulan saya ke Rewe (seumpama Cold Storage di Malaysia) untuk membeli barang dapur dan terlihat keretapi ni di tingkat bawah pusat membeli belah tersebut.
Saya tidak tahu mengapa model berjenama KTM ini digunakan tetapi saya tahu yang tiada caj dikenakan untuk menaiki keretapi tersebut. Mungkin kerana tempat duduk kayu yang kurang selesa. ENTAHLAH…saya tidak tahu.
9 Comments
memula tak perasan tapi bila tengok balik.. eh.. boleh naiklah.. best..
Yer betul..memang boleh naik..tetapi untuk kanak-kanak sahaja. Orang dewasa dalam gambar tu dia punya “operator” tukang pegang “remote control”, dia tengah test.
wah.. hebat.. ktm di german 😉
Haha..ye lah, saya sendiri yang tengok pun terkagum sejenak
Knp KTM ek?? Mesti ade yg istimewa n cerita di sebaliknya… anyway kagum sejenak ktm di German… salam kenal dr Peru & follow di sini~
I still wondering it myself..why KTM? Anyway..it nice to have another Malaysian on another part of the world. Salam dari Germany kepada Peru 🙂
menarik minat kanak2 nak naik nih… kagum kejap jenama KTM ada di German
pasal ada motorsikal di jerman jenam ktm.
Very nice post. I simply stumbled upon your weblog and wished to mention that I’ve truly enjoyed surfing around your blog posts.