Kepada semua pembaca yang budiman.
Masalah rumahtangga adalah perkara lumrah di dalam alam perkahwinan. Pasti akan ada pergaduhan, pertengkaran, bermasam muka, tidak puas hati dan sebagainya lagi. Kata Seniman Agung Allayarham P.Ramlee “Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri”. Lidah yang sentiasa beriringan atau “syncronised” dengan pergerakan gigi dan mulut serta duduk bersama sepanjang hidup pun boleh tergigit, apatah lagi manusia yang jauh perbezaan fizikal serta sifatnya tiba-tiba duduk sekali dan tinggal bersama.
Jadi, di dalam melayari alam rumahtangga ini, pasti ada “good and bad times” yang merupakan asam garam – namun sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian, natijahnya adalah penceraian. Namun, apa yang bakal saya ceritakan di sini bukanlah asam garam yang biasa, bukanlah pertengkaran yang biasa dan bukan juga merajuk, marah atau sifat bermasam muka yang biasa – tetapi disebabkan oleh faktor yang ke-3.
Bukanlah orang ke-3 tetapi sesuatu yang lain.
OCD (Obsessive Compulsive Disorder) adalah sejenis penyakit yang dikategorikan sebagai orang ke-3 di dalam sesebuah perkahwinan. Saya pernah menulis secara ringkas mengenai OCD di sini sebelum ini. OCD adalah sifat keterlaluan (obsessive) di dalam sesuatu perbuatan atau tindakan. Contohnya fobia atau takut terhadap kuman – lalu keseluruhan rumah dibersihkan atau dicuci berulang-ulang kali. Fobia terhadap kesilapan – lalu sesuatu perkara dibuat berulang-ulang kali contohnya mengira, menyusun dan sebagainya. Anda boleh membuat carian di Google untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit ini.
Isteri saya juga adalah seorang penghidap OCD – namun tidak serius, masih boleh bertolak ansur, masih boleh menerima pendapat, masih boleh tinggal serumah walaupun berlainan bilik air dan sebagainya lagi. Namun bagi seorang isteri lain – Puan N, OCD yang dihidapi oleh suaminya begitu menekan beliau.
Saya menerima email pagi tadi dari Puan N bertanyakan pendapat serta pandangan tentang masalah yang beliau hadapi. Jadi saya syorkan agar masalah beliau dipaparkan di sini agar kita sama-sama dapat memberi pandangan dan secara tidak langsung dapat membantu dan mungkin menyelesaikan masalah beliau.
Berikut saya sertakan email yang ditulis kepada saya oleh Puan N.
[quote]Dear En Khairul,
bila i baca blog u menceritakan OCD ni I menganggap u seorang yg sgt tabah dgn wife u. Tahniah. Tidak pula dgn I, husband i pula bersikap begini, husband I semua barang dan benda di dalam rumah mesti susun teratur tanpa sedikit ‘gerak’ pun maksud i beralih tempat, pasti dia tahu walaupun i kerusi meja tidak ikut ‘line’ dari biasa hubby akan marah I, mula2 kahwin I rasa ok lagi, tetapi selepas setahun berkahwin, I rasa tertekan sangat sangat dan rasa hubby I benci dengan I dan tak suka tinggal dgn I, apa yg I buat dirumah semua tak betul, tak ikut standard “PKI” yang di mahu, sampai i iron baju dia berpeluh2 byk kali utk pastikan dia tak marah, tapi sama juga dia kata I gosok baju dia ‘cincai”. I rasa sedih sangat, lebih lebih lagi dia tak pakai baju yg I sudah gosok, begitu juga dengan pinggan mangkuk mesti susun ikut bunga , dari baju yg mesti di gosok rapi , di susun mengikut tona warna, hatta penyangkut baju pun nak sama, begitu juga dengan katil bilik tidur, dia kata I tak kemas betul, dia kata i buatsemua sambil lewa, padahal I ni berdikari… dah biasa semasa belajar di Uni sehingga kerja seorang diri berdikari mengemas, masih juga ada yang tidak puas hati oleh hubby I, sehingga hari ini I terfikir utk meninggalkan hubby I dengan sikap yang ‘zero tolerance’ ego and sarcastic. sedangkan I pun bekerja sbg seorg yang professional iaitu peguam, sibuk dengan urusan pejabat tapi I ambil masa mengemas dan melakukan perkara semata mata untuk mengembirakan hati suami, Namun tidak dihargai. Sehingga baju, kasut suami yang beralih sedikit pun dia ketahui dan marah. Apa perlu saya lakukan??? minta pendapat. terima kasih.[/quote]
Setelah saya membalas email tersebut, memberikan sedikit pandangan mengenai pengalaman saya dan meminta kebenaran dari beliau untuk berkongsi cerita ini dan berikut pula adalah balasan email kedua Puan N.
[quote]Terima kasih dgn pendapat encik khairul. Sila poskan di blog utk pandangan umum. Perkara yg encik cadangkan telahpun I buat, cuma belum lg berjumpa dg pakar OCD. Suami masih tidak mahu mengaku bhw dia ada gangguan jiwa malah semakin marah kp I apabila I cadang berjumpa dgn pakar. Dia kata perkara yg dibuat adalah normal.suami I ni ego . Byk kali I ckp baik baik dgn suami dgn sikap dan kelakuan nya yg tidak normal. Baru baru kami bergaduh besar. I baru shj cuci lantai dapur dan ruang tamu, suami mcm biasa tidak puas hati marah marah. Sampai I terfikir susun baju tak ikut tona warna boleh ke neraka kah? Cuci lantai sampai licin bgmna lagi yg nak??? Tertekann sungguh, sampai berat badan I kian merosot memikirkan masalah ini. Kami kahwin adalah pilihan keluarga, kalau I tahu sikap mcm ni I boleh terfikir tak nak kawin dengan org mcm ni. I pun boleh jadi “gila”. ALLAH shj yg Mengetahui keadaan I. Sekian terima kasih.[/quote]
Begitulah masalah yang dihadapi oleh Puan N. Apa pendapat anda? Saya amat berbesar hati sekiranya para pembaca dapat memberikan pendapat atau pandangan terhadap masalah Puan N ini. Sama-samalah kita membantu beliau agar hubungan beliau dan suami serta rumahtangga mereka manjadi normal – paling tidak pun dapat manjadi bertambah baik dari yang sekarang.
Adakah anda juga seorang penghidap OCD atau sebaliknya? ENTAHLAH..I Dont Know.
16 Comments
OCD ni sama macam was-was kan. Dugaan bagi Pn N yg terpaksa berhadapan dengan suami OCD ini. Kalau ikut perubatan alternatif, mungkin ada gangguan dalam fikiran dan jiwanya dan tak pasti sama ada, ada kaitan atau tidak dengan ‘jin’ atau benda lain. Cuma
mungkin Pn N boleh bawa mangsa berubat mengikut perubatan Islam atau berjumpa pakar psikiatri.
Pengalaman saya, seorang saudara saya ada OCD, setiap malam dia akan memeriksa pintu rumah dan cek semua tingkap selang dua tiga minit walaupun sudah diingatkan isteri dan anak. Bayangkan keadaan itu berterusan selama beberapa bulan. Dia berubat dengan seorang ustaz yang minta dia amalkan membaca ayat kursi setiap masa tanpa berhenti kecuali ketika masuk bilik air saja. Dalam tempoh sebulan dia dapat atasi masalah berkenaan secara perlahan-lahan dan kini sudah pulih 95% sebab sekali sekala dia ada juga tunjuk tabiat lama seperti nak cek pintu dua tiga kali sebelum tidur, tapi berjaya diatasi dengan bantuan anak yg ingatkan dia tak perlu buat kerja itu. Bunyi macam remeh temeh kan tapi boleh memudaratkan kalau tidak diatasi, harap Pn N sabar.
Thanks LW,
Saya setuju dengan cadangan awak. Tetapi akan ada masalah sekiranya si penghidap tidak mengaku atau mengiktiraf yang dirinya adalah penghidap OCD. Jadi usaha untuk membawa pergi berubat akan terbantut kerana si penghidap merasakan dirinya normal dan tidak perlu untuk berubat – bahkan isterinya harus mengikut serta menepati kemahuan OCD nya itu.
Usaha untuk memujuk untuk pergi berubat perlu dilakukan secara halus – kalau tak pasti perang besar.
Bagi saya yang paling penting – perlu mengaku, menerima dan mengiktiraf dirinya sebagai pesakit OCD dan barulah beliau akan mudah untuk dipujuk atau dibawa berjumpa pakar atau berubat dan sebagainya.
Sebagai seorang suami dan penghidap OCD dan terlalu ego untuk mengakui yg beliau adalah pesakit maka semuanya menjadi terlalu sukar buat Puan N.
ya, kesukaran yg jelas bagi Pn N..sebab suaminya sudah terang lagi bersuluh tidak sedar akan masalah yg dihadapi. Saya cadangkan Pn N berusaha melalui beberapa cara seperti:
Ketika menyediakan makanan atau minuman utk suaminya itu, iringi dengan bacaan ayat Al-Quram terutama Al-Fatihahn dan ayat kursi..insyaAllah ia akan meresap ke dalam makanan dan mungkin dengan izin Allah meresap ke dalam jiwa suaminya seterusnya membersihkan jiwa dari gangguan syaitan yg sangat kuat.
Perdengarkan bacaan surah Ruqyah di dalam kediaman kerana surah ini mempunyai fadhilat yang amat bagus bagi menghalau gangguan jin dan syaitan. Hanya perdengarkan di dalam kediaman, mungkin Pn N boleh buat semasa suaminya keluar dari rumah. Ayat ini boleh google, senang je nak pasang.
Selebihnya Pn N sendiri mesti yakin dengan usaha dilakukan sekiranya ingin menyelamatkan rumahtangganya sebab saya lihat keadaan dialami beliau agak kronik dan memerlukan sokongan moral untuk menguatkan diri beliau sendiri.
Didoakan usaha ini berjaya!
Pn.N,
bapa saya penghidap OCD,setuju dengan ladywindsor, perdengarkan bacaan ruqyah, ada ketika akan jadi lebih teruk, terus galakkan dia untuk back to normal, boleh dituruti, dan boleh juga di-ignorekan saja mana yang patut, yang penting harus terus tabah. ujian besar adalah kepada penjaga OCD dan ya..penghidap OCD juga menderita dan mereka takkan mengaku mereka bermasalah. dapatkan sesiapa yang betul-betul rapat dengan pesakit, atau yang pesakit akan dengar kata. dalam kes bapa saya, dia paling selesa dengan saya, kroniknya dia hingga saya perlu menangguhkan pengajian dan balik ke Malaysia tahun lepas. Mereka akan persoalkan semua perkara, pertikaikan semua perkara, dan salahkan semua benda.
ramai yang takkan faham. tapi Pn.N. sila jangan putus asa. cari support system yang positive jika perlu. jangan putus asa berubat. saya tahu susah untuk positive. tapi Pn.N perlu cuba semua kaedah. dan jangan give up. Cuba dengan ayat ruqyah dahulu. Cuba alternatif islam lain juga.
Terima kasih Kekunang kerana berkongsi pengalaman sendiri dengan kami. Mungkin Pn N dapat mengambil ikhtibar dari pengalaman anda serta saranan yang anda berikan.
Terima kasih.
salam, saya merasa simpati kepada semua pengidap mahupun pasangan pengidap OCD. maafkan saya menyuarakan pendapat saya yg tak seberapa ini. dalam Islam, penyakit ini mungkin sinonim dgn keadaan was2 atau mungkin juga mengalami masalah jiwa yg sentiasa inginkan kesempurnaan. kita biasa mendengar org yg 'perfectionist', namun keadaan OCD mungkin lebih ekstrem dari itu. apa yang ingin saya cadangkan kepada puan N, banyakkan berdoa dn beristighfar kepada Allah, boleh rujuk kepada ustaz2 yang arif, supaya jiwa suami puan menjadi tenang. hanya dgn mendekatkan diri pada agama, penyakit ego, was2 atau penyakit2 berkaitan hati akan sembuh dgn izinNya….terima kasih.
Noni Naina
Terima kasih kerana sudi memberikan pendapat. Saya yakin Pn. N akan berbesar hati menerima pandangan dari anda.
Terima kasih.
Assalamualaikum, sangat bersimpati dengan sang isteri. Sangat bersetuju dengan pandangan tentang waswas dan saranan semua rakan rakan di atas… please dapatkan bantuan mereka yang lebih arif dalam perubatan Islam.
Semoga tabah dan tidak putus usaha.
TQ Rlim. Kita sama2 berdoa agar Pn N terus berusaha dan tidak putus asa.
moga Puan N terus tabah & sabar… my atok pon macam tu.. daripada wuduk, kunci rumah, isi borang, semua nak check.. dah balik pon dia rasa nak pusing semula utk check semua tu lagi… ustaz pon ada kata itu gangguan & perlu diubati…
TQ Puan Mulan atas pendapat dan saranan.
sy tak tahu samada saya ni pengidap OCD atau tak..tap tgk dari apap yg jd kat saya,saya rasakan yg say ada OCD..saya tak tahu pada siapa utk saya berubat.saya takut nk jumpa doc jiwa..saya taknak mkn ubt atau seangkatan dgnnya sebab takut pada kesannya.apa yg harus sy buat.pada siapa utk saya berjumpa di malaysia ni.
Saudara Shah,
Saya tidak arif mengenai penyakit ini dan agak sukar untuk saya cadangkan kepada saudar kemana saudara harus pergi.
Saranan saya, saudara haruslah berkongsi masalah ini terlebih dahulu bersama keluarga atau rakan karib dan dapatkan pandangan dan nasihat mereka dahulu.
Namun kalau malu untuk meluahkan kepada mereka maka saudara harus terus berjumpa doktor, boleh jumpa GP saja dahulu dan mintak GP buat rujukan atau recommendation kepada doktor pakar.
Boleh juga pergi ke pusat rawatan islam seperti Darussyifa’, Al-Qayyum, Darul Kahfi dan sebagainya lagi.
InshaAllah, setiap penyakit ada ubatnya.
intinya dan kunci dari itu semuamas alah adalah berusaha kita untuk memperbaikinya dan berdoa kepada Allah sbg mana Allah menyatakan dalam firmannya Tawakkal lah kamu kepada Allah niscaya Allah akan mengeluarkan kamu dari kesulitan atau masalah yang dihadapi dan Allah akan memberimu Rizqi yang tiada sangka kedatangannya.itu janji Allah pasti kalau kita berusaha dengan tekad yang kuat dan doa yang khusu' insy Allah yakinlah
Assalam Puan N
Saya mengalami masalah yang serupa dengan puan. Perkahwinan yang masuk 5 tahun ini sangat menyeksa jiwa saya. Saya diperlakukan seperti orang gaji di rumah sendiri untuk memenuhi KPI dia yang saya rasa ridicalous..bila saya ungkit kata ocd dia banyak menyusahkan saya dia sangat marah..dia mengaku dia mempunyai ocd tetapi bangga pula dengan penyakitnya itu. Satu hari saya pasang cd rukyah di rumah tapi disuruhnya saya tutup dgn alasan bising. Ego angkuh dan rasa diri selalu betul adalah penyakit org ocd ni.
Salam..sy pn mpy suami penghidap OCD ..was2 thdp najis… Sy phm bgmana rsnya prsaan ttekan tu.. Sgt menyedihkn.. Slalu dimrh n dtengking …huhu.. Suami slalu bsh tgn berulangkali,tombol n duit slalu dibsh dan byk lg perbuatn lain..kdg2 utk mengelak dr dmrh sy pn tpakse buat cam dia..takut lame2 sy yg jd gila..kdg2 terfikir nk jupe DC..nk mintk pendpt camne nk hidup ngan org camni…anak2 kecik lg yg xtau pe2 pn kene mrh sbb pgg dinding n pgr….Br 6 thn usia perkahwinn.. Mampukh sy berthn…sy rs benda2 yg dia buat tu x sepatutnya difikir oleh org yg normal…huhu…sy sgt tertekan kene tanggung sume ni…