Kenapa yer?
Sebab bahan-bahannya tidak lengkap..tak ada kerang, tak ada tauhu goreng, tak ada kacang panjang, tak ada..apa lagi ehh?
Ketika mencongak di dalam kepala bahan-bahan untuk mee, rasanya macam semuanya ada dalam freezer tu, tetapi bila bukak yang ada cuma udang dan fishcake…jadi buat mee kari udang lah.
Ketika sibuk memasak, saya sempat membaca komen LW di blog saya yang meminta di”up”kan gambar-gambar makanan. Kebetulan pula tu. Jadi saya pun berbesar hati untuk “up”kan gambar masakan saya tu.
Jadi..inilah mee kari tak cukup sifat saya.
[spoiler intro=”Resepi” title=”Klik Disini untuk Resepi”]
Bahan-bahan Mee Kari Udang – Tak Cukup Sifat
500gm mee kuning atau spaghetti (saya guna spaghetti) – dicelur
3 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1/2 inci halia – ditumbuk
1 tangkai daun kari
1 peket serbuk kari ikan/udang – tambah air dan jadikan paste
2 kiub pati ayam (saya gunakan 1 sahaja)
300gm udang – saiz ikut suka
1 peket kecil fishcake (dalam 7-8 ketul)
Sayur sawi – dipotong dan dicelur
5-6 tangkai daun cilantro/ korriander (daun apa eh dlm bahasa melayu?)
Telur rebus.
1 cawan santan atau susu cair (saya guna susu segar)
Air asam jawa – secukup rasa.
Garam dan gula – secukup rasa.
Cara memasak
1. Rebus udang seketika dan asingkan daripada air rebusan/stok – jangan dibuang.
2. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga naik bau kemudian masukkan daun kari kacau seketika.
3. Masukkan paste rempah kari tadi dan kacau sehingga pecah minyak kemudian masukkan air rebusan udang. Tambah air biasa mengikut anggaran kuah yang diinginkan. Tambah sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan kiub pati ayam.
4. Kemudian, masukkan udang, fishcake dan santan. Kemudian tambah garam, sedikit gula.
5. Matikan api dan masukkan 4-5 tangkai daun cilantro/corriander tadi. Simpan sedikit untuk hiasan.
Hidangkan mee dengan sayur sawi, telur rebus, cili potong, bawang goreng dan corriander tadi.
Selamat mencuba.[/spoiler]
Walaupun tak cukup sifatnya..rasanya tetap umph!
35 Comments
Assalamualaikum Khairul..
x cukup sifat pun tetap meruntum hati, perasaan & perut.
rasa mcm dan2 ni jugak nak gelek mi.. tapi malas..
jamu mata sajalah dulu..
Wsalam Kak Sham,
Kadang2 yang tak cukup sifat lebih best dari yang lengkap tu kan?
Mee nak kena gelek sendiri ker? Pakai jer spaghetti.(Baru teringat yang saya sudah ada mesin penggelek pasta yg baru dibeli melalui ebay minggu lepas)
Khairul,
Mee kari ni cukup sifat ke tidak,
tetap nampak jelita dan menggoda2 mata
dan juga tekak. Kalaulah Frankfurt tu macam dari
opis saya ke rumah, harus saya pi buat muka tak malu pi mintak sket:)
KL hujan lebat ni..mee kari ni memang berjaya buat perut tambah sadis!
O ye Sabtu ni saya ada tetamu, boleh le try resipi ini..mekaseh eh.
LW,
Haha..kalau dekat, silalah datang buat muka tak malu..takde hal punya π
Wahh..ada makan2 lagi yer kat rumah? lagi untung kalau dok dekat sana yer..kerap makan2.
Yer ada makan-makan…ala blogger friend saja..sambil nak test skill jadi caterer..haha..eh kalau balik KL memang kena datang makan-makan..makan sampai lebam tau!:)
LW,
Wahhh…nak jadi caterer eh? bagussssssss. Nanti balik KL pasti i ke windsor π makan sampai lebammm.
ada tetamu nak datang sabtu?? mmm bertuahnya ‘tetamu’ tersebut… π
Aah la ….bertuah sungguh “tetamu” tersebut, makan best2 jer. Dan orang yg komen tu lah salah sorang “tetamu” bertuah tu kan? kan? kan?
Owh bagi saya nampak pon dah ummph dah…tak nampak macam tak cukup sifat pon….ada carbs, protein dan vege —- complete !!
MF, betul…rasa dan look yang agak complete dah sebenarnya π
Waduhh.. Banyak la u x ckop sifat katenye. For me kalau sebetul2nya mmg la nak kene ade kerang and tahu tuh. Tapi kalau dpt telur and udang replace kan tmpt2 kerang n tahu tuh sgt terrrrbaek da
Beb…rasa sangat tak lengkap bila takde kerang and tauhu…mcm u cakap tu. Tapi tang rasa sebenarnya dah sangat ok π
Hi.. Your curry mee looks so yummy! Bila la nak merasa ni? Tiba2 rasa lapar..
BH, it looks and taste yummy π You kan pandai masak..pasti lebih sedap dari i punya.
comel je nama mee kari x cukup sifat
x cukup sifat pun nampak menyelerakan..kalau cukup sifat tak tahulah nak kata apa..
Irfa, hahaha..comel yer? tak kisah ler cukup ke tak sifatnya kan…yang penting sedapppp.
bro KA,
mee tak cukup sifat pun nampak sgt ohsemm, camne la agaknya kalau mee tu cukup sifat ye?
* oh rindunya makan mee bandung yang sedap, pekat dan likat. ohhhhh
En. Iz,
Kalau cukup sifatnya..maka bertambah ohsemmmmmmm lah π
Oh..saya juga adalah penggemar mee bandung. Nanti nak kena buat lah.
tak cukup sifat tapi sedap, tak per daripada cukup sifat tapi tak sedap langsung..ha ha ha..
rasa mcm nak buat mee kari jer..tapi i pakai mee kari instant noodle maggi je lah.. senang dan cepat…:)
beli kerang, beli udang, beli fishcake, beli telur, beli kacang panjang, tauhu goreng, terung..alih2.. ‘pelakon tambahan’ lebih ramai dari pelakon utama iaitu mee…
tapi i masak memang mcm tu suka taruk byk bahan melambak2…
Net,
Kan dah ada semua pelakon tambahan tu – tambah dua jer lagi, spaghetti dan serbuk kari, dah boleh buat yang original punya instead of megi, proses sama jer kan?
Bahan melambak tu yang best tu.
tapi yang serbuk kari tu nak kena tumis dulu, bawang dan segala mala… i bukan malas tapi i nak cepat..ha ha ha…
Adoiiiiiii….takleh kata apa lah.
Wahaha..ada jugak eh Mee Kari tak cukup sifat…yang penting kuah karinya sedapss
Mummy , kalau dah tak lengkap bahan-bahanya kira tak cukup sifat lah tu. Tapi tetap sedap π
sedapnya.. salam kenalan dr kami dari ZweibrΓΌcken, SΓΌdwest.
Pn. Noorulaz,
Salam kenalan dan selamat datang ke Jerman :)Kalau datang ke frankfurt hubungi saya yer.
untungnya isteri En.Khairul Abdullah… π
yami! yami!
tips,
hahah…untungkah? π
serius nampak menyelerakan.. saya suka mee kari!
Su….memang menyelerakan dan puas selama 2 hari dok makan mee kari tu π
Add a comment…dap!
Salam Encik Khairul, memang nampak sedap. Saye pernah buat mee kari, saya akan buat versi awak pulak. BTW, Cilantro is Ketumbar dalam bahasa kita.
W’salam Bik,
Versi saya tu tak cukup sifat…tapi bolehlah kalau nak cuba π Saya tahu itu daun ketumbar tu..tetapi saya selalu lupa. Sebab dah makin tua gamaknya.Terima kasih kerana mengingatkan.
sedap nya mee kari walau pun tak cukup sifat terliur juga tengok resepi tu…
terima kasih kerana sudi share resepinya, tetiba je rasa lapar.adehh