Semalam saya masak mee rebus stail orang utara atau paling tepat cara orang Kedah. Resepi atau cara pembuatannya adalah berdasarkan kepada “ingatan” melihat emak saya memasaknya dan juga hasil dari carian internet serta digabung dan ditambah serta dikurangkan mengikut citarasa saya.
Saya tidaklah pandai memasak walaupun saya sudah memasak hampir 20 tahun, tetapi saya suka mencuba. Ini adalah percubaan pertama saya masak mee rebus tanpa menggunakan perencah segera.
Inilah hasilnya.
[spoiler intro=”Resepi” title=”Klik Disini Untuk Lihat Resepi”]
A. Bahan-Bahan Kuah :-
1. Daging – 350gm 2. Udang – 350gm 3. Ubi Keledek – 3 ketul (saiz sederhana) 4. Cili Kering – 10 – 20 tangkai (ikut tahap kepedasan) 5. Kacang Tanah – 200gm 6. Bawang Putih – 5 ulas 7. Bawang Merah – 5 ulas 8. Bawang Besar – 1 biji 9. Belacan – seinci 10. Garam – secukup rasa 11. Gula – secukup rasa 12. Asam Jawa 13. Sos cili – ikut jenama kegemaran andaB. Bahan Mee
1. Mee Kuning atau Spaghetti (saya guna spaghetti) 2. Taugeh – dicelur 3. Sawi – dicelur 4. Tauhu – digoreng dan dipotong kecil 5. Cucur udang – dipotong kecil 6. Cili Merah / Cili Hijau / Cili Padi – ikut kesukaan 7. Bawang GorengCara Membuat Kuah
1. Daging direbus sehingga empuk dan diasingkan air rebusan – jangan dibuang 2. Udang juga direbus – jangan dibuang kepala dan asingkan air rebusan – jangan dibuang 3. Kupas dan potong kecil ubi keledek dan rebus sehingga empuk dan lembut dan asingkan air rebusan – (jangan dibuang) dan lenyekkan bahan tersebut. 4. Goreng kacang tanah bersama minyak sehingga garing – jangan sampai hangit nanti kuah akan gelap dan pahit. 5. Goreng bawang putih, merah dan besar yang telah dimayang bersama cili kering dan belacan. Jangan sampai hangit. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama sedikit air dan blend sehingga hancur. 6. Blend kacang tanah yang telah digoreng bersama sedikit air. 7. Masukkan cili kering yang telah diblend bersama kacang tadi ke dalam periuk dan kacau di atas api yang sederhana. 8. Kemudian masukkan air rebusan daging, udang dan keledek tadi bersama keledek yang telah dilenyek. 9. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih. 10. Masukkan garam, gula, asam jawa dan juga setengah botol kecil sos cili. 12. Sebahagian dari daging dan udang boleh dicampurkan ke dalam kuah dan sebahagiannya simpan untuk hiasan. Nota : Kuah lebih sedap dimakan setelah disimpan semalaman.[/spoiler]
Selamat mencuba, kalau sedap bagitau lah kawan-kawan yer. Kalau tak sedap..jangan marah 😀








53 Comments
Salam En Khairul,
Bak kata iklan, barangan baik tidak perlukan kata-kata bombastik. Tengok gambar pun dah boleh agak, confirm mee rebus ini yummylicious. Kalau dekat saya p mintak dah…hahah! Thumbs up!
Cik Shasha,
Terima kasih..kalau ikut tekak saya..memang dah cukup yummylicious dah 😉 haha..nanti singgah sini..saya boleh buatkan ;).
Sedapnyeeeeeeeh!
Hebat u bro!
Beb,
Taklah hebat…masih belajar. Alhamdulillah..sedaplah jugak..:D
Salam, wahhh akak pun baru minggu lepas buat mee rebus jawa!
Samalah guna spegeti tp akak tambah 1 bahan lagi – serai. Ganti kacang tanah, akak guna hazelnut sbb banyak hazelnut kat peti ais. Tp buleh bayangkan sedap Khairul punya mee utara. Err akak tak guna cucur udang.
Salam Kak Yong,
Kat sini kak mana nak cari mee kuning..so spaghetti lah penggantinya kan. Ohh..tambah serai lagi sedap ke? lain kali saya cuba. Cucur udang tu aksesori tambahan…tapi bagi saya wajib ada..baru best:)
Salam Khairul,
yaa pd akak lagi sedap kalau ada serai dan ada lagi akak letak, sikit lengkuas. Bab serai tu ikut idea jiran kat bawah. Apa2 masakan berkari, lemak atau ada kauh masam OK jer boh serai. Pasal mee kuning ni sebab pengusaha suka boh kapor dan pengawet ke apa benda, tu yang akak guna spegeti walau pun kat msia senang dpt mee kuning!
Kak Yong,
Setuju tu..mee kuning berperisa kapur! sungguh tak best. InsyaAllah nanti saya nak try letak serai pulak. Thanks for the tips.
tak pandai masak mee rebus tapi sangat pandai makan mee rebus…hehehee…
Mummy,
Tak pandai masak takpe…pandai makan tu yang paling penting..hehehe :d
ai pandai makan.. 😉
Aizamia3,
Baguslah kalau pandai makan..;)
hei….terrornya lauk ni….tpi kt german ade tahu juga ye….sedapnya…
Auntie Jame,
Kat jerman ni semua boleh dapat..petai pun ada, durian ada, rambutan ada, kangkung ada, sawi ada..semua ada..macam astro jugak, macam2 ada.
Semalam gi pekena mee kari tangkap leleh depan Speed 99 Mini Mart Jln Keluli sebelah tasik seksyen 7 shah alam. kena usha tul2 cos kwsn tu ada bazar rmadhan. Tp mee dia..Perghh.. tul2 tangkap leleh. kuah diorg pekat likat
Anyi,
Nanti balik ke malaysia saya pegi cari mee kari tangkap leleh tu.
Boleh saya simpan resepi Encik?
Heart,
Silakan,jangan simpan saja..sila cuba yer 🙂
buying ingredients later, tonight i’ll cook, tomorrow i send comment yah, thank you for allowing me to keep and try your recipe…take care 🙂
Heart,
If its good and suit to your taste..keep it and if its not then just throw away the recipe yer. Have fun cooking 🙂
Aduhai..sedapnye tengok gambar ni pepetang.. cari pasal mee rebus sampai sini pulak..
Mummy,
Ohh..suka makan mee rebus jugak ke?
between mee rebus ngan mee kari, sy lebih suka mee rebus.. dah lama tak buat.. tgk gambar mee rebus tu..terasa nak makan mee rebus…
p.s awat nak komen mesti letak email add..jenuh nak taip :p
Saya pun, mee rebus lebih umph! cuma nak buatnya yg agak leceh berbanding mee kari.
p.s : hahah kalau tak letak email nanti komen masuk spambox 🙂
mak aiiii.KA, mee rebus ni amat2 menyelerakan…sy dah amik resepi..nk tunjuk skill kat hubby..heheh..tq
Eza…selamat mencuba yer 🙂
asalam .. sy ni superfan mee rebus, dlm resepi yg gorgeous ni awk guna kacang tanah ye. sebab yg biase sy copy&paste dan makan kat kedai mamak cedol kt tepi jln tmn. melawati tu depa guna kacang dhal. Super something la.
ej,
Resepi saya adalah resepi orang utara, memang guna kacang tanah. Jadi mungkin berbeza dari yg awak selalu makan.
saya orang penang..kalau nak kata mee rebus..saya memang terliux..(terliur)..tapi bila buat tak pernah dapat rasa macam yang pernah saya makan masa kecik dulu…sebelum mee letak dalam pinggan..depa celup2 mee dalam buluh…sedapnye….
Celup mee dalam buluh ke mee tu masuk dalam bekas (senduk jaring buluh) pastu celur dalam air panas?
ha..macam tu la..nak cakap tak tau..tapi bekas tu yang senduk rotan…
sedapnye…lama dah cari..
Hr ni sy try buat,bau pun dah ngancam,hidangan berbuka for my family,
Terima kasih kerana mencuba yer 🙂
nk try buat….menarekknyaaa….tp ada stu soklan, ikot cara (5) tu goreng bwg putih, bwg merah n bwg besar brsama cili kering tuu…grg tanpa minyak eaa…:)
Goreng bersama minyak. Jangan sampai hangit yer..nanti pahit dan bau hangit kuah tu.
Thanks…memang nak try,jamu anak2 murid yg nak datang
Sama-sama. Selamat mencuba saya ucapkan.
Khairul Abdullah Terima kasih atas resepi yg di beri,saya baru nak cube buat,saya pun org utara tapi tak tau nak buat mi ni.
Sama2 dan selamat mencuba saya ucapkan 🙂
mohon kebenaran nk salin resepi….TQ
Silakan salin dan share. Tq
Nmpak sedap & mesti sedap… dah lama juga tak masak mi rebus. My favorite jugak ni… 🙂
Haaaa..bila nampak sedap belum tentu sedap.Camera trick jer tu 🙂 Tapi bagi saya memang sedap lah..sebab saya yg masak.
Assalamualaikum Bro Khairul,
First thing in the morning saya tersenyum di rumah Sue bila lihat ada juga yang tercari-cari pintu depan rumahnya. ‘The stove’ pintu dapurnya i think.
Once in a while bila ada kesempatan saya ke mari lihat resepi mudah olah yang memang selalu ada di sini. Read through Kari Kepala Ikan yang sangat sedap kelihatannya.
Then i saw this … a favourite … mee rebus. Permit me to tell a longer story. The best mee rebus in Kuala Pilah, my hometown, is at a small gerai just next to Pasar KP. Run by a family originating from Penang (Indian Muslim origin). Lepas beli belah ke pasar mesti singgah – at least bungkus bawa pulang.
Thank you for both the recipes.
RLiM,
Tu lah…pintu depan rumah dia dah berkunci…now cuma boleh masuk ikut dapur jer 😀
Wahhh…dulu kerap juga ke Pilah, tapi tak tahu ada mee rebus best kat situ. Next time pergi boleh ler saa cuba.
Mmg sedap, sy dh cuba utk bbuka…time ksh byk2 dik noo
memang sedap
Terima kasih kerana mencuba 🙂
Sukatan resepi ni utk brapa org mkn ye..
Sama2 lah kak noo sbb mencuba 🙂
Boleh makan untuk 5-6 orang.
salam .. mcm sedap je tu ? ape beza mee rebus utara n johor? mohon jawapan sbb nk buad raya neh .. tq 🙂