My Dear Khaleef..

Semalam, doktor dan kaunselor duduk bersama Khaleef selama 3 jam bagi menilai segala tingkah laku dia.  Itu adalah sessi yang ke-7 bertemu pakar, kaunselor dan juga therapist.

Akan ada beberapa siri terapi dan juga ujian lagi sebelum pakar boleh membuat keputusan samada dia ni ada HFA (High Functioning Autism) atau Asperger’s Syndrome atau ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder).

Kenapa saya bawa Khaleef berjumpa pakar?

Ada orang kata, tengok dia normal sahaja.  Benar, itu bagi mereka yang berjumpa dia sekali sekala.  Bagi saya yang membesarkannya dari bayi lagi saya merasakan ada benda yang sangat berbeza.

Lebih sukar membesarkan dia dari beberapa segi berbanding adik-adiknya.  Apatah lagi apabila melihat sendiri kelebihan serta kekurangannya sama ada di rumah mahupun di sekolah.

Tahun depan usianya 6 tahun dan seterusnya akan memasuki alam persekolahan.  Saya mahu dia masuk ke sekolah harian seperti kanak-kanak lain.  Saya tidak mahu sikap atau tingkah laku dia memberi kesan kepada dia serta rakan dan juga guru di sekolah nanti.

Jika sikap dia sekarang ini adalah hasil daripada tekanan perasaan akibat kehilangan ibu, maka apakah rawatan yang sesuai dan apa yang perlu saya buat.

Jika sifat dan ciri-ciri yang dimilikinya itu memang berkait dengan sindrom Asperger atau HFA atau ADHD ataupun selainnya maka apakah langkah yang patut saya ambil seterusnya.

Adalah tidak adil untuk saya membiarkan sahaja tingkah laku yang kurang normal seperti bercakap, menjerit dan ketawa sendirian serta roleplay dalam tempoh yang lama tak kira tempat atau masa, tidak mendengar dan mengikut arahan serta pelbagai ciri lain dibiarkan sahaja agar lesap ditelan masa.

Biarlah saya dapatkan nasihat dari yang ahli, apakah anak saya ini normal ataupun istimewa.  Bolehlah saya belajar metod yang sesuai untuk mendidik dan membesarkannya.

Apa sahaja keputusannya nanti pasti saya terima dengan ucapan syukur yang tak terhingga.  Bila ada jawapan maka lebih mudah untuk saya menguruskannya.

Saya akan usahakan yang terbaik buat dia dan juga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh arwah ibu mereka.

#DiariSuperDaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *