Nasi Tomato style SuperDaddy

Budak-budak kat rumah ni kalau nasi yang ada warna laju sikit dia makan.  Kalau nasi putih tu jenuh pujuk.  So alang-alang dah masak nasi berwarna ni, kita share sekalilah resepi dia ye tak?  Senang nak rujuk nanti.

Nah resepi Nasi Tomato style SuperDaddy Khairul Abdullah.

Bahan-bahan untuk projek ini:

2 cawan beras biasa atau basmathi dicuci dan toskan.
2 sudu besar minyak sapi (boleh ganti dengan butter)
1 biji bawang besar ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
1 helai daun pandan.
3/4 cawan tomato puri (boleh ganti dengan sos tomato)
1 biji tomato didadu.
2 sudu kismis dan sedikit gajus kalau ada.
1/4 cawan susu cair
2 ½ cawan air.
Sedikit garam

Cara melaksanakan projek ini:

1. Cairkan minyak sapi kemudian tumis bawang bersama cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.

2. Masukkan daun pandan, tomato puri dan juga tomato yang didadu berserta kismis dan gajus.  Kacau sebentar.

3. Lepas tu masukkan susu cair dan 2 ½ cawan air dan tambahkan sedikit garam.  Tunggu sampai mendidih kemudian barulah masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk tadi dan kacau rata.

4. Boleh pindahkan ke periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.  Aku tumis semua dalam periuk nasi elektrik tu terus okeh.

Dah siap dan hidangkanlah dengan Ayam Masak Merah dan jelatah.

Apalah ertinya nasi tomato tanpa ayam masak merah ye dak?

###

Nah resepi Ayam Merah pulak dah.

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam, potong dan goreng dahulu.
2 labu bawang besar, yang betul-betul besar*
2 biji tomato*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu cili kisar*
1 batang serai
1 kawanan kulit kayu manis+bunga lawang+buah pelaga
2 sudu sos tiram
5 sudu sos tomato

Cara nak buat dia.

1. Kisar semua bahan bertanda bintang.

2. Panaskan dalam 5 sudu minyak masa dan tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga tu sampai naik bau dan masukkan serai yang dititik dan masukkan bahan kisar.  Kacau sampai pecah minyak.

3. Dah pecah minyak boleh tambah sedikit air, masukkan air asam jawa, sos tiram dan sos tomato.  Kacau sebati.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi.  Kalau kering sangat tambah air dan kemudian perasakan dengan garam dan gula.

5. Masukkan potongan bawang besar dan hirisan tomato dan daun bawang jika suka.  Tak suka tak apa tiada siapa nak marah.

Siap dan hidangkan.

Sekian.

#ResepiSuperDaddy
#NasiTomato
#AyamMAsakMerah

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *