Parade Der Kulturen adalah sebuah acara dwi-tahunan yang diadakan di Frankfurt Germany yang menonjolkan kebudayaan sesebuah negara dari seluruh pelusuk dunia.Β Acara ini disertai oleh penduduk atau warga dari pelbagai negara yang menetap di Jerman. Selain aktiviti perarakan yang menonjolkan tarian, muzik dan pakaian tradisional, terdapata juga gerai-gerai yang menjual makanan dan juga cenderahati dari negara tersebut.
Malaysia tidak terkecuali mengambil bahagian di dalam perarakan ini yang diwakili oleh “Malaysian Club” yang mana dianggotai oleh rakyat malaysia yang belajar, bekerja dan menetap di sini.
Saya turut serta membantu.
Seawal 7.30pagi saya keluar dari rumah dan berjalan ke River Main di mana acara tersebut mengambil tempat. Masih awal pagi dan kelihatan para peserta sibuk mengangkut barangan dan mendirikan khemah dan menyediakan gerai masing-masing. Gerai Malaysia antara yang paling mudah di”spot” dan dikenalpasti kerana adanya bunga manggar dan bendera yang besar serta kain batik sebagai alas meja.
Kelab Malaysia menjual makanan rasmi malaysia yang paling digemari iaitu sate, roti canai dan kari, karipap dan juga cucur sayur.
Jam 12 tengahari acara bermula dengan perarakan 44 kontinjen dari seluruh negara dan Malaysia adalah yang ke 42. Walaupun tidak sebesar kontinjen Indonesia yang mungkin hampir 70 orang, kontinjen kecil Malaysia yang hanya seramai 8 orang cukup memberi kebanggaan kepada kami di sini.
Acara yang bermula secara rasmi pada jam 12 tengahari berakhir pada pukul 8 malam.
Antara gambar yang sempat saya rakamkan serta video dari youtube.
Lebih banyak gambar dapat di lihat di FLICKR GALLERY saya.
Antara video perarakan yang dapat dilihat di Youtube.
[quote]Di sekitar minit ke 8:28 video ini saya berada di celah-celah orang ramai di hujung jalan tersebut. Sila perhatikan betul2 anda pasti akan “spot” saya. :)[/quote]
Walaupun penat dengan cuaca musim panas yang tidak menentu sekejap panas dan sekejap sejuk, pengalaman turut serta dan menyaksikan acara ini membuatkan saya sungguh seronok.
Adakah di dua tahun hadapan saya akan kembali turut serta?
Entahlah…I Dont Know…kalau saya masih disini…saya pasti.
16 Comments
Waaa proud la Malaysian.. And sexy nye yg sampai tersingkap2 tuh.. Aww!
Beb,
Proud lah jugak kan..wlaupun tak sebesar indon punya troop yang ramai giler tu. Tersingkap2 tu dah memang lagu tu…memang sengaja dibuat utk acara singkap π
Salam Khairul,
kain batik sapa jadi korban hiasan gerai tuh. Cukup ke sate, roti canai to go round?
W’salam Kak Yong,
Kain batik makcik2 yg dok kat Frankfurt ni jadi korban. Semua item tu cukup and ada lebih sikit2 buat simpan untuk the group.
Funny tengok lady yang pakai seluar kuning tu dancing..very energetic! So event ni dua tahun sekali eh? O ya kain batik tu cantik…i like! hehe..
Yer..acara ni 2 tahun sekali. Depa semua bersungguh2 menari, bergelek menyanyi bagai…cuma malaysian jer tak. Kain batik tu sbb kat sini nampak cantik..kalau kat malaysia…ala biasa2 jer tu π
eh memang cantik laa kombinasi kaler kain batik tu…sebab saya buat koleksi…so memang pantang nampak kain batik..tertarik je pada mata..:)
Ohh yer ker…mana ler saya tau awak peminat kain batik. Kalau nak boleh jer saya tanyakan kat tuan empunya…nak ke?
Nak la kalau tuan empunya nya nak jual, terutama yang warna biru dan paling kanan tu…warnanya vibrant..sangat cantik pada saya..saya buat koleksi fabrik sarung batik dan songket..
Haha…nantilah kalau saya ada berjumpa tuan empunya yer π
tq..jangan susah2..just in case lah ya..;)
hehe..noted.saya pun taknak susah2kan diri saya..heheheh.
wa.. nampak spender… hehe.
salam singgah.
.
TM,
Nampak eh?? mana? mana?
Nak oindah sana lah!
kamu yg macam patong tu, eh?
Oh Uncle…meh ler pindah sini. π
Aah..betul..pandai uncle spot saya.