Saya jarang ke klinik atau hospital untuk berjumpa doktor. Namun pada tahun lepas agak kerap saya ke klinik kerana menemani isteri membuat pemeriksaan kandungan anak pertama kami dan juga saya ada membuat rawatan gigi dan juga ke klinik GP (General Practitioner) atau klinik keluarga untuk membuat ujian kesihatan.
Tahun ini saya kerap juga ke klinik dan hospital di mana pada awal tahun berkampung selama 3 hari di hospital ketika isteri saya melahirkan anak sulung kami Khaleef dan selepas itu kunjungan demi kunjungan setiap bulan ke doktor kanak-kanak untuk memeriksanya.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang sistem penjagaan kesihatan di negara Jerman ini berdasarkan pengalaman saya (bukan pengalaman orang lain yg pernah atau masih tinggal di sini) serta sikap dan layanan atau kita katakan servis yang diberikan kepada pesakit.
Saya akan cuba mengupas secara ringkas tetapi jelas tentang perkhidmatan kesihatan di Jerman ini. Namun begitu saya tidak dapat lari daripada membuat perbandingan dengan negara saya Malaysia. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk merendahkan, atau menjatuhkan sistem di sana atau mengagung-agungkan sistem di sini tetapi untuk mencedok sedikit sebanyak perkara atau khidmat yang baik yang saya rasa wajar dipraktikkan di tanahair saya. Ini adalah sedikit perkongsian pengalaman yang mana saya rasa perkara yang baik boleh dijadikan contoh atau ikutan bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di Malaysia yang saya rasa sudah berada pada tahap yang terbaik namun perlu dibuat penambahbaikan.
Kita lihat dari beberapa sudut iaitu yang pertama sekali ialah:
Sistem
Di sini tiada hospital kerajaan (sepanjang pengetahuan saya) di mana kesemuanya adalah hospital swasta yang berorientasikan keuntungan dan juga kebajikan yang menerima sedikit bantuan dari pihak kerajaan. Oleh yang demikian, hospital diuruskan secara korporat dengan menekankan kepada aspek perniagaan perkhidmatan kesihatan dan juga berasaskan khidmat masyarakat. Oleh itu anda boleh bayangkan bagaimana rupa dan juga servis yang bakal anda terima di hospital swasta ini.
Begitu juga dengan klinik – tiada klinik kerajaan.
Kerajaan membantu rakyat di dalam sistem penjagaan kesihatan melalui sistem insurans kesihatan awam. Insurans ini diwajibkan kepada semua rakyat dan semua orang yang tinggal di Jerman. Sekiranya mampu anda boleh memilih insurans bernilai premium dari syarikat insurans yang besar atau sekiranya tidak anda boleh memilih skim insuran kesihatan awam. Bayaran bulanan insurans akan dipotong terus dari gaji anda setiap bulan sebanyak 8.2% dan dari majikan anda sebanyak 9% untuk dicarum di dalam program kesihatan ini melalui sistem cukai. Sila baca artikel ini mengenai pemotongan gaji.
Kerajaan menyumbang di dalam menggandakan nilai insurans ini di mana dengan insurans yang ada anda boleh menikmati perkhidmatan kesihatan yang terbaik di semua hospital “swasta” yang ada di dalam negara. Maknanya dengan bayaran insurans awam atau potongan gaji yg rendah setiap bulan untuk bayaran insurans tadi anda juga layak menikmati penjagaan kesihatan atau rawatan hospital kelas A.
Jenis Perkhidmatan
Terdapat pelbagai jenis klinik atau hospital yang menyediakan pelbagai jenis rawatan sama seperti negara lain di dunia ini. Setiap klinik di sini hanya memberikan khidmat yang berhubungkait dengan kepakaran mereka sahaja. Bagi klinik umum atau GP (general practitioner) atau lebih jelas dipanggil klinik keluarga, mereka hanya memberikan rawatan atau membuat pemeriksaan umum sahaja. Sekiranya anak anda yang berusia sebulan hinggalah ke 16 tahun demam, doktor keluarga atau GP tidak akan menerima dan membuat pemeriksaan – anda akan disuruh pergi berjumpa doktor kanak-kanak. Maknanya doktor tidak akan menerima sebarang pesakit yang tidak tergolong di dalam skop kerja beliau.
Saya rasa konsep atau perkara yang sama dipraktikkan di mana-mana. Namun di Malaysia, kita masih boleh melihat doktor umum atau GP menerima pesakit kanak-kanak dan juga bayi walaupun bayi atau kanak-kanak itu cuma demam sahaja. Saya sekeluarga di sini mempunyai 4 orang doktor iaitu doktor keluarga, doktor gigi, doktor sakit puan dan juga doktor kanak-kanak. Kami tidak pergi berjumpa dengan doktor lain kerana ianya lebih memudahkan dengan berjumpa dengan doktor yang sama setiap kali dan rekod kesihatan dan insurans sudahpun ada di klinik tersebut.
Servis
Saya merasakan sangat jauh cara perkhidmatan atau cara kerja atau servis yang diberikan oleh doktor di sini. Saya pernah mengunjungi klinik keluarga, klinik gigi, klinik wanita, klinik kanak-kanak dan juga hospital. Antara perkara-perkara atau point penting yang saya lihat saya rasakan amat perlu diberi perhatian oleh klinik atau penyedia perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Saya senaraikan di bawah point-point tersebut:
1. Rekabentuk dan Kebersihan Klinik / Hospital
Hampir keseluruhan klinik dan hospital yang saya kunjungi sangat kemas sangat cantik dan terlampau bersih. Sesetengahnya saya rasakan seperti masuk ke dalam bilik CEO atau pejabat korporat. Ada yang lain pulak seolah-olah saya sedang menenangkan fikiran di galeri seni (Art Gallery) dengan lukisan yang cantik di dinding. Tiada poster-poster kesihatan yang menyuruh anda membuat pemeriksaan payudara, memberi suntikan itu atau ini, mengawal pemakanan, carta piramid makanan dan bermacam-macam lagi. Hanya dinding putih kosong dan sebuah bingkai gambar yang menyejukkan pandangan mata. Salah satu diding akan disediakan rak buku dan terdapat pelbagai buku, majalah, pamphlet disediakan di situ.
Tandas pula seperti di dalam bilik hotel 5 bintang.
2. Prosedur ke Klinik
Temujanji
Hampir keseluruhan klinik dan hospital menerima pesakit melalui temujanji (appointment). Klinik tidak mahu pesakit datang secara terus kerana dikhuatiri terpaksa menunggu lama apabila doktor dipenuhi dengan temujanji dengan pesakit lain. Ini kerana kebanyakan klinik dan hospital tidak mempraktikkan sistem nombor giliran. Kes-kes kecemasan biasanya akan dirujuk terus ke hospital di mana anda boleh terus walk-in ke kaunter kecemasan hospital. Sekiranya bukan kes kecemasan maka haruslah telefon terlebih dahulu dan temujanji akan dibuat pada hari yang sama sekiranya ada kekosongan.
Kad insurans
Tiba di klinik pada waktu ditetapkan dan anda akan menunjukkan kad insurans anda kepada kerani atau nurse yang bertugas di kaunter. Tanpa kad insurans anda tidak akan diberikan rawatan. Tiada hospital hendak menerima pesakit tanpa kad insurans atau sekurang-kurangnya surat gerenti (guarantee letter) dari tempat anda bekerja.
Nurse/jururawat/pekerja kesihatan
Nurse adalah orang pertama yang akan melayan anda. Sekiranya tujuan anda ke klinik sebab demam, maka nurse akan membawa anda ke bilik rawatan untuk memeriksa suhu, mengambil tekanan darah dan sebagainya dan anda akan diiring ke ruang menunggu dan duduk seketika untuk berjumpa doktor. Untuk pengetahuan anda, nurse di klinik di sini kebiasaaanya tidak beruniform.
Masing-masing berpakaian mengikut citarasa sendiri namun kemas dan bersih. Ada sesetengah klinik nurse turut mengenakan jubah makmal (lab coat) dan setengahnya pula mengenakan polo shirt berlogo klinik. Nurse atau bidan di hospital mengenakan “lab coat” atau “surgical attire”.
Sepanjang pengalaman saya nurse-nurse di sini tidak pernah menjerit nama saya di ruangan menunggu, mereka akan datang secara dekat dan bertanya dengan perlahan sahaja dan sentiasa senyuman.
Rawatan & Konsultansi
Doktor sendiri akan datang ke ruang menunggu dan memanggil nama anda (pada pertemuan pertama) dan dengan senyum terukir beliau akan memperkenalkan diri beliau dan kita akan turut sama memperkenalkan diri. Kemudian beliau akan mengiringi kita ke biliknya dan menjemput duduk dan kemudian akan mula bertanya khabar dan jenis sakit yang kita alami. Soal selidik dijalankan oleh doktor bagi memastikan jenis atau punca penyakit sambil beliau membelek keputusan ujian tekanan darah dan juga suhu yang diambil oleh nurse tadi.
Biasanya sekitar 10-15 minit akan dihabiskan bersama doktor di mana doktor akan memberi nasihat tentang ubatan yang bakal beliau “prescribed” dan juga penjagaan makanan dan kesihatan yang lain yang dirasakan berhubung kait dengan penyakit. Pada pertemuan kedua pula dia sudah mengenali anda dan akan terus datang kepada anda untuk menjemput masuk ke bilik beliau.
Ada juga klinik di mana nurse akan mengiringi pesakit ke hadapan bilik doktor, kemudian doktor akan keluar, berjabat tangan bertanya khabar dan mengiring masuk ke dalam bilik beliau.
Selesai rawatan atau konsultansi, doktor akan mengiringi pesakit keluar dari bilik dan mengucapkan selamat jalan. Ada seorang doktor pernah mengiringi saya hingga ke pintu keluar utama dan membukakan pintu untuk saya.
Rawatan Kanak-kanak
Bagi klinik kanak-kanak pula, setelah menunggu seketika nurse akan datang dan mengiringi kita ke bilik rawatan. Di dalam bilik tersebut yang lengkap dengan peralatan rawatan seperti sebuah bilik doktor tetapi doktor tidak duduk di situ. Bilik tersebut merupakan bilik rawatan dan persediaan untuk kita sebelum doktor datang.
Kita akan masuk dan menyediakan bayi seperti susukan dahulu atau tukar lampin sekiranya perlu dan seketika kemudian doktor akan masuk. Dengan senyuman doktor akan berjabat tangan memperkenalkan diri (kali pertama) dan memulakan pemeriksaan atau rawatan. Selesai rawatan pintu ditutup dan kita bebas untuk memakaikan semula pakaian anak atau bayi, menyusu badan dan sebagainya sebelum pulang. Saya dapati ada sekurang-kurangnya 6 hingg 8 bilik rawatan seperti tersebut dan doktor akan berulang alik antara bilik ke bilik bagi memberikan rawatan.
Ubat-ubatan
Klinik atau hospital di sini tidak memberikan atau menjual ubat-ubatan kepada pesakit. Doktor hanya memberikan ubat seperti suntikan atau hanya segelintir ubatan tertentu. Doktor akan memberikan “prescription” tentang ubatan yang kita perlukan dan membawanya ke farmasi untuk dibeli. Setelah itu borang prescription tadi akan dicop oleh farmasis sebagai tanda ianya sudah digunakan. Sekiranya memerlukan lagi ubatan maka harus berjumpa lagi dengan doktor. Bil-bil ubatan tadi boleh dihantar kepada syarikat insurans untuk pembayaran balik.
Kos Rawatan
Tidak saya nafikan kos rawatan adalah tinggi di sini kerana perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik. Kos untuk sekali berjumpa doktor sekitar €90 tidak termasuk ubatan. Kos membuat pemeriksaan bagi ibu mengandung adalah sekitar €250-€350 dan kadang-kadang mencecah €600 setiap kali temujanji. Kos bersalin normal/pembedahan termasuk kos wad dan pemeriksaan khas bayi untuk 3 hari adalah sekitar €2,500-€3,000. Jadi insurans adalah diperlukan untuk menampunng pembiayaan kos penjagaan kesihatan dan rawatan ini. Sila baca mengenai kos insurans kesihatan di sini.
Kesimpulannya
Lain negara lain sistem penjagaan kesihatannya. Di Jerman ini, penjagaan kesihatan adalah sangat baik dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.
Namun bagi saya sistem penjagaan kesihatan di Malaysia dengan adanya klinik dan hospital kerajaan adalah sudah cukup baik dan “world class” dari segi kemudahan, infrastruktur dan juga teknologi. Yang tidak “world class” adalah khidmat atau servis yang diberikan. Ada doktor dan jururawat yang sudah memberikan yang terbaik namun masih terdapat servis yang diberikan dengan muka yang masam, lewat, lambat dan sebagainya seperti seringkali yang dirungut oleh pelanggan.
Walaupun hospital dan klinik kerajaan memberikan perkhidmatan yang boleh dikatakan “percuma” namun servis yang diberikan tidaklah boleh dibuat sesuka hati atau mengikut mood. Servis haruslah yang terbaik dan sentiasa bagus selaras dengan kemudahan infrastruktur moden dan terkini yang telah disediakan oleh kerajaan.
Bagi klinik-klinik dan hospital swasta pula, biarlah servis yang diberikan selaras dengan bayaran yang dikenakan. Bagi saya hospital swasta di Malaysia ada yang sudah memberikan servis yang terbaik dan “world class” dan ada yang tidak namun bagi klinik-klinik kecil pula bagi saya servis yang diberikan masih tidak memuaskan.
Servis yang terbaik hanya boleh diberikan oleh pekerja kesihatan itu sendiri iaitu para jururawat dan juga doktor. Servis terbaik ini boleh dicapai melalui sikap amanah dan jujur ketika bekerja. Jika bekerja dijadikan satu ibadah, InshaAllah kita akan memberikan sepenuh tumpuan dan berkhidmat dengan penuh cemerlang. Jika bekerja dianggap hanya “makan gaji” untuk terima gaji setiap bulan, kita tidak akan dapat memberikan khidmat atau servis sebegitu. Kita tidak peduli dengan kerjaya kita, yang kita tahu cukup bulan dapat gaji.
Setiap kali pergi ke klinik saya akan terseyum mengenang kembali pengalaman ke klinik-klinik swasta dan juga kerajaan di tanahair saya. Doktor akan duduk bersandar di kerusi empuk beliau dan nurse akan membawa kita masuk. Sepanjang pengalaman saya hanya ada seorang doktor yang pernah bangun, bersalaman memperkenalkan diri beliau dan bertanya nama saya ketika saya masuk ke biliknya.
Kebanyakannya hanya duduk bersandar dan bertanya sakit apa dan kemudian dengan membuat pemeriksaaan nafas melalui stetoskop dan mengambil tekanan darah dan sambil menulis sesuatu di dalam kad dan menyuruh saya pulang. Saya menerima rawatan atau pemeriksaan tidak sampai pun 5 minit dengan caj sekitar RM25.00 tidak termasuk ubat. Bagi sesetengah hospital swasta dan kerajaan, servisnya lebih baik, doktornya lebih peramah dan mudah memberikan senyuman walaupun tidak bangun, bersalaman atau menyambut pesakit di pintu masuk.
Saranan saya
Kepada para pekerja kesihatan terutama doktor dan juga nurse tak kira samada di hospital atau klinik kerajaan atau swasta supaya memberikan khidmat yang lebih baik. Sistem penjagaan kesihatan awam di negara kita sudah berada pada tahap yang paling bagus. Sakit apa pun semua boleh dirawat di Malaysia, semua pakar ada, semua teknologi ada akan tetapi tanpa khidmat atau servis yang bagus, teknologi serta infrastruktur yang canggih adalah tidak bermakna.
Saya yakin 100 peratus yang kita mampu menaiktaraf atau memberikan servis atau khidmat yang terbaik. Bagi klinik-klinik swasta yang kecil, tak perlu lah lagi nak buat klinik cantik-cantik seperti di sini, cuma perlu bersih..yang sangat bersih. Kemudian ubah sikap dan layanan anda kepada para pesakit.
Ada 3 perkara utama yang boleh diubah tanpa mengeluarkan modal satu sen pun bagi meningkatkan taraf atau kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda.
1. Senyum – Mulalah dengan senyuman – walaupun penat bekerja seharian, senyuman akan mengurangkan rasa sakit atau tekanan para pesakit. Jangan sesekali bermasam muka. Ingat kerja adalah amanah. Anda memilih kerja tersebut dan anda tahu apa yang bakal anda hadapi apabila bekerja. Jadi, penat atau letih atau stress bukanlah satu alasan.
Saya faham bahawa para jururawat juga merasa stress berhadapan dengan kerenah pesakit yang pelbagai ragam. Anda harus ingat, mereka pesakit dan pesakit biasanya meragam dan anda juga apabila sakit akan bersikap sama. Jadi senyumlah, ianya pengubat resah, pengubat duka dan juga merupakan sedekah yang paling mudah.
2. Layanan – Kepada nurse atau jururawat, usahlah meninggi suara atau menjerit ketika memanggil nama pesakit. Boleh berjalan ke ruangan menunggu dan tanyalah secara lemah lembut manakah pesakit sipolan bin sipolan. Usah bermasam muka di kaunter pendaftaran. Apabila bercakap, pandanglah muka atau mata pesakit. Jangan bercakap atau berurusan dengan pesakit sambil bercakap dengan rakan kerja. Kerjalah dengan ikhlas.
Saya bagi satu contoh di sini. Sekiranya anda ke kaunter bayaran di supermarket di sini, apabila tiba giliran anda membayar, cashier akan memandang muka anda dan mengucapkan hello dan kemudian apabila selesai pembayaran akan mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kepada anda dan kepada semua pelanggannya. Walaupun ada seribu pelanggan beliau, perkara yang sama dilakukan tanpa mengira penat lelah. Ucapan tersebut adalah di dalam skop pekerjaan beliau dan beliau melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.
3. Iringi pesakit – Kepada para doktor, kalau boleh, bangunlah dari kerusi empuk di bilik anda. Apabila fail pesakit diberikan oleh nurse, bangunlah dan keluarlah dari bilik anda dan cari sendiri pesakit anda. Tegur dengan senyuman, perkenalkan diri anda dan mulakan perbualan kecil.
Alangkah indahnya sekiranya kita melihat seorang doktor keluar bertemu sorang nenek yang sakit dan memimpin tangan nenek tersebut masuk ke bilik rawatan dengan penuh senyuman. Kalau tidak pun, selepas nurse mengiringi pesakit ke depan pintu bilik, bangun dan keluarlah dan iringi pesakit masuk. Atau paling kurang (paling koman kata kawan saya) bangunlah dan bersalamlah dengan pesakit, kalau tak boleh bersalam pun cuma bangun dan senyum serta perkenalkan diri atau bertanya khabar.
Kalau klinik anda dilengkapi sistem bernombor pula, maka apabila pesakit masuk maka bangunlah dan berikan senyuman, berjabat tangan dan perkenalkan diri anda. Hormatlah pesakit dan pelanggan anda dan InshaAllah anda akan turut dihormati dan jasa rawatan anda akan dikenang sampai bila-bila.
Servis yang baik akan turut memberikan pulangan perniagaan yang baik, inshAllah. Jangan pula para doktor memberi alasan bahawa caj konsultansi yang kecil sekitar RM25 sekali rawatan di klinik swasta atau RM1 di klinik kerajaan tidak perlulah atau layak diberi layanan yang sebegitu baik. Adakah dengan konsultansi selama 3-5 minit itu sepadan dengan caj yang anda kenakan sebanyak RM25.00 tidak termasuk ubatan?
Kepada para pesakit pula, hormatilah nurse dan juga doktor anda. Mereka juga perlukan senyuman anda walaupun anda sakit, mereka juga perlukan pertanyaan khabar dari anda. Tidak salah masuk bersalam dengan doktor dan bertanya “Apa khabar doktor?” Tidak salah bukan?
Saya pasti ada jururawat dan juga doktor yang memberikan servis terbaik seperti yang saya katakan. Syabas saya ucapkan kepada mereka kerana anda bekerja dengan penuh keikhlasan. Apa yang saya sarankan adalah kepada mereka yang belum berbuat demikian. Sepanjang saya hidup selama hampir 35 tahun di Malaysia, belum pernah saya menerima layanan seperti tersebut kecuali hanya sekali dari seorang doktor di sebuah hospital swasta..dan tidak langsung di klinik-klinik swasta dan juga kerajaan.
Saya yakin para pembaca semua mengalami situasi yang saya ceritakan di atas dan saya amat yakin yang anda semua akan merasa gembira jika diberi layanan yang baik oleh para jururawat dan juga doktor sepertimana yang saya terima di sini.
Setelah meninggalkan negara agak lama adakah layanan yang diberikan kini sudah bertambah baik? Kalau belum, apakah pekerja kesihatan di Malaysia sudi untuk berubah dan menjadi yang terbaik?
ENTAHLAH…I Dont Know. Namun saya berharap servis yang “world class” dapat dipraktikkan di keseluruhan klinik dan hospital terutamanya klinik-klinik swasta di Malaysia. Klinik dan hospital kerajaan tidak mengapa, saya faham keadaan anda.
Aminnnn Ya Robbal Al Amin.
65 Comments
Terbaik tq for sharing. Mohon anda share ttg pendidikan esp sekokah. Sy guru nk tahu apa yg baik dr sana yg blh sy pelajari dr sana. Tq
@Nisa Swift InshAllah saya akan usahakan.
Teringat doktor yang pernah merawat saya di hospital Malaysia; beliau sendiri keluar ke pintu, mencari mata pesakitnya (terutamanya untuk pesakit follow up) kemudian menjemput masuk ke bilik beliau.
Apabila jururawat yang bersama beliau agak sibuk, beliau sendiri akan keluar mencari fail pesakit, dan mengajak masuk ke bilik.
Saya cukup terharu bila seorang doktor memberi 'kasih' seperti itu. Rasa disayangi 😀
Nampak simple tetapi sangat memberi kesan kepada jiwa pesakit.
Kemudian barulah saya tahu, beliau belajar etika tersebut di German.
Apa yang baik, molek sangat diserap ke sini.
Terima kasih Dr. Adilah Ahmat 🙂
@Nurhasanah Mazalan Gembira saya mendengarnya. Tahniah kepada doktor tersebut kerana berkhidmat dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Salam khairul,
Dkt my kg, ada one klinik yg dibuka oleh one canadian indian married to Malaysian indian..onr thing i noticed, dr sherly ni akan ambil sendiri ubat2 yg akan diberi pd pesakit dan akan explain sendiri dkt pesakit cara2 pengambilan setiap ubat..
Kudos to them 🙂
artikel yang bagus
Terima kasih
40% tax..nampak byk..tp klu kita kira tax yg kita kena byr kat sini + insurans + tol + medical bills yg x dicover oleh insurans + dental cost + roadtax + insurans kereta + saving utk education anak + harga brg keperluan asas yg melambung tinggi (harga ikan kerisi pun dah mcm as if ada emas dlm ikan tu..mahal giler) + security fee yg perlu dibyr utk keselamatan rmh + byran sekolah anak2..nampak jer mcm free tp bln2 mesti kena spare 300 utk byran security sekolah, komputer class..and if you’re laid off than that’s it..and if mother opt to care her newborn for a year boleh but the mother will hv to take unpaid leave which means less 1 income to the family..and the list goes on and on and on..
At thd end of they day we actually pay more than the 40% tax as what germany has imposed its citizen
Su,
Ini adalah komen yang paling bernas dan make sense yang saya baca daripada ratusan komen mengenai topik ini di fb page saya maupun disini.
Indeed, indirectly we pay more than Germans 🙂 Period!
Assalam KA…
Very good article ~ ada facts, ada comments & yg plg penting ada suggestions. Ada orang suka kondem je tapi tak bagi input for improvements. What u did is totally great!
Kat sini, rasanya tak byk improvement pun. Klinik & hospital swasta makin byk. Tp from my own experience, sgt sukar nak jumpa yg offer good service as compared to what u mentioned in German. Even kt private hospitals, waiting time lbh kurang mcm govt hosp, layanan doktor pn x mesra alam tp fee bkn main melambung.
But…no choice.
Just pray jgn jatuh sakit so that tak payah nak go thru all these troubles. 🙂
Wsalam Twin,
Harapan saya agar artikel ini dapat dikongsi kepada para jururawat dan juga doktor2 di Malaysia. InshaAllah satu hari nanti, mungkin esok atau minggu depan atau bulan depan atau tahun depan perubahan tersebut akan kita dapat lihat dan rasai. Aminnnn.
indah, permai, nyaman mmg nampak gambar ni cam xnak balik nak duduk lama kat situ.
Salam KA,
Good article..and nope…never in my entire life pergi klinik/hospital kerajaan saya dapat layanan macam KA di German. Malahan sangat teruk dan menjengkelkan…Even my father in law once admitted di salah sebuah hospital swasta pun nurse di situ bercakap dengan kasar and when it is time for doc buat checkup, dia halau orang2 yang melawat my FIL tu secara kasar..takdepun nak cakap elok2..and saya juga pernah pergi ke klinik where dia tanya kami suami isteri (dengan keadaan kami berdiri) samada kami tahu dia siapa atau tak…tak cukup begitu..beliau menolak kasar anak saya yang demam berumur 4 tahun dengan keadaan marah2 suruh pergi ikut nurse untuk check darah. Sampai 1 point x tahan dengan kata2 kasar beliau..saya keluar tanpa ambik ubat or buat bayaran dan pergi ke klinik lain. Tak dinafikan..bukan semua kasar dan takde senyuman..Tapi memang saya x pernah lagi jumpa servis yang sampai tahap di German tu..What u mention about services here memang banyak perlu di’UPGRADE’kan..Bila agaknya kesedaran sivik tu akan wujud? Entahlah..saya pun x tahu…huhu
W’salam Ogosh,
Terima kasih kerana membaca artikel yg panjang ini. Sama-samalah kita berdoa agar servis ini dapat dipertingkatkan. Sama-sama juga kita berubah ke arah yg lebih baik bagi mencapai matlamat tersebut. Mulakan dengan diri kita dan sarankan kepada keluarga dan rakan2 kita yg bekerja di dalam sektor kesihatan ini.
Setiap kali saya ke klinik dan hospital sejak balik ke Malaysia lebih 8 tahun lepas – saya sentiasa bertanya bilalah mereka akan berubah. Jadi 50% seperti di Jerman pun dah ok. Bertukar klinik gigi sahaja dah lebih 10 kali semata-mata nak cari service yang bagus sepadan dengan harga yang dibayar. Baru 3 minggu lepas jumpa klinik yang 90% hampir menyamai standard doktor gigi di sana dari segi peralatan, service, persekitaran klinik dan harga pun berpatutan.
Izinkan saya kongsi sedikit pengalaman semasa berurusan dengan pakar kanak-kanak di sana. Doktor di sini tak malu untuk menyelak Arzneimittelverzeichnis (pharmaceuticals catalogue) di depan kita kalau mereka tak pasti tentang kandungan sesuatu ubat. Pernah terjadi, saya meminta vitamin D tanpa gelatin untuk anak (kanak-kanak di Jerman diberi vitamin D selama 2 tahun selepas lahir kan). Mula-mula doktor mengatakan semua vitamin D yang beliau berikan ada gelatin. Saya berikan nama ubat dan pengilang lain dan tanpa berlengah dia merujuk ke katalog, meneliti ingredients dan memang betul, vitamin D yang saya cadangkan tidak mengandungi gelatin. Saya tak lupa senyuman doktor tersebut sambil berkata: “Von dem Tabletten ohne Gelatine habe ich bisher nie gewusst. Jeden Tag lernt man etwas neues.” 🙂 . Kita pun tumpang seronok sebab tolong beri info kat dia kan?
Malaysia boleh berubah jadi masyarakat seperti itu. Pupuk nilai-nilai murni dari rumah. Didik anak-anak kita dengan nilai yang baik sejak kecil, bukan mengharapkan kerajaan mendraf peraturan baru dan berkempen sahaja. Kita mulakan, insyaAllah harapan tidak hanya tinggal harapan.
typo.. sepatutnya, doktor di sana… 😉
Pn Zue,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan di sini. Alhamdulillah sebab ada juga klinik di sana yang setaraf servisnya dgn klinik di sini.
InshAllah mudah-mudahan servis kesihatan di Malaysia akan bertambah baik sekiranya kita semua berusaha ke arah tersebut.
saya tk boleh bandingkan perkhidmatan di malaysia dgn negara luar, tapi untuk bercerita tentg perkhidmatan di malaysia, saya rasa saya ada byk jugk pengalaman samada sebagai pesakit atau peneman pesakit. dah lama nak bercerita pasal pengalaman temankan mak buat rutin checkup di hospital kerajaan, tp tak tertulis2 lagi!
Cer cerita sikit Sue pengalaman yang paling best sekali 🙂
@Fauziah Azly Ehhh..saya nak balikkkkkk.
terbaik….fikir2 balik sayangkan kita dah ada semua kemudahan cuma cara `represent’ tu kurang sikit…baru2 ni saya ke salah satu gh di sini…kebersihan toilet mmg fail…mcm toilet pasar(mungkin pasar lagi bersih)…last week saya ke klinik gigi kerajaan di salah satu cawangan di Bukit Mertajam…cuma this time I puji…thumbs up…dari nurses ke doktor gigi mmg bagi servis yg bagus dan friendly…kalau en Khairul pergi pun mesti rasa bangga…:p
Itulah kan, kadang2 ke masjid tgk toiletnya sangat menyedihkan…kat public toilet yg free lagi lah teruk. Saya sedang mengarang artikel pasal toilet pulak ni.
Alhamdulillah ada jugak klinik yg bagi servis spt yg saya ceritakan.
Infrastruktur world class ttp pemikiran masih Asean. Apa yg bole diubah adalah menghantar sukarelawan remaja seramai mungkin utk kerja2 kesukarelawan bersama WHO atau UNICEF..kot2 ada yg balik membawa idea baru sprt penulis artikel ini..
( org kampung ni tn.)
Itulah, kita bahagian teknologi n infrastruktur (hardware) mmg world class tapi bab servis dan perlaksanaan (software) memang masih 3rd world. Tak perlu hantar sukarelawan ke who atau unicef, jadi sukarelawan di Malaysia spt Mercy, Islamic Relief dsb sudah cukup utk membuka mata disamping memberi pengalamaan dan idea kpd mereka.
Orang kg saya kat kedah ke ni?
Apa pendapat anda tentang dispensing separation yang hebat diperkatakan sekarang di Malaysia?
Klu saudara khairul Abdullah pernah merasa perkhidmatan hospital yg menjengkelkan pasti saudara akan dpt rasa perasaan sy seperti di atas. Mungkin pengalaman saudara yg indah2 shj.
Pendapat peribadi saya ialah kalau ini dilakukan di Malaysia, tak mengamuk orang kerana terpaksa diwajibkan bayar insurans setiap bulan…
En Abdul Rahman,
Sebab itu saya tidak sarankan sistem kita ditukar. Kita sudah punya sistem dan infrastrukurt (hardware) yg cukup bagus. Yang perlu di naiktaraf atau upgrade ialah servis (software) spt sikap, layanan, intergriti dsb lagi.
Laa kat sini ropenyer comment tu..patut x kluar kat article yg satu lg..haha
Can i share your articles in my blog..klu sempat nak kasi up satu entry..
cheers..
Tu lahhh i wonder gak, why komen kat sini 🙂 heheheh. Silakanlah kalau nak share.
Assalamualaikum Sdr Khairul,
After experiencing hospital care here and there … government or otherwise … for self and other family members … i would like to thank you for saying the things that I would normally left unsaid … like “sabar tak bertempat lah” saya ni 🙂
Terima kasih banyak for great saranan.
RLiM,
Takpelah sabar tu kan separuh daripada iman 🙂
Thanks for reading the articles.
Farmasi Pantai Hillpark Saya rasa Malaysia masih belum bersedia untuk memisahkan konsultansi dan pengambilan ubat seperti yg diamalkan di sini. Dengan adanya skim klinik panel di mana staff boleh pergi ke klinik dan dapatkan rawatan perubatan berserta ubatan sekali tanpa apa2 bayaran dan menggantikan dengan sistem di mana ubat harus dibeli, saya rasa tidak adil kepada pekerja/staff tadi. Dengan cost of living yg tinggi di bandar besar spt KL, pemisahan perubatan ini akan menambah beban kepada mereka. Namun sekiranya farmasi juga menggunakan sistem panel seperti klinik maka saranan tersebut saya alu-alukan.
Kena rasa layanan di hosp swasta di malayasia dulu. Huhu. Sekarang menunggu pun sama lamanya
sistem waktu temujanji harus diperbaiki. pesakit dan pengamal perubatan haruslah bersama sama mematuhi waktu temujanji
Correction: sabar itu sebahagian bukan “separuh” dari iman
Beban kerja yang tinggi adalah salah satu sebab kenapa servis perkhidmatan kerajaan tidak memuaskan. Bayangkan dalam satu hari klinik menerima lebih kurang 700 pesakit (paling minimum). KPI masa pula adalah servis tidak lebih daripada 30 minit untuk setiap pesakit.
Sebagai seorang yang menjaga bahagian farmasi dan berkerja di klinik, saya membuat perbandingan bahawa sistem boleh ditambah baik sekiranya melalui temujanji, sepertimana di UK dan Jerman.
Orang luar tidak memahami perit jerih kami sebagai penjawat awam di bahagian kesihatan. Selain prasarana dan infrastruktor yang tidak mencukupi, kerapkali rosak dan tidak diperbaiki serta kebanjiran pesakit walk-in adalah sangat membebankan.
Saya biasa mendengar dan membaca kisah begini pengalaman rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara sehingga ada yang menyatakan hospital di negara2 Barat lebih ‘Islamik” berbanding hosipital-hospital swasta Islam Malaysia. Pengurusan ala korporat di Malaysia masih baru, contoh institusi yang paling hampir di mana pengurusannya ala korporat ialah Lembaga Zakat Selangor.
Penulis blog ini mensarankan sesuatu yang belum di Malaysia. Situasi di Malaysia, isu utama yang diberi perhatian ialah mengurangkan nisbah bilangan pesakit bagi seorang doktor bermakna meramaikan doktor perubatan berbanding isu hospital/klinik kesihatan seperti art galery. Di Malaysia, dinding hospital kerajaan/swasta digantung atau ditampal dengan pelbagai poster mengenai penyakit/simptom sesuatu penyakit untuk memberi kesedaran/pendidikan kepada rakyat Malaysia. Kini, di Semenanjung Malaysia nisbah seorang doktor bagi pesakit ialah 1: 760 dan di Sabah & Sarawak nisbah seorang doktor bagi pesakit ialah 1: 1,500. Kerajaan Malaysia berusaha mengurangkan nisbah seorang doktor bagi pesakit kepada 1: 600. Faktor bilangan doktor dalam sesebuah negara mempengaruhi taraf perkhidmatan kesihatan di negara tersebut. Di negara2 maju termasuk Jerman, nisbah seorang doktor bagi pesakit ialah 1:400. Bukan sesuatu yang menghairankan jika perkhidmatan kesihatan di negara2 maju lebih baik berbanding di negara2 membangun.
Malaysia tidak mengamalkan sistem kad insurans kesihatan melalui kaedah pemotongan cukai individu tetapi hospital2 kerajaan/klinik kesihatan kerajaan di Malaysia menawarkan perkhidmatan kesihatan untuk pesakit2 luar dengan bayaran yang murah sebanyak RM1.00. Hal ini memberi peluang sama rata kepada rakyat Malaysia untuk mendapat rawatan dan ubat-ubatan sekurang-kurangnya di hospital2 kerajaan/klinik kesihatan kerajaan bagi penyakit-penyakit biasa seperti demam dsb. Bezanya di Jerman dan negara2 maju lain yang mengamalkan sistem kad insurans kesihatan melalui kaedah pemotongan cukai individu, rawatan kesihatan hanya diberikan kepada individu yang memiliki kad insurans kesihatan kerana individu tersebut telah membayar cukai. Perkara ini menyebabkan rakyat di negara2 maju terutama yang berstatus gelandangan walaupun bertaraf warganegara tidak mendapat rawatan kesihatan di negara yang mereka diami. Rakyat Malaysia membayar cukai tetapi wang cukai tersebut “diagihkan” kepada rakyat Malaysia yang lain terutama golongan yang tidak berkemampuan seperti dalam bentuk perkhidmatan kesihatan dengan mengenakan bayaran hanya RM1.00.
Rakyat Malaysia yang berkemampuan, sila dapatkan rawatan di hospital swasta, beri peluang kepada sesiapa yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di hospital/klinik kesihatan kerajaan. Ini mungkin cara terbaik buat masa ini untuk mengurangkan lambakan pesakit di hospital/klinik kesihatan kerajaan sehingga membuatkan tempoh menunggu yang lama walaupun perkhidmatan rawatan kesihatan yang disediakan pada masa yang sama menggunakan kedua-dua sistem iaitu temujanji dan angka giliran.
Cik Mistree,
Terima kasih kerana berkongsi “insight” dengan saya dan juga pembaca artikel ini. Saya memohon maaf sekiranya tulisan saya ini memberi tanggapan atau perspektif yang buruk terhadap sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Saya juga ada menerima email yang menceritakan tentang “keperitan” pekerja-pekerja kesihatan di sektor awam dengan kakitangan yang tidak cukup, pesakit terlalu ramai, kemudahan yang tidak cukup dan sebagainya lagi.
Saya percaya faktor2 tersebut menjadi punca kepada “kelemahan” servis yang sering diperkatakan. Saya juga yakin dengan cadangan saudari yang mana bagi yang berduit boleh pergi ke hospital swasta bagi mengurangkan beban kerja di hospital/klinik awam.
Bagi yang mendapatkan khidmat percuma di hospital/klinik awam pula, usahlah dibebani jururawat dan doktor dengan degusan, rungutan anda. Sama-samalah kita bertolak ansur.
Namun saya juga yakin, sekiranya kita semua bermuhasabah, bekerja dengan ikhlas walaupun terpaksa melayan karenah 1000 pesakit sehari InshaAllah, taraf servis ini akan meningkat dan keikhlasan di dalam menunaikan tanggungjawab tersebut mudah-mudahan akan dibalas oleh ALLAH S.W.T. Ameen.
Bukan nak mengutuk tetapi baru2 ini anak saya warded di salah sebuah hospital swasta yang tidak kurang hebat kalau mendengarkan namanya…tetapi service tahap sampah…sampai emergency 10 malam…jumpa doktor jam 11…jam 2 pagi baru masuk ward…from register desk to doctor attitude…perlu berubah…jgn buat hospital swasta sbg tempat utk mendapatkan pendapatan lebih sahaja ….ikhlas dan etika kerja perlu seiring…seronok dengar cerita Khairul Abdullah…mana yang bole dijadikan pengajaran supaya Malaysia bole berubah ke arah kebaikan adalah dialu-alukan…
Bukan nak mengutuk tetapi baru2 ini anak saya warded di salah sebuah hospital swasta yang tidak kurang hebat kalau mendengarkan namanya…tetapi service tahap sampah…sampai emergency 10 malam…jumpa doktor jam 11…jam 2 pagi baru masuk ward…from register desk to doctor attitude…perlu berubah…jgn buat hospital swasta sbg tempat utk mendapatkan pendapatan lebih sahaja ….ikhlas dan etika kerja perlu seiring…seronok dengar cerita Khairul Abdullah…mana yang bole dijadikan pengajaran supaya Malaysia bole berubah ke arah kebaikan adalah dialu-alukan…
Kos bersalin lebih murah berbanding malaysia dengan servis lima bintang dengan khidmat doktor yang bagus jika dibandingan kan dengan malaysia. dekat malaysia doktor masih lagi mengamalkan sikap negatif malaysia. Di malaysia juga boleh dapat servis begini yang diberikan oleh syarikat bagi mereka yang bekerja untuk sesetengah syarikat dari Eropah/syarikat dari Malaysia juga cuma servis dari kakitangan hopistal masih tidak menyerupai negara eropah. Sistem insuran untuk kakitangan pun sama cuma di malaysia sepenuh di carumkan oleh Company anda.
Kos bersalin lebih murah berbanding malaysia dengan servis lima bintang dengan khidmat doktor yang bagus jika dibandingan kan dengan malaysia. dekat malaysia doktor masih lagi mengamalkan sikap negatif malaysia. Di malaysia juga boleh dapat servis begini yang diberikan oleh syarikat bagi mereka yang bekerja untuk sesetengah syarikat dari Eropah/syarikat dari Malaysia juga cuma servis dari kakitangan hopistal masih tidak menyerupai negara eropah. Sistem insuran untuk kakitangan pun sama cuma di malaysia sepenuh di carumkan oleh Company anda. Cuma bab pengambilan ubat sahaja belum dipisahkan sepenuhnya di malaysia, mungkin hospital mahu mengambil keuntungan yang lebih.
Saya fikir, ramai yang komen perkhidmatan kesihatan di Malaysia, tidaklah bagus tara mana, rasa seronok dengar (sebenarnya baca) perkhidmatan kesihatan di negara-negara Barat bagus dan memuaskan hati bagi golongan yang berduit. Kenapa sesiapa yang komen sedemikian rupa, semasa di sekolah dulu, tidak belajar rajin2 sehingga masuk aliran sains? Selepas itu boleh ambil bidang medic di universiti dan beramai-ramai menjadi doktor perubatan untuk membantu atau mengurangkan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia terhadap perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Dulu belajar di sekolah tidaklah pandai sangat, tapi la ni nak komen macam pandai dari dulu lagi boleh jadi doktor perubatan.
If you’re at the airport and buy something for the trip,
you can save some checkpoint hassle by purchasing food and drinks beyond the security
point. Success depends on developing the skills to manufacture such products, and devising expertise to decorate the product to
make it look attractive to prospective buyers. Many flights with business class seats also offer
exotic dishes that passengers can relish during their Journey.
Bole tahan cun dia punyer nurse….ke ade inteview mcm pramugari nk jd nurse kat Jerman ni?
https://www.facebook.com/journeytohomelandbySSMY
Currently dua anak muda dr Malaysia berada di Berlin dan sedang dalam misi ke Kedutaan Malaysia di Berlin on Monday dan sedang mencari tempat bermlm. Appreciate if you could advise them, please.
Its hard for me to advise without knowing nothing about it or them or their whereabout or their names.
Salam. Saya plan nk holiday ke frankfurt. Cadang nk visit goethe universitat suka2 bukan atas formal visit or invitation. Adakh bole tourist membuat visit ke university sana atas dasar nk melawat saje? Sbb university di malaysia agak strict … dekat main entrance saje dh kena soal macam2 dgn security.
Tq atas posting2 yg menarik & informative
Banyak faktor yang menyumbang kepada perkhidmatan awam yang memuaskan. Antaranya, kesedaran sivil dan tidak kurang pentingnya ialah tahap sosio-ekonomi. Malaysia masih lagi tergolong dalam kelas dunia ketiga terutama yang melibatkan sikap rakyat. Selepas waktu pejabat, Unit Kecemasan di hospital kerajaan sentiasa dipenuhi dengan pesakit walk-in yang tidak dalam kecemasan pun. Ramai yang menjadikan Unit Kecemasan sebagai poliklinik; sakit demam dan selsema pun pergi ke Unit Kecemasan. Ini amat menjengkelkan kerana sikap mementingkan diri sendiri masih menebal dikalangan rakyat kita.
Benarlah servis kesihatan di Jerman lebih memuaskan berbanding di Malaysia. Benar juga bahawa servis kesihatan di Malaysia lebih baik dan lebih memuaskan berbanding di negara Asean lain (kecuali Singapura dan Brunei). Benarlah pengamatan orang dahulu kala sehingga ada pepatah berbunyi “ada harga ada rupa”. Di Jerman harganya mahal maka servisnya pun cantik, di Malaysia percuma maka servisnya tidak secantik di Jerman, tetapi masih dikira cantik juga.
Sekadar kongsi pengalaman. Tahun 1990 saya beli Toyota SE 1.3M dengan harga RM40k. Rasa lebih selesa memandunya berbanding memandu Proton Saga 1.5S M yang saya beli pada tahun 1993 dengan harga sekira RM30k. Apabila membeli Proton Wira 1.5i M pada tahun 2000 dengan harga RM47k, saya rasa memandu kereta Wira 1.5i M tu lebih selesa dengan memandu Toyota SE1.3M. Kesimpulannya, bukan nama atau tempat tetapi kos; kita akan dapat servis yang sama tarafnya jika sanggup membayar kos yang setara.
sy pnh jumpa doc yg senyum dan bangun bersalam dengan saya di KPJ seremban satu masa dulu, sy masih igt namanya sampai skrg
dan sy pnh jumpa doc yg lgsung x sentuh dan tengok muka masa bawak anak sakit ke klinik, slps kena komplen,,sy dgr doc tu kena buang dar klinik tersebut. emm
salam perkenalan, saya duduk germany jugak… 2 jam dari frankfurt… 😀 seronok bace blog ni 😀
Saudari Aisya,
Terima kasi kerana membaca blog saya. Boleh saya tahu Aisya tinggal di mana?
Seriously, bukan tak nak senyum. Skop kerja bukan satu iaitu mengadap pelanggan je (macam cashier). Skop kerja 10 dalam 1 sambil mengadap pelanggan. Tak sempat nak senyum. Dalam kepala macam2 nak fikir nak selesaikan kerja depan belakang tepi tengah. Badan ada satu je ni. Kerahan macam ada 4-5 orang. Dalam hati memang ikhlas, tak sempat nak pamer je ikhlas tu. So kalau ada orang kaunter yang termasam tu, harap maklum je lah.
Nanti balik Malaysia buat lah pulak kajian tentang beban kerja perkhidmatan kesihatan awam di sini. Baru adil nak banding. Kesian kami. Tak ada orang nak backup 🙁
Saudari Ani,
Seperti juga pekerja-pekerja cashier di Jerman ini. Mereka juga manusia yang tahu penat lelah. Skop kerja mereka juga bukan sekadar cashier sahaja spt yg awak katakan yakni 10 dalam 1. Di dalam satu pasaraya kecil yang bertugas cuma 3-4 orang di mana merekalah cashier, tukang susun stok, kira stok, tukang cuci, customer service dan macam-macam lagi. Sama juga dengan perkhidmatan kesihatan – di klinik swasta di sini nurse itulah tukang sambut tetamu, dia juga tukang check darah ambil blood pressure, dia juga yang membuang sampah, dia juga yg menjawab panggilan telefon, dia juga yang dikerah oleh doktor ke sana dan ke sini dan dia juga manusia biasa yang ada perasaan dan tahu penat lelah.
Namun mereka tetap menegur pelanggan dengan muka yang manis dan ucapan selamat apabila bertemu dan mengucapkan terima kasih dan selamat jalan setelah selesai membayar atau apabila berpisah.Ketika tengah sibuk dan kelam kabut berkejar ke sana sini mencari stok dan sebagainya apabila pelanggan bertanya sesuatu tetap dilayan dengan muka yang manis dan diakhiri dengan ucapan selamat tinggal dan terima kasih..ini kerana mereka bekerja dengan jujur dan ikhlas.Bukan setakat masuk kerja, buat kerja dan hujung bulan terima gaji sahaja.
Apabila kerja dengan ikhlas dan bermula dengan “Bismillahirrahmanirrahim” yakni dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, maka setiap ucapan salam atau selamat pagi,tghari, ptg dsb dan diakhiri dengan ucapan terima kasih dan selamat jalan yang diucapkan kepada pelanggan pasti dikurniakan dengan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Wallahualam.
Setelah membaca artikel KA, sy nampak yg ditekankan servis dan adab. Namun adab itu meliputi semua org bukan. Jd adab org malaysia yg dikatakan ketimuran, lemah lembut, bersopan, penyabar dan pembersih masih jauh dr org german. Adab dan rasa malu tu yg menjaga kita, dan terlihat dr aktiviti kita sehari2 wlu dlm keadaan letih sekali pun. Klu di malaysia biasanya expectation pesakit utk dptkan 110% layanan but never once smile n show respect to others, meanwhile the doctors think of themselves so righteous n powerful so dat they dont need to show respect. So org2 malaysia, jom mari kita didik diri sendiri dan anak2 utk lebih berbudaya sopan, memberi lebih drp expectation menerima. Dari pesakit hinggalah ke pekerja kesihatan. So dat we can be a world class citizen
Mama KL,
Betul tu Mama, apa yang saya sering tulis dan tekankan di dalam artikel saya adalah sikap, sifat dan adab. Alangkah indahnya jika sebuah negara yang majoriti dihuni oleh orang islam bersifat dan beradab seperti orang di negara maju..ataupun seperti orang Jepun. Sekiranya setiap pekerjaan dimulai dengan BISMILLAH dan niat kerana Allah SWT maka pasti akan membuahkan hasil kerja yang ikhlas lalu terpancar melalui perbuatan yang baik dan percakapan yang berbudi bahsa dan sopan santun tanpa keluh kesah dan muka yang masam mencuka. Apabila sesuatu kerja dilakukan semata-mata kerana bekerja untuk dapat duit maka begitulah jadinya.
Workload doktor yang overload, tambah layan karenah patient yang macam2, punca kenapa servis doktor dan juga staff2 tidak dipuas hati oleh pesakit. Doktor hanyalah manusia, sesetengah tidak dpt menahan perasaan, kerana stress yg dialami.
Salam,satu perkongsian ilmu yg sangat bermanfaat.saya percaya jika kita ambil ia dr sudut yg positif,insyaallah,kpdgn izinNya kita mampu perbetulkan sikap dan amalan kita kepada yg lebih baik.
pagar pon xde apetah lag pak guard, masuk je round2..nak masuk kuliah pon boleh, duduk2 dengar2
medical practitioners in Malaysia must change their attitude
Assalamualaikum, saya ingin melanjutkan pelajran di german dan ingin bertanyakan byk soalan boleh kah sekiranya tuan memberikan email tuan kpd sy
Waalaikumsalam, sila tengok di menu utama di ruangan contact atau like fb page saya.