Permohonan Sumbangan Projek Pembinaan Masjid di Kyoto, Jepun

Permohonan sumbangan projek pembinaan masjid di Kyoto, Jepun.

Kyoto Muslim Community (KMC) adalah organisasi berdaftar di Jepun di bawah ‘Ippan Shadan Houjin’ (一般社団法人) bercadang untuk membina sebuah masjid bagi mendaulatkan dan mengembangkan Islam di negara matahari terbit itu.

Pada tahun 2019, kontrak dibuat dengan syarikat hartanah Jepun di mana kos adalah sekitar 59 Juta Yen (RM2.39 juta).

KMC sudahpun membayar 10% dari jumlah kos kepada pemilik tanah dan 50% kepada syarikat hartanah.  Bakinya dipersetujui untuk dibayar selewat-lewatnya 30 Jun 2020.

Seandainya lambat, ada kemungkinan perlu membayar penalti kerana hilang hak kontrak.

Buat masa sekarang, 25% dari jumlah sumbangan telah diperolehi di Jepun sendiri.

Lagi 75% memerlukan bantuan kalian supaya lagi ramai orang Jepun mendapat berita Islam.

Klik pautan ini bagi menyatakan sokongan:
URL: https://www.launchgood.com/Kyoto_Mosque

𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢:

CIMB Account Bank
Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT)
Nama: DIDBMT ENTERPRISE
(No pendaftaran:002917724-D)
Current Account : 8603519647
Ref: Masjid Kyoto.

Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit (DidBMT) ialah satu pertubuhan yang dibuat bagi mendokong usaha dakwah ini.

Di Jepun, informasi mengenai Islam sangat sedikit.  Lebih dari 99.9% orang Jepun bukan beragama Islam dan mereka tidak tahu mengenai info Agama Islam yang sebenar.

Pada waktu sekarang KMC sedang mencari tempat yang sesuai bagi membuatkan mereka lebih tahu mengenai Islam.

KMC sendiri tidak dapat melakukan semuanya bersendirian.

Oleh itu, memerlukan dokongan daripada orang Islam di banyak negara bagi membantu kita semua sendiri, seterusnya dapat membina jalan ke akhirat yang lebih baik.

Mari kita sama-sama membina masjid ini.

Mohon lebih ramai orang share perkara ini.

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *