“Please Don’t Die Daddy, Please”

Saya dan Khaleef di hospital kerana ada janji temu dengan pakar psikiatri.

“Daddy, I miss my mommy.”

“I miss her too. We all miss her dearly.”

Dia rindukan ibunya.  Akhir-akhir ini dia kerap menyebut dan bertanya tentang ibunya.

“Kenapa abang tak menangis kalau rindukan mommy?”

“I can’t daddy, I am a boy, strong boy don’t cry.”

“It is ok to cry, you know?”

“Why my mommy die, daddy?”

Maka saya pun ulanglah jawapan dan penerangan yang sama buat kesekian kalinya.  Setiap penerangan perlu diberikan secara detail kerana dia akan sentiasa bertanya “why and why and why”.

Ditanya kenapa dah dibawa ke hospital, dah diberi ubat dan masih mati jugak.  Ditanya kenapa dia sayang ibunya dan dah jadi a good boy tetapi ibunya mati jugak.  Kenapa kalau Allah sayang ibunya namun bagi mati jugak.

“Semua orang mati ke daddy?”

“Yer semua orang akan mati, cuma kita tak tahu bila sahaja.”

“You don’t die, ok daddy?”

“I will die too someday.”

“But why?”

Dia senyap dan mengenggam tangan saya.  Saya pun ceritakan semuanya tentang kematian.

“Maktok, tokwan, makngah and uncle Rasis will die too?”

“Yes, eventually.”

Dia senyap lagi seraya memeluk erat tangan saya.

“Please don’t die daddy, please.  If you die no one will buat susu for me, no one will cook for me, no one will buy things for me.  I will have to take care adik and baby.”

Dia meruntun lengan saya.

“Please daddy, please..”

Air mata saya dah berjurai laju.

Jeda.

Setelah lebih 2 jam membuat penilaian, pakar psikiatri mengatakan yang Khaleef ada ciri Asperger’s Syndrome dan lebih kepada HFA atau “High Functioning Autism”.  Ujian-ujian seterusnya di dalam masa beberapa bulan ini akan mengesahkannya.

Saya bersyukur sahaja atas apa jua keputusannya.

Alhamdulillah.

#DiariSuperDaddy
#KhaleefSpeaks

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *