Sudah beberapa hari teringin nak makan kek. Boleh sahaja dibeli di kedai, tetapi hajat di hati nak buat sendiri.
Setelah selesai kerja saya menjelajah beberapa kedai untuk mencari bahan-bahan bagi membuat kek ini. Semua bahan yang diperlukan ada kecuali pewarna. Agak sukar mencari perwarna makanan kerana mungkin orang di sini tidak makan makanan berwarna (tiruan) merke hanya makan makanan “natural” sahaja. Saya tidak pernah melihat kek berwarna-warni di jual di kedai. Itulah tanggapan saya.
Namun akhirnya berjumpa juga di supermarket dengan pilihan warna yang terhad, iaitu cuma empat warna di dalam satu pek. Bolehlah…dari tiada langsung.
Teruja untuk mencuba resepi kek pelangi ini sebab kerap melihatnya di internet. Saya jarang membuat kek, mungkin boleh dibilang dengan jari berapa kali saya pernah membuatnya. Itupun cuma “buttercake” kegemaran saya. Apatah lagi nak menghias kek dengan “frosting” dan sebagainya.
Tekad di hati nak mencuba juga.
Akhirnya berjaya juga disiapkan walaupun sangat sibuk (sambil tengok bola Euro 2012 – Germany vs Netherland). Saya agak kurang berpuashati kerana warna kek tidak seperti yang saya harapkan di mana ianya agak pudar dan yang kedua pula sebab kek ini nampak sungguh “sememeh” iaitu tidak kemas kerana (ini kali pertama saya buat kek lapis dan “frosting” dan menurut adik saya, kerak-kerak kek tu haruslah dibuang dulu sebelum dilapiskan agar kemas dan cantik – saya baru tahu selepas beliau komen gambar kek saya).
[spoiler intro=”Resepi” title=”Klik Disini untuk Resepi”]
Kek Β RainbowΒ
1 1/2 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
2 sdb susu pekat
1 sdt serbuk penaik
5 bj telur A
2 1/2 cawan tepung gandum
1. Pukul gula dan majerin hingga kembang. Sebaiknya hingga gebu dan berwarna keputih-putihan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.
3. Tambahkan susu pekat diikuti tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik.
4..Kacau rata dengan spatula.
5. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak.
6. Tambahkan pewarna yang disukai. Seeloknya gunakan jenis gel supaya mendpat warna yg lebih terang dan cantik.
7. Sapukan loyang pembakar dengan shortening dan tabur sedikit tepung.
8. Masukkan satu bahagian dalam loyang pembakar (sy guna loyang 8 inci) dan bakar hingga masak pada 180 celcius. (lebih kurang 15 minit). Ulang untuk 5 bahagian lagi hingga siap.
9. Bila sudah sejuk. bolehlah lapiskan setiap lapisan dengan butter cream atau cream cheese. dan sapu bahagian luarnya dengan butter cream untuk menutup seluruh kek. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
10. Gunakan pisau yang dicelup dengan air panas untuk memotong kek supaya mendapat potongan yang licin dan kemas.
Butter Cream. / Crem cheese icing
250 gm butter/ cream cheese
200 gm majerin
80 gm gula icing/susu pekat (ikut manis yang disukai)
pukul butter atau cream cheese dengan majerin hingga kembang.Tambah gula icing dan pukul lagi hingga ringan dan mudah disapu.
[/spoiler]
Tetapi alhamdulillah, sedap. Dapatlah saya makan sepanjang minggu ni.
SILA KLIK UNTUK TENGOK PERCUBAAN KALI KE-3 SAYA BUAT KEK INI. LEBIH CUN WARNANYA!
Sanggupkah anda makan kek yang sama setiap hari berturut-turut sehingga habis? Entahlah..I Dont Know, yang pastinya saya tetap kena habiskan kek tu.









26 Comments
En Khairul,
Hmm walaupun first attempt tapi kek itu nampak sangat berjaya..jeless ni sebab saya pun belum pernah mencuba kek pelangi yang sedang havoc di KL ini selepas red velvet..dan saya fail kalau nak buat frosting tu..
Ok..makan sepanjang minggu sampai habis ya? Mwahahaha…samalah..sendiri buat sendiri makan, hik!
Cik Shasha,
Hajat mulanya nak buat layer cake resepi you tuh…tapi nampaknya macam sangat ler complicated…so tukar..buat rainbow cake nih π
Makan mesti mau habis…kalau nak muntah pun sumbat jugak …hahahah
wow! saya pernh berhajat nk buat tapi tak buat2 lagi.. tk sangka u boleh buat kek sebegini.. err.. menjadi la.. i sendiri pun tk pasti bleh buat sebegitu menjadi atau tak! hahahaha….
Su,
Saya pun tak sangka saya boleh buat kek. π
Nanti kalau u dah buat, tunjukan saya yer. Dan satu pesanan…buang kerak2 dulu sebelum dilapiskan.baru cantik..tak macam saya punya.
fabolous!! (>.<)
T,
Terima kasih.
Nice cake..
BH,
Thank you. But yours is thousand time better.
Salam Yob Khairul,
melampaulah…kek pun pandai buat!
Akak pertama kali buat kek 2 minggu lepas, memang makan tiap2 hari, terpaksa…kalau tak sapa nak abiskan?
But ur cake looks marbeles! Congrats!(nada jeles!)
Salam Kak Yong,
Marbeles ke kak? saya nampak sememeh jer….baru tadi adik saya cakap (dia memang pembuat kek) yang kerak2 kek tu kena buang dulu sebelum di “layer”kan barulah hasilnya cantik katanya. Sama lah kita kak..memang sendiri kena habiskan π
Caya lah sempat lagi buat kek….
Sarina,
Dah teringin..kena lah buat. Takde jual kek tu kat sini :D.
Hopefully I can taste ur cooking one day..
BH,
You will π
Hebatlah..aku yang rajin nih pun belum pernah buat..heheh..congrats..
As,
Ish hang….buatlah kat anak2 tu kalaupun takmau buat kat abg Pi’e. π
waaa… tetiba kau kasi aku rasa nk makan kek.. heee
Iskk..tak baik jeleszz..mwahaha..sila buat lagi dan lagi lama2 cantik larr kek tu En Khairul…practise make perfect! Ecehh…:)
tak kira..nak jeles jugak. Nak buat kek lain plak lepas ni. π
As salam Khairul,
Beberapa kali dtg ke sini cuba drop komen tp xboleh.. ni pun trial & error shj… tak tahu kenapa…
Hish… terror bebenor dah ni! Cayalah! Tak lama lg boleh bukak restauran di Germany :))
Kat sini dah masuk winter, but still xberapa nak sejuk…hehehe… masih ade lg yg vogel2 di pantai! :))
W’salam Marya,
Blog saya kot yg problem. Tapi takpe dah berjaya pun. Ohh kat Peru dah masuk winter yer? cepat bebenor.
mcm pro laa terer
Cik Dayah,
Terima kasih.
seriously awesome !
menjadi inspirasi nieh π
Saudari Erlina,
Terima kasih π
en.khairul,pnat m’cari resipi nie..bru jmpa
tringin nk try π