
Dah lama saya tidak menulis tentang masakan atau berkongsi resepi di sini. Setelah hidup berubah bergelar “Daddy” ni maka masa terluang dah tidak banyak seperti dahulu. Nak masak pun payah apatah lagi nak ambil gambar masakan atau shoot video. Gambar pun shoot pakai handphone sahaja sekarang ni.
Namun disebabkan keteringinan isteri nak makan kek coklat maka saya pun buatlah.
Setelah dimuatnaik gambar di Facebook page saya, ramai pula yang meminta resepi maka saya pun kongsi di FB.
Namun untuk rekod, saya perlu tulis di sini bagi memudahkan rujukan saya dan juga orang lain di masa hadapan.
Hidangan – 4 Kek Coklat.
Bahan-bahan:
5 sudu besar butter
100gm coklat gelap (satu bar coklat standard)
2 biji telur saiz besar
1 kuning telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko
1 secubit garam
4 paper cup atau 4 ramekins – disapu butter
Cara penyediaan:
Panaskan oven – 200degree (atas bawah) 180degree (hot air/udara panas)
Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara βdouble boilerβ , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer. Β Angkat dan biarkan sejuk seketika dan hidangkan.


Boleh dihidangkan bersama aiskrim vanilla bagi menambahkan kelazatannya.
Ada juga yang bertanya kepada saya, macamana nak buat inti “lava” atau coklat yang cair kat tengah tu. Sebenarnya “lava” tu adalah hasil daripada adunan kek yang tidak masak sepenuhnya, jadi ia tidak mengeras dan jadilah “lava”.
Selamat mencuba!
![]()
Β







106 Comments
Assalamualaikum KA,
Kecur air liur K.Sham tgk.. kena p KFC jugak lepas ni.. beli yg dah siap jer..
salam khairul,
yess!!!! i tertunggu2 bila u nak update pasal chocolate lava cake ni..finally… i bought few ramekins few years back..hasrat hati nak buat chocolate lava tapi sampai ke sudah tak buat-buat..hehehe..
W’salam Sue,
Huish..dah bertahun2 beli tapi tak guna? Buat hiasan jer kot π Boleh ler guna ramekins tu lepas ni yer.
Hi Khairul….i admired with your blog and FB…..i had tried Roti Jala(from your FB page) with chicken curry (my creation)…wow….its really delicious…Now i have to try Chocolate Lava Cake….well decide to try on coming Valentine Day dinner……wish its will turn well…… thank you for your recipe…..
Hi Mrs. Leela,
Youre most welcome. Thanks for reading myblog and FB and dare to try my recipes π Hope it will turn out well for you. All the best!
@Kak Sham Kat KFC ada jual eh? eh? Ker KFC Kuwait jer?
Rasanya di Kuwait saja kut.
Btw, byk lagi fast food provider yg ada coklat lava ni.
Even.. Domino Pizza pun ada jual jugak.
P/s;
Mabruk.. for the “org baru”..
Ohhh..saya dah lama tak masuk fast food..so tak tau apa yg diorang jual π
p/s:
Terima kasih
It’s been awhile.. Btw, ur cake looks good and sinful! I would also love to congratulate u on the new addition of the family.
Indeed.. π
Thank you very much.
patut lama menyepi…tahniah atas kedatangan org baru..
Terima kasih π
Salam KA…resepi dh amik kat yr FB tp tak buat lagi…hehe,.weekend hr tu buat cracker layered w cream cheese…menjadi sangat!!..senang pulak tu..main susun2 je..my kidz suka sangat..tp caramel je yg takde..tq fr the recipe. baby khaleef cepat besar ye..boleh main masak2 dgn daddy..
W’salam Eza,
TQ kerana cuba resepi cream cracker tu. Kena ada karamel sos tu lagi umphhh!. Haha baby Khaleef dah besar nanti pasti kena masak2 dgn daddy π
adui..
tersiksa jiwa raga tgk coklat lava cake ni
td dah tgk kt blog kak sham, skrg kat blog KA
Irfa, apa susah..pegi beli jer mcm Kak Sham tu π
haha,betul tu
kat dominos ada rasanya
Ohhhh…baru jer kot ada..dulu2 takde rasanya.
mudahnya la plak, buat kek ni. dah baper kali dah tgk dlm masterchef us atau australia, diaorg suka la buat kek coklat lava. nampk mudah, tapi cam susah nk jadi (kalau nk ikut standard gordon ramsay la kan).. hahaha…
Kalau nak ikut resepi chef2 tu memang sesetengahnya agak complicated lah, nak kena waterbath bagai. Saya pulak jenis nak permudahkan semua benda so..modified sikit ikut kemudahan diri sendiri. Yang penting jadi. Rupa sama dan rasa pun sama π
Salam Khairul, wahh vavavoom betul larva choc cake ini. Saya nak cuba soon. Normally kalau nak makan saya pi Secret Recipe je sbb depa ada kek tu. Dah tau cara buat ni blh try. Sikit lagi mesti Khaleef pun masuk dapur gak yer hihi
LW,
Kalau saya jumpa kat kedai tak kuasa saya nak buat sendiri, baik beli jer. Sikit lagi junior mesti kena paksa masuk dapur hehe. π
sedapnya tgok..terliur..hehe..kalau nk steam brpe lma ye?
Jangan lebih dari 15minit.
wah….dah daddy rupanya….tertinggal train la i nih…congrats ya…
Aah la, awak tertinggal train ;). Terima kasih yer.
terima kasih bang! wah tau tau sudah daddy!
tahniah! balik Malaysia jangan lupa maklum k, ada studio nak kidnap, hihi
Terima kasih π InshaAllah nanti saya maklumkan. Jangan kidnap yer..takut dengar.
hahahah
assalamualaikum abam KA,
big congrats for ur new family member. best wooo ada baby, seronok layan keletah dia. padanla tiap kali jenguk sini selalu fikir, aikk, takde update entry? rupanya ada permata baru dalam hidup. *ok entry ayat power dah abis. now soklan lak.
boleh explain macam mana nak buat kek ni kalau guna steamer? kukus atas dapur. boleh ka abam?
danke!
W’salam Iz,
Thank you very much. Indeed being a father change my routine a lot..so busy like bee π
Pasal kek ni, cara buat dia semua sama cuma last sekali masukkan dalam steamer instead of oven sekitar 13-15minit. Kukus atas dapur boleh, kukus dalam oven pun boleh. Takde teknik khas utk kukus ni kecualiiii nak guna teknik waterbath. Kena masukkan adunan ke dalam ramekins. Kemudian ramekins tadi di susun di dalam dulang pembakar dan masukkan air panas ke dalam dulang/tray/loyang tadi separuh dan masukkan ke dalam oven selama 13-15minit.
ooooo, maknanya boleh kukus atas dapur mcm buat kek coklat kukusla ye? cuma dipendekkn masa mengukus, do i need to cover up the whole cake using aluminium foil during steaming process?
** punya cahayamata mmg satu perkara yg super ultimate untuk seorang daddy. hehe. jgn lupa dptkan semua suntikan imunisasi yg perlu utk elakkan dia drpd terdedah pd mcm2 penyakit. tak pasti sistem suntikan baby sana sama tak mcm di Malaysia. tapi digalakkan dapatkan suntikan tambahan yang tidak diberikan kerajaan sbb penyakit skrg dah bijak2 belaka. Abam KA, jgn lupa snap pic baby bnyk2, tu semua kenangan yg sgt ulung. *standby termometer sentiasa, brand Braun is a good choice π
Yer, boleh kukus secara normal tak perlu cover dgn aluminium foil bagai.
**Sistem suntikan bayi di sini adalah berbeza. Sistem rawatan kesihatan juga sangat berbeza. Selepas keluar dari hospital, first visit to the paeditirician adalah selepas umurnya 30 hari. Suntikan pertama adalah pada usia 3 bulan, itupun tidak wajib hanya voluntarily.
Semalam baru nampak lava cake ni dalam blog orang lain. Hari ni nampak lagi kat blog ni. Tak boleh jadi macam ni. Kecur air liur meleleh sudah. Mesti nak cuba juga. Nampak macam mudah aje, tengoklah menjadi ke tidak percubaan pertama nanti.
Mummydearie,
Selamat meleleh air liur dan selamat mencuba saya ucapkan. Semoga berjaya yer π
woowww… fav ni… tqs for the recipe… yg ada dlm koleksi ni lain sikit.. will try this one nanti..
pehhh… saya dah try baru je kejap td buat ikut resepi awak ni… mmg superb… anak2 smua mkan smpai licin.. thanks…
@Sya Syuhaddie Sama-sama dan terima kasih kerana mencuba π
KA, sy dah try recipe ni. Rasa wise mmg sedap. sy substitute to brown sugar instead.dgn quantity yg sama. guna oven 180 deg hot air. bake apprx. 10 mins, and lava takde dah. huhu..next time time perlu dikurangkan..
Lava tak ada? Hmmm…oven you panas terlebih kot or oven i yg terkurang panas. Takde pulak orang lain yg komen kat sini kes yg sama. Apa2 pun terima kasih kerana bagi feedback dan memang kena cuba kurangkan masa pembakaran atau kurangkan kepanasan. Selamat bereksperimen yer π
Salam…
1stly, congrats on ur new born..moga menjadi anak yg soleh dunia n akhirat..
2ndly, thanks for ur recipe…penah tgk dlm tv, mcm senang..bila tgk recipe bro, mmg ternyata nampak senang lg..(kih..kih..) cumanya nak tanya, yg pukul campuran tu, nak kena lama ka? dan, perlu pakai mixer ka?
Thanks in advance for ur upcoming feedback…^_^
W’salam,
Nak pukul tu tak perlu lama, memadai pukul dengan tangan. Tapi kalau pakai hand mixer lagi mudah.
Pertama Kali buat menjadik bangga betol la thank recepi anda Dan juga teknik2 yng anda syorkan. saya guna kekdah pengukus Sbb oven x ade haha….
Wahhhhh…tahniah saya ucapkan π
Ya Allah droΓ²ollliiinnnggg….meleleh air liur tgk kek u ni huhu memang wajib kene try la gini..
@Najwa Salwa Ismail Uishhhh..wajib try ni! Rugi kalau tak try
InsyaAllah…dh buat nnti i share ek haha tgk jd ke x hihi
boleh try weekend nie…tq
salam, resepi nak simple, hasil superb
@Rasdan Mohd
Selamat mencuba π
kalau guna cara kukus/steam brapa lama nak kukus?
nak try la
Boleh kukus sekitar 13minit.
Sedapnyaaa… mai ckit hehe
Aslmkm K.A…saya dh test resepi ni…bahan2 smua complete…Masa bakar pn dh set ngam2 13minit…tp nape xjd lava ekk…ciput je lava tu huuuu…anak saya pn gelak nak mkn ngihngih…
Adakah sbb size ramekins saya kcik sgt…
Waalaikumsalam Pn Azura,
Resepi tersebut hanya dapat 4biji sahaja dan kalau dpt lebih maknanya ramekins tu kecil. Apabila kecil maka waktu dlm oven tu kena kurangkan sikit sekitar 9minit. Sila cuba lagi yer. Tak semua orang berjaya pada percubaan pertama. Good luck
kalau camtu btul la adunan sy tu..sbb mmg dpt 4biji..kek naik cantik dan sedap..mungkin sbb kepanasan oven xsetting btul…sbb nk test oven baru bli tp xreti nk set hiiii..hari ni nk test lg sbb smlm xjd lava pn habis gak ngihngih..Tq KA kerana berkongsi ilmu π
Saya dah buat… Mmg menjadi.. Tp saya pakai teknik kukus.. Jd ler… π
Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan:)
mmm saya pn dh bt dh…berkali kali heeee. Sbb dh menjadi n sdap sgt2…n try guna white coklat mmm berbeza rasa tp sdp sgt :)..Tq KA…berkat ilmu u tu…Tqtq
Alhamdulillah dan terima kasih kerana mencuba. Gembira saya mendengarnya.
dah cuba resepi.. best sgt.. senang sgt buat.. terima kasih bagi resepi..
Menarik sungguh your choc molten larva ni, just found your blog. Interesting! Should try this using your recipe. Tq for sharing.
Nak betulkan sikit kak..bukan "larva" tetapi "lava" π Larva tu anak nyamuk lava ni yg keluar dari gunung berapi tu. Apa2 pun selamat mencuba saya ucapkan dan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen.
Sama-sama dan terima kasih kerana mencuba.
Haa betul… Excited sgt.. Sampai ke larva jadinya. Hehe
Assalam..chef nk tnye kalau kita buat yg besar brape lama kita kne bakar..atau xjd kalau buat yg besar..tq
Waalaikumsalam saudari,
Yang besar tu berapa besar? kena tengok saiz juga, tak perlu lama cuma tambah 1-2 minit sahaja.
p/s: saya bukan chef π
Assalam kak blh x sy nk mtak no.akak ..nk wsap akak psal kek ni..
Saya abang bukan akak.
Maaf kito xthu etk..nk tnya mcm mne cklat yg dlm tu blh jd cair gtu ea??
Iqra' (Bacalah). Jika anda baca betul2 apa yang saya tulis maka anda akan tahu kenapa coklat tu cair sebab saya sudah ceritakan di atas. Atau jika awak baca semua komen2 di bawah juga anda akan tahu kenapa coklat itu cair. Bacalah.
K..tq ..abg khairul..sy d fham..
Sama-sama. Selamat mencuba saya ucapkan.
Inshaallah..berehh bohh
Sy ade try resepi lava cake tp from other blogger.. Gune teknik waterbath.. Tp kan kek sy yg mengeras hanyalah part atas.. Lain lain jd mcm pudding je.. Help me bg pendapat
Puan Bazlin,
Puan buat waterbath tu guna air panas mendidih atau air sejuk? Kalau guna air sejuk atau air biasa memang tak mengeras lah bahagian bawah sebab kepanasan tak cukup walaupun dah 15 minit dalam oven.
Kalau dah guna air panas mendidih tetapi bhgn bawah masih cair maknanya kena bake lama lagi lah. Slow atau turunkan temperature oven dan bakar extra 5-7 minit mcm tu.
Kalau tak pun cuba bakar macam biasa spt resepi saya.
Good luck.
Terimakasih kongsi resipi hihi
Sama-sama π
Yummy recipe and it wasn't so sweet … So just perfect. But only thing is 13 min dah tak Ada lava. Next time must take out earlier. Thanks for sharing
Panaskan oven dengan 200 degree, jadi bakar kek tu guna 180 degree ye?
Panaskan oven kalau guna api atas bawah set pada 200degree tapi kalau pakai hot blower yg gambar kipas tu set pada 180degree sahaja. Jadi kalau guna api atau panas atas bawah maka bakar pada 200degree dan kalau pakai hot blower bakar pada 180 degree.
Salam. Nak tanya klu sebelum bakar or kukus simpan dlm peti brapa lama yea. yg diberitahu 5 minit. Klu lebih bole ke maksud sy dlm 24jam bole ke.
Ila,
5 minit sudah memadai di dalam freezer (beku) keluarkan dan terus masuk oven dan bakar sekitar 13 minit. Kalau masuk dalam fridge 24 jam maka keluarkan dan biarkan sekitar 10 minit mcm tu kemudian baru masukkan dalam oven.
Aslmkm Khairul. TQ ya, Along dah cuba dan sedap. Along share kat blog Along di sini: http://www.homekreation-recipes.blogspot.com/2015/04/chocolate-lava-cake.html
Assalamualaikum,
Saya dah cuba.
Tapi x jadi cair coklat kat dalam tu.
Dia jadi macam kek coklat lembap.
Apa yang kurang ye?
Rabiahtuladawiah MusaTakde yg kurang, mungkin oven anda terlebih panas atau terlebih masa. Setiap oven berbeza, kadangkala bagi bacaan suhu tak betul. Jadi cuba kurangkan kepanasan oven atau kurangkan masa dari 13 minit kepada 10 minit sahaja. Cuba lagi!
Mungkinlah masalah oven.
Saya cuba lagi
terima kasih ye. π
Assalam tuan khairul.. sy nak tau coklat lavani boleh tahan berapa lama kalau simpan dalam chiller
Khairul Abdullah salam , nak tanya pakai tepung apa yee ? gandum ke ? or ?
pakai tepung apa ye ?
Tepung gandum.
Khairul Abdullah tak menjadi lahh :'( sedihnya , exam xlama lagi !
Titi Mia Kat mana yang tak menjadi??
Lembik2,
Titi Mia Kepanasan oven tak betul lah tu. Perlu kepanasan serta masa pembakaran yang tepat untuk dapatkan bentuk seperti dalam gambar.
Kalau dgn cara steam tue cmne ye?
Assalamualaikum.. Nak tanya kalau bakar guna mikrowave bole ke?? nak bakar berapa lama yer?
Sama macam steam pau, steam ikan dsb.
Saya tak pasti boleh ke tidak sebab tidak pernah cuba. Anda boleh cuba tapi masa tu kurangkan separuh dari 12 minit kepada 5-6 minit sahaja. Cubalah kot2 jadi.
Assalam.
Bakar tu 200 C kee
Yer, 200 degree Celcius.
Guna chocolate apa ye?
Gunakan sebarang coklat bar yang anda gemari. Jangan pulak guna white chocolate, jgn guna chocolate yg ada hazelnut ke etc. Guna coklat biasa tak kisahlah jenama apa pun.
perghhh terbaik
Oh my gaaaahhhd Chocolate my favorites *wipes keyboard* :))
ni kaedah waterbath ker? or boleh bakar dlm cup mcm biase?