• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Resepi Mudah Kari Kepala Ikan Salmon

30/05/2014

Kari Kepala Ikan Salmon-Feat

Hari ini isteri saya keluar ke pasar nak beli barang untuk masak tengahari katanya. Sekembali dari pasar saya disuruh untuk menyiang dua kepala ikan salmon untuk dibuat kari. Saya muatnaik gambar kepala ikan tersebut di facebook dan ada yang bertanyakan resepi. Jadi di sini saya akan kongsikan resepi kari kepala ikan salmon yang dimasak oleh isteri saya.

Saya tak pandai buat kari atau gulai ikan, kalau ayam atau daging saya “terrer”.

Berikut adalah resepi  yang diberikan oleh isteri saya. Kalau ada yang tak kena maknanya resepi tersebut tidak diberikan lengkap kepada saya.

Resepi Kari Kepala Ikan Salmon

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.
  • 2 bungkus rempah kari ikan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 8-10 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili merah – terpulang ikut kepedasan masing-masing.
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • garam secukup rasa
  • sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

  1. Bancuhkan serbuk kari bersama 2 cawan air dan pes asam jawa kemudian ketepikan.
  2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halba campur sampai naik bau. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.
  3. Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.
  4. Tambahkan air mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
  5. Kemudian  masukkan kacang bendi dan tomato dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.
  6. Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.
  7. Siap dan hidangkan.

Kari Kepala Ikan Salmon-small

Kari ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas dengan ulaman atau hirisan timun dan sambal kicap. Selepas 2 hari, kuahnya bolehlah dicicah dengan roti atau lempeng.

AMARAN – jangan kerap sangat makan kari kepala salmon ni nanti kepala jadi botak! Yer botak sebab duit habis banyak.. ikan salmon ni mahal kat Malaysia kan?. Kat sini sangat murah sebab orang sini tak makan kepala ikan, satu kepala bersaiz besar (sebesar pinggan) cuma berharga 2 Euro.

Selamat mencuba saya ucapkan kepada yang nak mencuba kari ini. Kalau sedap bolehlah rekomenkan kepada kawan-kawan.

signature

abdullahcara memasakcara membuatdengan santangulaiikankarikari kepalakhairullazatmerahnyok2resepi mudahsalmonsedaptanpa santantenggiri
Share

Blog  / Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Mudah Yang Orang Lelaki Wajib Tahu
16/12/2016
Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015
Cuti Bersalin Setahun Dan Dapat Duit Setiap Bulan
03/10/2015

6 Comments


Nasa Mulia
31/05/2014 at 6:41 am
Login to Reply

mesti mesti murah kt jerman kan? kat sini kalau dapt selalu steam jer…makan gulai kurang sket.



Khairul Abdullah
31/05/2014 at 7:09 am
Login to Reply

@Nasa Mulia Kat sini satu kepala tak kira saiz cuma berharga 2Euro, sangat murah.



Cik Misstree
31/05/2014 at 8:21 pm
Login to Reply

Bagi saya, sebut tang sedap, ikan salmon tak boleh lawan ikan jenahak 🙂



Zanariah Mohammad
05/06/2014 at 3:39 am
Login to Reply

terbaik…..tak de guna santan/susu. Ikan salmon di Tesco Ampang la ni… datang tanpa kepala.



lenda
06/07/2014 at 5:59 am
Login to Reply

kepala salmon ni nmpk agak menakutkan … hehehe … jgn marah … ai suka mkn kari tapi ta pandai buat … :-p



Qider
19/09/2014 at 4:35 am
Login to Reply

Saya pernah rasa kari ikan salmon, erm agak tak kena dengan tekak 🙂 Tapi mungkin kalau guna kepala ikannya, rasanya boleh tahan juga..menarik betul gambar, nampak sangat menyelerakan



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved