
Semalam dalam perjalanan balik ke rumah, singgah di sebuah kedai yang menjual ikan-ikan segar. Tengok ikan salmon yang besar tergolek tu tiba-tiba terliur, nak makan salmon. Jadi saya beli 4 ketul – di potong dari seekor salmon yang bersaiz besar di hadapan saya. Setiap ketul bersaiz besar dari tapak tangan seorang dewasa.
Harga untuk 4 ketul tersebut adalah Euro10.00.
Sampai di rumah sudah hampir jam 5 petang – manakala jam 6.00 saya ada janji dengan rakan-rakan untuk bermain badminton. Jadi saya sediakan makan malam ekspress untuk isteri seperti tajuk di atas. Selepas post gambar di facebook page saya, ada pulak yang bertanyakan resepi – jadi saya kongsikan resepi saya disini.


AMARAN – Ini adalah 100% resepi saya dan ini juga adalah kali pertama saya masak salmon sebegini. Jadi sekiranya anda ingin mencuba – ia adalah di atas risiko anda sendiri. Sekiranya tak sedap di tekak anda, jangan marah saya yer.
Pan Fried Salmon With Potatoes and Asparagus
Bahan-Bahan
1 potong/ketul salmon bersaiz sederhana atau besar.
1 biji kentang bersaiz sederhana – dikupas dan dibelah dua.
5 batang asparagus bersaiz besar atau sederhana – dicuci dan toskan.
1 biji lemon
Sedikit daun ketumbar
Minyak zaitun.
Butter.
Cara Penyediaan
Bersihkan salmon dan kemudian taburkan sedikit garam dan lada hitam di kedua-dua belah dan ketepikan.
Didihkan air dan rebus kentang sehingga empuk dan masukkan satu sudu butter dan secubit garam.
Gunakan lesung batu atau blender – masukkan sedikit daun ketumbar, dan bawang putih kemudian tumbuk atau mesin sehingga hancur. Kemudian keluarkan, dan masukkan ke dalam bekas lain dan masukkan2 sudu minyak zaitun, sedikit perahan lemon dan juga garam. Kacau sebati dan asingkan.
Panaskan kuali leper atau non-stick pan, masukkan 1 sudu minyak zaitun dan masukkan ikan salmon tadi. Garingkan kedua-dua belah ikan tersebut dalam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam oven untuk 5 minit lagi (tak perlu masukkan pun tak apa, tapi goreng salmon sehingga 7 minit). Angkat dan hidangkan di atas pinggan.
Sementara itu, matikan api di rebusan kentang tadi dan masukkan asparagus seketika (sekitar 30 saat) dan kemudian toskan.
Hidangkan salmon bersama kentang dan asparagus dan kemudian renjiskan sos yang dibuat tadi ke atasnya.

Senang saja kan? Selamat mencuba kepada Milly Jamilah yang bertanyakan resepi ini kepada saya. Jangan tak cuba pulak, penat saya taip ni.
![]()







30 Comments
woaahhhh… yummeh…
Yeah..yummeh
salmon and asparagus…eemmm yummy…
Yeah..i guess both make a perfect partner π
woww., nampak sedapnya. tapi sayangnya saya tak makan ikan.
Ehh…tak makan ikan? rugilahhhh π
Ehh…tak makan ikan? rugilahhhh π
Saya first time beli dan masak ikan salmon following En. Khairul’s recipe and my family really loving it! Yummeh! Thanks so much ya.
asta lavista lah salmon..terbaik!
huh penasaran tengok salmon dgn aspragus tu!
Haha..nanti sampai sini leh makan salmon puas2 π
Assalamualaikum KA,
K.Sham "kurang" makan ikan salmon tapi still.. looks very very veryyy la sangat sedap.
P/s;
Batu lesung tu sangat "authentic".
Saya pun kak..setakat makan seketul boleh lah..lebih2 nanti macam nak uweekk jer π
Lesung batu tu import dari malaya.
1. Asparagus dipatahkan bahagian yg keras. Ambil bahagian yg lembut sahaja. 2. Panaskan periuk yg berisi air hingga mendidih.. 3. Celur seketika ( dalam 2-3 minit shj ) asparagus dalam air panas⦠kemudian angkat asparagus dan segera masukkan ke dalam mangkuk yg berisi air sejuk bercampur ais⦠4. Selepas itu toskan asparagus tersebut dam masukkan kedalam bekas. 5. Masukkan sedikit garam, minyak zaitun dan serbuk lada sula/ serbuk lada hitam.. 6. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan bersama ikan salmon dam hirisan lemon.
Salmon hanya sedap grill jer,kalau gorang rasa pahit.
Tidak jugak..kalau kena caranya, salmon goreng lebih sedap dari grill.
tak pernah makan salmon goreng rasa pahit setakat ni. tu burn kot π
Betul, saya juga tak pernah makan salmon rasanya pahit. Tentu goreng atau grill tak kena caranya.
Memang menyelerakan betul… (^_^)
Memanggggg… π
untungnya isteri
dapat suami pandai masak π
Ish..tak ler pandai..cuma suka memasak.
bro suhu oven tu brape?
Suhu sekitar 180-200degree, preheat dulu oven pastu masukkan sekejap sahaja sekitar 3 minit. Kalau tak masukkan ke dalam oven pun tak apa.
juz wanna say that i love ur blog..im very lucky ..basically im not so into readin’ blogs..but i do love yours..simple n humble…nice to meet you anyway π
Nunu,
Thank you for reading and enjoying my blog. Really appreciate that!
makasih resepinya kk anak2 suka sangat mkn ikan salmon nnt blh lah saya coba
salam. ni kak nak cuba juga resipi ni. nice picture ,tentu sedap ..
Add a comment…
Dr pg td saya dok mencari resepi yg senang dan ringkas utk masak ikan salmon ni..akhirnya jumpa juga so sabtu ni boleh lh saya cuba resepi ni…terima kasih Mr Khairul Abdullah berkongsi resepi…
Selamat mencuba π