Krismas dah hampir tiba. Salji dah mula turun setiap hari.
Di dalam kesejukan dibawah paras beku – sekitar 0 hingga negatif 6 darjah celcius, manusia mula sibuk. Membeli belah untuk menyambut krismas. Pasar Krismas penuh dengan pengunjung – walaupun di dalam keadaan hujan mahupun salji.
Semalam 7 Disember 2012 jam 7 pagi, satu gerabak keretapi laju ICE dari Kutub Utara (North Pole) telah singgah di stesen keretapi besar Frankfurt sempena St. Nicholas Day ataupun Hari Santa.
Dibawanya segerombolan Santa yang mula bertugas memberikan hadiah kepada semua.
Video di atas adalah “Flashmob” yang dibuat oleh syarikat keretapi Jerman iaitu DB (Deutsch Bahn). Saya terlepas menyaksikannya kerana dibuat seawal jam 7 pagi (saya keluar rumah selepas salji berhenti iaitu jam 10 pagi )
Begitulah kemeriahan sambutan Krismas di seluruh Jerman – apatah lagi di ibu negaranya Berlin, pasti lebih hebat.
Saya cuma nak tunggu Christmas Sale – nak borong sakan.
Insya Allah – di entri yang akan datang saya akan ceritakan tentang Christmas Market dan…. pernahkah anda melihat pokok krismas hidup yang setinggi bangunan 6 tingkat yang diangkut menggunakan trailer 18 tayar dan memerlukan 3 kren besar untuk menegakkkan, serta memasang lampu dan dekorasinya?
ENTAHLAH..I Dont Know…but I sure have seen one.
Enjoy the video peeps!
25 Comments
sila ceritakan pada kami yek? syiok nyeee kn? sure murah gilerssss
Semestinya Beb 🙂
christmas tree yang tinggi macam dalam cerita mr.bean.. hihihi…
xmas sales adalah paling best.. too bad sales kat sini tak kira lah musim perayaan ape masa sales dengan tak sales sama je harga..
dalam cerita mr. bean yg mana eh? memang..xmas sales sangat best 🙂
merry christmas mr.bean kot if i’m not mistaken..
ahh jelesnye dapat shopping sakan.. wonder whether you guys will get white christmas..
Ohh..ok. I think we will surely get white xmas this year..unlike last year. Its starting to snow everyday now…in fact its snowing while im writing this comment. According to weather forecast..it will snow for the rest of the weekend and also the following weeks.
Everybody is hoping for a white xmas here:)
that is so exciting.. i miss the snow.. buatlah lagi video snow with the snowman.. it sure fun..hehehe..
Hahaha..sure will 🙂
did my earlier comment go into the spam box again???
Indeed….was in spam box 🙂 sorry eh.
Assalamaualaikum Yob, oh hoh ho ho udah meriah deme ye. Krismas ni budaya jer pd kebanyakan deme, gi gereja ntah berapa kerat. Kat Msia pun lebih2 buat deko, tp yg tengok seronoklah, macam pesta. Yaa SALE yg sonok tu kan!
W’salam Kak Yong…yer betul tu, semata2 budaya jer ni. Tapi memang seronoklah kita tengok kan..meriah sungguh. Sale tu memang besttt.
Skrg nih mmg trend flashmob everywhere, aite? i like the one at the Antwerp station (Belgium) with the Sound of Music (Do Re Mi). Fun and creative. Have you seen it?
ps: Tuan blog, kalo gi shopping sakan tu nnt, jgn sampai tak hengat dunia pulak eh? hohoho…:)
Aah..for the past years..flashmob ni dah jadi trend kot. Yeah i’ve seen that one. I Like 🙂
ps: tuan blog kalau shopping tak mcm orang pompuan. Just grab and go barang yang perlu sahaja.
apaa????? wahhh terkejut nih..
nak borong sakan?? ni yang tak best niiiii…. ni yang tak best nii… sebab i tak dapat nak joint nak borong sakan sama… why laa kat malaysia ni tak mcm tu.. sales pun ala2 jer..mesti LV, burberry, prada murah kan??
Err…LV, Burberry, Prada, Gucci, Tods semua tu i tak sure lah pulak kan…tapi mesti lah ada sales dan pasti lebih murah lah.
kat KL pun demam flashmob tapi kalau preggy moms yg dok buat lagu tu…sure weirdkan pemandangan..that day i tengok iklan pampers…adehhh depa dok menari tengah org ramai..i tatau nak cakap apa..
ok so u dapat hadiah apa santa bagi? hik!
Preggy moms pun buat flashmob jugak? hmmmm.
Belum jumpa santa lagi.so belum dapat hadiah ler 🙂
Alahai christmas sale kat mall2 di LA best sangat..akak pernah beli set tidur piere balmain dengan harga US 30 hengget je….beli kat gudang murah dan berbaloi sangat.
Akak pernah tengok pokok christmas yang besar dan tinggi di Las Vegas…..terpegun kejap dan cantiiik sangat hiasan nya.
Sama laha Kak, sekarang ni kalau pegi factory outlet store lagi best…beli 3 helai jeans levis yang bernilai RM700 cuma dengan harga RM240. Beli sepasang kasut yg bernilai RM400 cuma dengan harga RM120. Sangat berbaloi.
Wahhh…kat Las Vegas pastilah semuanya grand2 kan.
wah seronoknyeeee..happy shopping!beli banyak2 pass tu bole buat kuiz kat sini dan bagile hadiah tu kami we all nih..hahahah..saya pun shopping gak..shopping back to school untuk my heroes & heroin..huhuuh..
Nanti saya buat kuiz yer..bagi soalan senang2 dan semua orang oleh dapat hadiah yer:)
Dah hujung tahun ni biasalah kan parents kena shopping brg2 sekolah.
yesssseerrr..kawan2 semua, KA bermurah hati nak bg kita hadiah nih…toce toce..apakah kuiznya?..kita tunggu jer la ye..
Err…gulp!:) Insya Allah..nanti ada masa i buat ler kuiz..takpun i buat kuih..boleh pakat2 makan yer.
KA,
Best wooo Las Vegas…akak pergi 7 kali, Reno pun akak pergi…masa akak duduk LA…kakak sulung akak pun duduk sana…husband dia dulu set up kontena nasional di amerika so mereka ada van yang lengkap dengan tv, dapur dan tempat tidur jadi mereka selalu bawa kami berjalan…alah lagipun dari LA ke Nevada hanya 200 lebih km je melalui Mojave desert alah macam dari kl ke jb je.