Sekolah Pilihan Khaleef – Aku Kena Pecah Tabung Weihh..

Aku cakap dengan Khaleef yang aku nak tukarkan sekolah dia.
Dia tak berapa puas hati sebab kena asingkan dari adik-adik dia. Tapi lepas dijelaskan panjang lebar, dia faham kenapa dia perlu berpindah sekolah.
Dia setuju, dengan syarat sekolah tu mesti bagus.
Kemainnn.
Aku pun contact beberapa sekolah pendidikan khas (special needs) berdekatan dan hanya 1 sekolah sudi menerima setelah aku cerita perihal Khaleef. Tapi kena pre-screening dulu. So aku pun bawaklah dia ke sekolah tu untuk ditapis dulu.
Dalam kereta dia tanya aku.
“Daddy, have you ask the teacher or anyone about the school?”
“Err…why?”
“Make sure it is a good school daddy!”
“Yerr a good school.”
Dia nak sekolah yang dia boleh belajar sains, ada makmal dia nak buat eksperimen campur segala bahan kimia. Dia nak sekolah yang dia boleh melukis sahaja dan tak ada siapa nak kacau dia.
Dia nak kawan-kawan yang boleh bercerita tentang Milky Way dan Dwarf Planet atau neuron dan hemoglobin.
Yelah, yelah. Aku iyakan sahaja.
Sampai sekolah tersebut dia pun buatlah screening. Lepas tu diorang kata ok dan ceritalah apa yang diorang boleh offer untuk Khaleef. Paling best memang ada lab sains untuk eksperimen bagai.
Aku pun macam teruja lah, apatah lagi Khaleef.
Sekali, bila dengar jumlah yuran dia, aku terus pengsan.
Kah kah kah.
Lepas post status ni aku nak pecah dan kira duit dalam tabung ayam dan arnab tu. Kalau tak cukup aku pecah tabung gajah pulak. kalau tak cukup lagi aku check kat dalam tabung sotong.
Tabung rimau kira last resort.
Tabung Haji…hmmmm.
Sekian.

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *