Sesekali Perasaan Itu Datang..

Tadi ketika sibuk melayan kerenah anak-anak sewaktu makan malam, tiba-tiba terasa hati bagai ditusuk sesuatu.

Perasaan halus tajam menikam-nikam di hati.  Rasa syahdu, sayu dan sunyi walaupun di sebalik keriuhan dan bising suara anak-anak.

Rasa kosong, rasa sepi.

Entahlah.

Sukar nak ungkap, sukar nak cerita bagaimana perasaan tu.  Tidak sedih sebenarnya tetapi macam dalam dunia ni hanya ada kami berempat sahaja, walaupun hakikatnya di luar masih meriah dengan dentuman mercun dan bunga api.

Mungkin rasa tidak lengkap atau rasa kehilangan atau mungkin juga rasa kesunyian.

Tidak tahu yang mana satu.

Sesekali dia datang memang sangat menusuk dan menghiris rasanya namun tidak sampai cedera.  Hanya kenangan sewaktu bersama datang bertimpa-timpa.

Itu sahaja.

Mungkin mereka yang kehilangan pasti biasa merasai perasaan yang sama.  Tidak boleh diungkap atau dicerita, hanya tahu merasa dan simpan sendiri sahaja.

Begitulah.

Entah esok atau lusa perasaan itu akan kembali.

Tenang-tenang sahaja.

#diarisuperdaddy

p/s: Mereka yang pernah kehilangan, mohon kongsi perasaan anda.  Nak tahu juga bagaimana rasanya.

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *