Siapa Yang Sendirian dan Kesunyian?

Siapa yang sendirian dan kesunyian?

Bahaya weh, boleh jadi depression, boleh kena penyakit juga.  Aku ni sesekali sunyi jugak dan benda ni kadang-kadang buat aku jadi stress dan dapat sakit.  So jangan ambil mudah yer perasaan sunyi ni.

Yang fefeeling lonely tu, jomlah baca 5 cara berkesan menghadapi kesunyian.

1. Senaraikan akitiviti yang kita boleh buat seorang diri.  Biasanya kita cari orang samada kawan, keluarga atau sesiapa sahaja untuk teman kita.  Namun cara tu tak kekal.  Bila depa takdak, kita jadi sunyi balik.

Pakar kata, better dating dengan diri sendiri.  Pi tengok wayang sorang-sorang, keluar shopping, pi makan sedap-sedap, relaks kat spa atau buat apa sahaja aktiviti yang kita nak sangat buat sebelum ni.  Kalau tak pun buat aktiviti di rumah.  Memasak, menjahit, mengemas, membaca, movie marathon atau sebagainya.

2. Cari aktiviti yang kita boleh bersendirian dengan orang lain.  Aah pelik pulak bunyi dia.  Macam ni, buat aktiviti yang menempatkan diri kita di kalangan orang ramai.  Macam join aktiviti berdemo di jalanan (contoh okeh), kita duduk di kalangan ramai orang tapi masih bersendirian.

Atau contoh lain join kelas menulis, kelas fotografi dan sebagainya.  Atau paling baik pergi masjid atau surau dan join dengar ceramah atau kelas pengajian.  Akan dapat duduk bersama ramai orang dalam kelas namun tak semestinya berkenalan dan berkawan.  Namun kalau dapat kawan itu sudah bagus dan kalau dapat awek atau boyfriend, itu sudah kira bonus.

3. Senaraikan nama orang yang kita dapat join depa bila kita rasa sunyi.  Senaraikan sebanyak mungkin tak kiralah ahli keluarga, kawan sekerja, kawan sekolah atau sesiapa sahaja.  Jangan harap kat sorang atau dua jer, nanti depa pun stress asyik nak layan kita.

4. Memberilah atau giving back.  Antara benda yang boleh buat kita tak sunyi adalah dengan join kerja-kerja amal.  Bila dapat bantu orang kita akan rasa best dan paling penting kita akan rasa dihargai dan diperlukan.  So takdelah rasa terpinggir atau rasa loser lagi.

5. Cuba bersosial, walaupun rasa tak nak.  Antara sebab kita sunyi adalah sebab takde partner yang sentiasa ada dengan kita.  So kena cuba cari partner.  Cubalah bersosial.  Kalau tak suka in real life, cuba di media sosial dulu.  Slow-slow bagi dapat keberanian tu.

Haa, gitulah serba sedikit.

Paling penting kita kena recognise perasaan “sunyi” tu dulu.  Jangan fight dia sangat.  Layan jer sekejap, jangan lama-lama.  Sebab sunyi ni adalah perasaan, bukan fakta.  Ditengah hiruk pikuk orang ramai atau anak-anak pun kita tiba-tiba boleh rasa sunyi, kan?

So its ok.

Kunci dia adalah kita tukar “loneliness” kepada “solitude”.

Bila berseorangan, perasaan sedih kesunyian tadi tukar kepada seronok.  Best berseorangan ni, kita “at peace” dapat buat macam-macam tanpa gangguan, tanpa komplen dari orang lain.  Nak solat pun aman, nak mengaji pun aman, nak berdoa sambil menangis teresak-esak pun aman.

Haa gitu.
#SuperDaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *