Tak Sihat

Tak sihat hari ini.

Dari semalam tekak sakit dan hari ini selsema.  Sakit kepala, rasa lesu, lemah dan tak selera.  Jadi duduk diam-diam sahaja layan anak-anak.

Masak pun yang simple sahaja untuk mereka.  Mujur petangnya adik datang bawak makanan.  Lega juga dapat makan habis walaupun tekak sakit dan tiada selera.

Dah malam macam ni satu apa pun belum siapkan untuk sekolah esok.  Ada pakaian di dalam mesin basuh yang belum dikeluarkan.  Ada juga pakaian yang dah kering di dalam dryer yang dibiar sahaja.

Rasa nak pejam mata dan tidur lena sahaja sepanjang hari tetapi apakan daya.  Tak berani nak tidur takut nanti apa sahajalah yang dibuat budak bertiga ni.

Maka sekarang ini sangat penat dan lesu.

Nak tidur sahaja.

Lupakan segalanya.

#diarisuperdaddy

Anda juga mungkin nak baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *