Teringin Bekerja di Luar Negara? Ini Peluang Anda.

Pasti yang ramai teringin atau mengimpikan untuk tinggal dan bekerja di luar negara apatah lagi di negara yang mempunyai 4 musim.

Pasti ramai yang teringin dan mengimpikan untuk memakai jaket tebal yang cantik ketika keluar pegi bekerja seperti yang sering ditonton di kaca tv.

Betul kan?

Jadi kepada sesiapa yang mengimpikan perkara tersebut, ada peluang untuk anda. New Zealand, sebuah negara yang cukup cantik mengeluarkan visa khas yang dipanggil Malaysia Working Holiday Scheme, tetapi hanya untuk mereka yang berusia18 tahun sehingga 30 tahun sahaja.

Yang dah lepas usia 30 tahun…kena cari alternatif lain di negara yang lain.

Berikut adalah pautan ke laman web tersebut. Klik di sini.

Skim ini dipanjangkan oleh seorang rakan saya di Facebook beliau. Menurut laman web mereka, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dan dalam masa 5 hari bekerja anda akan dihubungi melalui email dan memberitahu samada permohonan anda sudah lulus ataupun perlu menghanar dokumen lain yang diperlukan bagi menyokong permohonan anda.

Mudah bukan?

Winter in Auckland – New Zealand

Walaupun visa serta permit kerja yang dikeluarkan adalah sementara iaitu cuma 6 bulan, tetapi itu adalah batu loncatan yang terbaik untuk anda mula bekerja dan memohon permit kerja tetap.

Permit kerja dan permit penduduk adalah antara perkara asas yang paling diperlukan untuk membolehkan anda bekerja dan tinggal di mana-mana negara  – kecuali Malaysia sebab anda adalah warga negaranya.

Sekiranya anda masuk ke sesebuah negara melalui visa pelancong – anda dibenarkan untuk tinggal di sesebuah negara tersebut tidak lebih dari 3 bulan kebiasaannya – kecuali di UK selama 6 bulan (bagi pemegang passport Malaysia). Namun di dalam tempoh tersebut, anda sama sekali tidak dibenarkan bekerja.

Tips penting mengenai permit dan visa.

Walaupun visa serta permit kerja yang dikeluarkan adalah sementara iaitu cuma 6 bulan, tetapi itu adalah batu loncatan yang terbaik untuk anda mula bekerja dan memohon permit kerja tetap.

Oleh itu, dengan program ini, anda telah berjaya mendapatkan dokumen asas yang paling penting di dalam proses untuk bekerja di luar negara iaitu Permit Kerja. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, ini adalah merupakan batu loncatan terbaik. Ketika mula bekerja, anda boleh memohon untuk terus bekerja dan perlu meyakinkan majikan anda untuk mengambil anda bekerja secara tetap. Perlu tunjukkan kualiti yang ada pada diri anda.

Sekiranya majikan anda bersetuju maka pihak majikan akan membantu anda mendapatkan permit bekerja secara tetap. Oleh itu akan mudah bagi anda untuk memohon Resident Permit (permit penduduk) bagi membolehkan anda terus tinggal di negara tersebut melampaui tempoh visa anda.

Namun – ianya tidak semudah ABC. Anda disyaratkan untuk mempunyai sejumlah wang bernilai sekurang-kurangnya NZ2,250 atau RM5742 di dalam akaun anda sebagai kos sara hidup anda di sana nanti. Bagi pendapat saya, kos tersebut amat berbaloi dan anda pasti mengeluarkan kos yang lebih daripada itu untuk mendapatkan permit kerja sekiranya bukan melalui program ini.

Dan harus di ingat – permit tersebut tidak datang sekali dengan tawaran pekerjaan, anda perlu memohon sendiri kerja yang anda inginkan.

Program ini hanyalah untuk bekerja sementara selama 6 bulan di New Zealand, namun seperti yang saya katakan tadi -bagi yang berhasrat untuk bekerja di luar negara, ini adalah batu loncatan yang terbaik untuk anda. Dan harus di ingat – permit tersebut tidak datang sekali dengan tawaran pekerjaan, anda perlu memohon sendiri kerja yang anda inginkan. Boleh dibuat melalui 2 cara iaitu phon secara online atau selepas dapat permit ini, terbang terus ke sana dan carilah apa jua pekerjaan yang anda inginkan.

Adakah anda berminat? ENTAHLAH..I Dont Know – tapi saya pasti ramai, kerana saya sering menerima email dari pembaca yang bertanyakan cara-cara untuk bekerja di luar negara.

KLIK DI SINI UNTUK TIPS LENGKAP BEKERJA DI LUAR NEGARA

p/s : Kepada pembaca yang ingin bertanyakan soalan – sila baca dan faham terlebih dahulu artikel ini. Kemudian klik link yang saya berikan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut di website tersebut. Baca dan fahami..dan kalau tak faham jugak barulah ajukan komen/pertanyaan/soalan kepada saya. Jangan sembrono bertanya soalan tanpa memahami artikel ini sepenuhnya.

Dimaklumkan juga yang saya tidak tinggal dan bekerja di New Zealand – sebaliknya di Jerman. Jadi jangan bertanya kepada saya tentang pekerjaan, penginapan, tambang penerbangan, hotel dan sebagainya.

Artikel ini hanyalah salah satu perkongsian peluang yang saya jumpa untuk anda semua. Harap maklum.

Untuk tips lengkap sila klik di sini

78 thoughts on “Teringin Bekerja di Luar Negara? Ini Peluang Anda.

  1. Assalamualaikum KA,

    Interesting.. unfortunately kami ber-2 dah 4’series. So over qualified la pulak. Kununnn.

    Dulu masa baru berhijrah mmg seronok kena pulak 1st job kat Argentina. La ni, kalau blh nak balik Tanah Malaya jer..

    Tp apakan daya, rezeki kami masih di sini..

    BTW, thank you for sharing. Don’t mind kalau Kak Sham share info with my friends ya.

    • W’salam Kak Sham,

      Haha..dah 4 series tak boleh dah. Betul kak..kat mana pun kita tinggal..Tanah Malaya tetap di hati.

      Nak share? Silakan…:)

  2. Hola Khairul!

    Wah ramailah yg apply nnt ni! Bolehlah apply jugak, dpt kerja petik apple pun jadik lah…hehehe…

    Anyway, thank you sharing… Bagus betullah awak ni :)

  3. Alamak, dah terlebih sukatan, kalau tidak boleh try…tapi ramai kawan2 kata, paling lama pun seronok lima hingga enam tahun je, lepas tu mula le sebut alangkah bestnya kalau dok ada KL..betul ka gitu Khairul? Eh u dah berapa tahun di Frankfurt?

    • Oh…LW pun dah terlebih sukatan :)

      Betul kot..tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat bermain. Bagi yang tinggal di luar negara semata-mata untuk bekerja, mencari rezeki dan menimba pengalaman pasti akan pulang ke Malaysia. Kecuali yang dah berkahwin dgn mat/minah salleh la. Kebarangkalian utk balik adalah sangat rendah.

      Ini adalah tahun kedua saya di sini.

  4. KA dah sihat ke? kembali menulis nih..thank you for the info..boleh pass ke anak buah yang duk mencari kerja tuh..zaman kita dulu tak banyak peluang mcm nih..

  5. hahaha… baru jer nk berangan sebb baca bawah dulu baru baca intro. rupa2nya, sama cam LW, terlebih sudah! hahahaha…

    kononnya berangan nk bawak diri la..padahal speaking pun berterabur.. hahahaha..

    • Su pun terlebih sudah yer….:) cer google website immigration negara lain pulak..mana tau kot2 ada had umur yg lebih tinggi sukatannya.

      Speaking berterabur tu perkara kecil jer..boleh disusun kembali.

  6. KA

    Anak akak pernah bekerja di Australia 2 tahun pastu permit kerja tak dapat sambung…balik buat MBA dan sambung kerja di tempat yang sama di Australian Co di Solaris habis MBA terus kerja IBM dan sekarang dia cakap bila bila masa je dia boleh ditransfer ke Luar Negara sebab dia jaga Account untuk Asia Pacific……so kita tunggu je lah kalau ada rezeki dia nanti.

    • Ohhh..gitu. Saya ada seorang rakan di IBM dan selalu travel. Baru saja datang ke frankfurt beberapa minggu yang lalu. Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar..datang ke Jerman dan mengajar orang Jerman. Saya kagum sebab ada anak melayu datang mengajar orang jerman.

      Utk anak akak..good luck saya ucapkan. Semoga ada rezeki beliau nanti. Aminnn

  7. ok, terlambat sudah… dah BMW 4 series dah….
    same goes to siapa2 nak kerja kat malaysia pun kan.. ada permit belajar tapi belajar mengurut kat rumah2 gelap… ha ha ha…saban hari keluar news pasal menda2 nih…

    • Haha..dah masuk 4 series jugak. Takpelah..datang bercuti lagi best apa :)

      Betul..ramai menyalahgunakan visa. Kat sini majikan sngat strict…takde permit kerja..memang tak dapat kerja lah. Tapi foreign student kat sini walaupun takde permit tetapi dibenarkan kerja..bersyarat.

  8. aiyayaaaa… dah terlebih sudah.. anyway tqs for sharing.. boleh roger2 kat sedara mara.. 10 years in vietnam memang kami dah rasa puas duduk tempat orang.. pejam celik nak masuk 5 years dah balik malaya ni.. tapi pengalaman duduk tempat orang, tu yg tak boleh dibeli.. insaf jadinya.. apa lagi 3rd world country..

  9. ala..nape baru tahu pasal ni?umur dah lebih 30.huhu
    tapi NZ adalah negara yang x boleh saya lupa.
    suasana dan juga orang2nya..nak pegi lagi sekali ke NZ dan pernah berangan dgn en abe nanti nak duk NZ bila dah pencen..tah hapa2 punya berangan

    • Sama-sama kak. Kita kena sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang lain.

      Kawan saya tu kerja apa (nama jawatan) saya tak tahu. Yang saya tahu di travel merata2 ke IBM office seluruh dunia dan mengajar whatever IBM punya sistem to the staff/vendor etc.

    • Saudari Marini,

      Sudahkah saudari pergi ke laman web tersebut? Sekiranya saudari sudah melihatnya saya pasti saudari akan jumpa cara-cara untuk memohon. Buat masa ini permohonan sudah ditutup kerana sudah penuh dan akan dibuka kembali pada bulan januari nanti.

      Untuk pengetahuan saudari, saya bukanlah ejen atau bekerja dengan pihak tersebut. Jadi saya tidak dapat menjawab soalan saudari dengan terperinci tentang bagaimana untuk mendapat kerja di sana.

      Harap maklum.

  10. Kenapalah iklan2 sebegini tak pernah keluar sedekad yg lepas? Nasib baik tak berminat (ayat nak cover sukatan terlebihlah tuu..)he3

    • Betul lah kan…kalau tak dah lama kita ramai2 pakat dok kat oversea. Tapi kan…kalau iklan ni memang dah keluar sedekad yang lepas…masih cukup sukatan atau terlebih sukatan jugak ? hehehe :)

  11. yeay ade harapan lagi :)
    tq share.. sy tgh consider bbrp negara utk sy migrate. ade cdgn lg? so far, yg mudah nk dpt, AUS, NZ, germany pn mcm best. hehe..

  12. Im so interesting bekerja even for 6 month pon ni ckup tough…kalau dpt jadi sebahagiaan rakyat nz pun xpe…ermmm tp mst kna ada saving NZ2,250?

  13. Macam berminat nk aplyla…but how?
    Klu kj dalam bidang perlancongan senang x dapat kat sna?

    • Kamis,

      Apply di laman web yang saya berikan. Terapat online application disitu. Berkaitan peluang kerja di sektor pelancongan – saya tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan anda kerana saya tidak tinggal dan bekerja di sana.

    • Hi Bentley,

      Yes i am in Frankfurt Germany. What if? Your question is vague. If you wanted to work in Germany..just come and work here. If you wanted to work with me..i dont hire a staff. I am just a freelancer.

  14. ASSALAMUALAIKUM, sebenarnya dah lama saya impikan kerja di luar negara terutamanya NZ tp xtau, & xdak sesapa yg boleh bantu saya. kalau x silap saya 4 tahun lepas dah ready tp yelah kan sapa la kita ni. seorg budak kg yg tiada apa2 kemahiran. boleh x tuan suggest pd sy mcm mn skrg ni? sy umur 30, taun depan dah 31

    • Waalaikumsalam,

      Saya tidak boleh suggest apa2 kepada saudara. Saya tidak tahu latarbelakang, kelayakan atau kemahiran atau kerja apa yg saudara inginkan. Saya juga bukanlah seorang ejen atau broker pekerjaan. Saya cuma memberi jalan melalui peluang2 yang saya ketahui.

      Saudara kena berusaha sendiri berdasarkan maklumat2 yang saya berikan diatas. Baca tulisan saya secara detail dan klik semua link2 yang saya berikan. Saudara boleh masuk ke website tersebut, baca dan faham serta pohon.

      Usaha tangga kejayaan..dan untuk bekerja di luar negara, anda juga haruslah seorang yang berani, tidak takut cabaran dan tidak kisah kalau nanti terpaksa merempat seketika dijalanan. Namun sekiranya saudara berani dah tabah, inshaAllah pulangannya amat lumayan.

  15. Salam KA…sihat ke?
    Cuma nk tau langkah pertama ape yg KA ambik utk bkrja freelance kt german ye?
    KA study german ke dulu? Ape pun mst kena ade keyakinan yg kuatkan… seronok tgk kawan2 n org msia yg lain dpt bekerja di luar negara… good luck for ur carier KA :) dh berapa tahun duduk sana?

    • W’salam Aiena,

      Langkah pertama, make sure ada contact, ada possible jobs offer atau projects dan anything that have a possibility to get you a job or project. Once dah sampai dan ada kerja tak kisahlah kerja or project apa pun then mulalah dptkan segala dokumen yang diperlukan. Tetapi adalah lebih mudah sekiranya dapat semua dokumen terlebih dahulu sebelum mencari kerja.

      Saya baru 3 tahun kat sini.

  16. Hi name sy mamtha sy dari malaysia sy nak kerje tempat kanu sy tidak keluarga di malaysia semua sudah menigal sekarang sy fikir nak datang kerje sane pls call me 0166110627

  17. Saya memang ketinggalan keretapi…artikel ni dah lama tp baru hari ni bkesempatan baca. InsyaAllah saya nak baca semua artikel KA. Biar lambat, asalkan baca….kan?

    Kelakar jugak baca komen2 kat sini. Ramai yang “terlebih sudah”. Saya pun dalam kategori sama…hi..hi.. Jadi memang tak layak pun dan tak menyesal lah walaupun dah terlambat baca peluang ni.

    Pernah juga teringin nak hidup di negara orang. Tapi bila dah masuk 4 series tu keinginan mula berkurang. Sekadar untuk makan angin cukuplah.

    Anyway, memang kagum dengan rakyat Malaysia yang hidup merantau…macam KA. Lebih respect apabila banyak pengalaman yang sudi dikongsikan dan memberi keinsafan kepada kita yang masih menetap di tanah air tercinta.

    • Twin,

      Terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan biar lambat asal baca :) Hidup di negara orang ni ada best dan ada yg tak bestnya. Apa2 pun pengalaman itulah yg sebenarnya paling berharga.

  18. salam…sudara,,,saya teringin bekerja di german sgt2…saya ada degree electrical engineering dr uitm,,third language saya ambek german language (deutschkurs)…klu nak mohon keje kat sana syarikat dri german bleh terima ke kelulusan dri malaysia ni?hehe..tq…

    • Saudara Hary,

      Boleh atau tidak bukanlah saya yang tentukan jadi saya tidak boleh jawab. Apa yg saya boleh jawab untuk anda adalah “belum cuba belum tahu” dan “rezeki ada di mana2″. Jadi untuk anda yg sudah berkelulusan tinggi dan mempunyai asas di dalam bahasa deutsch maka ada kelebihan untuk awak disitu. Jadi anda perlu cuba untuk anda mendapatkan jawapannya. Untuk pengetahuan anda saya hanya berkelulusan diploma dan tidak tahu langsung berbahasa deutsch ketika memohon pekerjaan di sini. Kelulusan Ijazah dari mana2 universiti atau negara bukanlah jaminan yg anda akan diterima bekerja. Namun saya pasti sekiranya anda BAGUS, pasti anda akan diterima bekerja di mana2 saja di bumi Allah ini. Good luck!

  19. Saya pencen kerajaan berumur 52 tahun berlatarkan senibina. Bagaimana cara atau peluang kerja di luar negara. Tks

  20. Assalamualaikum

    This is a very interesting opportunity! Malang sekali saya baru baca entry ni, almost 2 years later dah ni. Hahaha.

    Lebih malang, umur saya dah pun melebihi 30 tahun.

    Sekadar bertanya, kalau you tahu ada skim atau program macam ni, untuk mereka yang berumur 30 tahun ke atas.

  21. Bagaimana ingin mohon keja.di luar negara? Xkisah keja apepun aslkn halal.sye keja sbgai kakitangan kerajaan dn ingin bertukar keja .

  22. Salam Hi KA,
    Saya br berkesempatan menjengah blog ni.Menarik juga info ni.sy masih dlm.golongan ni lg.boleh sy tau bagaimana sy nak apply keje di sana.?adakah smp di sana baru memohon or dr Malaysia sudah boleh?Adakah di sana mereka memandang kepada kebolehan or fizikal luaran?saya berminat nak mencuba .

    • Atoz,

      Germany menggunakan matawang Euro. Jadi RM1.00 bersamaan €0,24 atau €1.00 bersamaan RM4.20. Nilai tersebut berubah setiap hari berdasarkan nilai tukaran matawang asing.

You're welcome to leave a comment and share this article if you like.