Ramai yang berimpian untuk terbang dan melawat negara-negar di Eropah. Pasti berkeinginan nak melihat bagaimana rupa Eiffel Tower di Paris atau Tower Bridge di London mahupun Colosseum di Rome secara berdepan. Pasti juga teringin nak tengok keindahan Venice dan juga keunikan Berlin.
Hendak ke Eropah sekarang ini tidaklah sesukar dahulu. Tiket pun tidaklah terlalu mahal. Cara macamana nak uruskan pengembaraan ke Eropah secara sendiri pun telah pun banyak di tulis dan dikongsi di dalam blog, Facebook ataupun di dalam buku.
Yang penting sekarang adalah untuk dapatkan tiket penerbangan pergi balik dengan harga yang paling murah. Susah juga nak dapat tiket murah ni kalau tak pandai cari.
Atau mudahnya kalau dapat tiket percuma, pergi balik pulak tu untuk 2 orang.
Nak tak?
Kalau nak, jom saya tunjukkan caranya.
Tico Malaysia, pengedar permainan berbentuk Lego ingin memberikan tiket ke Eropah secara percuma dan juga hadiah-hadiah lain kepada semua yang sertai kempen yang dianjurkan oleh pihaknya. Caranya mudah sahaja.
Anda hanya perlu beli mana-mana set bangunan di Eropah dan pasangkannya. Boleh beli di Isetan atau di 11street.my.
Anak saya Khaleef pilih Big Ben. Gigih kami dua beranak memasangnya.
Tico bricks ni taklah besar, kecil jer.
Semuanya lengkap apabila dibuka.
Paling penting ada instruction.
Pemasangan tapak adalah paling senang.
Apabila selesai, ambil gambar dan muatnaik ke laman social Facebook atau Instagram anda dan mention @Tico_Malaysia berserta hashtag #buildtagfly dan juga hashtag dari mana anda dapat produk tersebut seperti #11streetmy #isetanmalaysia dan sebagainya.
Untuk perincian mengenai terma dan syarat boleh rujuk laman facebook Tico Malaysia.
Lepas tu tunggu jer pengumuman. Mana tahu kot-kot anda yang menang nanti.
Tarikh tutup pada 30 October nanti. Dah tak lama tu.
Bergegaslah segera cari Tico blocks Europe Landmak Series dan pasangkan.
Paling best bagi yang ada anak, inilah masa untuk melakukan aktiviti yang seronok bersama anak.
Kalau tak menang pun takpe, anda boleh ler peluk set bangunan yang anda dah pasang tu. Mana lah tahu esok lusa tercapai juga impian tu nanti.
Cubalah.
Comment
Salam perkenalan.. Menarik juga peraduan untuk memenangi tiket terbang ke Eropah secara percuma dengan LEGO ni. Boleh pilih lagi Tico Bricks yang dikeluarkan.