Allahu, dah pukul 3 baru boleh nak lunch. Mujur sedap hingga menjilat jari.
Udang Berjanggut Goreng Butter.
Bahan-bahannya.
Secekak udang yang paling segar
Butter
Bawang putih
Daun kari
Daun bawang
Minyak zaitun
Lada hitam
Garam
Cara nak buat dia begini.
Bersihkan udang dan belah belakang dan buang jalur hitam tu, itu jer. Biarkan udang dalam bentuk asal. Janggut juga biarkan kerana udang lebih hensem bila ada janggut.
Panaskan 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sawit pun boleh lepas tu tumis bawang putih dengan daun kari. Kalau suka halia boleh tumis sekali. Aku tak suka.
Masukkan udang dan balik-balikkan sampai bertukar merah. Masukkan 2 sudu butter. Masukkan garam dan lada hitam. Seterusnya masukkan daun bawang dan boleh tambah bawang besar kalau suka.
Kacau kejap jer dalam kiraan 10 terus tutup api dan angkat.
Hidangkan bersama nasi. Hiaslah ikut kepandaian masing-masing.
Makan seorang diri, jangan ajak orang.
Sekian.
Leave A Reply