Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja

18-feat

Di Jerman ini, peraturan terhadap barangan atau media yang dilabel untuk golongan umur tertentu dikawal dengan ketat. Antara barangan utama yang sering dipantau ialah alkohol, rokok, cd/dvd muzik ataupun filem dan juga cd/dvd permainan video.

Beberapa hari lepas (di atas permintaan isteri) saya ada membeli set DVD Blu-Ray siri televisyen The Vampire Diaries yang dilabelkan untuk 16 tahun ke atas sahaja. Walaupun saya membeli secara atas talian melalui Amazon, sekiranya saya seorang remaja saya boleh sahaja menipu umur saya walaupun di terma dan syarat pembelian menyatakan yang saya harus berumur 18 tahun ke atas. Tiada siapa akan tahu kerana kad pengenalan atau ID anda tidak disemak. Perlu jujur mengaku yang anda sudah cukup umur untuk layak membeli atau tidak.

Namun, anda tidak terlepas begitu saja.

Apabila barangan anda sampai nanti, posmen akan meminta kad pengenalan anda untuk disemak kerana di dalam rekod beliau menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah berlabel 18 tahun ke atas dan ditunjukkan di label pembungkusan. Jadi sekiranya anda gagal membuktikan usia anda maka barangan tersebut tidak akan diberikan dan akan dipulangkan kepada penjual.

18-5 18-1

Ketika barangan (DVD) saya sampai, abang posmen tengok saya atas bawah dan meminta “Ausweis Bitte” bermaksud “ID Please” sambil menerangkan kepada saya yang beliau tahu saya dah melepasi umur tersebut namun itu adalah syarat yang perlu beliau patuhi. Jadi saya tunjukkan ID saya dan beliau memasukkan tarikh lahir saya ke dalam sistem dan meminta saya untuk menurunkan tandatangan dan kemudian barulah barangan saya itu diberikan.

Kebanyakan remaja disini – pelajar sekolah biasanya suka bermain permainan video dan semua cd/dvd games tersebut mempunyai label rating masing-masing untuk had umur tertentu. Permainan video yang paling popular biasanya berlabel 18 tahun ke atas kerana aksi perlumbaan, tembak-menembak yang ganas, aksi seks, dadah dan sebagainya.

Oleh kerana mereka tidak dapat membelinya maka┬ámereka akan berlegar-legar di ruangan menjual cd permainan tersebut untuk mencari “mangsa”.

18-2 18-3 18-4

Mereka akan mendekati orang dewasa yang sedang memilih cd permainan dan meminta orang tersebut untuk membelikannya bagi pihak mereka. Saya sering menjadi mangsa remaja-remaja ini sebab saya selalu berlegar diruangan menjual cd/dvd permainan ini. Saya akan cuma membelikan cd/dvd ini hanya sekiranya umur mereka hampir mencapai tahap yang di label di cd tersebut. Contohnya sekiranya permainan tersebut untuk golongan 18 tahun ke atas dan umur mereka sudah 17 tahun maka saya akan tolong belikan.

Begitu juga dengan rokok, mereka akan berlegar-legar di depan kedai rokok dan menunggu mangsa, biasanya pelancong yang mereka cari kerana pelancong tidak akan bertanya banyak, hanya terus membeli untuk mereka. Kalau suruh orang Jerman juga, maka banyak persoalan nanti.

Kedai menjual rokok dan alkohol atau permainan video tidak sama sekali akan menjual barangan tersebut kepada mereka yang dibawah umur.

Kalau saya kat Malaysia dulu sungguh mewah membeli cd/dvd permainan ni. Pergi sahaja ke kedai, selak album dan pilih. Kadang-kadang perhatikan juga kanak-kanak sekolah membeli dvd games yang tergolong untuk 18 tahun ke atas sahaja, namun tiada siapa peduli. Tak kisahlah samada anda cukup umur atau tidak, beli sahajalah apa yang anda mahu.

Dan saya masih ingat lagi ketika berusia 14 tahun dan tinggal di sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanahair, saya membeli sekarton rokok (untuk dibuat berniaga) di sebuah kedai tanpa sebarang masalah. Peniaga tersebut tidak bertanya sebarang soalan dan saya tidak perlu menipu beliau untuk membeli rokok tersebut. Mudah kan?

Adakah peniaga-peniaga rokok di Malaysia masih mengamalkan sikap sedemikian? ENTAHLAH..I Dont Know.

signature

5 thoughts on “Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja

  1. pernah nampak budak bawah 18 tahun masuk tengok movie P18.. mana ada kawalan ketat di malaya ni.. yes budak tu badan besar tapi umur baru 14 rasanya.. adoi..

You're welcome to leave a comment and share this article if you like.