• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

10 Sifat Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu

21/01/2022

10 sifat lelaki yang perempuan wajib tahu. Nombor 5 dan 10 tu memang tak boleh blah.

Kami ni manusia yang jenisnya mudah, tidak suka bersusah-susah dan juga agak lemau sebenarnya.

Bagi perempuan yang dah berkahwin maka semestinya akan masak dah dengan sikap lelaki. Bagi yang baru nak up tu sila ambil perhatian.

1. Lelaki kurang bercakap dan ekspresif

Kami ni jenis berat mulut, kurang bercakap pot pet pot pet. Kami mungkin akan bagitau yang kami ada masalah, tak sihat, marah, geram atau sebagainya namun kami tak suka bercerita dengan detail. Bukan kami tak mahu berkongsi tapi kami tak mahu berserabut dengan pelbagai pertanyaan nanti.

2. Lelaki didorong oleh logik

Berbanding wanita yang selalu didorong oleh gerak hati di dalam berbuat sesuatu, kami ni dia hanya fikir logik. Benda logik kami buat, tak logik kami tak ambik port walaupun melibatkan emosi dan perasaan. Kami tak ada “sixth sense” macam orang perempuan.

3. Lelaki suka menyelesaikan

Kalau ada masalah, kami jadi “non-communicative” dan akan fikir “apa nak buat?”. Kami tak suka dok layan perasaan. Orang perempuan pula nak duduk bercerita nak lepas segala dan kemudian akan fikir “bagaimana nak buat?”. Berbeza tu.

4. Lelaki tak datang bulan

Jadinya emosi kami lebih stabil. Takdelah moody dengan tiba-tiba. Takde masa kami nak berfikir atau bersangka-sangka, apalah girlfren atau bini aku dok buat kat opis tu yer.

Kalau perempuan pulak waktu emosi dia terganggu, lambat balas whatsapp sahaja maka mula lah dia fikir yang boyfriend atau laki dia ada perempuan lain. Hmmmm.

5. Lelaki mudah tergoda

Ini kelemahan lelaki, kami kalau nampak pokok kaktus pakai skirt pun kami dah terpikat. Apatah lagi kalau ada perempuan cantik yang dok senyum dan kenyit mata kat kami. Bergetar habis. Bab ni memang kami punya “kriptonite” lah, nampak jer terus rebah. Kami dicipta macam tu.

Perempuan pula depa lebih tengok personaliti, kehenseman belum menjamin depa akan terpikat.

6. Lelaki suka untuk berjaya

Kami lebih hargai dan sayang kerjaya dan pencapaian. Ego lelaki sebagai suami, boyfirend atau leader, dia mesti nak ada sesuatu. Tak macam orang perempuan yang lebih sayang dan hargai relationship.

Jadi kalau kena memilih, lelaki kebanyakannya akan utamakan kerjaya. Perempuan kalau kena pilih depa akan pertimbangkan keluarga atau relationship.

7. Lelaki jenis tak peduli

Peduli apa orang nak kata atau nak tengok. Kami ni jenis “who cares!” Kami nak pakai apa, nak cakap apa, nak pi mana kami tak kisah. Kat rumah pun kami main campak spender tak masuk bakul pun, sebab tak peduli.

Orang perempuan jenis setiap benda dia akan fikir apa yang orang akan kata. Sebab tu perempuan ni sebenarnya bila dia make-up dan melawa sebenarnya bukan untuk laki dia tetapi untuk perempuan lain. Betul tak?

8. Lelaki tak suka detail

Kami cuma ingat benda penting sahaja. Benda remeh temeh kami letak tepi. First date dulu kami pi makan kat uptown. Yang tu sahaja kami ingat. Cuba tanya tarikh bila, pakai baju apa, pukul berapa, makan apa? Kami mula gagap nak jawab dan mungkin akan salah jawab.

Jadi baik jangan tanya nanti hampa sakit hati.

9. Lelaki kurang sabar

Kami ni banyak yang baran, cepat panas orang kata. Bila ada konflik atau sedang marah, kami mudah meletup berbanding dengan orang perempuan yang biasanya lebih tenang.

Cuba jangan masak apa-apa kat kami dan biaq kami lapaq, hampa tengoklah nanti.

10. Lelaki adalah insan yang lemah

Nampak perempuan cantik, terus lemah lutut. Itu belum kena senyum dan kenyit mata lagi tu. Kopiah dan serban pun boleh terbang tau.

Bila kami sakit, walhal demam dan selsema jer pun tapi terus terbaring dan tergolek sahaja dan tak boleh buat apa-apa langsung. Nak makan pun kena bersuap.

Nampak tak?

***

Jadi bila boyfriend atau laki korang kurang bercakap, senyap, pemarah, tak peduli, tak ambik berat semua tu korang rileklah. Bukan dia tak sayang, bukan dia ada perempuan lain, tetapi dia memang begitu.

Sebab tu adanya orang perempuan, untuk offset ciri-ciri orang lelaki ni. Ada juga orang perempuan yang ciri dia seperti di atas, terbalik dan laki dia ada ciri-ciri perempuan. Dipasangkan untuk saling melengkapi.

Apa pun, tak semua lelaki begitu. Namun pasti ada beberapa ciri di atas yang kena walaupun tidak semua. Tetapi majoriti lelaki begitulah.

Semestinya ada juga ramai lelaki lain yang lebih sensitif dan suka benda detail, ambil berat, penyabar dan kuat imannya.

Akulah tu.

Khairul Abdullah

#superdaddy

P/s: Ini post aku yang lama, entah macamana dia timbul balik tadi. So aku post semula untuk korang yang tak pernah baca.

Share

Blog  / Peoples  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved