• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

11 Kebaikan Trampolin dari Mamakiddies

02/03/2022

11 sebab kenapa melompat bagus untuk kita dan anak-anak. Dan point nombor 9 tu mesti ramai yang suka.

Okeh, ni dia:

1. Aktiviti melompat secara berkala akan membantu menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Tulang kita ni makin kuat bila ditekan dan makin lemah bila tiada tekanan. Jadi melompat ni memberi tekanan pada tulang seluruh tubuh badan kita.

2. Melompat akan membuatkan 37 trillion sel dalam badan turut melompat. Tekanan graviti terhadap semua sel membuatkan mereka terpaksa menjadi lebih kuat untuk menerima tekanan lalu meningkatkan tenaga sel dan fungsi mitochondrial.

3. Melompat membantu badan menyahtoksin dengan meningkatkan peredaran limfa. Tidak seperti sistem peredaran darah yang mempunyai jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan, sistem limfa takde pam dan bergantung pada pergerakan badan untuk beredar. Melompat adalah pergerakan yang paling bagus.

4. Melompat meningkatkan imuniti badan untuk menangkis jangkitan dan mencegah penyakit. Melompat selama 10 minit meningkat tiga kali ganda jumlah sel darah putih. Sistem limfa mengangkut sel-sel imun ini ke seluruh badan untuk meningkatkan fungsi imun, yang merupakan barisan pertahanan pertama badan kita.

5. Melompat trampolin meningkatkan kesihatan pencernaan dan usus. Ia membantu penghadaman kerana gerakan menaik turun berirama merangsang pengecutan dan kelonggaran otot yang membentuk saluran pencernaan.

6. Melompat di trampolin ni membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan postur dengan merangsang saraf okular dan saluran telinga dalam. Selalu melompat membuatkan reflek kita cepat bertindakbalas.

7. Melompat ni menguatkan otot mata untuk penglihatan yang lebih baik. Ia membantu menguatkan saraf okular dan otot mata anda kerana kesan peningkatan daya G pada setiap bahagian badan.

8. Melompat sangat membantu mengedarkan oksigen ke seluruh badan untuk meningkatkan tenaga. Tubuh yang sangat beroksigen tidak digemari oleh kuman penyakit dan sel-sel jahat, yang bersifat anaerob. Depa ni tak dapat bertahan dalam persekitaran yang sangat beroksigen.

9. Melompat trampolin telah terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisma dan membantu menurunkan berat badan okeh. Kadar metabolisma korang akan terus meningkat sehingga 24 jam walaupun dah stop melompat. Memang sesuai nak kuruskan badan.

10. Melompat meningkatkan keupayaan mental dan meningkatkan kesihatan mental. Lompatan yang kerap meningkatkan peredaran darah. Ini membolehkan banyak oksigen segar ke otak, meningkatkan ketajaman dan fokus mental serta meningkatkan komunikasi antara ke 2 bahagian otak. Ini meningkatkan keupayaan mental dan diketahui dapat membantu kanak-kanak membaca dan menulis.

11. Melompat dapat membantu mengurangkan kegelisahan, atau ketidakupayaan untuk berehat yang disebabkan oleh apa sahaja faktor sama ada minum terlalu banyak kafein, tekanan, kesakitan fizikal, atau apa sahaja. Untuk kanak-kanak yang ada ADHD, melompat membantu mengalihkan tenaga dan mengatasi kegelisahan.

So now we know.

Sangat baik untuk kita dan anak-anak okeh.

So belilah satu kat rumah. Tak mahal pun. Kalau yang kecil untuk seorang melompat tu beli kat Shopee brand Mamakiddies dalam RM298 jer.

https://shopee.com.my/…/Mamakiddies-162CM%2855-Inch%29…

Kejap lagi pukul 12 malam ada sales 3.3 tau. Nak checkout tu korang masukkan voucher diskaun ni yer.

New Shopee user: SSHP315SA
Existing Shopee user: CS33SAP

Tunggu pukul 12 jap lagi baru beli tau.

Yang ni saiz 55 inci, just nice letak dalam rumah. Nak pasang pun senang yakmat ni, tak makan space.
Beli di sini: https://shp.ee/dm8qxsx Aku rekomen brand Mamakiddies ni okeh sebab kualiti dan mampu milik. Saiz dia just nice dan tak terlalu besar. Boleh jer letak dalam rumah dan tak makan space banyak.

Yang makan space banyak tu kita, sebab tak bersenam.

Kan?

#SuperDaddy

Share

Blog  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved