Tadi slot bedtime stories kami cerita santai sahaja.
Dah puas seharian aku belajar pasal galaksi dengan si Khaleef. Masih terngiang-ngiang dalam kepala Orion Nebula, Helix Nebula, Cat Eyes Nebula dan segala mak nenek nama lagi.
Di antara Mars dan Jupiters ada Ceres katanya.
Muntah dah aku.
Jadi malam ni kami bertiga sembang pasal Peppa Pig sahaja.
Kenapa George asyik menangis? Ayah si Peppa kerja apa? Nama kawan-kawan dia siapa? Suzy Sheep, Rebecca Rabbit, Claude Cat, Danny Dog, Pedro Ponny, Zoe Zebra, Emily Elephant dan panjang lagi lah senarai dia.
Itulah kartun kegemaran depa bertiga.
Di situlah depa pickup new vocab, pronunciation dan juga intonation.
Aku ingat ada sekali tu seorang follower tegur aku.
Jangan bagi anak-anak tengok kartun Peppa Pig. Tak baik, babi tu haram.
Terus aku insaf.
Leave A Reply