Anak sulung aku ini akan sentiasa tidur di bawah katil.
Hampir 80% waktu tidur dia di tempat sebegitu. Dia hanya tidur sekejap di atas katil dan kemudian akan gelisah dan turun ke tempat yang lebih sempit begitu.
Pernah awal-awal dulu aku jaga tengah malam cari dia tak jumpa. Dah nak menangis dan terpekik dah aku, mujur ternampak kaki dia terjuntai keluar dari bawah katil.
Sekarang ni, dia akan tidur di katil sekejap dan lepas tu dia tetap akan ke ruang sempit di tepi dan bawah katil tu. Kadangkala dia akan minta izin aku untuk tidur di situ. Sometimes aku pujuk tidur di atas, sometimes tengok muka dia aku kesian, so aku benarkan sahaja.
Bagi anak aku ni, open space adalah terlalu besar dan bingit buat dia. Banyak sensori dia terganggu. So, kalau dia boleh cope maka dia akan cuba adapt. Tapi kalau tak boleh maka dia akan cari confined space untuk menyembunyikan diri.
Setiap kali lepas tantrum dia akan cari tempat paling sempit dan paling tersembunyi untuk dia calm down. Kalau dia tantrum kat tempat terbuka, maka dia akan capai apa sahaja untuk melindungi wajah dan badan dia agar dia rasa tertutup dan confined.
Selalu juga aku jumpa dia duduk termenung dalam almari.
Anak-anak autism begini biasanya ada isu sensori.
Bagi anak aku Khaleef, bunyi adalah terlalu bising, dunia adalah terlalu luas. Dia tak boleh nak cope dengan segala hiruk pikuk dan bingitnya dunia. Dia tak boleh nak kawal sensori yang diserang bertalu-talu bila dalam keadaan terbuka begitu.
Jadi dia kena cari tempat yang kecil dan tertutup yang dia boleh kawal. Kalau tak jumpa maka dia akan mula stress dan tantrum dia datang.
Dia akan jadi sangat agresif dan destructive.
Begitulah.
Sebelum ni aku keluarkan toto dari bilik dengan harapan dia tak tidur bawah katil. Namun dia tetap tidur atas lantai kesejukan. So aku sediakan toto tu. Setiap malam aku akan bangun samada angkat dia ke katil atau selimutkan dia.
Sesekali aku turut tidur di bawah katil memeluk dia.
I love this young man.
I love him for who he is.






